Sunan Press

Sunan Press Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sunan Press, Publisher, .

๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐——๐—ฎ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—•๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ. ๐—œ๐—ป๐—ถ ๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—๐—ถ๐˜„๐—ฎ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐˜‚๐—ฐ๐—ถApakah engkau masih mencari bahagia, namun tak pasti d...
27/05/2025

๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐——๐—ฎ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—•๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ. ๐—œ๐—ป๐—ถ ๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—๐—ถ๐˜„๐—ฎ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐˜‚๐—ฐ๐—ถ

Apakah engkau masih mencari bahagia, namun tak pasti di mana letaknya?

Imam al-Ghazฤlฤซ mujaddid agung, bukan sekadar ilmuwan, tapi doktor hati umat mewariskan karya agung Kimia al-Saโ€˜ฤdah:

Sebuah transformasi hidup, dari kelalaian menuju makrifah.

Atas permintaan ramai, kitab ini akan dibacakan sampai khatam dalam Bahasa Melayu di bawah bimbingan:

Ustaz Angah Sunan
(Penterjemah kitab, Pengajar Bertauliah JAIS)

๐™†๐™š๐™ฃ๐™–๐™ฅ๐™– ๐™’๐™–๐™Ÿ๐™ž๐™— ๐™ƒ๐™–๐™™๐™ž๐™ง?.........................................

Hati kita letih kerana jauh dari Allah, bukan kerana dunia. Kitab ini bukan teori, ia ubat untuk penyakit jiwa. Daurah ini bukan ceramah, ia jalan p**ang ke dalam diri sejati.

Bahagia bukan dicari di luar. Ia disingkap dalam perjalanan p**ang kepada Allah.
.........................................
๐—”๐˜†๐˜‚๐—ต, ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด.
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ

๐Ÿ“ ๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—œ
๐Ÿ‘‰wa.link/bgqs8x
๐Ÿ‘‰wa.link/bgqs8x
๐Ÿ‘‰wa.link/bgqs8x

TERBAHARUโš ๏ธKitab Kimia Al Sa'adah : Transformasi Kebahagian kini terbit di pasaran (ready stock).Buku Kimia Al Sa'adah k...
21/05/2025

TERBAHARUโš ๏ธ

Kitab Kimia Al Sa'adah : Transformasi Kebahagian kini terbit di pasaran (ready stock).

Buku Kimia Al Sa'adah karya asal Imam Al Ghazali ini membongkar โ€œkimiaโ€ rohani yang mampu meleburkan jiwa, menghapus sifat keji, dan menghiasi diri dengan akhlak mulia. Ia bukan sekadar teori, tetapi satu perjalanan transformasi bermula dari mengenal diri, mengenal potensi Qalbu lalu mengangkat manusia dari belenggu nafsu kepada kesempurnaan insan, sehingga tersingkap rahsia-rahsia Ilahiah.

==========

Dapatkannya sekarang, dengan harga pengenalan โœ… RM12.00 sahaja.

*Beli di Shopee *
๐Ÿ‘‰ https://tinyurl.com/3ern37wx
๐Ÿ‘‰ https://tinyurl.com/3ern37wx
๐Ÿ‘‰ https://tinyurl.com/3ern37wx

Sebarang jemputan untuk sesi daurah kitab ini bersama penulis di seluruh negara, hubungi :
๐Ÿ‘‰ https://wa.link/62jcun

Maklumat lanjut / katalog buku :
๐Ÿ‘‰ https://linktr.ee/sunanpress

30/01/2025

Cubaan 1 2 3 2025

[TERBARU] MUHAMMAD : SYARIAT & HAKIKAT - Karangan Walid Ibrahim Al Malik [KINI TERBIT DI PASARANโ€ผ๏ธ]Perbicaraan tentang M...
10/09/2022

[TERBARU] MUHAMMAD : SYARIAT & HAKIKAT - Karangan Walid Ibrahim Al Malik [KINI TERBIT DI PASARANโ€ผ๏ธ]
Perbicaraan tentang Muhammad Sallฤllฤhu Alayhi Wa Sallam telah berlaku dua keadaan yakni satu golongan yang melampau dalam membicarakan kedudukan Baginda Sallฤllฤhu Alayhi Wa Sallam hingga menyamakan Baginda Sallฤllฤhu Alayhi Wa Sallam sebagai jelmaan Allah dan diri Baginda adalah sebahagian dari Dzat Allah yang Qadim. Kalimah Nur Allah atau Nur Muhammad yang ditafsir secara zahir tanpa ditakwil dengan makna yang menepati dengan jalan Akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Ramai para pencinta tasawwuf tanpa sedar tergelincir dengan fahaman Hulul dan Ittihad serta Wahdatul Wujud yang batil (yang difahami secara batil) lantaran kesalahan fahaman dalam tafsiran secara zahir akan kalimah yang diungkapkan tentang Hakikat Muhammad.

