Abudi Alsagoff

Abudi Alsagoff Follow untuk: ilmu kewangan, sihat fizikal dan rohani. Semoga dapat manfaat daripada perkongsian saya.

09/04/2026

Ada satu kata-kata daripada seorang businessman kaya yang aku pernah dengar...

simple je.

Tapi sejak aku betul-betul faham benda ni...

aku sendiri dah JARANG keluar rumah semata-mata nak melipak kosong.

Dia kata:

“Kalau kau duduk semeja dengan seseorang...

pastikan conversation korang tentang ALLAH, BUSINESS, GROWTH, IMPIAN dan DUIT.

Bukan tentang MANUSIA LAIN.”

Aku terus terfikir...

berapa banyak JAM dalam hidup kita habis...

membincangkan kehidupan orang yang langsung tak membayar bil kita?

1
Duduk kedai mamak 3 jam

2
Topik pertama
- Si fulan beli kereta baru

3
Topik kedua
- Si fulan gaduh dengan isteri

4
Topik ketiga
- Si fulan business jatuh

5
Topik keempat
- Si fulan sebenarnya banyak hutang

6
Topik kelima
- “Aku dengar dia tu sebenarnya…”

7
Balik rumah pukul 1 pagi

8
Apa yang kau dapat?

9
Business tak bertambah

10
Ilmu tak bertambah

11
Iman tak bertambah

12
Duit tak bertambah

13
Idea tak bertambah

14
Yang bertambah cuma...

INFORMASI TENTANG HIDUP ORANG LAIN

15
Itu pun belum tentu betul 😂

16
Sejak tu aku mula fikir...

Kalau aku nak tinggalkan rumah, tinggalkan keluarga, drive 30 minit dan berikan seseorang 3 jam kehidupan aku...

conversation itu kena BERBALOI

17
Sebab masa bukan free

18
Kau duduk melipak 4 jam
- Kau sebenarnya membayar dengan 4 jam UMUR

19
Dan umur adalah currency paling mahal

20
Duit hilang RM10,000
- Boleh cari balik

21
Empat jam semalam?
- Tak ada billionaire boleh beli balik untuk kau

22
Sebab itu kalau duduk semeja...

cakap tentang ALLAH

23
Macam mana iman kita?

24
Apa benda yang kita kena perbaiki?

25
Apa nikmat yang kita lupa syukuri?

26
Apa tanggungjawab kita kepada keluarga?

27
Apa yang kita sedang kejar sampai mungkin terlupa akhirat?

28
Conversation macam ni...

kau balik rumah dengan HATI yang lebih hidup

29
Kemudian cakap tentang BUSINESS

30
“Aku nampak opportunity ni.”

31
“Market ni tengah berkembang.”

32
“Aku ada problem dalam company.”

33
“Kalau kau jadi aku, kau solve macam mana?”

34
“Apa business model yang kita boleh test?”

35
“Apa benda orang perlukan tapi belum ada siapa buat dengan betul?”

36
Bayangkan empat orang duduk semeja...

37
Seorang pandai marketing

38
Seorang pandai sales

39
Seorang pandai operation

40
Seorang ada capital

41
Kalau conversation betul...

satu meja mamak RM40...

boleh melahirkan business RM4 JUTA

42
Cakap tentang GROWTH

43
Buku apa kau tengah baca?

44
Skill apa kau tengah belajar?

45
Apa kelemahan yang kau sedang cuba baiki?

46
Apa kesilapan terbesar kau tahun ni?

47
Apa benda yang kau tahu sekarang...

yang kau berharap kau tahu 5 tahun dahulu?

48
Ini conversation yang mahal

49
Sebab pengalaman orang lain selama 10 tahun...

kadang-kadang boleh kau download dalam 30 minit

50
Kemudian cakap tentang IMPIAN

51
“Apa sebenarnya kau nak capai?”

52
“Kalau duit bukan masalah, apa kau nak bina?”

53
“Dalam 10 tahun kau nak hidup macam mana?”

54
“Apa legacy kau nak tinggalkan?”

55
“Apa benda besar yang kau takut nak cuba?”

56
Kawan yang betul bukan gelakkan impian kau

57
Dia akan jawab:

“Okay...

macam mana kita nak buat?”

