TPS Motor

TPS Motor Nak view catalog :-
https://www.instagram.com/turbodottcomm_mall/profilecard/?igsh=N2ZpamEyeWZnemRr

nak beli barang motor boleh, repair boleh, tuning boleh..

anuar je x boleh. lokasi waze tps motor

06/06/2026

Y15 – RPM HUJUNG DROP, POWER TAK SAMPAI TARGET

Seorang customer hantar Yamaha Y15 dengan aduan:

✅ Motor tak ada power di RPM hujung
✅ Power mula drop sekitar 11,000 – 12,000 RPM
✅ Setup enjin hanya spek 57

Masa hantar motor, customer minta kami tukar kepada valve spring yang lebih keras kerana menyangka spring keras boleh bantu dapatkan RPM lebih tinggi.

Seperti biasa, kami tak terus tukar. Kami buka dan periksa dahulu keadaan enjin.

Hasil pemeriksaan mendapati valve spring asal yang digunakan memang sudah agak keras untuk setup spek 57. Jika spring terlalu keras pada setup seperti ini, ia boleh menyebabkan enjin menjadi berat untuk bernafas pada RPM tertentu dan respon RPM bawah juga boleh terjejas.

Jadi kami cadangkan:

👉 Serahkan kepada kami untuk tentukan setup yang paling sesuai.
👉 Fokus bukan pada spring paling keras, tetapi kombinasi setup yang boleh mencapai target RPM dan kuasa yang optimum.

Apa yang kami lakukan:

✔️ tukar valve spring sedia ada dari 3.1mm kpd 2.9mm
✔️ Re-profile semula cam pulley (degree cam)

Keputusan Dyno:

Sebelum:

* 21.7 HP
* RPM hujung tidak stabil dan susah melepasi target

Selepas setup:

* 22.7 HP
* RPM mampu mencapai 12,500 RPM dengan lebih lancar
* Power delivery lebih baik sehingga RPM hujung

Peningkatan: +1.0 HP hanya melalui setup yang betul.

📌 Kesimpulan:

Ramai sangka valve spring lebih keras = RPM lebih tinggi.

Hakikatnya tidak semestinya begitu.

Valve spring yang terlalu keras boleh menyebabkan enjin kehilangan kecekapan jika tidak sesuai dengan spesifikasi enjin. Yang lebih penting ialah padanan setup yang betul antara camshaft, valve spring, timing dan karakter enjin.

Bukan cari spring paling keras, tetapi cari setup yang paling sesuai.

20/12/2025

39HP Honda RS150R Double Overhead Camshaft DOHC. Barang ini x pandai buat memang cepat jem. Sape pernah ade pengalaman cuba share sikit kat komen

20/12/2025

Roller dyno berat akan memberikan data tuning yg lebih tepat fans

Address


Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 23:00
Wednesday 10:00 - 23:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 23:00
Saturday 09:00 - 23:00

Telephone

+60103440144

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TPS Motor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share