Arena Futsal

Arena Futsal Arena Futsal Malaysia sumber utama informasi sukan futsal tanah air.

Tercalon 5 Blog Sukan Terbaik Oleh Program Mynicc Blogrr Tahun 2013
Futsal Tournament & Event Organizer

⚡️ KEJOHANAN FUTSAL SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SENTUL (U14 & U16) ⚡️Selamat berjuang adik-adik dari sekolah-sekolah sekitar ...
14/09/2025

⚡️ KEJOHANAN FUTSAL SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SENTUL (U14 & U16) ⚡️

Selamat berjuang adik-adik dari sekolah-sekolah sekitar daerah Sentul yang bakal berentap dalam kejohanan futsal edisi kali ini. Semoga pengalaman ini menjadi medan untuk menggilap bakat, memperkukuh semangat berpasukan dan merapatkan ukhuwah sesama rakan-rakan sekolah. 💪🔥

Kategori U14
1️⃣ SMK Raja Abdullah (A)
2️⃣ SMK Batu Muda
3️⃣ SMK Agama KL
4️⃣ SMK Sentul Utama (A)
5️⃣ SMK Raja Abdullah (B)
6️⃣ SMK Sentul Utama (B)
7️⃣ SMK Segambut
8️⃣ SMK Raja Ali

Kategori U16
1️⃣ SMK Raja Ali
2️⃣ SMK Raja Abdullah
3️⃣ SMK Agama KL
4️⃣ SMK BBS (B)
5️⃣ SMK Segambut
6️⃣ SMK Batu Muda (A)
7️⃣ SMK Sentul Utama
8️⃣ SMK BBS (A)
9️⃣ SMK Tiara Permai
🔟 SMK Batu Muda (B)
1️⃣1️⃣ SMK BBS (C)
1️⃣2️⃣ SMK La Salle

✨ Semua pasukan, selamat maju jaya!



👕 Nak buat jersi, t-shirt team atau baju kelas dengan design futsal power macam ni? Cari je di pivo.my – semua boleh custom, semua boleh jadi realiti!

Kesungguhan serta komitmen semua pihak akhirnya membuahkan hasil apabila Pahang diberi penghormatan untuk menjadi tuan r...
14/09/2025

Kesungguhan serta komitmen semua pihak akhirnya membuahkan hasil apabila Pahang diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah Kelayakan AFC Futsal Asian Cup Indonesia 2026 – Kumpulan G.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan khusus kepada YAM Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mu’adzam Shah, yang menjadi tunjang utama dalam merealisasikan kejayaan bersejarah ini. 🙏

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Stadium SUKPA, Kuantan menyaksikan pertembungan hebat pasukan-pasukan terbaik Asia — Iran, UAE dan Bangladesh. Inilah detik bersejarah yang bakal terpahat dalam lipatan futsal tanah air. ⚡🇲🇾

Dear Malaysians,“With utmost humility, Malaysia team and I seek your blessing and unwavering support. Stand firmly behin...
14/09/2025

Dear Malaysians,
“With utmost humility, Malaysia team and I seek your blessing and unwavering support. Stand firmly behind us, for every cheer from you is the heartbeat of our battle.

Rakyat Malaysia yang saya kasihi,
“Dengan penuh rasa rendah diri, saya dan pasukan memohon restu serta sokongan padu daripada anda semua. Berdirilah teguh di belakang kami, kerana setiap sorakan anda adalah nadi perjuangan kami.

Kita berjuang sebagai satu.
Kita menang sebagai satu.
Kami perlukan anda di SUKPA.”

🇲🇾 Be there. Be loud. Malaysia.
🇲🇾 Hadir. Bersuara. Malaysia.

