Lagi Lagi Boom

  • Home
  • Lagi Lagi Boom

Lagi Lagi Boom Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Lagi Lagi Boom, Media/News Company, .
(4)

lagilagiboom.com Ditubuhkan sejak 2018, Media Gosip dan Cerita Panas Artis, Influencer, Selebriti mahupun segala cerita panas yang berlaku di Sabah dan Malaysia

Wow LLB ZOOM menyala!
12/07/2025

Wow LLB ZOOM menyala!

10/07/2025

Wow! Cantiknya Sitipah Jahamin! Semoga ada manis2 di Anugerah Lagu SABAHVFN

LLB ZOOM Fuiyoo dia yang anu bakan.. yang jaring tu golSkuad Malayan Tigress menang lagi.Skuad wanita kebangsaan menewas...
04/07/2025

LLB ZOOM Fuiyoo dia yang anu bakan.. yang jaring tu gol

Skuad Malayan Tigress menang lagi.

Skuad wanita kebangsaan menewaskan tuan rumah Tajikistan dengan kemenangan 1-0 dan gol dijaringkan dimasa tambahan oleh Henrietta Justine pada minit ke 90+1

📸 Football Association of Malaysia

LLB ZOOM
03/07/2025

LLB ZOOM

Pensyarah Muzik dan Ahli Muzik Kombo RTM, Suhaimie Jamli, tampil memberi teguran kepada artis dan komposer tempatan Sabah yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (A.I.) dalam penciptaan lagu tanpa memastikan kualiti produksi yang sesuai untuk siaran radio.

Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, beliau berkongsi pengalamannya menilai lagu-lagu baharu tempatan dan menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan karya yang masih dalam bentuk ‘demo’ dihantar untuk tujuan siaran.

“Tidak salah menggunakan A.I. untuk dapat idea gubahan lagu kamu. Tapi janganlah bah hantar ‘raw product’ kepada kami untuk tujuan siaran,” tegas beliau.

Suhaimie menekankan pentingnya menghantar karya yang sudah melalui proses rakaman studio secara profesional, termasuk rakaman vokal, muzik berkualiti, serta proses mixing dan mastering yang baik agar sedap didengar di radio.

Beliau turut menyeru agar penggiat muzik menyokong pengusaha studio rakaman tempatan di Sabah yang bergantung kepada industri ini sebagai punca rezeki.

“Kami perlu material yang baik sebab kami pun ada tanggungjawab untuk jaga mutu siaran RTM,” tambahnya.

Hantaran itu turut mendapat perhatian rakan penggiat seni Janrywine J. Lusin yang menyatakan kekesalan terhadap penggunaan A.I. secara berlebihan dalam komposisi lagu.

“Sejak meluasnya sentuhan A.I., saya sudah tidak berapa setuju konsep ‘kerja senang’ kompos lagu begini. Siok memang siok, tapi tiada nilai seni yang asli,” ujar Janrywine.

Perbincangan ini sekali lagi membangkitkan persoalan penting tentang keseimbangan antara teknologi moden dan sentuhan seni dalam penghasilan karya muzik yang berkualiti tinggi serta sesuai untuk tontonan umum dan siaran radio.

03/07/2025

Suhaimie tegur pengkarya muzik Sabah

01/07/2025

Sabah sudah ada Tv

01/07/2025

CERITA PANAS dari FB post Janrywine (penyanyi lagu - Macam Di KK)
Pelajar Patah, Van Paramedik Tak Jalan?

Kecoh di kejohanan ragbi sekolah bila seorang pelajar patah jari, tapi van paramedik ‘relax’ saja tak hantar ke hospital. Coach yang panas hati terus naik suara:

> “Kalau malas hantar, kasi pinjam siren kau!”

Alasan diberi? Takut berlaku kecemasan lain. Tapi… kes patah pun bukan emergency ka? Lebih panas, satu lagi kes patah kaki pun bukan dihantar van paramedik.

Netizen mula tanya paramedik ni standby untuk apa sebenarnya?

Coach kena kecam, tapi kalau dia diam… budak tu tunggu siapa?

30/06/2025

Angin sudah mula bertiup, tiang mulai goyang, tapak belum kukuh, boleh jadi semua terbang

30/06/2025

Dua ADUN didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu hari ini berkaitan kes pengeluaran lesen cari gali mineral.

Mereka berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 iaitu menerima wang rasuah.

Turut didakwa ialah seorang ahli perniagaan dipercayai pemberi maklumat yang bertanggungjawab mendedahkan video dakwaan rasuah ADUN Sabah dalam isu pengeluaran lesen cari gali mineral, sebelum ini.

LLB ZOOM Tahniah Marsha!
27/06/2025

LLB ZOOM Tahniah Marsha!

26/06/2025

Salam Awal Muharam

Address


Telephone

+60163092518

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lagi Lagi Boom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Lagi Lagi Boom:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share