15/08/2025
SEKOLAH KITA, TANGGUNGJAWAB KITA
Episod SBP kali ini kita dengarkan perkongsian oleh Dr Ab Wahab Che Mat dan Dr Mazlan Che Soh, wakil daripada Gabungan Persatuan Alumni SBP (GPASBP).
Kami membincangkan topik SEKOLAH MILIK MASYARAKAT bersempena dengan satu Simposium yang bakal dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Alumni SBP (GPASBP) pada hari Sabtu, 23 Ogos 2025 bertempat di Auditorium Perdana Institut Aminuddin Baki (IAB), Bandar Enstek
Simposium Sekolah Milik Masyarakat merupakan platform strategik yang menghimpunkan warga KPM, agensi kerajaan, alumni, NGO, ibu bapa dan pemimpin pendidikan bagi memperkukuh penglibatan masyarakat dalam pembangunan sekolah — khususnya Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Inisiatif ini bertujuan untuk:
- Menjelaskan peranan masyarakat dan alumni dalam menyokong sistem pendidikan kebangsaan
- Memberi penerangan berhubung pematuhan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], pekeliling, dan peraturan KPM
- Menyelaraskan kefahaman tentang tatacara penyaluran sumbangan yang sah, telus dan beretika
- Mewujudkan kerjasama strategik antara sekolah dan komuniti bagi penyenggaraan dan pembangunan yang lestari
Penyertaan anda dalam simposium ini akan mengukuhkan usaha kita membina sekolah yang cemerlang melalui kolaborasi yang sah, telus dan berimpak tinggi.
Jom kita dengarkan perkongsian mereka.
https://youtu.be/BX1vY0d0Spw?si=Jjtt7b4ojHFqJOtY