Ada sebahagian yang melampau dalam menolak kemuliaan Muhammad Sallฤllฤhu Alayhi Wa Sallam hingga menganggap hanya manusia biasa yang tiada apa-apa keistimewaan melainkan hanya wร hyu yang diturunkan. Muhammad Sallฤllฤhu Alayhi Wa Sallam hanya dikenali sebagai Muhammad Bin Abdullah tanpa mengenali keagungan dan martabat khusus Muhammad dalam penciptaan Baginda di sisi Allah Subhฤnahลซ wa Ta'ฤlฤ berbanding dari makhluk yang lain.

Buku yang ditulis ini adalah untuk menjernihkan kefahaman kedua-dua pihak dan memurnikan ajaran sufi agar masyarakat tidak terperangkap dengan ajaran Hulul, Ittihad dan Wahdatul Wujud yang batil (yang ditafsir secara batil) lalu menyandarkan nama wali-wali Allah serta kitab-kitab karangan mereka.

Semoga kehadiran buku ini dapat membawa kebaikan kepada para pencinta jalan kesufian dan juga seluruh masyarakat pelbagai golongan agar ilmu kesufian dapat difahami dengan jalan yang jernih dan murni berdasarkan aqidah yang lurus.
..............................

โ€œSekalung tahniah diucapkan kepada al-Fadhil Walid Ibrahim al-Malik di atas penulisan ini yang mengambil jalan pertengahan dan cuba menjelaskan kesilap fahaman yang berlaku. Semoga buku ini dapat memberi suntikan baru yang sangat berharga dalam memahami konsep syariat dan hakikat kerasulan Nabi Muhammad Sallฤllฤhu Alayhi Wa Sallam .โ€

Ustaz Nik Zulhaiza Bin Ismail
Ketua Penolong Pesuruhjaya Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
..............................

SAIZ BUKU : 15.2 CM X 23 CM
BIL. MUKA SURAT : 102 MUKA SURAT
KUALITI KERTAS : PREMIUM IVORY 80GSM
KULIT BUKU : KERTAS 310 GSM
KEMASAN : SPOT UV, MATT LAMINATE

ILMU TASAWUF1. Tasawuf Muamalat Ini bicara bab penyucian hati dari sifat mazmumah (tercela) dan memasukkan sifat mahmuda...
12/10/2020

ILMU TASAWUF

1. Tasawuf Muamalat

Ini bicara bab penyucian hati dari sifat mazmumah (tercela) dan memasukkan sifat mahmudah (terpuji). Menjaga sekalian anggota pancaindera dari berbuat maksiat dan menunaikan perintah Syara'. Selain amalan zikir umum, hati juga di didik kasih kepada Nabi saw. Tasauf itu cinta dan adab.
Jika hendak dibuat misal, ia seperti kita berada di pesisir pantai. Menikmati keindahan laut dari tepian.
Setiap orang WAJIB belajar biarpun di pesisir pantai kerana ilmu tasawuf itu adalah sebahagian rukun agama (Iman = tauhid, Islam = fiqh (syariat), ihsan = tasawuf).
Disebutkan juga perjalanan di sini ialah Takhali (kosongkan jiwa dari sifat tercela) dan Tahalli (hiasi jiwa dengan sifat terpuji).

2. Tasawuf Mukasyafah

Ini bicara dalam laut, tidak lagi berada di pesisir pantai. Hatinya meronta-ronta ingin nikmati keindahan laut di dalam laut sendiri.
Awas, laut yang tenang itu pada permukaan akan tetapi ada bagai-bagai di dalamnya. Dalam p**a tu, ramai yang lemas namun ramai juga berjaya menyelam.
Asalkan ada pembimbing yang dapat guide kita masuk dalam laut (mursyid) dan ilmu - ilmu alat memahami teknikal laut (zikir, persiapan syariat). Maka berenang lah, menyelam lah mencari mutiara makrifat.
Tajalli yang haq akan ditemukan jika benar mencukupi syarat.
Misal di atas cukup bagi mereka yang berfikir. Ingat, Tasawuf Mukasyaf levelnya mesti ada mursyid yang benar (ada sanad tarbiyah dan riwayah), manhaj yang sahih, akidah yang betul, zikir yang khusus (tarekah) dan berpaksikan syariat. Itu semua persiapan nak masuk ke dalam lautan.

