23/06/2026
Balik ke rumah orang tua di Jabat memang menyeronokkan dan tidak dapat dibandingkan dengan Bangkok, terutamanya apabila tiba musim buah kerana kami seolah-olah mendapat rezeki di belakang rumah. Selain durian, terdapat juga dokong, rambutan, manggis, dan cempedak.
Bagi buah-buahan yang tidak ditanam di belakang rumah atau tidak menjadi pada musim tersebut, kami akan pergi mencarinya ke kebun yang jauh atau di kawasan kaki bukit jika tidak dimakan binatang atau dicuri orang termasuk yang berpakaian hitam.