
01/08/2025
Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, 45, mahu kubur anaknya digali semula bagi menjalankan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian gadis berusia 13 tahun itu. Noraidah melantik dua peguam bagi menguruskan proses tersebut demi mendapatkan keadilan, selepas anaknya yang merupakan pelajar SMKA Tun Datu Mustapha Limauan, Papar, dikatakan terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah dan dikaitkan dengan kes buli. Jenazah Zara sebelum ini dikebumikan tanpa bedah siasat kerana tiada pihak mencadangkannya ketika itu.