(gambar menyelam dalam laut - tengok persiapan depa camna).



============

Jika berminat join daurah ini, boleh hubungi Kak Sham - 0192620674

27/07/2020

KERAMAT HAKIKI

Berkata Tok Pulau Manis ketika mensyarahkan matan Hikam Ibnu Athoillah,

ุฑุจู…ุง ุฑุฒู‚ ุงู„ูƒุฑุงู…ุฉ ู…ู† ู„ู… ุชูƒู…ู„ ู„ู‡ ุงู„ุงุณุชู‚ุงู…ุฉ
"Adakalanya dikurnia kekeramatan kepada orang yang belum lagi sempurna istiqamah dalam ibadatnya"
(Antara petikan syarahan Tok Pulau Manis)
"Dan keramat itu adalah mengikut segala suruhan Allah dan menjauhi segala tegahanNya pada zahir dan batin. Dan istiqamah itu adalah keramat yang hakiki dan setiap keramat yang tiada penyertaan redha daripada Allah, maka ia adalah istidraj (tipudaya) dan ghurur (berlaku kesombongan)"


Sekarang dah mula start bermusafir sana sini kan? Maklum lah dah lama berada di rumah sejak bulan Mac. Kami, Sunan Press...
10/07/2020

Sekarang dah mula start bermusafir sana sini kan? Maklum lah dah lama berada di rumah sejak bulan Mac.
Kami, Sunan Press menganjutkan Seminar Fiqh Solat Musafir 4 Jam khatam sampai habis bicara bab hukum hakam solat musafir.
Relax, bukan 4 jam direct...2 jam sehari 2 jam sehari.
Cara daftar ?

Boleh rujuk bahagian komen ye

Bicara Buku Diari Salik terbitan kami
07/07/2020

Bicara Buku Diari Salik terbitan kami

Cahaya Ilmu Diari Salik || Siri 2 โ€œMenyingkap Rahsia Jiwaโ€ โ€“ Karangan Walid AL-Malik Bersama Ustaz Dr. Ahmad Fakhrurrazi โ€ข Pensyarah di Jabatan Al Quran & Ha...

15/05/2020

CINTA & KEMAAFAN

Engkau pasti diuji dengan mereka keliling mu
Pelbagai karenah dan kelakuan
Ada yang mengembirakan dan menyedihkan
Ada yang menyakitkan dan menyenangkan

Kemarahan, kebencian dan kesakitan membawa perasaaan
engkau mahu menjauhi semua orang
Berada dalam dunia yang sepi tanpa sesiapa
Merajuk untuk menghukum mereka yang melukakan hati mu
Tiada mahu percaya pada sesiapa kerana serik ditipu dan disakiti
Memilih hanya mereka gembirakan sebagai teman.

Pergilah kegunung, lautan dan hutan
Segala tempat yang engkau rasa gembira
Pasti kamu tiada menemui kebahgiaan
Hakikatnya kamu pengecut dalam kehidupan
Hakikatnya kamu menipu diri sendiri

Kamu bukan Wali yang bersembunyi kerana keasyikan dengan Tuhan
Kamu bukan ahli abid yang bersembunyi mahu tumpu pada ibadah
Kamu bukan sufi yang bersembunyi mahu bersihkan dirinya
Kamu hanya pemuja sifat kebencian
Kamu hanya pemuja kesombongan
Kamu hanya mahu manusia penuhi citarasa mu.

Rasulullah tak pernah mengajar umatnya menjadi pengecut
Rasulullah mahu umatnya berdiri gagah dalam masyrakat
Menjadibcahaya menyebarkan Cinta

Hidup adalah untuk keberanian
Hidup untuk adalah bermujahadah
Jika engkau tidak mahu berhadapan hal yang menyakiti mu
Untuk apa lahir ke dunia ini?
Untuk apa ilmu dan amal mu?

Kebahgiaan bukan terletak dimana kamu berada
Kebahgiaan terletak pada sifat cinta dan kemaafan mu

Kita semua tidak sempurna
Banyak kesalahan yang dilakukan
Namun kita sering dimaafkan dan tetap dicintai Allah, Rasul, Guru, ibubapa, majikan, sahabat dan mrk yang mencintai kita
Jika cinta dan kemaafan yg kita beri, nescaya cinta dan kemaafan yang kita akan menerimanya.