58
Itulah circle yang MAHAL

59
Kau datang dengan idea separuh masak...

60
Mereka tambah perspective

61
Challenge assumption kau

62
Kenalkan orang

63
Bagi resources

64
Dan kadang-kadang paksa kau fikir lebih BESAR

65
Kemudian...

cakap tentang DUIT

66
Ya, DUIT

67
Entah kenapa ramai manusia rasa bercakap tentang duit itu materialistik

68
Tapi boleh p**a bercakap 2 jam
- Tentang relationship artis 😂

69
Kenapa kita tak bincang:

70
Macam mana nak increase income?

71
Macam mana nak manage cashflow?

72
Macam mana nak bina aset?

73
Macam mana business buat profit?

74
Macam mana nak negotiate?

75
Macam mana nak protect downside?

76
Macam mana nak bina generational wealth?

77
Macam mana nak gunakan kekayaan
- Untuk bantu keluarga dan masyarakat?

78
Duit adalah sebahagian daripada kehidupan

79
Kalau orang baik tak mahu belajar tentang duit...

jangan pelik kalau duit banyak dikawal oleh manusia yang tak peduli apa kau fikir

80
Tapi ada satu topik yang aku semakin malas nak layan...

81
ORANG LAIN

82
Bukan tak boleh langsung cerita pasal manusia

83
Kadang-kadang memang perlu

84
Nak bantu seseorang

85
Nak selesaikan masalah

86
Nak ambil pengajaran

87
Nak buat keputusan

88
Itu lain

89
Yang aku maksudkan ialah...

GOSSIP sebagai hiburan

90
Duduk 3 jam...

bedah kehidupan orang

91
Berapa dia earn

92
Siapa dia gaduh

93
Kenapa dia divorce

94
Kereta dia betul-betul beli atau loan

95
Rumah dia sendiri atau sewa

96
Business dia betul-betul untung ke tak

97
Bro...

WHO CARES?

98
Lebih bahaya...

bila terlalu banyak bercakap tentang kelemahan manusia lain...

99
Kita mula rasa diri sendiri HEBAT

100
Padahal kehidupan sendiri...

tak bergerak ke mana

101
Aku mula sedar satu benda

102
Kualiti hidup seseorang banyak dipengaruhi oleh...

KUALITI CONVERSATION yang dia ulang setiap minggu

103
Kalau setiap minggu circle kau bercakap tentang manusia...

kau akan tahu banyak tentang MANUSIA

104
Kalau setiap minggu circle kau bercakap tentang business...

kau mula nampak OPPORTUNITY

105
Kalau bercakap tentang growth...

kau mula nampak kelemahan DIRI

106
Kalau bercakap tentang duit...

kau mula faham CAPITAL

107
Kalau bercakap tentang impian...

kau mula nampak MASA DEPAN

108
Kalau bercakap tentang Allah...

kau mula ingat kenapa semua benda tadi sebenarnya kita kejar

109
Sebab akhirnya...

business boleh jatuh

110
Duit boleh hilang

111
Impian boleh berubah

112
Manusia boleh pergi

113
Tapi kita tetap akan kembali kepada ALLAH

114
Sebab itu sekarang aku lebih selective dengan siapa aku duduk semeja

115
Bukan sebab rasa diri lebih baik

116
Tapi sebab aku dah semakin faham...

MASA terlalu mahal untuk dibelanjakan sembarangan

117
Aku tak perlukan 100 kawan

118
Bagi aku beberapa orang sahaja...

119
Yang bila duduk semeja...

aku balik dengan satu idea baru

120
Satu perspektif baru

121
Satu peluang baru

122
Satu teguran yang aku perlukan

123
Atau sekurang-kurangnya...

hati yang lebih dekat dengan Allah

124
Penutup

Next time kau duduk semeja dengan circle kau...

perhatikan conversation selama sejam.

Apa yang paling banyak disebut?

ALLAH?

IDEA?

BUSINESS?

ILMU?

MONEY?

GROWTH?

FAMILY?

IMPIAN?

Atau...

NAMA ORANG?

Sebab circle yang baik bukan sekadar manusia yang membuat kau ketawa.

Circle yang mahal...

membuatkan kau BERFIKIR.

Membuatkan kau berkembang.

Membuatkan kau berani.

Membuatkan kau mahu bekerja.

Membuatkan kau mahu menjadi lebih baik.

