BERNAMA

BERNAMA BERNAMA Official Facebook. All comments, content, name and profile pictures may be used by BERNAMA

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Desa Belantik terus menjadi rujukan komuniti setempat dengan menyediakan pe...
25/09/2025

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Desa Belantik terus menjadi rujukan komuniti setempat dengan menyediakan pelbagai kemudahan digital, pendidikan dan sosial termasuk semakan kelayakan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Pengurus pusat berkenaan Mohd Ewan Mohamad Noh, 33, berkata NADI tidak hanya menawarkan capaian Internet, malah aktif menganjurkan bengkel, kursus, saringan kesihatan serta program literasi digital, sekali gus menjadi hab komuniti untuk memahami perkembangan dasar kerajaan.



NADI, BUDI95, digital, literasi, kemudahan, semaka

Kementerian Kesihatan (KKM) menepis dakwaan bahawa pemberian vaksin kanak-kanak dan penggunaan paracetamol semasa hamil ...
25/09/2025

Kementerian Kesihatan (KKM) menepis dakwaan bahawa pemberian vaksin kanak-kanak dan penggunaan paracetamol semasa hamil menjadi punca autisme.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Mahathar Abd Wahab berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah berulang kali menegaskan tiada bukti saintifik yang mengaitkan vaksin dengan autisme, malah vaksin terbukti menyelamatkan sekurang-kurangnya 154 juta nyawa dalam tempoh 50 tahun lalu.

Berita penuh https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2471554

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) berperanan sebagai benteng utama dalam menangkis propaganda dan perang psikologi r...
25/09/2025

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) berperanan sebagai benteng utama dalam menangkis propaganda dan perang psikologi rejim Zionis berhubung krisis kemanusiaan di Gaza, kata Ketua Pengarah SNCC Datuk Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery.

Beliau yang juga jurucakap rasmi SNCC berkata rejim Israel sememangnya dikenali dengan strategi komunikasi terancang dan propaganda agresif mereka.



SNCC, Global Sumud Flotilla, Datuk Dr Ahmad Sani A

MALAYSIA BERMINAT BELAJAR DARIPADA AMALAN TERBAIK EU BAGI REALISASIKAN GRID TENAGA ASEAN - FADILLAHMalaysia berminat unt...
25/09/2025

MALAYSIA BERMINAT BELAJAR DARIPADA AMALAN TERBAIK EU BAGI REALISASIKAN GRID TENAGA ASEAN - FADILLAH

Malaysia berminat untuk belajar daripada pengalaman Kesatuan Eropah (EU) dalam mewujudkan grid tenaga seiring dengan langkah ASEAN meningkatkan usaha untuk merealisasikan Grid Tenaga ASEAN (APG), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata EU menawarkan model komprehensif mengenai pertukaran tenaga elektrik rentas sempadan, yang dapat membantu negara anggota ASEAN menjangka dan menangani cabaran kawal selia, kewangan dan teknikal.

Berita penuh -- https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2471442

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi antara tiga calon utama bagi Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi ...
25/09/2025

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi antara tiga calon utama bagi Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sekali gus menjadi pemain bola sepak Malaysia pertama dicalonkan bagi anugerah itu.

AFC dalam kenyataan memaklumkan pemain sayap kebangsaan itu bersaing hebat dengan dua nama besar di benua ini iaitu pemenang Kasut Emas pada kempen Piala Asia 2023, Akram Afif dari Qatar dan penyerang Al-Hilal, Salem Al-Dawsari dari Arab Saudi.



sukan, bola sepak, Arif Aiman, AFC

Seorang penuntut universiti awam didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku membuat ...
25/09/2025

Seorang penuntut universiti awam didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk video lucah menerusi akaun X miliknya, tahun lepas.

Hakim Suhaila Haron menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Aidil Akmal Azhar, 24, selaku orang kena saman (OKS) dan sekiranya gagal membayar denda, dia boleh dihukum penjara empat bulan.

OKS berkenaan membayar denda itu.

Berita penuh https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2471429

Mahkamah Koroner di Kota Kinabalu, Sabah hari ini mengekalkan status quo untuk tidak membenarkan pengamal media membuat ...
25/09/2025

Mahkamah Koroner di Kota Kinabalu, Sabah hari ini mengekalkan status quo untuk tidak membenarkan pengamal media membuat liputan prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir melibatkan saksi kanak-kanak yang mula memberi keterangan sejak Isnin lepas.

Koroner Amir Shah Amir Hassan membuat keputusan itu selepas Pengarah Pendakwaan Sabah merangkap pengendali inkues Nahra Dollah memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak membenarkan media berada dalam prosiding berkenaan sehingga semua saksi kanak-kanak selesai memberi keterangan.