20 Sept | 🇲🇾 Malaysia vs 🇦🇪 UAE
22 Sept | 🇲🇾 Malaysia vs 🇧🇩 Bangladesh
24 Sept| 🇲🇾 Malaysia vs 🇮🇷 Iran
📍 SUKPA, Kuantan | ⏰ 8:00 PM

Kejohanan FUTSAL MSSJ Edisi Pertama: MSSD Johor Bahru Juara SulungPertarungan Akhir: Johor Bahru Dinobat JuaraPasukan MS...
13/09/2025

Kejohanan FUTSAL MSSJ Edisi Pertama: MSSD Johor Bahru Juara Sulung

Pertarungan Akhir: Johor Bahru Dinobat Juara
Pasukan MSSD Johor Bahru (JB) menobatkan diri sebagai juara edisi sulung selepas menewaskan MSSD Pasir Gudang (PG) dengan keputusan 4-2 dalam perlawanan akhir yang penuh aksi dramatik.

Di bawah kendalian Coach Muhammad Afiq bin Mohd Nizam, skuad JB tampil bertenaga dan konsisten sejak peringkat kumpulan hingga final, sebelum memastikan trofi sulung menjadi milik mereka.

• Juara: MSSD Johor Bahru
• Naib Juara: MSSD Pasir Gudang
• Tempat Ketiga: MSSD Kulai
• Tempat Keempat: MSSD Iskandar Puteri

Pemain Terbaik Kejohanan
Bintang muda Muhammad Rossi Danish bin Norain dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan selepas mempamerkan aksi konsisten, ketenangan dalam situasi genting serta menyumbang impak besar buat pasukan MSSD Johor Bahru sepanjang kejohanan.

Kejohanan FUTSAL MSSJ anjuran PBNJ edisi pertama ini jelas membuka lembaran baharu dalam pembangunan futsal peringkat akar umbi negeri Johor. Selain memperlihatkan bakat-bakat muda yang berpotensi besar, ia juga menjadi pentas terbaik bagi mencungkil pemain-pemain masa depan yang bakal mewarnai arena futsal negeri dan kebangsaan.

Oleh: Ridzuan Rosli

13/09/2025

PELUANG ANAK-ANAK SENTUL UNTUK MENYINAR!

Kejohanan Futsal B-19 2025! Sah! Sebanyak 9 pasukan rasmi bakal berentap dalam kejohanan B-19 kebangsaan edisi sulung! T...
12/09/2025

Kejohanan Futsal B-19 2025!

Sah! Sebanyak 9 pasukan rasmi bakal berentap dalam kejohanan B-19 kebangsaan edisi sulung! Terima kasih

1️⃣ Selangor MAC
2️⃣ Kelantan FT
3️⃣ Pulau Pinang
4️⃣ Pahang Rangers FC
5️⃣ PJ Champz Mota FC (Selangor)
6️⃣ Kuala Lumpur
7️⃣ Sarawak Sports C&C
8️⃣ CS Football Club (Selangor)
9️⃣ Terengganu

Bakat muda futsal negara akan diuji dalam saingan kompetitif yang dijangka sengit dan penuh aksi menarik. ⚽

👕 Sama macam team U19 ni yang tampil dengan identiti sendiri, pasukan anda pun boleh ada jersi custom yang unik & berkualiti. Semua boleh siap dengan mudah di .my

⚔️ Kejohanan Futsal Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia 2025 ⚔️Berakhir sudah kejohanan tahunan yang mempertem...
12/09/2025

⚔️ Kejohanan Futsal Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia 2025 ⚔️

Berakhir sudah kejohanan tahunan yang mempertemukan tiga cabang utama ATM – Tentera Darat, Tentera Laut & Tentera Udara – kali ini berlangsung di Kem Tentera Udara Sendayan, Negeri Sembilan.

