15/05/2025
📌📌📌DM UNTUK POSTER HARGA📌📌📌
Bismillahirrahmanirrahim.. HE dah buka order COMBO KAPTEN TERPALING GREENFLAG. Alhamdulillah, sambutan hangat. Dah cecah 4 angka unit jualan dalam tempoh beberapa jam. TQ support! Harga promo sampai 19 MEI sahaja tau? 💕💕
[SINOPSIS]
Saham seorang tentera seperti Kapten Al-Fateh Aysar memang tinggi. Di mana-mana pasti akan ada wanita yang terpaut. Auranya terlalu kuat. Pendek kata, Al-Fateh Aysar memang idaman wanita-wanita di luar sana untuk dijadikan suami.
“Hello, Bravo Team. This is your captain speaking, Kapten Al-Fateh Aysar. Welcome to crucial millitary training. As briefed, we’re in Close Quarter Combat (CQC) training. Ready or not, we never step back. If the thunder don’t get you, the lightning will.” - Kapten Al-Fateh Aysar
Dan masalah besar Fateh muncul, bila Qiana yang jatuh cinta dengan dia. Budak mentah macam tu, sifatnya memberontak. Lagi dihalang, lagi dia melawan.
“Kenapa kahwin dengan orang lain? Kenapa tak tunggu Qiana habis belajar?” - Qiana
“Qiana.. kalau Abang Fateh tunggu Qiana, alamatnya jadi bujang terlajaklah Abang Fateh nanti. Waktu Qiana habis SPM pun, umur Abang Fateh dah senja.” - Kapten Al-Fateh Aysar
Fateh rahsiakan tentang Qiana demi menjaga hati seorang Teratai. Tatkala rahsia itu sampai ke pengetahuan Teratai, Teratai berkecil hati. Fateh jadi tak reti hendak memujuk bila Teratai menjauh. Sehinggalah Fateh guna cara ‘licik’ untuk paksa Teratai berdepan dengan dia kembali.
“Encik.. boleh baring tak? Saya nak kena pasang drip ni..” - Dr. Balqis
“Tak apa, nurse. Tiba-tiba saya dah rasa sihat sikit. Lagipun ‘ubat’ paling mujarab saya dah sampai ni.” - Kapten Al-Fateh Aysar
“Habis tu, IV drip ni macam mana? Doktor suruh saya..” - Dr. Balqis
“Nurse pasang aje branula tu dekat tangan kawan saya. Dia pun sakit juga tu. Sakit putus cinta, nurse.” - Kapten Al-Fateh Aysar
Bukan mudah hendak meyakinkan seorang Teratai bahawa hatinya hanya untuk si isteri, kerana Fateh tahu ‘luka’ lama di hati Teratai itu pasti sesekali akan berdenyut pedih.
“Jangan tinggalkan saya, Fateh. Jangan sesekali ‘pergi’ sebab.. sebab saya risau kalau awak hilang, saya tak tahu macam mana nak teruskan hidup saya tanpa awak.” - Teratai
“Selagi Allah SWT genggam doa saya, saya akan selalu ada di sisi awak. Setiap hari, saya langitkan doa yang sama. Tanpa jemu. Nak tahu apa doa saya, Atai? Jadikan Teratai Daneen, bidadari Al-Fateh Aysar walaupun sewaktu di syurga nanti.” - Kapten Al-Fateh Aysar
Dan selepas itu, Fateh akan mengelak apa saja yang boleh membuat Teratai susah hati.
“Hello, Abang Fateh. Qia datang nak beraya ni..” - Qiana
“Maaf, Qia. Hari ni Abang Fateh buat rumah tertutup. Kalau Qia nak beraya, Qia pergi rumah terbuka orang lain ya?” - Kapten Al-Fateh Aysar
“Hah? Rumah tertutup? Sampai bila? Raya kan sebulan..” - Qiana
“Nanti kalau perlu buka, baru Abang Fateh buka. Buat masa sekarang, rumah Abang Fateh tertutup. Qia baliklah dulu.” - Kapten Al-Fateh Aysar
Walaupun ada kala alasannya jelas tidak logik, Fateh tak peduli. Kerana bagi Fateh menjaga hati seorang Teratai Daneen itulah yang utama. Agak-agak mampu ke mereka berdua kekal bahagia pada saat seorang Qiana muncul menggoncang rumahtangga mereka? Dan mampukah cinta dan sayang Fateh yang tulus itu meyakinkan Teratai yang Fateh takkan sesekali berpaling pergi? Sama-sama kita nantikan sambungan kisah mereka berdua di dalam nukilan berbentuk digital ini.
[SINOPSIS]
Saiz ###L? Itu perihal biasa. Namun, berkahwin dengan juruterbang TUDM dengan tubuhnya bersaiz besar a.k.a ###L itu luar biasa!
Tujuh tahun hidup bersama Kapten Lazuri Umam, adalah momen membahagiakan untuk seorang perempuan bersaiz ###L seperti Habibah Hanum.
Namun, Hari Terbuka TUDM mengubah segenap persepsi Habibah. Tak mampu menidakkan seorang suami pasti mahukan wanita lebih ramping dan jelita berbandingnya. Terdetik di hati Bibah, adakah Lazuri menyayangi dirinya? Menerima segala kekurangan dirinya meskipun mereka sudah dikurniakan dua cahaya mata?
“Hai, Lazuri. I lupa nak cakap tadi. Good job, Captain! You did well. I am proud of you, dear.” – Kapten Maria Yusra
“I appreciate the compliment.” – Kapten Lazuri Umam
Hal itu berlaku di hadapan mata. Bertubi-tubi perkara berlaku sehingga melibatkan anak sendiri. Dan, Habibah ambil langkah mudah!
Dia sepatutnya rasa bertuah menjadi isteri seorang lelaki dibanggakan Negara. Tapi, Habibah sedar diri. Dia tak boleh ambil enteng berkaitan tubuh dan saiz badannya! Akhirnya, kekecewaan Lazuri membuka kelukaan di hati suami sendiri.
“Abang tak marah. Abang cuma kecewa.”
Ini salahnya! Salah diri sendiri. Sampai bila layanan dingin Lazuri menghantui dirinya? Dia juga punya hati! Adakah perkahwin kali ini berkekalan hingga akhirnya? Atau suaminya itu juga seperti lelaki lain, mahukan perempuan langsing, seksi dan terlebih jelita?
Boleh whatsapp mana-mana agen @ admin khas HE Dynamic Publication untuk fast response. Num admin ada dipin dekat wall HE.
Salah seorang admin; 014-9464332