Dan paling penting...

mengingatkan kau kepada Allah ketika dunia sedang membuat kau lupa.

Kalau setiap kali balik daripada lepak...

kau tahu lebih banyak tentang aib orang...

tetapi tak tahu apa-apa yang baru tentang diri sendiri...

mungkin bukan kau perlukan lebih banyak masa untuk melipak.

Mungkin kau perlukan MEJA YANG BERBEZA.

Pilih meja kau.

Sebab kadang-kadang...

MASA DEPAN seseorang sedang dibentuk oleh conversation yang dia anggap sekadar sembang kosong setiap malam.

“Wa-dzakkir fa inna zikra tanfa’ul mukminin”
-Abudi Alsagoff

09/04/2026

90% benda yang buat kau STRESS setiap hari...

sebenarnya benda yang kau langsung TAK BOLEH CONTROL.

Tapi benda yang kau boleh control?

Itulah yang paling banyak kau abaikan.

Cuba buat exercise ni sebulan sekali.

Ambil sehelai kertas.

Tarik satu garisan tengah.

Bahagikan kepada dua.

1
Sebelah KIRI tulis:
- BENDA YANG AKU RISAUKAN

2
Apa orang fikir tentang aku

3
Orang s**a aku atau tidak

4
Business bulan depan macam mana

5
Ekonomi akan jatuh atau tidak

6
Client akan renew atau tidak

7
Orang akan judge keputusan aku atau tidak

8
Anak aku bila besar nanti jadi macam mana

9
Pasangan akan sentiasa faham aku atau tidak

10
Orang yang aku sayang akan sentiasa ada atau tidak

11
Market esok naik atau turun

12
Rezeki bulan depan banyak atau sedikit

13
Kemudian sebelah KANAN tulis:
- BENDA YANG AKU BOLEH CONTROL

14
Exercise hari ini

15
Minum air cukup

16
Tidur cukup

17
Makan lebih baik

18
Solat tepat waktu

19
Kurangkan scrolling

20
Belajar skill baru

21
Buat kerja yang patut dibuat

22
Call mak ayah

23
Luangkan masa dengan anak

24
Jaga hubungan dengan pasangan

25
Simpan duit

26
Bayar hutang

27
Jaga mulut

28
Jaga reaction

29
Jaga siapa yang kita berkawan

30
Dan belajar OFF otak daripada kerja
- Bila memang sudah tiba masa berehat

31
Sekarang tengok balik dua column tu

32
Kebanyakan anxiety manusia datang daripada column KIRI

33
Tetapi hampir semua progress kehidupan...
- Datang daripada column KANAN

34
Ini masalah kita

35
Kita habiskan 80% mental energy...

36
Memikirkan benda yang kita mempunyai
- 0% KUASA

37
Kemudian tinggal 20% energy...

38
Untuk benda yang sebenarnya boleh mengubah kehidupan kita

39
Kau tak boleh control orang s**a kau

40
Tapi kau boleh control
- CHARACTER kau

41
Kau tak boleh control orang bercakap belakang

42
Tapi kau boleh control
- Apa yang kau buat depan Allah

43
Kau tak boleh control ekonomi

44
Tapi kau boleh control
- Cashflow
- Saving
- Skill
- Spending

45
Kau tak boleh control competitor

46
Tapi kau boleh control
- PRODUCT kau

47
Kau tak boleh control customer membeli

48
Tapi kau boleh control
- Offer
- Marketing
- Service

49
Kau tak boleh control market

50
Tapi kau boleh control
- ENTRY
- SIZE
- STOP LOSS
- RISK

51
Kau tak boleh control apa yang berlaku kepada kau

52
Tapi banyak kali...

kau masih boleh control apa yang kau buat
- SELEPAS ia berlaku

53
Dan itu sebenarnya satu bentuk POWER yang ramai manusia serahkan

54
Orang kutuk...

Rosak satu hari

55
Plan tak menjadi...

Rosak satu minggu

56
Orang reject...

Terus persoalkan harga diri

57
Market loss...

Terus revenge trade

58
Satu benda di luar kawalan berlaku...

59
Kemudian kita sendiri serahkan benda yang MASIH dalam kawalan

60
Itulah kesilapan sebenar

61
Sebab ketenangan bukan datang apabila kau berjaya CONTROL semuanya

62
Mustahil

63
Ketenangan datang apabila kau tahu...

- Apa tugas KAU
- Dan apa yang bukan tugas kau

64
Usaha?
- Tugas kau

65
Disiplin?
- Tugas kau

66
Preparation?
- Tugas kau

67
Doa?
- Tugas kau

68
Akhlak?
- Tugas kau

69
Keputusan akhirnya?

- Bukan semuanya milik kau

70
Dalam Islam sebenarnya kita dah lama diajar konsep yang jauh lebih besar

71
IKHTIAR

Kemudian...

