
06/09/2025
وَأَنفِقُواْ مِن مَّا رَزَقۡنَٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوۡلَآ أَخَّرۡتَنِيٓ إِلَىٰٓ أَجَلٖ قَرِيبٖ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ
[Surah Al-Munāfiqūn: 10]
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat p**a aku menjadi dari orang-orang yang soleh."
"And spend [in the way of Allāh] from what We have provided you before death approaches one of you and he says, My Lord, if only You would delay me for a brief term so I would give charity and be of the righteous."
SEDEKAH
Orang yang meninggal meminta hidup lagi bukan untuk membaca Al-Qur’an, puasa, atau bahkan solat, melainkan satu amalan yang ingin ia lakukan kembali, yakni SEDEKAH.
Ustaz Hj Maznan Bin Hj Awi adalah seorang yang s**a bersedekah, tidak lokek dan tidak bakhil.
Beliau adalah seseorang 'Alim yang mengajar dan sering menekankan tentang fadhilat besar bersedekah dan beliau mengamalkannya sendiri, baik secara diam atau terang-terangan, terutama sekali kepada anak2 kecil dan orang2 tua.
Alhamdulillah, nasihat dan ajaran Ustaz Hj Maznan Bin Hj Awi membuahkan hasil apabila seorang anak murid beliau, Tuan Hj Nasir, mengingati nasihat beliau dan dengan keinginan sendiri, melakukan Infaq Jumaat Berkah di Batam, mengatasnamakan Ustaz Hj Maznan Bin Hj Awi.
Alhamdulillah, ditakdirkan Allah, ramai yang mengambil adalah dari kalangan anak2 kecil dan remaja.
Terima kasih sekali lagi Tuan Hj Nasir.
Semoga Allah melipat gandakan rezeki Tuan dan kurniakan rezeki yang banyak lagi berkah.
Aamiiin!
* Di dalam banyak keterbatasan yang beliau hadapi pada saat2 akhir hayatnya, beliau bertekad untuk memberi sedekah jamuan yang paling akhir, walaupun tidak seberapa jumlahnya, pada 22 Aug 2025, Jumaat, di Masjid Sultan.
Semoga selepas sesiapa yang membaca, Allah jentikkan perasaan untuk s**a bersedekah, sebagai persiapan untuk hari kematian sendiri.