Red Communications

  • Home
  • Red Communications

Red Communications We Make Content that Matters Red Communications was setup in 1999 as a Production House with our mission to inspire change through innovative content.

The company’s strength is its people power, dedicated producers who will deliver the projects and creative talent that will ensure new and exciting ideas. Red Communications has build its reputation over the years as a leading Production House in entertainment and informative content specializing in Women, Children and Youth Issues..

09/10/2025

Projek istimewa untuk meraikan 100 tahun Tun M & 99 tahun Tun Siti Hasmah!
Team RedComm betul-betul all out untuk jadikan malam ni satu kenangan yang luar biasa - dari brainstorming idea, tulis skrip, sampai ke pagi siapkan video dan perincian kecil untuk majlis ni.

Kita fikir macam mana nak buat sambutan ni interactive — siap ada konsep “Parti 100 Tahun” dengan badge, bendera, dan lagu-lagu yang ikut vibe tiga era kehidupan dua tokoh ni: zaman muda, zaman berkhidmat, dan zaman bersara.

Antara highlight paling touching — video AI khas yang tunjuk perjalanan hidup Tun M dari kecil sampai umur 100. Serius, ramai yang bergenang air mata 💫

Terima kasih kepada semua yang terlibat & keluarga Tun atas kepercayaan. Satu penghormatan besar buat kami di RedComm ❤️

Stage & Video Production: Red Communications
Event photography & Coverage:

07/10/2025

Sawadekap, RedComm in Thailand!

Bangga nak kongsi yang team RedComm sekarang tengah shooting kat Bangkok 🎬🇹🇭 untuk satu lagi mini siri vertikal dengan sebuah bank tempatan. Nantikan update lanjut nanti — banyak benda best tengah kami sharekan! 😉🔥

Director: Khairi Anwar
Producer: Alice Cornwell Neowcharurn
Writer: Lina Tan

30/09/2025

Kami amat bangga kerana berjaya memenangi kategori 'Examination Committee's Special Awards' di bawah Japan Tourism Awards atau Anugerah Pelancongan Jepun.

Saga berjaya menarik drama Malaysia *From Saga, With Love* dengan bekerjasama bersama pasukan produksi Islam pertama di Malaysia. Untuk lebih dekat dengan penonton tempatan, penulis skrip dan pengarah dibawa membuat tinjauan lokasi, serta menambah babak yang mengetengahkan keistimewaan tempatan. Hasilnya, jumlah pelancong Malaysia ke Saga meningkat sebanyak 197.9% pada tahun 2024.

Projek ini menjadi contoh jelas bagaimana filem boleh memacu pelancongan. Dengan menyasarkan rantau Asia Tenggara secara strategik, mengambil kira kapasiti penginapan, dan memanfaatkan laluan penerbangan terus yang berdekatan, Saga berjaya meningkatkan ketibaan pelancong asing serta pendapatan mata wang asing.

19/09/2025

Mampukah Melur & Pekan hapuskan Batu Belah Batu Bertangkup? Nantikan November ini… ✨

🎥

15/09/2025

Siapa ingat lagi kisah Batu Belah Batu Bertangkup?
Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup akan datang....November ini. 💫

Jangan lupa tunggu-tunggukan scene disebalik tabir semasa penggambaran HBBBB!


10/09/2025

Gabungan dan kolaborasi 2 produksi ! 🎬 Red Communications dan Komet Productions dengan bangganya mempersembahkan sebuah filem seram terbaru.. KHADAM. Skrip oleh Fariza Azlina Isahak (Songlap) dan bakal diarahkan oleh Shamyl Othman (Rahsia), filem ni berlatarbelakangkan era 1950-an.�

Barisan pelakon pun bukan biasa-biasa: Datuk Remy Ishak dan Siti Khadijah Halim beraksi bersama ratu seram Indonesia, Aghniny Haque serta pelakon hebat Jun Lojong. Filem ini juga akan mempertaruhkan kehebatan bakat cilik Zarra Zhaff & Karl'El! Khadam bukan sekadar filem seram, ia juga menceritakan tentang perjuangan seorang ibu melindungi anaknya dari warisan saka. Nantikan di pawagam 2026! 😱�

20/08/2025

Okay semua! Attention. Please join in our giant wish a huge Happy Birthday to our fearless leader; Lina Tan aka Boss aka Mader aka person with many ideas etc etc etc!

Kita cuba lah nak buat prank again this time.. tak berapa jadi but it was super fun with our friends at Komet lagi! Thank you gang!

Happy Birthday boss!

16/07/2025

Nak share sikit... kita bangga yang drama Viu Original dari RedComm, From Saga With Love, memang main peranan penting sangat sampai Saga Film Commission boleh sapu Grand Award kat 11th Japan Film Commission (JFC) Awards pada 26hb Jun lepas di Kobe, Jepun!

Drama yang kami shoot di 14 bandar dalam Saga Prefecture ni, memang berjaya tarik hati penonton Malaysia, sampai peratus pelancong 'overnight stays' dari Malaysia ke Saga naik sebanyak 198% tahun ke tahun, mengikuti data dari Japan Tourism Agency.

Tambah lagi Siti Khadijah Halim pun sapu award Best Comedy Program dengan Best Actress (Comedy) di Asian Academy Creative Awards 2024 (Malaysian National Winner) pulak tu!

Musim kedua, yang telah ditayang pada 17hb Oktober tahun lepas, lagi lah meningkatkan Saga sebagai tempat pelancongan, sebab kali ni kita shoot dekat tunjuk 30 lokasi. Paling padu, drama ni dah cecah lebih 90 juta views dan lebih setengah juta interaksi di semua platform media sosial, mengikut data dari Hootsuite dengan TikTok!

Versi dengan *subtitle* Jepun dan *digital location map* untuk musim pertama telah pun diedar di sana sejak musim luruh lepas.

Sekarang, From Saga With Love boleh ditontoni di Astro Citra pulak, tiap Khamis & Jumaat, pukul 10 malam! Jangan lupa tengok!

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Red Communications posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Red Communications:

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share