TAWAKKAL

72
Bukan tawakkal tanpa usaha

73
Dan bukan usaha sampai kita rasa kita boleh mengawal takdir

74
Kita buat apa yang berada dalam kemampuan

75
Kemudian serahkan apa yang berada di luar kemampuan kepada Allah

76
Sebab manusia yang cuba mengawal SEMUANYA...

77
Akhirnya akan dikawal oleh
- KERISAUANNYA SENDIRI

78
Jadi sebulan sekali...

79
Ambil kertas

80
Buat dua column

81
CONCERN

82
CONTROL

83
Kemudian setiap kali otak kau mula overthink...

84
Tanya satu soalan:

“Benda ni duduk column mana?”

85
Kalau CONTROL...

BUAT SESUATU.

86
Kalau CONCERN tetapi bukan control...

BUAT apa yang termampu.

Kemudian LEPASKAN.

87
Penutup

Kau tak perlukan lebih banyak masa untuk berfikir tentang semua masalah kehidupan.

Kadang-kadang kau cuma perlukan kebijaksanaan untuk membezakan...

mana satu masalah yang perlu DISELESAIKAN...

dan mana satu ketidakpastian yang perlu DITERIMA.

Control your effort.

Control your habits.

Control your reaction.

Control your character.

Control apa yang memang Allah letakkan dalam tangan kau.

Yang selebihnya...

jangan cuba jadi Tuhan kepada kehidupan sendiri.

Ikhtiar sehabis baik.

Kemudian tawakkal.

Sebab mungkin ketenangan yang kau cari selama ini...

bukan datang daripada akhirnya dapat mengawal semuanya.

Tetapi daripada berhenti cuba mengawal...

apa yang memang bukan milik kau sejak awal.

“Wa-dzakkir fa inna zikra tanfa’ul mukminin”
-Abudi Alsagoff

09/04/2026

Kadang-kadang benda yang orang selalu COMPLAIN pasal diri kau...

sebenarnya bukan kelemahan.

Kau cuma belum jumpa TEMPAT yang betul untuk menggunakannya.

“Banyak betul kau cakap.”

“Sensitive sangat.”

“Banyak sangat tanya.”

“Overthinking.”

“Degil.”

“Semua benda nak record.”

Mungkin selama ni kau terlalu sibuk cuba BUANG perangai itu...

sedangkan kau patut belajar bagaimana nak MONETIZE dan CHANNEL perangai itu.

1
Kalau kau banyak bercakap
- Buat PODCAST

2
Belajar public speaking

3
Belajar sales

4
Jadi educator

5
Jadi content creator

6
Sebab orang lain mungkin penat bercakap 10 minit

7
Tapi kau boleh bercakap sejam
- Dan masih ada 14 cerita lagi 😂

8
Itu mungkin bukan masalah
- Itu RAW MATERIAL

9
Kau cuma perlukan direction

10
Kalau kau terlalu SENSITIVE
- Jangan terus anggap diri lemah

11
Mungkin kau perasan benda
- Yang orang lain langsung tak rasa

12
Kau mudah menangkap emosi

13
Tone suara

14
Perubahan mood

15
Detail kecil

16
Suasana

17
Gunakan benda itu untuk menghasilkan SENI

18
Menulis

19
Photography

20
Design

21
Storytelling

22
Music

23
Sebab banyak karya yang menyentuh jutaan manusia...

24
Datang daripada manusia
- Yang MERASAKAN dunia lebih dalam daripada orang lain

25
Kalau kau banyak TANYA SOALAN...

26
“Kenapa?”

27
“Macam mana?”

28
“Siapa cakap?”

29
“Ada evidence?”

30
“Apa jadi kalau kita buat cara lain?”

