Wheels & Kicks

  • Home
  • Wheels & Kicks

Wheels & Kicks Dari TAPAK ke JALAN. Kereta. Kasut. Lifestyle.

Tq sahabat-sahabat baru saya. InshaAllah kita saling support each other. Yang belum follow, mari follow rapat2. 😊✌🏻Engku...
28/01/2026

Tq sahabat-sahabat baru saya. InshaAllah kita saling support each other. Yang belum follow, mari follow rapat2. 😊✌🏻

Engku Norulhudha Engku Abdullah, Ct Suhana, Dean Hanz, Mat Perlis Fiq Wocm, Rizal Ruzaimal, Jai Ussa, Azhari Azmi, Ramkisun Chaudhary, Zul Pijoe, Mohd Asariki, Ally Aun, Muhammad Fauzi, Hayatul Syifa, Nur Alisha, Emey Emey, Md Fazlisham Muhamad, Yanie Kassim, Naura Begbundle, Puteri Nooralvieah, Kryptonite Prelove, Aidit Ashraf, Nor Afiqah, Faidatul Nazia, Salina MdSaad, Nur Nazihah, Elihelsi Motilis, Nurul Hidayah, Mohd Azanie, Kobirul Sk, Edi Hartono, Mie Mie, Rozamizzan Mizann

Morning gais!Selamat berhujung minggu. Kebiasaannya ramai yang bercuti pada hari Ahad, mesti ramai yang nak cuci kereta,...
25/01/2026

Morning gais!

Selamat berhujung minggu. Kebiasaannya ramai yang bercuti pada hari Ahad, mesti ramai yang nak cuci kereta, cuci kasut, kemas rumah, cat rumah..macam-macam lagi lah perancangan korang.

Tak kisah lah apa pun perancangan korang, aku nak pesan satu je. Cuci kereta dan kasut korang menggunakan bahan dan material cucian yang betul. Silap guna bahan cucian, cat kereta dan kasut korang takkan tahan lama. Sayangi kereta dan kasut anda. Hahahaha. 🤣😂

24/01/2026

Continental underrated yang selalu orang terlepas pandang. Value for money. Kereta murah yang sedap dan seronok untuk dipandu.

Sama macam kasut yang aku pakai, Nike SB Dunk High Reverse Goldenrod. Kasut ni tak hype macam SB Dunk Low, so harga tak tinggi sangat. Tapi serius selesa, berbaloi dengan apa yang aku bayar.

So kalau orang nak kejar hype and trend, kita biar je. Kita pakai je yang underrated, yang penting tak sama macam orang lain.

"ADIDAS TAK LAHIR DARI HYPE — ADIDAS LAHIR DARI MASALAH."Ramai orang kenal adidas sebab tiga jalur yang ikonik tu. Tapi ...
23/01/2026

"ADIDAS TAK LAHIR DARI HYPE — ADIDAS LAHIR DARI MASALAH."

Ramai orang kenal adidas sebab tiga jalur yang ikonik tu. Tapi tak ramai tahu — adidas ni bermula dari sepasang kasut dalam bilik dobi mak sendiri.

Tahun 1949, seorang lelaki Jerman bernama Adi Dassler buat kasut bukan untuk bergaya, tapi untuk bantu atlet berlari lebih baik. Masa tu, kasut bukan pasal look — tapi pasal function. Dari situ lahir nama adidas: Adi + Dassler.

Dan sejak hari pertama, falsafah dia tak pernah berubah:
Performance dulu, style kemudian.

Sebab tu adidas kuat dalam s**an.
Bola sepak, larian, training — semua bermula dari keperluan sebenar atlet. Bila barang tu betul-betul berfungsi, barulah dia jadi cantik untuk dipakai harian.

Bila masuk era street culture, adidas tak memaksa diri. Culture yang tarik dia masuk.
Superstar, Stan Smith, Samba — kasut ni hidup lama bukan sebab iklan, tapi sebab orang pakai dan percaya.

Hari ni, adidas mungkin nampak simple. Tapi simple tu datang dari puluhan tahun eksperimen, kalah-menang, dan konsistensi.

Dia bukan brand yang menjerit,
tapi brand yang buat orang angguk.

So bila kau pakai adidas,
sebenarnya kau pakai sejarah orang yang buat benda dengan betul dari awal.

