
18/06/2025
Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI) x tanyalahustaz.com
Isnin lepas, kami diberi peluang untuk demonstrasi laman tanyalahustaz.com kepada pimpinan mahasiswa daripada Persatuan Belia Harmoni Malaysia peringkat pusat & peringkat cawangan. Saya menerangkan yang laman kami 100% percuma, tiada langganan, berasaskan model waqaf, disokong pelbagai bahasa, ruang selamat untuk bertanya hukum agama kerana maruah penanya dipelihara, beroperasi 24/7, berdasarkan sumber terpilih yang berwibawa & bertanggungjawab serta diyakini sahih. Terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada kami. HARMONI mempunyai ribuan ahli dan 25 cawangan seluruh Malaysia. Moga terus maju jaya di medan aktivisme & dakwah kampus.
Kami mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama di peringkat universiti bagi melonjakan lagi literasi AI dalam mencari maklumat & solusi kepada hukum agama Islam.