31
Jangan matikan curiosity itu

32
Jadi RESEARCHER

33
Jadi analyst

34
Jadi journalist

35
Jadi investigator

36
Jadi scientist

37
Jadi entrepreneur

38
Sebab banyak breakthrough bermula dengan seorang manusia yang annoying...

39
Yang tak boleh menerima:

“Memang dari dulu kita buat macam ni.”

40
Kalau kau OVERTHINK terlalu banyak...

41
Mungkin kau tak perlu berhenti berfikir

42
Kau perlu belajar
- MENGARAHKAN pemikiran itu

43
Jadi strategist

44
Risk manager

45
Planner

46
Analyst

47
Scenario thinker

48
Orang lain nampak satu jalan

49
Kau nampak 17 kemungkinan benda boleh berlaku

50
Kalau tak dikawal...
- Memang boleh jadi anxiety

51
Tapi kalau dilatih...

- Ia boleh menjadi STRATEGIC THINKING

52
Bezanya cuma satu

53
Overthinking tanpa action
- Melumpuhkan

54
Deep thinking dengan action
- Mencipta advantage

55
Kalau kau jenis SEMUA BENDA NAK RECORD...

56
Makan record

57
Travel record

58
Beli barang record

59
Buat kerja record

60
Belajar sesuatu pun record

61
Jangan sekadar penuhkan storage phone

62
Jadi CONTENT CREATOR

63
Sebab benda yang bagi kau nampak normal...

64
Mungkin sangat menarik
- Kepada 100,000 manusia lain

65
Orang selalu fikir content kena extraordinary

66
Tak semestinya

67
Kadang-kadang kau cuma perlu pandai
- DOCUMENT benda ordinary

68
Kalau kau DEGIL...

69
Ini paling menarik

70
Sejak kecil orang cakap:

“Kepala batu betul budak ni.”

71
Okay

72
Jangan gunakan kedegilan untuk benda bodoh

73
Gunakan untuk benda yang hampir MUSTAHIL

74
Bina company

75
Belajar skill susah

76
Habiskan degree

77
Bina badan

78
Recover selepas failure

79
Kejar sesuatu yang mengambil masa 10 tahun

80
Sebab benda besar memerlukan manusia yang mempunyai sedikit sifat:

“Aku tak kisah berapa kali gagal...

aku buat lagi.”

81
Stubbornness pada tempat salah
- Menjadi masalah

82
Stubbornness pada mission yang betul
- Menjadi PERSISTENCE

83
Dan inilah benda yang aku rasa ramai parents pun kena faham

84
Jangan terlalu cepat cuba membuang perangai anak

85
Anak banyak cakap
- Jangan sekadar suruh diam

86
Ajar dia SPEAKING

87
Anak banyak bertanya
- Jangan marah sebab pening nak jawab

88
Ajar dia RESEARCH

89
Anak s**a argue
- Ajar LOGIC dan DEBATE

90
Anak s**a jual barang
- Ajar BUSINESS

91
Anak asyik melukis
- Ajar DESIGN

92
Anak s**a buka barang nak tengok dalam
- Ajar ENGINEERING

93
Anak degil
- Ajar dia pilih perkara yang BERBALOI untuk diperjuangkan

94
Sebab tugas kita bukan semestinya menghasilkan anak yang senang DIKAWAL

95
Kita nak menghasilkan manusia
- Yang tahu bagaimana mengawal DIRI SENDIRI

96
Ini juga sebab jangan terlalu cepat percaya label manusia kepada kau

97
“Awak terlalu aggressive.”

Mungkin kau sesuai dalam sales

98
“Awak terlalu detail.”

Mungkin kau sesuai dalam operations

99
“Awak terlalu competitive.”

Mungkin kau perlukan arena yang betul

100
“Awak terlalu introvert.”

Mungkin kau hebat melakukan deep work

101
“Awak cepat bosan.”

Mungkin kau perlukan kerja yang mempunyai novelty dan problem solving

102
“Awak terlalu ambitious.”

Mungkin environment kau terlalu kecil

103
Tapi jangan salah faham

104
Bukan semua kelemahan sebenarnya superpower

105
Kalau perangai kita menyakiti orang
- BETULKAN

106
Kalau menyebabkan hidup bersepah
- BETULKAN

107
Kalau menghalang kita berfungsi
- Cari bantuan dan belajar manage

108
Jangan romanticize semua kekurangan

109
Point dia ialah...

Sebelum kau cuba MEMBUANG sesuatu daripada diri kau...

tanya:

“Adakah benda ni memang kelemahan...

atau aku cuma menggunakannya di TEMPAT YANG SALAH?”

