Julaihi Narawi

  • Home
  • Julaihi Narawi

Julaihi Narawi Page rasmi YB Dato Sri Hj Julaihi Hj Narawi, Menteri Utiliti & Telekomunikasi Sarawak/ADUN SEBUYAU

21.08.2025 PETRA JAYA : Alhamdulillah pagi ini Kabinet Kerajaan Sarawak ( Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/MMKN ) berkes...
21/08/2025

21.08.2025 PETRA JAYA : Alhamdulillah pagi ini Kabinet Kerajaan Sarawak ( Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/MMKN ) berkesempatan bergambar di depan Kompleks Satria Pertiwi,Petra Jaya sebelum beredar ke bilik mesyuarat kabinet yang buat kali pertamanya diadakan di Kompleks Satria Pertiwi.Sebelum ini,mesyuarat kabinet Kerajaan Sarawak diadakan di Wisma Bapa Malaysia.

Salam maju jaya.

19.08.2025 SEBUYAU : DAERAH SEBUYAU adalah salah sebuah dari daerah baharu yang diluluskan oleh Kerajaan Sarawak...asaln...
19/08/2025

19.08.2025 SEBUYAU : DAERAH SEBUYAU adalah salah sebuah dari daerah baharu yang diluluskan oleh Kerajaan Sarawak...asalnya dari daerah kecil Sebuyau kepada daerah penuh Sebuyau.Kini daerah Sebuyau diketuai oleh seorang Pegawai Daerah dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Daerah dan empat orang Pegawai Tadbir@SAO...( gambar diambil semasa Pegawai Daerah & Penolong Pegawai Daerah bersama saya dan tetamu dari pejabat TEGAS )

Salam maju jaya.

18.08.2025 SEBUYAU :ANJURAN TEGAS: Jerayawara PRO-DR Platform Daya Saing Belia Sarawak.
18/08/2025

18.08.2025 SEBUYAU :ANJURAN TEGAS: Jerayawara PRO-DR Platform Daya Saing Belia Sarawak.

Jerayawara PRO-DR platform daya saing belia dari Suara Sarawak

18.08.2025 SEBUYAU : SURAU KPG SANGKI adalah satu lagi Projek Transformasi Luar Bandar ( RTP ) saya yang sudah siap dila...
18/08/2025

18.08.2025 SEBUYAU : SURAU KPG SANGKI adalah satu lagi Projek Transformasi Luar Bandar ( RTP ) saya yang sudah siap dilaksanakan di kawasan Sebuyau baru-baru ini.Alhamdulillah dah mula dipakei oleh penduduk kampung.Saya singgah pada sebelah petang hari tok untuk meninjau kemajuan terkini projek tersebut.

Salam maju jaya.

18.08.2025 SEBUYAU : TEGAS - Karnival Pendidikan & Kerjaya : Project Of Dreams Realised Roadshow Siri Ke-10 2025.Pagi ta...
18/08/2025

18.08.2025 SEBUYAU : TEGAS - Karnival Pendidikan & Kerjaya : Project Of Dreams Realised Roadshow Siri Ke-10 2025.

Pagi tadi saya berkesempatan merasmikan program anjuran TEGAS di Dewan Pembangunan Sebuyau...salah satu dari lokasi yang dipilih oleh pihak TEGAS.Terima kasih.

Salam maju jaya.

18/08/2025

18.08.2025 SEBUYAU...

16.08.2025  KUCHING : PAGI TADI Saya dan isteri berkesempatan hadir di majlis persandingan anak saudara lelaki kami Muha...
16/08/2025

16.08.2025 KUCHING : PAGI TADI Saya dan isteri berkesempatan hadir di majlis persandingan anak saudara lelaki kami Muhammad Akmal Bin Muhammad Jufri & pasangannya Norhapiza Binti Julyhie di Dewan Majma Kuching.Muhammad Akmal adalah anak kepada adik ipar saya Muhammad Jufri Abdullah & Jamilah Binti Haji Buji.Tahniah dengan iringan doa semoga bahagia hingga ke anak cucu.

Salam maju jaya.

15.08.2025 SEBUYAU : MESYUARAT JK CAWANGAN PBB SEBUYAU...petang tadi saya mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Cawangan P...
15/08/2025

15.08.2025 SEBUYAU : MESYUARAT JK CAWANGAN PBB SEBUYAU...petang tadi saya mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Cawangan PBB Sebuyau.

Salam maju jaya.

15.08.2025 SEBUYAU: Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan menunai sembahyang fardhu jumaat di kawasan saya di Masjid...
15/08/2025

15.08.2025 SEBUYAU: Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan menunai sembahyang fardhu jumaat di kawasan saya di Masjid Darul Aman,Sebangan...kampung halaman sambil berjumpa dengan adek kakak dan rakan-rakan sekampung.

Salam maju jaya.

14.08.2025 : Agro Research Lab Sebuyau ( Coconut )/Makmal Penyelidikan Pertanian Sebuyau ( Kelapa )...Jawatankuasa Makma...
14/08/2025

14.08.2025 : Agro Research Lab Sebuyau ( Coconut )/Makmal Penyelidikan Pertanian Sebuyau ( Kelapa )...Jawatankuasa Makmal Penyelidikan Pertanian Sebuyau yang mengkhusus kepada penyelidikan kelapa dan seterusnya penanaman semula kelapa di kawasan Sebuyau kini berada di fasa 1.

Sebahagian dari perancangan kami di fasa 1 ialah usaha mencari dan mengenalpasti benih kelapa yang sesuai untuk ditanam semula mengganti pokok lama yang tidak produktif dan tidak berdaya maju lagi.Untuk itu,kami mengadakan lawatan di ladang kelapa di Bagan Datuk Perak dengan kerjasama Kemrnteriam Kemajuan Desa & Wilayah ( KKDW ) baru-baru ini ( seperti dalam gambar ).

Sehingga kini beberapa kawasan di Kampung Arus danTebelu telah ditanam semula dengan kelapa jenis kelapa pandan.Kami berharap benih kelapa yang kami lawati dapat dipilih sebagai benih kelapa baharu yang boleh ditanam di kawasan Sebuyau kelak.

Salam maju jaya.

14.08.2025 LCDA TOWER: MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN SARAWAK KE SBAM SELANGOR 2025Pagi ini saya berkesempatan meny...
14/08/2025

14.08.2025 LCDA TOWER: MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN SARAWAK KE SBAM SELANGOR 2025

Pagi ini saya berkesempatan menyerah bendera Sarawak kepada kontinjen Sarawak yang akan mengambil bahagian di Sukan Bekalan Air Se-Malaysia ( SBAM ) 2025 yang akan diadakan di Selangor selaku tuan rumah bermula 21.08 hingga 25.08.2025.Kontinjen Sarawak akan diketuai oleh Ir Ts Awang Mohd Fadillah Awg Redzuan merangkap Pengarah JBALB Sarawak.Sarawak akan mengambil bahagian dalam 13 acara.Semoga berjaya.

Salam maju jaya.

Address

Ministry Of Utility And Telecommunication, 7th, 8th, 9th & 10th Floor, LCDA Tower, Lot 2879, The Isthmus, Off Jalan Bako

93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Julaihi Narawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Julaihi Narawi:

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share