Bersembunyilah diri mu
Dalam sifat Rasulullah
Cinta dan kemaafan
Disitulah Mihrab Kebahgiaan mu
Dalam pergaulan

14may2020
21 ramadhan 1441

Karya - Ayahanda Walid

SIAPA SEBENARNYA ORANG TAWADHU' Berkata Syaikh Ibnu Athoillah dalam hikam beliau, ู…ู† ุฃุซุจุช ู„ู†ูุณู‡ ุชูˆุงุถุนุง ูู‡ูˆ ุงู„ู…ุชูƒุจุฑ ุญู‚ุง ุฅ...
07/03/2020

SIAPA SEBENARNYA ORANG TAWADHU'

Berkata Syaikh Ibnu Athoillah dalam hikam beliau,

ู…ู† ุฃุซุจุช ู„ู†ูุณู‡ ุชูˆุงุถุนุง ูู‡ูˆ ุงู„ู…ุชูƒุจุฑ ุญู‚ุง ุฅุฐ ู„ูŠุณ ุงู„ุชูˆุงุถุน ุฅู„ุง ุนู† ุฑูุนุฉ ุŒ ูู…ุชู‰ ุฃุซุจุช ู„ู†ูุณูƒ ุชูˆุงุถุนุง ูุฃู†ุช ุงู„ู…ุชูƒุจุฑ ุญู‚ุง

"Sesiapa yang merasa dirinya tawadhu', beerti dia sombong kerana merasa mulia. Maka dari itu, ketika engkau merasa mulia, beerti kau telah sombong"

Nah, matan ini deep sangat. Kita ingat apabila seseorang berakhlak tawadhu' seperti merendah diri, tidak mahu duduk di barisan hadapan, dan sebagainya sudah tawadhu'.

Tasauf adalah perbicaraan hati, pokoknya melihat bagaimana keadaqn hati ketika itu.

Apa yang difahami dari matan itu, siapa yang merasa dirinya seorang yang rendah diri (self - claim) bermakna dia sudah terkena virus sombong. Ini kerana pengakuan dirinya bahawa dirinya tawadhu' itu bersumber dari perasaan inginkan suatu ketinggian kedudukan. Tawadhu ni suatu makam yang mulia kan.

Ulama tasauf sangat halus dalam memperhalusi penyakit batin. Tawadhu' akan lahir apabila kita tidak teruja lagi dengan kedudukan di mata manusia. Tatkala seserang memandang bahwa kedudukan, sanjungan, kemegahan masih bernilai, dia tetap akan ada kecenderungan ke situ walau sedikit. Kita makhluk yang lemah, segera bertaubat apabila terkena virus demikian.

Belum habis lagi, selanjutnya Syaikh Ibnu Athoillah menyebutkan,

ู„ูŠุณ ุงู„ู…ุชูˆุงุถุน ุงู„ุฐูŠ ุฅุฐุง ุชูˆุงุถุน ุฑุฃู‰ ุฃู†ู‡ ููˆู‚ ู…ุง ุตู†ุนุŒ ูˆู„ูƒู† ุงู„ู…ุชูˆุงุถุน ุงู„ุฐูŠ ุฅุฐุง ุชูˆุงุถุน ุฑุฃู‰ ุฃู†ู‡ ุฏูˆู† ู…ุง ุตู†ุน

"Orang tawadhu' bukanlah orang yang ketika merendah diri lalu dia melihat dirinya lebih mulia dari yang dilakukan. Namun, orang yang tawadhu' ialah orang yang melihat dirinya lebih rendah daripada apa yang dia kerjakan"

Syaikh Abdullah Al Syarqawi mensyarahkan, katanya,

"Orang yang merendah diri bukan lah orang yang melakukan sikap tawadhu' misalnya duduk di barisan belakang di suatu majlis lalu dia melihat dirinya lebih mulia daripada yang diperbuatnya atau merasa bahawa sebenarnya ia layak duduk di barisan depan majlis. Orang yang tawadhu', misalnya dengan duduk di barisan depan majlis, dia melihat bahwa dirinya lebih rendah daripada yang diperbuatnya dan merasa layak untuk duduk di barisan belakang"

Senang cerita, dalam bahasa moden sekarang, orang yang betul-betul tawadhu bukan jenis poyol, acah-acah rendah diri. Steady - staedy jer. Orang yang benar tawadhu' ialah orang yang tidak menyatakan dia tawadhu' kerana mereka merasa hina dan tidak memiliki apa kedudukan.

