The Reporter

The Reporter Info selektif setiap hari. The Reporter - Info Terkini, Berita Terhangat! Kami komited untuk memberikan anda laporan yang tepat, pantas, dan relevan.

Kami di The Reporter menyediakan berita terkini, informasi menarik, dan kisah viral daripada pelbagai topik — termasuk isu semasa, hiburan, teknologi, gaya hidup, dan banyak lagi. Ikuti kami untuk sentiasa kekal terhubung dengan berita terbaru dan cerita menarik dari Malaysia dan seluruh dunia. Layari laman sesawang kami di https://thereporter.my

Seorang lelaki mencetuskan tanda tanya apabila bertindak baring di tengah jalan raya di Singapura sambil memandang tepat...
13/05/2026

Seorang lelaki mencetuskan tanda tanya apabila bertindak baring di tengah jalan raya di Singapura sambil memandang tepat ke arah sebuah kereta yang berhenti di hadapannya.

Menerusi video tular dimuat naik SG Road Vigilante, lelaki bertangan bersimen itu dilihat beberapa kali menghalang laluan kereta di Grange Road sebelum tiba-tiba merebahkan badan di atas jalan.

Ruangan komen dipenuhi pelbagai reaksi netizen, termasuk yang mengesyaki lelaki itu sengaja mahu mencetuskan kemalangan atau cuba mendapatkan pampasan daripada pemandu.

Sumber: Asia One
Gambar: SG Road Vigilante

Katanya, perkara berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.Baca berita penuh dalam ko...
13/05/2026

Katanya, perkara berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

Baca berita penuh dalam komen 👇

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan penghargaan kepada Tan Sri Azam Baki atas perkhidmat...
13/05/2026

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan penghargaan kepada Tan Sri Azam Baki atas perkhidmatannya selama 42 tahun bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata banyak kejayaan dan reformasi berjaya dilaksanakan sepanjang Azam menerajui SPRM sebagai badan penguat kuasa.

Shamsul Azri turut berharap jasa bakti Azam Baki akan terus dikenang dan beliau dapat terus menyumbang kepada negara walau dalam apa juga kapasiti selepas persaraannya.

Sumber: Facebook Shamsul Azri Abu Bakar
Gambar: NSTP / Mohd Fadli Hamzah

Tindakan dibuat susulan kegagalan kedua-dua pihak mencapai persetujuan berhubung kadar harga serta kontrak yang memenuhi...
13/05/2026

Tindakan dibuat susulan kegagalan kedua-dua pihak mencapai persetujuan berhubung kadar harga serta kontrak yang memenuhi kemampuan kewangan masing-masing.

Baca berita penuh dalam komen 👇

Pelakon Beto Kusyairy tampil memberi respons selepas seorang netizen mendakwa filem Malaysia sering mengulang tema sama ...
13/05/2026

Pelakon Beto Kusyairy tampil memberi respons selepas seorang netizen mendakwa filem Malaysia sering mengulang tema sama seperti gangster, hantu, polis dan askar.

Menurut Beto, sebenarnya sudah banyak pembikin filem tempatan menghasilkan karya di luar kebiasaan seperti Imaginur, Reversi, Badak, Mencari Ramlee dan beberapa lagi, namun persoalannya sama ada penonton benar-benar hadir memberi sokongan di pawagam.

Dalam hantaran sama, Beto turut mempersoalkan budaya segelintir penonton yang lebih gemar menunggu tayangan di platform penstriman atau menonton menerusi “link haram” berbanding menyokong filem tempatan secara langsung.

Sumber: Threads
Gambar: Kosmo! Online

Presiden AS, Donald Trump menegaskan negaranya tidak memerlukan bantuan China bagi menangani konflik melibatkan Iran wal...
13/05/2026

Presiden AS, Donald Trump menegaskan negaranya tidak memerlukan bantuan China bagi menangani konflik melibatkan Iran walaupun isu itu dijangka disentuh dalam pertemuan bersama Presiden China, Xi Jinping minggu ini.

