Masjid Al-Islah Kg Sawah Banting

  • Home
  • Masjid Al-Islah Kg Sawah Banting

Masjid Al-Islah Kg Sawah Banting Official Page Masjid Al-Islah Kampung Sawah, Banting

📸 Lensa Ziarah MahabbahAlhamdulillah, Pengurus Masjid Al-Islah Kg Sawah telah menyampaikan sumbangan Tabung Bencana Ribu...
28/10/2025

📸 Lensa Ziarah Mahabbah

Alhamdulillah, Pengurus Masjid Al-Islah Kg Sawah telah menyampaikan sumbangan Tabung Bencana Ribut kepada Masjid Jamiatul Islamiah yang terkesan akibat ribut baru-baru ini.

Untuk makluman, tabung bencana ini telah dibuka pada 17 & 24 Oktober 2025 semasa Solat Jumaat.

Pihak masjid merakamkan jutaan terima kasih kepada semua para jemaah yang telah menghulurkan sumbangan.

Semoga setiap sumbangan diberkati dan diganjari pahala oleh Allah SWT.

“Islah Untuk Ummah”

📢 HEBAHAN PROGRAM 📢Jom sertai Program Workshop Solat bersama Ustaz Rumaizi Ahmad📅 Sabtu, 8 November 2025🕣 9:30 pagi – 11...
24/10/2025

📢 HEBAHAN PROGRAM 📢

Jom sertai Program Workshop Solat bersama Ustaz Rumaizi Ahmad

📅 Sabtu, 8 November 2025
🕣 9:30 pagi – 11:00 pagi
📍 Masjid Al-Islah, Kg Sawah

Ayuh sama-sama hadir untuk memperbaiki dan menyempurnakan ibadah solat kita.
Semua jemaah dijemput hadir!

“Islah Untuk Ummah”

📢 HEBAHAN SOLAT JUMAATTarikh: 24 Oktober 2025Tempat: Masjid Al-IslahImam Bertugas : Ust Amirul AnwarBilal Bertugas : Ust...
24/10/2025

📢 HEBAHAN SOLAT JUMAAT
Tarikh: 24 Oktober 2025
Tempat: Masjid Al-Islah

Imam Bertugas : Ust Amirul Anwar
Bilal Bertugas : Ust Shafiq

🕌 Para jemaah adalah dijemput hadir awal ke masjid pada hari Jumaat.

📖 Akan diadakan bacaan Surah Al-Kahfi sebelum masuk waktu solat Jumaat.

✨ Marilah sama-sama kita mengimarahkan rumah Allah dengan hadir awal, membaca Al-Quran dan memperbanyakkan amal soleh pada hari yang penuh keberkatan ini.

Terima Kasih Perkim Kuala Langat
24/10/2025

Terima Kasih Perkim Kuala Langat

INFAQ JUMAAT – MASJID AL ISLAH KG SAWAHGandakan pahala di hari penuh keberkatan!Sabda Nabi SAW:“Apabila seseorang itu me...
23/10/2025

INFAQ JUMAAT – MASJID AL ISLAH KG SAWAH

Gandakan pahala di hari penuh keberkatan!

Sabda Nabi SAW:
“Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”
(HR Muslim)

Jom rebut peluang pahala berpanjangan dengan menyumbang infaq Jumaat ke Masjid Al Islah. Infaq anda akan digunakan bagi menyokong program dakwah, kebajikan dan pembangunan masjid.

📱 Imbas kod QR dalam poster atau gunakan aplikasi perbankan anda melalui DuitNow QR (Bank Islam).
Setiap sen yang disumbangkan, insya-Allah akan menjadi bekalan akhirat.