Bukan ikut hype.
Tapi ikut prinsip.



p/s: ada kwn aku cakap aku pakai nike je, ni ada je aku pakai adidas. 😝

NIKE: Kenapa Orang Tak Pernah Bosan?Kalau sebut pasal kasut atau baju s**an, satu nama yang mesti keluar awal-awal: NIKE...
23/01/2026

NIKE: Kenapa Orang Tak Pernah Bosan?

Kalau sebut pasal kasut atau baju s**an, satu nama yang mesti keluar awal-awal: NIKE.

Nike ni bukan sekadar jenama. Dia culture.
Daripada atlet profesional sampai orang biasa macam kita , semua pernah pakai Nike, atau at least… teringin nak pakai 😆

Apa yang buat Nike power, dia bukan jual kasut semata-mata.
Dia jual semangat.

Slogan dia simple:
👉 “Just Do It”

Ayat pendek, tapi dalam maksud dia:
Tak payah banyak alasan.
Tak payah tunggu perfect.
Buat je dulu.

Dari segi produk, Nike memang famous dengan teknologi dia — Air, Zoom, Flyknit. Ringan, selesa, dan sesuai untuk performance dan gaya harian. Sebab tu kasut macam Air Force 1, Dunk, Jordan… tak lapuk dek zaman. Dari court, masuk street, terus jadi lifestyle.

Marketing Nike pun jangan cakap. Dia bukan cari model biasa-biasa. Dia angkat ikon seperti Michael Jordan, Ronaldo, Serena Williams. Bukan sebab pop**ar je, tapi sebab mentaliti pemenang.

Pendek kata, Nike ni sesuai untuk:
✔️ Orang yang aktif
✔️ Orang yang nak nampak confident
✔️ Orang yang nak rasa “aku boleh buat”

So bila kau pakai Nike, kau bukan sekadar sarung kasut…
Kau pakai mindset.

Just Do It. 👟🔥

By the way, aku bukan s**a NIKE je. Aku s**a semua jenis kasut terutamnya sneakers, tak kira jenis brand. 😁

23/01/2026

Alhamdulillah, selesai. Video macam ni aku memang akan selalu post bila aku selesai deliver kereta customer. Moment macam ni yang akan buat aku keep going untuk buat apa yang aku s**a dalam hidup.

PROTON X70 1.5 TGDI EXECUTIVE 2WD 2022Alhamdulillah, selesai penyerahan sebuah jip/suv keluaran Perusahaan Otomobil Nasi...
22/01/2026

PROTON X70 1.5 TGDI EXECUTIVE 2WD 2022

Alhamdulillah, selesai penyerahan sebuah jip/suv keluaran Perusahaan Otomobil Nasional model X70 petang tadi. Walaupun ini ialah unit terpakai, tapi mungkin dah jadi rezeki pelanggan abam dapat unit yang macam baru.

Dengan perbatuan serendah 44,###km, unit ini masih lagi berada dibawah jaminan Perusahaan Otomobil Nasional. Jadi pelanggan abam hanya perlu terus sambung urusan penyelenggaran di pusat penyelengaraan Perusahaan Otomobil Nasional di suluruh negara, bagi mengelak pembatalan jaminan.

Seronok abam melihat keletah anak-anak serta senyuman daripada pelanggan abam. Mana kan tidak pelanggan abam senyum ke telinga, bayaran bulanan hanya RM7xx sahaja, di tambah p**a dengan perbatuan yang rendah.

Terima kasih Tuan Adam.

22/01/2026

Korang pening nak cari 4x4 untuk meet keperluan korang? Tengok je review aku, nanti korang boleh decide sendiri model apa yang sesuai untuk kegunaan korang. Jangan lupa follow, share dan komen kalau korang nak tanya pape.

KASUT BUKAN SEKADAR SARUNG KAKI – SALAH PILIH, MERANA KAKIRamai orang sangka kasut ni ikut design cantik terus beli. Hak...
07/01/2026

KASUT BUKAN SEKADAR SARUNG KAKI – SALAH PILIH, MERANA KAKI

Ramai orang sangka kasut ni ikut design cantik terus beli. Hakikatnya, kasut ni kalau salah pilih, lutut, tumit, pinggang semua boleh kena. Aku share sikit benda penting yang ramai orang tak ambil peduli 👇

1️⃣ Saiz Bukan Nombor Semata-mata
Saiz kasut bukan sekadar 41, 42, 43. Ada kaki lebar, ada kaki tinggi instep, ada kaki nipis.