Menurut Trump, AS mampu “memenangi” isu Iran sama ada melalui jalan damai atau sebaliknya, selain mendakwa Washington mempunyai kawalan penuh terhadap situasi tersebut ketika ini.

Sumber: Agensi
Gambar: Reuters / CNN

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan pihaknya mempunyai garis panduan tertentu berkaitan pendaftaran nama anak, ...
13/05/2026

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan pihaknya mempunyai garis panduan tertentu berkaitan pendaftaran nama anak, termasuk nama yang dianggap pelik atau tidak sesuai.

Menurut perkongsian di Threads oleh akaun rasmi JPNHQ, petugas hanya boleh memberi nasihat kepada ibu bapa sebelum pendaftaran dibuat. Namun, keputusan akhir masih bergantung kepada ibu bapa sendiri.

JPN turut memaklumkan jika ibu bapa tetap mahu menggunakan nama seperti “asrama”, “hostel”, “hotel” atau nama lain yang dianggap tidak sesuai, mereka perlu menandatangani akuan bahawa nama itu dipilih atas kehendak sendiri.

Sumber: Threads JPNHQ Official
Gambar hiasan sahaja (AI)

Kes pembunuhan seorang penuntut kolej di Ketereh terus mengejutkan ramai apabila polis mendedahkan suspek dipercayai cub...
13/05/2026

Kes pembunuhan seorang penuntut kolej di Ketereh terus mengejutkan ramai apabila polis mendedahkan suspek dipercayai cuba menghapuskan bukti selepas kejadian.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek didakwa menggunakan kereta milik bapanya sebelum bertindak mencuci kenderaan itu berulang kali kerana masih terdapat kesan darah. Lebih mengejutkan, tindakan tersebut didakwa berlaku di depan kedua ibu bapanya sendiri.

Menurut beliau, ketika serbuan dilakukan di rumah suspek, lelaki itu berada bersama bapanya manakala kereta terbabit turut ditemukan di lokasi. Polis kemudian menahan kedua ibu bapa suspek bagi membantu siasatan selepas mereka pada awalnya mendakwa tidak mengetahui apa-apa berkaitan kejadian tersebut.

Sumber: 999 (TV3)
Gambar: Harian Metro / Kosmo! Online

Katanya, rakyat China sentiasa bersama Iran ketika negara itu berdepan dengan waktu sukar.Baca berita penuh dalam komen ...
13/05/2026

Katanya, rakyat China sentiasa bersama Iran ketika negara itu berdepan dengan waktu sukar.

Baca berita penuh dalam komen 👇

Lebih 4,000 individu dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati membuang sampah merata-rata di kawasan awa...
13/05/2026

Lebih 4,000 individu dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati membuang sampah merata-rata di kawasan awam.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, semua pesalah turut diwajibkan menjalani khidmat masyarakat sehingga 12 jam termasuk menyapu jalan dan membersihkan longkang.

Menurut beliau, tindakan tegas oleh SWCorp itu membuktikan kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu kebersihan dan sanitasi awam.

Sumber: Bernama
Gambar: Kosmo! Online / Harian Metro

Kerajaan Pulau Pinang menegaskan isu pencemaran di Kampung Selamat dan Sungai Kereh di Tasek Gelugor bukan berpunca dari...
13/05/2026

Kerajaan Pulau Pinang menegaskan isu pencemaran di Kampung Selamat dan Sungai Kereh di Tasek Gelugor bukan berpunca daripada aktiviti penternakan babi semata-mata.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, H'ng Mooi Lye berkata faktor lain seperti aktiviti pertanian, pelepasan sisa, sistem perparitan dan keadaan persekitaran turut dikenal pasti menyumbang kepada masalah pencemaran serta bau busuk di kawasan itu.

Menurut beliau, tindakan penguatkuasaan kini dilaksanakan secara bersepadu bersama JAS, PBT dan JPS termasuk cadangan memindahkan sisa najis babi ke Stesen Pemindahan Ampang Jajar untuk diproses menjadi tenaga hijau menerusi sistem anaerobic digestion.

Sumber: Bernama
Gambar: Ihsan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Reporter posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to The Reporter:

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share