16/10/2024
Humble Brag: Rendah Diri atau Menunjuk?
“Saya tak study sangat untuk exam tu, tapi alhamdulillah dapat dekan.”
“Saya tak pernah paksa anak belajar pun, tapi syukur dia dapat straight A’s.”
Humblebragging ini menggabungkan unsur bangga dengan nada merendah diri untuk menonjolkan pencapaian. Contohnya, seseorang mungkin berkata, “Saya rasa tak layak, tetapi terima kasihlah sebab memilih saya untuk anugerah ini.”
Humblebragging sering kali berkaitan dengan pencapaian besar atau status tinggi, tetapi disampaikan dalam nada rendah diri. Contohnya, “Tak tahu kenapa orang masih nak bergambar dengan saya. Bukanlah popular sangat pun.”
Inilah yang dinamakan humble brag—nampak macam merendah diri, tapi sebenarnya menyelitkan sedikit pujian terhadap diri sendiri.
Tujuan?
Individu yang menggunakan humblebragging cuba menonjolkan diri mereka sebagai rendah hati dan tidak terlalu mementingkan diri, walaupun sebenarnya ingin mendapat perhatian atau pujian
Mungkin lebih baik kita jujur dan ikhlas dengan kejayaan kita. Tak salah untuk berkongsi pencapaian, asalkan dilakukan dengan rasa syukur dan tanpa rasa perlu berselindung di sebalik humble brag.
Sekiranya anda berhadapan dengan orang yang memiliki ciri ciri humble breg. Berikan pujian (yang mereka inginkan) dan cepat cepat mengubah topik untuk mengurangkan rasa jelik.