Tips aku:
👉 Cuba kasut waktu petang/malam sebab kaki dah kembang.
👉 Jangan pakai “harap longgar nanti” – itu jalan ke blister.

2️⃣ Tapak Kasut Tentukan Keselesaan
Tapak keras tak semestinya tahan lama. Tapak terlalu lembut tak semestinya bagus untuk semua orang.

Kalau kau:
• Banyak jalan / berdiri lama → cari arch support
• Drive lama → tapak flexible tapi stabil

3️⃣ Bahan Kasut Main Peranan Besar
PU, Mesh, Leather, Knit – semua ada fungsi. Kulit sintetik murah tapi cepat panas. Mesh ringan tapi cepat koyak kalau kasar. Leather mahal sikit tapi lagi bernafas & tahan kalau jaga betul.

4️⃣ Jangan Abaikan Cara Pakai & Simpan
Ramai rosakkan kasut sendiri:
❌ Pakai pijak collar dan heel counter
❌ Jemur bawah matahari terik
❌ Simpan lembap dalam kereta
Nak kasut tahan lama?
✔️ Guna shoe tree
✔️ Anginkan lepas pakai
✔️ Lap sebelum simpan

5️⃣ Kasut Cerminan Perangai
Orang boleh agak:
• Kau kemas ke tak
• Kau jaga diri ke tak
• Kau detail ke sambil lewa

Semua dari kasut dulu, sebelum tengok baju.

Kesimp**an Mat 👇
Kasut ni bukan nak gaya semata.
Salah pilih, kaki kau yang tanggung.
Betul pilih, hari-hari rasa ringan walau penat.

Kalau kau nak tahu:
👉 kasut sesuai ikut berat badan
👉 kasut ikut cara jalan
👉 kasut untuk drive lama / kerja lama

Drop je komen.
Kau tanya, aku jawab.
Dari Tapak ke Jalan! 😎👟

KERETA: BUKAN SEKADAR DARI "A" ke "B"Bagi orang luar, kereta ni cuma alat. Masuk, start, tekan minyak, sampai destinasi....
17/12/2025

KERETA: BUKAN SEKADAR DARI "A" ke "B"

Bagi orang luar, kereta ni cuma alat. Masuk, start, tekan minyak, sampai destinasi. Habis cerita.
Tapi bagi orang yang hidup dalam dunia automotif, cerita dia jauh lebih panjang daripada tu.

Kereta ni emosi.
Dia boleh jadi hadiah pertama lepas kerja keras bertahun-tahun.
Dia boleh jadi saksi susah senang—hujan panas, OT malam-malam, drive jauh balik kampung.
Ada juga yang jadikan kereta ni identiti. Cara kau jaga, cara kau drive, cara kau setup—semua tu cerminan diri kau.

Sebab tu bila orang cakap, “alah kereta lama je,” aku senyum je.
Kereta lama ke baru bukan ukuran. Yang penting, kau faham apa yang kau pakai.
Kau tau karakter enjin dia.
Kau tau perangai gearbox dia.
Kau tau bila masa sesuai tekan, bila masa kena berhemah.

Dalam dunia sekarang, ramai nak kereta laju.
Tapi tak ramai nak belajar kenapa kereta tu laju.
Ramai nak nampak cantik di luar, tapi lupa asas keselamatan, penjagaan, dan ilmu.

Aku selalu pesan—tak kisah kau drive Myvi, Civic, BMW, atau pickup.
Asalkan kau bertanggungjawab dengan pilihan kau.
Kau jaga kereta tu elok-elok.
Dan paling penting, kau faham apa yang kau tekan.

Sebab bila kau tekan tanpa ilmu, kau bukan je tanggung kereta…
kau tanggung risiko.

Dan dalam dunia automotif, satu benda yang sentiasa relevan:
Kau tekan, kau tanggung.

12/12/2025

Mesin German. Stage 3. 🔥🔥🔥

11/12/2025

Seronok layan kawan-kawan umur bawah pada kita ni sebenarnya. Dah korang mintak pelik-pelik, aku layankan je. 😂

Address

Lot 133 L, Jalan Semambu

25350

Telephone

01126937300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wheels & Kicks posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wheels & Kicks:

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share