Boleh jadi yang duduk barisan VIP lebih tawadhu' berbanding yang duduk di belakang. Zahir perlakuan yang duduk di belakang kononnya tidak mahu dikedepankan tetapi dalam hati sibuk berujub bagai merasakan di layak di depan, "bukan level aku duduk belakang".

Sementara yang berada di depan sentiasa taubat, khauf (takut) dan raja' (berharap) keampunan Allah.

Syaikh Al Syarqawi juga menyebutkan tanda seseorang itu tawadhu' ialah :

- tidak marah jika dicela atau diabaikan
- Tidak benci jika dihina
- Tidak mahu dilihat ada kedudukan dan kemuliaan di mata manusia
- Tidak berhajat mendapat tempat di hati manusia

Boleh SHARE


SYARIAT HAKIKAT - MENYEMPURNA DUA HAKOleh : Baba Long Idris MuharamPerjalanan Tauhid Makrifat Secara Umumnya ada dua : 1...
17/02/2020

SYARIAT HAKIKAT - MENYEMPURNA DUA HAK

Oleh : Baba Long Idris Muharam

Perjalanan Tauhid Makrifat Secara Umumnya ada dua :

1) Makrifat yang membawa kepada menjadi Allah yang berjalan di atas manhaj Al Hulul Wal Ittihad. Maka yang ini sesat kerana kebiasaanya perjalanan ini akan membawa kepada sifat Sombong kerana melihat dia sudah berada di martabat yang tinggi dan berada pada makam-makam yang tertentu.

Kesesatan disini kebiasaannya adalah berpunca dari kefahaman yang salah, walaupun niat dia benar sekalipun tetapi oleh kerana berlaku salah faham pada sumber ambilan ilmu tadi membuatkan ilmu yang benar di pandang batil sehingga menjadi fitnah p**a kepada ilmu tersebut.

Maka, dalam hal ini perlu merujuk dengan Mursyid yang haq agar mendapatkan kefahaman yang benar.

2) Perjalanan Makrifat yang membawa seseorang itu menjadikan Nabi Muhammad sebagai ikutan, dan memiliki akhlak-ahlak yang tinggi dan akan membuahkan Kehambaan yang membumi.

Semakin tinggi pengenalannya terhadap tuhannya, semakin di merasa hina, jahil dan berdosa. Maka inilah pegangan yg berpaksi kepada Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Seseorang tidak akan berpisah dengan ALlah (Tauhid) dan Muhammad (Akhlak).

Sebagaimana seseorang itu tiada di panggil Islam melainkan setelah dia menyaksikan,

1) Bahawa ALlah itu Tuhannya ( Hakikat )

2) Muhammad Itu Utusan ALlah ( Syariat )

Maka kesempurnaan kehambaan itu apabila wujud elemen Hakikat & Syariat

Sebagaimana Solat,

1) Melakukan Solat 5 Waktu dengan berjalan diatas syariat yg betul itu adalah menyempurnakan Hak Kita akan Nabi Muhammad SAW. Ia berkisar kepada perkara syariat yang diterajui oleh para ulama fiqh.

2) Melakukan Solat dengan Khusyuk ( Hudur Hatinya seakan akan melihat ALlah atau merasakan ALlah melihatnya - Ihsan- ) sehingga tenggelam dalam lautan Sifat dan Afaal ALlah itu adalah menyempurnakan Hak Hamba kepada Tuhannya ilmu ini diterajui oleh para ulama' Sufi.

Maka kehambaan yang sempurna adalah wujud gabungan antara Hak ALlah dan Hak Muhammad.

Maka belum benar lagi makrifat seseorang sekiranya hanya melakukan salah satu sahaja dan meninggalkan yang lagi satu.

ูˆุงู‚ู… ุงู„ุตู„ุงุฉ ู„ุฐูƒุฑูŠ
" Diriknlah Solat untuk engkau ingat padaku "

Yakni apabila mendengar Laungan Nama ALlah dan melihat orang berpusu-pusu menuju ke masjid untuk ibadat dan meninggalkan segala bentuk kesibukan akan membuat dikau sedar dari kelalaian dan kesibukan mu dan menuju kepada Tuhan Yang Maha Besar dan Agung.

Wallahu A'lam

=============

Dapatkan buku-buku tauhid sufi di kedai shopee kami, shopee.com.my/sunanpress

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sunan Press posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sunan Press:

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share