110
Sebab api boleh membakar rumah

111
Api yang sama...
- Boleh memasak makanan

112
Air boleh menenggelamkan manusia

113
Air yang sama...
- Menggerakkan turbine

114
Sifat manusia pun begitu

115
Context mengubah segalanya

116
Penutup

Mungkin kau bukan “terlalu banyak bercakap.”

Kau belum jumpa microphone.

Mungkin kau bukan “terlalu sensitive.”

Kau belum jumpa canvas.

Mungkin kau bukan “terlalu banyak bertanya.”

Kau belum jumpa masalah yang layak disiasat.

Mungkin kau bukan “terlalu overthink.”

Kau belum belajar menukar pemikiran kepada strategy.

Mungkin kau bukan “terlalu degil.”

Kau belum jumpa mission yang cukup besar untuk menggunakan kedegilan itu.

Kadang-kadang hidup berubah bukan apabila kita akhirnya berjaya membuang semua kelemahan...

tetapi apabila kita belajar meletakkan sifat yang sama...

dalam ARENA yang membuatkannya bernilai.

Apa yang satu tempat panggil kelemahan...

tempat lain mungkin sanggup BAYAR MAHAL untuknya.

Jangan sekadar ubah diri supaya sesuai dengan dunia.

Cari juga tempat dalam dunia...

yang sesuai dengan KEKUATAN dalam diri kau.

“Wa-dzakkir fa inna zikra tanfa’ul mukminin”
-Abudi Alsagoff

Ada satu jenis “latihan” yang kita buat setiap hari...tanpa sedar kita sebenarnya sedang melatih OTAK untuk menjadi lebi...
08/30/2026

Ada satu jenis “latihan” yang kita buat setiap hari...

tanpa sedar kita sebenarnya sedang melatih OTAK untuk menjadi lebih mahir dalam benda yang kita paling takut.

Contohnya seorang perempuan yang pernah patah hati.

Malam pertama...

dia menangis.

Normal.

Malam kedua...

dia buka lagu sedih.

Malam ketiga...

dia tengok TikTok.

Keluar video:

“People always leave.”

Save.

Scroll lagi.

“Kalau dia betul-betul sayang, dia takkan berubah.”

Save.

Kemudian keluar p**a:

“Some people are destined to love deeply but never be loved properly.”

Terus rasa...

“INI AKU.”

Share dekat story.

Dan perlahan-lahan...

satu heartbreak yang sepatutnya menjadi satu PERISTIWA dalam hidup...

bertukar menjadi IDENTITI.

“Aku memang susah nak dicintai.”

“Semua orang akhirnya pergi.”

“Relationship tak pernah menjadi untuk aku.”

“Aku rasa aku memang ditakdirkan sendiri.”

Masalahnya...

ayat itu tak berhenti sekali.

Kita REHEARSE.

Hari demi hari.

Bulan demi bulan.

Sampai satu hari...

datang seseorang yang betul-betul baik.

Dia consistent.

Dia hadir.

Dia tak main tarik tali.

Dia tak bagi mixed signals.

Sepatutnya kita rasa tenang kan?

Tapi pelik...

kita rasa TAKUT.

“Kenapa dia baik sangat?”

“Betul ke ni?”

“Bila dia nak berubah?”

“Kenapa aku rasa macam ada benda tak kena?”

Dan mungkin masalahnya bukan orang itu.

Mungkin otak kita dah terlalu lama berlatih...

untuk menjangkakan KEHILANGAN.

Ada satu eksperimen neuroscience yang sangat menarik dari tahun 1990-an.

Penyelidik mengkaji orang yang belum pernah berlatih piano.

Satu kump**an betul-betul berlatih gerakan jari di piano.

Satu lagi kump**an...

hanya membayangkan mereka melakukan latihan tersebut.

Tak tekan key.

Tak keluarkan bunyi.

Hanya MENTAL REHEARSAL.

Apabila perubahan pada kawasan motor otak mereka dikaji...

latihan mental sahaja pun menghasilkan perubahan pada representasi otak.

Fikir j*p.

