23/09/2024
📿 𝗗𝗼𝗮 𝗠𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗥𝗲𝘇𝗲𝗸𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗥𝗲𝘇𝗲𝗸𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗶𝗺𝗽𝗮𝗵 💰
Sahabat semua, rezeki adalah pemberian Allah yang tidak ternilai. Baik berupa harta, kesihatan, keluarga, maupun kebahagiaan, semuanya adalah bentuk rezeki.
Antara doa yang sering dikongsi untuk mendatangkan rezeki yang melimpah dari-Nya.
✨ 𝘿𝙤𝙖 𝙍𝙚𝙯𝙚𝙠𝙞 𝙈𝙚𝙡𝙞𝙢𝙥𝙖𝙝 ✨
اللهم اكفني بحلالك عن حرامك وأغنني بفضلك عمن سواك
Ertinya: "Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal, jauhkan aku dari yang haram, dan dengan anugerah-Mu, jadikanlah aku tidak bergantung kepada selain-Mu."
📌 𝗔𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻-𝗮𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗲𝘇𝗲𝗸𝗶 📌
1. 𝙎𝙤𝙡𝙖𝙩 𝙎𝙪𝙣𝙖𝙩 𝘿𝙝𝙪𝙝𝙖🕌
Lakukan shalat Dhuha setiap pagi (2 hingga 12 rakaat) untuk memohon kemudahan dalam urusan rezeki. Amalan solat sunat dhuha antara amalan sedekah yang paling tinggi
disisi Allah.
Hal ini didasarkan pada sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dzar radhiallahu 'anhu, di mana Rasulullah ﷺ bersabda:
"Setiap pagi ada kewajiban bagi setiap persendian tubuh kalian untuk bersedekah. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, memerintahkan yang baik adalah sedekah, mencegah yang munkar adalah sedekah, dan dua rakaat Dhuha sudah mencukupi semua itu."
(HR. Muslim)
Melalui hadits ini, kita diajarkan bahwa sholat Dhuha merupakan salah satu amalan ringan namun memiliki pahala yang besar, termasuk sebagai bentuk sedekah yang bisa menyehatkan rohani dan menarik rezeki dari Allah.
2. 𝙎𝙚𝙙𝙚𝙠𝙖𝙝 🤲
Bersedekahlah secara rutin, walaupun sedikit. Sedekah akan membuka pintu-pintu rezeki yang tidak disangka-sangka. Sentiasa niatkan dalam diri untuk tingkatkan amalan sedekah. Sedekah mungkin dari segi wang ringgit, tenaga, masa atau lain-laim kebaikan yang berupa manfaat.
Satu amalan yang biasa dibuat adalah wujudkan tabung sedekah subuh. Setiap kali subuh, sedekahkan dalam tabung tu dengan niat Allah memberkati rezeki tanpa berkira-kira. Setiap hujung bulan hari Jumaat, gunakan wang tersebut untuk bersedekah sama ada beli makanan dan sedekahkan kepada orang yang memerlukan atau masukkan ke tabung masjid.
3. 𝙄𝙨𝙩𝙞𝙜𝙝𝙛𝙖𝙧 📿
Perbanyak istighfar, karena dengan istighfar, Allah mengampuni dosa dan mendatangkan rezeki dari arah yang tidak kita duga. Amalkan untuk konsisten beristighfar sebanyak 200 kali selepas selesai solat fardhu.
4. 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙖𝙘𝙖 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘼𝙡-𝙒𝙖𝙦𝙞'𝙖𝙝 📖
Bacalah surah Al-Waqi'ah setiap hari, terutama di waktu malam atau selepas menunaikan solat sunat dhuha. Surah ini dikenal sebagai surah pembuka rezeki. Baca, fahami intipati setiap bacaan dan amalkan. Rugi jika hanya membaca namun tak ambil peluang untuk bertadabur atau menyingkap bait kata-kata Allah dalam surah tersebut.
5. 𝘽𝙚𝙧𝙗𝙖𝙠𝙩𝙞 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙈𝙖𝙠 𝘼𝙮𝙖𝙝 ❤️
Berbuat baik kepada mak ayah dan memohon doa restu mereka juga dapat memudahkan urusan rezeki. Percaya tak, orang-orang yang berjaya hari ini bermula dengan doa yang tak pernah putus dari mak ayah mereka. Bagi yang masih ada mak ayah, berusahalah untuk sentiasa mendampingi, mengunjungi dan menelefon mereka.
Jika yang telah tiada mak ayah. Sentiasalah berdoa dan mohon agar amalan baik kita didunia ini disedekahkan kepada mak ayah kita disana.
Amalan baik amat berat untuk dilakukan buat pertama kali. Namun, ianya akan terbiasa dan menjadi rutin jika kita dahulukan niat kerana Allah.
Semoga Allah melimpahkan rezeki yang barokah, halal, dan mencukupi kepada kita semua. Aamiin.