Berita penuh https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2471506

Flotila bantuan menuju ke Gaza memaklumkan pada Khamis yang mereka kini berada kurang 1,000 kilometer (621 batu) dari en...
25/09/2025

Flotila bantuan menuju ke Gaza memaklumkan pada Khamis yang mereka kini berada kurang 1,000 kilometer (621 batu) dari enklaf Palestin itu ketika misi mereka untuk mencabar sekatan jangka panjang Israel diteruskan, lapor Anadolu Ajansi.

β€œKami hanya tinggal 995 km (618 batu) dari Gaza. Hati kami sudah berada di sana sebelum kapal kami sampai. Kami belayar dengan tekad untuk memecahkan kepungan,” menurut cawangan Maghreb konvoi itu dalam satu hantaran di laman sosial Facebook.

Berita penuh -- https://www.bernama.com/bm/dunia/news.php?id=2471525

Lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Timor-Leste, yang berakhir semalam, mengulangi sokong...
25/09/2025

Lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Timor-Leste, yang berakhir semalam, mengulangi sokongan padu Malaysia terhadap aspirasi negara itu untuk menyertai ASEAN dan pada masa sama, membuka ruang kerjasama baharu dalam bidang kesalinghubungan, ketersambungan digital, perdagangan dan pertukaran sesama rakyat.

Lawatan itu menonjolkan peranan Malaysia sebagai sahabat akrab Timor-Leste sejak negara itu merdeka sekali gus mencerminkan hubungan yang berakar daripada sejarah bermakna dan terus diperkukuh menerusi kerjasama erat selama berdekad-dekad.

Malaysia adalah negara pertama membuka Pejabat Perhubungan di Dili pada April 2001, dan menjadi negara ASEAN pertama yang menubuhkan kedutaan di sini pada 20 Mei 2002 iaitu sehari sebelum Timor-Leste mencapai kemerdekaan.

Berita penuh https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2471501


𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ ππ„π‘πŠπ„ππ€π π‡π€πƒπˆπ‘ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’πˆπ, πƒπŽπ€ π’π„π‹π€πŒπ€π“ π’π„πŒππ„ππ€ πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„π‘πŠπ€π‡π–πˆππ€π 𝐑𝐀𝐉𝐀 πŒπ”πƒπ€ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘Sultan Se...
25/09/2025

𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ ππ„π‘πŠπ„ππ€π π‡π€πƒπˆπ‘ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’πˆπ, πƒπŽπ€ π’π„π‹π€πŒπ€π“ π’π„πŒππ„ππ€ πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„π‘πŠπ€π‡π–πˆππ€π 𝐑𝐀𝐉𝐀 πŒπ”πƒπ€ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena perkahwinan diraja Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor hari ini.

β€ŽTurut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin serta Tengku Amir Shah.

β€ŽMajlis anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu adalah bagi mendoakan kelancaran istiadat perkahwinan Tengku Amir Shah bersama pasangannya Afzaa Fadini Abdul Aziz yang bakal berlangsung pada 2 Okt ini.

πŸ“Έ Mohd Asri Saifuddin Mamat | BERNAMA

Berita penuh -- https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2471532

Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menggerakkan Kempen Malaysia Membaca sepanj...
25/09/2025

Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menggerakkan Kempen Malaysia Membaca sepanjang Oktober ini, bersempena dengan penganjuran Karnival Baca Perdana yang berlangsung sepanjang bulan depan.

Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan menyebut pelbagai program dan aktiviti akan dilaksanakan antaranya aktiviti interaktif di PNM dan aktiviti di 506 perpustakaan desa di seluruh negara.

Berita penuh -- https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2471434

𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π’π„π‡π„ππ“πˆ πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“ πŒπ„ππ”π€ π€πŠπ€π πƒπˆπ–π”π‰π”πƒπŠπ€π πƒπˆ 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 π‘πŒπŠπŸπŸ‘Sebuah pusat sehenti bagi menyediakan penyelesaian berasask...
25/09/2025

𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π’π„π‡π„ππ“πˆ πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“ πŒπ„ππ”π€ π€πŠπ€π πƒπˆπ–π”π‰π”πƒπŠπ€π πƒπˆ 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 π‘πŒπŠπŸπŸ‘

Sebuah pusat sehenti bagi menyediakan penyelesaian berasaskan teknologi untuk masyarakat menua akan diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Beliau berkata inisiatif yang menggabungkan kepakaran industri dan penyelidikan tempatan itu dijangka memacu pembangunan peranti perubatan, alatan sokongan serta suplemen berkhasiat untuk warga emas.

Berita penuh -- https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2471420

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BERNAMA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share