Sid Tartella

Sid Tartella SidxTartella

26/09/2025

Nak tahu rahsia Rawon Singapore yang kuahnya pekat, lauknya meriah dan lengkap macam kat kedai? Dalam video ni Sid tunjuk step-by-step dari rebus daging sampai siap sambal sotong kembang, bagedil dan sambal belacan.

Resepi Rawon Singapore

Bahan Utama Rawon:
500 g tetelan
500 g daging batang pinang
Halia dan bawang putih untuk rebus

Bahan Kisar
80 g buah keluak
30 g cili kering
200 g bawang merah
30 g bawang putih
20 g halia
10 g lengkuas
10 g kunyit
20 g belacan
4 biji buah keras
2 sdb serbuk ketumbar
2 sdt serbuk jintan putih
1 sdb lada hitam

Minyak untuk menumis
2 batang serai
4 daun limau
4 daun salam
500 ml air rebusan daging
1 L air
70 g asam jawa + 200 ml air
2 sdt garam halus
4 sdt cukup rasa
150 g kacang panjang

Bagedil:
1 kg kentang (goreng & lenyek)
Goreng Tanpa Minyak

250 g daging cincang
bawang putih
halia

Bahan Campur:
1 biji telur
daun sup
daun bawang
bawang goreng
½ sdt garam halus
½ sdt lada putih

Untuk Salut Sebelum Goreng
2 biji telur

Sambal Belacan Ala Kedai Makan:
4 cili merah besar
5 cili padi merah
5 cili padi hijau
20 g belacan
4 biji jus perahan limau kasturi ( 1 biji kulit blend skali)
20 g asam jawa + 200 ml air
½ sdt garam
1 sdb gula (fine)

Sambal Sotong Kembang:
500 g sotong kembang
2 sdb plain flour

Bahan Kisar
40 g cili kering
100 g bawang merah
20 g bawang putih
20 g belacan

Minyak untuk menumis
100 g bawang hiris
50 g asam jawa + 200 ml air
50 g gula (fine)
1 sdt garam halus
2 sdt cukup rasa

24/09/2025

Hari Malas Tapi Dapur Tetap Berasap: Sardine Tin Edition 😅

Bahan-bahan:
1/2 inch halia
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 cili merah
3 cili padi merah
1 tin Sardine
Asam jawa + belacan + air
2 tsp Cukup Rasa

23/09/2025

Another lauk orang pulau yg korang kena try. Dulu Mak slalu masak tapi tak sempat nak belajar dgn Mak. Lama tau Sid mencari orang yg tahu buat Tempurun Ketam ni. Alhamdullilah, finally I found my makcik dekat Pulau Moro yg tahu buat 🥰
So Cik Lina dah ajar Sid kemarin untuk buat rencah and Sid buat ni just the way Mak selalu buat Alhamdullilah ♥️♥️♥️

Korang nak tahu tak kenapa susah cari orang yg pandai buat?
sbb Lain pulau, lain pulak nama lauk ni hehhe.

Wyking SaucePot 24cm :
https://s.shopee.sg/8pQDBvh03l

Tempurun Ketam
Bahan Kisar:
30gm Ikan bilis
100gm Bawang merah
10gm Bawang putih
10gm cili kering
10gm belacan
2tbsp Lada hitam
Air untuk Kisar

2L air
3tsp Garam Halus
4tsp Cukup Rasa
1kg Ketam Bunga
500gm Isi Kerang (rebus)
100gm tepung sagu + 100ml Air
2 ikat kangkung

22/09/2025

Bubur Chacha orang dulu dulu ni simple sangat. Actually, Mak tak letak pun sagu atau keledek. cuma dia s**a warnakan chacha tu supaya Sid makan 😂 Tapi bila da umur umur gini, i really appreciate yg original yg tak berwarna. 😅 cuma tangan ni gatal, masukkan sagu dan keledek (durhaka sikit dgn resepi Mak hehe)

200gm Tepung Gandum (Prima)
100ml Air + 1/4tsp Garam Halus

500gm Keledek
50gm Sago
2L Air
Daun Pandan
250gm Gula Melaka
500ml Air
200ml Santan Kara

Barang Sid Pakai:
Wyking Saucepot 24cm https://s.shopee.sg/AUZKvZajrA

22/09/2025

Agar-Agar Gudil ni memang legend 😋 Dulu masa kenduri, mesti jadi rebutan. Tekstur dia lain dari jelly biasa. Lembut, berlemak, masuk mulut terus hilang, tak payah kunyah pun! Paling penting, guna agar-agar tali, baru dapat hasil yang betul-betul asli. Kalau buat yg syrup Rose pun best!
Resepi ni Sid buat kurang manis sebab khas untuk mak ❤️

Agar-Agar Gudil

Bahan-bahan:
20gm agar-agar tali
2L air
200gm gula melaka
100gm gula (fine)
2 helai daun pandan
400ml santan kara
2 biji telur

Cara-cara:
Masukkan air ke dalam periuk. agar-agar tali, gula melaka, gula dan daun pandan. Kacau sehingga semua larut dan mendidih.

Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan campurkan dengan santan. Kacau hingga sebati. Boleh tambah sedikit garam jika mahu.

Bila gula sudah larut, keluarkan daun pandan dan rasa air gula. Tambah gula jika mahu lebih manis.

Masukkan campuran santan dan telur ke dalam periuk sambil kacau.

Biarkan mendidih seketika sehingga santan kelihatan terpisah.

Tutup api, tuang ke dalam loyang atau bekas kecil. Jika menggunakan bekas kecil, kacau setiap kali menuang supaya santan sama rata.

Bila dah sejuk, tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk sehingga firm dan boleh dihidangkan.

21/09/2025

Kek Chocolate Rice yg penuh dgn kenangan waktu kecik kecik dulu.
Ataupun dipanggil kek berkat. Kek ni kek paling senang nak buat dan kalau korang nak letak cherry kat atas pun boleh. tak nak letak chocolate rice pun boleh.
Korang da try resepi ni?

250gm SCS Salted Butter
200gm Gula Halus
4 Biji Telur
(gunakan telur yg beratnya 60gm sebiji,
beratnya sebelum dipecah yer)
1tsp Esen Vanilla
200gm Tepung Cake (Prima)
1tsp Baking Powder
100gm Chocolate Rice (Bake King)
Mini Papercups

150°C , 15 minit
Rak tengah, api atas bawah
dpt 100 mini cakes

untuk size cupcake yg biasa
150°C , 20-25 minit
Rak tengah, api atas bawah

15/09/2025

Craving Chili Crab 🦀 tapi at the same time teringin Shellout?
Resepi ni dua-dua boleh! kuah Chili Crab ni boleh campur sekali dengan sotong, udang, kupang, jagung & kentang untuk jadikan Shellout style.
Makan pulak dengan mantao… fuh confirm repeat! 😍

Chili Crab / Shellout

Bahan utama:
2kg ketam bunga (cuci, rendam dengan 1 biji limau nipis, bilas dan tos)

Bahan kisar:
300gm bawang merah
40gm bawang putih
5 cili merah
10 cili padi merah
20gm cili kering
4 biji buah keras
20gm lengkuas
20gm belacan
Sedikit air untuk kisar

Bahan lain:
Minyak untuk menumis
100gm sos tomato
100gm sos cili
100gm gula halus
1 tbsp taucu
4 tbsp air limau nipis
100ml air
2 biji telur

Cara masak:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai garing dan wangi.
Masukkan sos tomato, sos cili, gula halus, taucu & air limau nipis. Kacau rata.
Masukkan ketam, kacau rata hingga masak.
Masukkan air, pecahkan telur & kacau sampai sebati.
Siap untuk dihidang. makan dengan mantao atau nasi panas memang sedap.

Tip Shellout :
Sotong & udang boleh masak sekali dengan ketam untuk rasa lebih syiok, atau rebus dulu sebelum campur dalam kuah.
Jagung, kentang & kupang direbus dahulu sebelum dicampurkan.
Kalau nak buat Shellout penuh, boleh gandakan kuah atau kurangkan ketam, tambah udang, sotong dan bahan lain ikut s**a.

Nak jugak buat figurines sendiri 🤭 versi food creator.Korang pun boleh buat tau dengan Google Gemini AI. Upload gambar &...
06/09/2025

Nak jugak buat figurines sendiri 🤭 versi food creator.
Korang pun boleh buat tau dengan Google Gemini AI.
Upload gambar & gunakan prompt berikut:

“Create a 1/7 scale commercialized figurine of the characters from the provided picture, designed in a realistic style within a real environment. The figurine is posed seated, taking a photo of food. It is displayed on a computer desk with a round transparent acrylic base (no text, and all elements must fit entirely on the base). On the computer screen, show the ZBrush modeling process of this figurine. Besides the screen, include a BANDAI-style toy packaging box that features the original artwork printed in two-dimensional flat illustration style.”