“Islah untuk Ummah”

🎓 Kuliah Maghrib Khas 🎓📖 Tajuk: Kesedaran Merancang Harta Dalam Islam🎙️ Penceramah: Ustaz Hidayat Suhaimi📅 Tarikh: Rabu,...
22/10/2025

🎓 Kuliah Maghrib Khas 🎓

📖 Tajuk: Kesedaran Merancang Harta Dalam Islam
🎙️ Penceramah: Ustaz Hidayat Suhaimi
📅 Tarikh: Rabu, 29 Oktober 2025
🕋 Tempat: Masjid Al-Islah, Kg Sawah
⏰ Masa: Selepas Solat Maghrib

📢 Semua dijemput hadir — semoga kita bersama mendapat manfaat dan kefahaman dalam mengurus harta menurut syariat Islam.

“Islah untuk Ummah”

📢 HEBAHAN SOLAT JUMAATTarikh: 17 Oktober 2025Tempat: Masjid Al-IslahImam Bertugas : Ust Abdul RaziqBilal Bertugas : Ust ...
17/10/2025

📢 HEBAHAN SOLAT JUMAAT
Tarikh: 17 Oktober 2025
Tempat: Masjid Al-Islah

Imam Bertugas : Ust Abdul Raziq
Bilal Bertugas : Ust Thaqif Iman

🕌 Para jemaah adalah dijemput hadir awal ke masjid pada hari Jumaat.

📖 Akan diadakan bacaan Surah Al-Kahfi sebelum masuk waktu solat Jumaat.

✨ Marilah sama-sama kita mengimarahkan rumah Allah dengan hadir awal, membaca Al-Quran dan memperbanyakkan amal soleh pada hari yang penuh keberkatan ini.

✨Lensa Ziarah Mahabbah✨Pihak masjid menziarahi Saudara Aiman Halim (Bilal Rawatib Masjid) bersempena kelahiran cahaya ma...
14/10/2025

✨Lensa Ziarah Mahabbah✨

Pihak masjid menziarahi Saudara Aiman Halim (Bilal Rawatib Masjid) bersempena kelahiran cahaya mata beliau.

Semoga kehadiran si kecil ini menjadi anak yang soleh dan solehah, penyejuk mata serta kebanggaan ibu dan ayahnya.

بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي المَــوْهُوْبِ لَكَ، وشَكَرْتَ الوَاهِبَ، وبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ

Maksudnya: “Semoga Allah memberkatimu dengan anugerah yang dikurniakan kepadamu, agar engkau mensyukuri Sang Maha Pemberi, semoga anak ini membesar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya, dan agar engkau direzekikan dengan anak itu berbuat baik kepada ibu bapanya.”

“Islah untuk Ummah”

📢 HEBAHAN SOLAT JUMAATTarikh: 10 Oktober 2025Tempat: Masjid Al-IslahImam Bertugas : Ust Amirul AnwarBilal Bertugas : Ust...
10/10/2025

📢 HEBAHAN SOLAT JUMAAT
Tarikh: 10 Oktober 2025
Tempat: Masjid Al-Islah

Imam Bertugas : Ust Amirul Anwar
Bilal Bertugas : Ust Shafiq

🕌 Para jemaah adalah dijemput hadir awal ke masjid pada hari Jumaat.

📖 Akan diadakan bacaan Surah Al-Kahfi sebelum masuk waktu solat Jumaat.

✨ Marilah sama-sama kita mengimarahkan rumah Allah dengan hadir awal, membaca Al-Quran dan memperbanyakkan amal soleh pada hari yang penuh keberkatan ini.

✨Lensa Ziarah Mahabbah✨Pihak Masjid Al-Islah menziarahi salah seorang jemaah muslimat yang sedang diuji dengan masalah k...
09/10/2025

✨Lensa Ziarah Mahabbah✨

Pihak Masjid Al-Islah menziarahi salah seorang jemaah muslimat yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, ketabahan dan mempermudahkan segala urusan beliau.

“Islah untuk Ummah”

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Islah Kg Sawah Banting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Masjid Al-Islah Kg Sawah Banting:

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share