🏆 Kategori Lelaki
🥇 Johan: Tentera Darat
🥈 Naib Johan: Tentera Udara
🥉 Tempat Ketiga: Tentera Laut

🏆 Kategori Wanita
🥇 Johan: Tentera Laut
🥈 Naib Johan: Tentera Darat
🥉 Tempat Ketiga: Tentera Udara

✨ Anugerah Individu
👑 Kategori Lelaki
⚽ Penjaring Terbanyak: Samsuri Salleh (Tentera Darat)
⭐ Pemain Terbaik: Alif Iqwan Husin (Tentera Darat)
🌟 Pemain Harapan: Muhammad Syafiq Aizat (Tentera Darat)

👑 Kategori Wanita
⚽ Penjaring Terbanyak: Aisah Zulkifli (Tentera Laut)
⭐ Pemain Terbaik: Nur Athirah Farhanah (Tentera Darat)
🌟 Pemain Harapan: Dechardienia (Tentera Laut)

Tahniah kepada semua pasukan & pemain yang menyerlah sepanjang kejohanan ini. Semangat juang tinggi di dalam dan luar gelanggang 💪⚽

👕 Nak pasukan anda bergaya dengan jersi custom macam ni? Pivo.my ada jawapan – dari design unik sampai ke print berkualiti tinggi, semuanya boleh ikut citarasa team anda 🔥.

KEJOHANAN FUTSAL SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SENTUL 2025 Buat julung kalinya, Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Daerah Sentul ...
12/09/2025

KEJOHANAN FUTSAL SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SENTUL 2025

Buat julung kalinya, Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Daerah Sentul (Kategori U14 & U16) bakal berlangsung pada:

📅 16 – 20 September 2025
📍 SLK Sports Centre

Dianjurkan oleh:
✅ Pejabat Ahli Parlimen Batu

Disokong oleh:
🏫 Jabatan Pendidikan WPKL
🏫 Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
🏅 Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

💥 Dengan sokongan padu penaja rasmi & media rasmi, kejohanan ini bakal jadi platform mencungkil bakat muda futsal serta mengangkat lagi sukan ini di peringkat sekolah!

⚽ Ayuh warga Sentul, mari sama-sama memeriahkan kejohanan ini dan berikan sokongan kepada pasukan sekolah masing-masing!

GRASSROOTS FUTSAL LEAGUE 2025 kini dibuka untuk penyertaan!Kategori: U12 & U16📅 Oktober – November 2025📍 RKS Sports Cent...
04/09/2025

GRASSROOTS FUTSAL LEAGUE 2025 kini dibuka untuk penyertaan!

Kategori: U12 & U16
📅 Oktober – November 2025
📍 RKS Sports Centre, EvolveConcept Mall / UTC Sentul

⚽ Format Liga Mingguan!
🏆 Piala, medal & liputan media menanti!
💥 Court standard FIFA + suasana macam liga pro!

Inilah pentas untuk pasukan muda tunjuk taring, cipta memori & buktikan siapa paling gah di arena futsal!

Boleh hubungi - 012-3683054 (Syafiq)

📲 Jangan tunggu lagi – daftar segera & pastikan tempat team anda!

🚨 Nak rebut RM7,000 & gelaran juara?🔥 Nak jadi perhatian scout Pahang Rangers?Inilah peluang anda di Aokmer Futsal Leagu...
04/09/2025

🚨 Nak rebut RM7,000 & gelaran juara?
🔥 Nak jadi perhatian scout Pahang Rangers?

Inilah peluang anda di Aokmer Futsal League 2025 – 16 pasukan, 3 bulan aksi!
⚽ Champion: RM7,000 | Runner-up: RM3,500 | 3rd/4th: RM1,500

📞 Daftar segera: 011-2577 5510

Selepas seminggu & 8 sesi latihan pusat, Coach Hamee nampak peningkatan jelas — bukan saja dari segi kualiti permainan, ...
03/09/2025

Selepas seminggu & 8 sesi latihan pusat, Coach Hamee nampak peningkatan jelas — bukan saja dari segi kualiti permainan, tapi juga pemikiran taktikal & kesatuan pasukan.

Dengan 20 pemain menunjukkan sikap terbaik, persaingan untuk merebut 14 slot terakhir semakin sengit 🔥.

Satu kepeningan manis buat barisan kejurulatihan.

🇲🇾

Address

D-36-G Jalan Medan Selayang 1

68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arena Futsal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share