Bubur Kampung siap! 😋Nampak je simple, tapi yang buat dia lagi sedap bila makan dengan sambal udang kering. Ni lah rasa ...
31/07/2025

Bubur Kampung siap! 😋
Nampak je simple, tapi yang buat dia lagi sedap bila makan dengan sambal udang kering. Ni lah rasa zaman dulu yang tak boleh diganti.
Dulu, Mak pun bukan letak kangkung ke, telur asin ke… Dia bagi kita bubur nasi dengan sambal udang kering je, itu pun dah sedap sangat!

Resepi BUBUR KAMPUNG

Bubur Nasi:
2 pot beras
10 pot air
2 tsp Garam halus

Cara-cara:
1. Cuci beras dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Masak dalam rice cooker mcm masak nasi biasa. Kalau ada function “porridge”, pakai function tu.
2. Masukkan garam.
3. Masak sehingga menjadi bubur kacau sekali sekala supaya tak hangit kat bawah.

Kangkung Belacan:
4 ikat kangkung
1 tbsp garam halus
Air secukupnya (untuk rendam)
Rendam kangkung dalam air bercampur garam selama 10 minit untuk hilangkan kotoran.
Tos dan ketepikan.

Bahan Kisar:
4 biji cili besar merah
3 biji cili padi merah
150 gm bawang merah
15 gm bawang putih
15 gm belacan
10 gm udang kering
Air untuk kisar

Minyak untuk menumis
1 tsp garam halus
2 tsp cukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan berubah warna.
2. Masukkan garam dan cukup rasa.
3. Masukkan kangkung
4. Kacau rata dan tumis sehingga kangkung layu.

Sambal Udang Kering:
Bahan kisar (tanpa air)
100 gm udang kering (rendam dulu untuk lembutkan)
50 gm bawang merah
5 gm bawang putih
15 gm cili kering

2 tbsp Minyak
2 tsp cukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan 2 tbsp minyak.
2. Masukkan bahan kisar dan goreng atas api sederhana.
3. Masukkan 2tsp cukup rasa.
4. Sentiasa kacau sehingga sambal menjadi kering dan garing, tetapi jangan sampai hangus.

Pelengkap Hidangan:
Kacang tanah goreng
Ikan bilis goreng
Telur masin
Chaipo (lobak masin)

Cara Hidangan:
1. Cedok bubur nasi ke dalam mangkuk.
2. Susun semua lauk pelengkap di sekeliling bubur. kangkung belacan, sambal udang kering, kacang, ikan bilis, telur masin dan chaipo.
3. Gaul ikut selera atau makan berasingan. Siap!

25/07/2025

Day 3: Explore Jatim
Orang selalu fikir Pronojiwo ni ada Tumpak Sewu je.
Padahal kat sini boleh nampak Gunung Semeru depan mata 😍
Naik ATV keliling kampung, lalu sawah, jumpa lembu, masuk hutan pinus…
Tak sangka, semua ni ada kat kaki Semeru.
underrated gila! must go!

25/07/2025

Dulu nak masak bubur kacang hijau ni pada Sid lecey sebab nak kena rendam dulu pastu kena tengek lama, kena kacau-kacau.. sekarang takyah dah.. kita guna teknik ‘on off api’ je.

Bubur Kacang Hijau + Durian:

250gm Kacang Hijau
2L air
Daun pandan
250gm gula Melaka
200ml Santan Kara
50gm Gula Halus
1/2tsp Garam Halus
Durian seberapa banyak you all nak.

Cara masak:

1. Masukkan kacang & air dalam periuk. On api, biar mendidih 10 minit (jangan lupa tutup periuk!)
2. Lepas tu tutup api, biar kacang ‘rehat’ selama 1 jam.
3. Nanti tengok kacang macam sama je. don’t worry! On balik api, tutup periuk dan masak 10 minit lagi.
4. Bila kacang dah mula kembang, masuk daun pandan, gula melaka & kacau rata.
5. Masukkan isi durian (kalau keras pun boleh, masak je lama sikit).
6. Akhir sekali, masukkan santan, gula dan garam. Kacau sampai sebati. Siap!

Address

Singapore

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sid Tartella posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sid Tartella:

Share

Tartella

A brand name which has turned addiction to our loyal customers. A fusion bakes that combines tradition and addiction.

Get hooked and get addicted just like thousands of our fans.

Order yours now! www.tartella.com.sg

And enjoy reading our Tartella Stories here and on our instagram.