19/11/2025
Kenapa rezeki suami TERHAMBAT jika dia tidak 100% telus dalam segala hal dengan isteri?
Okay, jom kita sentuh dengan ringkas tapi tepat dari sudut Alkitab, sebab hal ni sebenarnya sangat spiritual, bukan sekadar isu rumah tangga biasa.
4 Perkara Paling Penting Yang Suami Harus Tahu;
1. Tuhan memberkati melalui KESETIAAN
Alkitab selalu tekankan prinsip ini:
โSiapa setia dalam perkara kecil, akan dipercayakan perkara yang lebih besar.โ (Lukas 16:10)
Kalau seorang suami tidak bersikap telus, atau masih tidak jujur dalam sesetengah perkara dengan isterinya terutama dalam hal kewangan, keputusan, atau kejujuran di tempat kerja dan sebagunya, itulah buktinya bahawa ada bahagian dalam hidupnya yang dia belum serahkan sepenuhnya pada terang Tuhan, kerana jelas dia masih tidak mampu terbuka dan bersikap telus dengan isteri yang sudah dinikahi dan sudah dipersatukan menjadi 1 dengannya. Dan apabila ada โruang gelapโ masih wujud, bayangan dan samaran gelap masih ada, maka berkat susah mengalir dalam kehidupan suami.
2. KETIDAKTELUSAN akan mencipta jurang dalam perkahwinan.
Dalam Efesus 5, Paulus gambarkan suamiโisteri sebagai โsatu dagingโ.
Bila suami bersikap untuk sembunyikan sesuatu dari pengetahuan isterinya, dia sebenarnya:
โ menutup pintu komunikasi yang telus
โ melemahkan sistem kepercayaan dan membangun keraguan dan rasa ketidakpercayaan
โ memecahkan kesatuan rohani secara spiritual (rohani) antara suami dan isteri sehingga tiadanya kesatuan yang sejati dan hal ini menjadi jambatan kepada si iblis untuk merebut damai dalam institusi keluarga.
Dan bila kesatuan rohani retak, saluran berkat juga pasti akan jadi retak. Semua ini terjadi bukan sebab Tuhan itu kedekut, tetapi oleh sebab hati suami isteri sudah tidak lagi โalignedโ dan bersatu dalam satu arah yang sama. Dimana sikap suami yang tidak sepenuhnya telus terhadap isteri menyebabkan timbul pelbagai masalah esmosi bagi si isteri, sebagai contoh rasa sakit hati, atau ketidakpercayaan hati dan bahkan kepahitan dihati pasangan yang tidak mampu terluah. Bila dibiarkan hal sekecil apapun apabila berawalan dengan ketidak telusan suami, sebagai imam dan kepala keluarga, semua itu akan membawa kepada kerosakkan seluruh institusi keluarga, bukan sahaja dalam rezeki. Oleh itu, para suami haruslah sedar dan HATI-HATI jika anda tidak 100% telus terhadap isteri.
3. Tuhan s**a TERANG, bukan perkara tersembunyi.
Amsal 28:13:
โSiapa menyembunyikan pelanggarannya tidak akan beruntung.โ
๐๐ปAyat ni sangat direct menyatakan, apabila ada perkara yang disorok dari pengetahuan pasangan, sungguhpun hal sekecil apapun, keberuntungan dan rezeki memang akan terhalang dan tersekat!! Ini bukanlah suatu hukumanโฆ tetapi ini adalah suatu akibat rohani/spiritual apabila berlaku perlanggaran terhadap hukum pernikahan yang sudah Tuhan tetapkan bahawa, suami isteri adalah 1 daging yang tidak boleh dipisahkan oleh apapun. Tetapi ketidak telusan membawa kecacatan terhadap perkahwinan, dan Tuhan tidak gembira tentang hal seperti itu. Sebab bagi Tuhan perkahwinan itu kudus. Dan suami harus sentiasa telus mengasihi isterinya dalam segala hal kerana ia merupakan simbolik kepada Yesus yang sentiasa telus dalam mengasihi jemaat.
4. Kejujuran buka pintu FAVOR Tuhan
Dalam Mazmur 84:11:
โTuhan tidak menahan kebaikan daripada orang yang hidup dengan tulus.โ
Tulus = jujur, terbuka, tidak pura-pura.
๐๐ปApabila seorang suami memilih untuk terbukan dan telus terhadap isterinya, dia sebenarnya sedang menghormati covenant atau hukum pernikahan yang Tuhan sendiri telah tetapkan.
Ok secara ringkasnya..
Rezeki suami jadi terhambat bukan semata disebabkan oleh perbuatannya, tetapi sebab dia sendiri telah โmemutuskan aliranโ berkat itu melalui sikap yang tidak telus yangmana merosakkan kesatuan, kepercayaan, dan integriti yang Tuhan tuntut haris diutamakan bersama pasangan, iaitu "2 menjadi 1" yang dituntut dalam perkahwinan kudus dalam Tuhan.
Oleh itu, jadilah suami yang TERANG dan tidak bersembunyi didalam bayang gelap, jika mahukan sebuah keluarga yang lancar dan diberkati dan juga lombong rezekimu diberi kelimpahan tanpa sekatan. Jaga ketelusan. Ketelusan terhadap isteri adalah jambatan rezeki yang baik bagi suami.