Jari tak buat benda itu...

tetapi otak tetap sedang BERLATIH.

Dan masa aku baca benda ni...

aku terfikir tentang kehidupan kita.

Berapa banyak benda yang kita “practice”...

tanpa pernah menganggapnya sebagai latihan?

Setiap malam kau baring dan replay balik orang yang pernah tinggalkan kau.

PRACTICE.

Setiap kali tengok cermin dan cari apa yang tak cukup cantik.

PRACTICE.

Setiap kali seseorang lambat reply...

dan otak terus membina cerita:

“Dia dah bosan dengan aku.”

PRACTICE.

Setiap kali relationship orang lain gagal...

kau berkata:

“Nampak? Memang semua macam tu.”

PRACTICE.

Setiap hari tengok content yang mengajar...

lelaki semua sama.

Perempuan semua sama.

Marriage semuanya miserable.

Orang baik akhirnya kena pijak.

Tak boleh percaya sesiapa.

PRACTICE.

Kau mungkin tak sedar...

tapi kau sedang bermain “piano” dalam kepala.

Hari.

Demi hari.

Sampai akhirnya tangan kau tak perlu fikir lagi.

Melody itu keluar AUTOMATIC.

Begitulah juga sesetengah pattern pemikiran.

Bila dah cukup lama diulang...

ia mula terasa seperti KEBENARAN.

Padahal mungkin...

ia cuma jalan dalam otak yang terlalu kerap kau gunakan.

Macam jalan kampung.

Mula-mula semak.

Seorang lalu.

Kemudian dua orang.

Kemudian seratus orang.

Lama-lama terbentuk jalan.

Dan bila dah ada jalan...

manusia naturally akan gunakan jalan itu lagi.

Sebab MUDAH.

Itulah sebab kadang-kadang apabila kita cuba fikir secara berbeza...

rasa pelik.

Kita cuba cakap:

“Aku layak mendapat hubungan yang sihat.”

Otak jawab:

“Cringe.”

“Aku boleh dipercayai dan dicintai.”

Rasa fake.

“Aku tak perlu menganggap setiap orang akan meninggalkan aku.”

Rasa macam menipu diri sendiri.

Kenapa?

Sebab jalan itu masih SEMAK.

Kau baru lalu sekali.

Sedangkan jalan lama...

kau dah gunakan mungkin 10 TAHUN.

Sebab itu aku tak percaya solution dia sekadar berdiri depan cermin setiap pagi dan tipu diri:

“Aku perfect.”

“Aku paling hebat.”

“Semua orang sayang aku.”

Bukan.

Kita tak perlu menggantikan satu cerita palsu dengan cerita palsu yang lain.

Kita perlukan cerita yang lebih JUJUR.

Daripada:

“Semua orang akan tinggalkan aku.”

kepada:

“Ada orang yang pergi. Ada juga manusia yang mampu stay.”

Daripada:

“Aku memang tak layak dicintai.”

kepada:

“Aku mungkin pernah terluka, tapi luka bukan ramalan masa depan.”

Daripada:

“Relationship mesti berakhir.”

kepada:

“Hubungan yang sihat memang wujud, tetapi aku juga perlu belajar memilih dan membinanya.”

Itu lebih real.

Kemudian ulang.

Bukan sehari.

Bukan tiga hari.

Sebab kau kena faham...

kau sedang cuba membina jalan baru bersebelahan HIGHWAY yang kau bina selama bertahun-tahun.

Mestilah lambat.

Mestilah awkward.

Mestilah sesekali kau masuk jalan lama balik.

Tetapi setiap kali kau sedar...

keluar.

Masuk jalan baru.

Dan aku rasa lesson ni jauh lebih besar daripada relationship.

Berapa ramai orang rehearse KEMISKINAN dalam kepala?

“Aku memang tak pandai business.”

Berapa ramai rehearse FAILURE?

“Aku selalu screw up.”

Berapa ramai rehearse SOCIAL ANXIETY?

“Orang mesti fikir aku bodoh.”

Berapa ramai rehearse helplessness?

“Orang macam aku memang susah nak berjaya.”

Kemudian dunia memberikan satu peluang...

dan otak memainkan skrip yang sudah dilatih 10,000 kali.

Kita panggil itu...

“personaliti aku.”

Padahal sebahagiannya mungkin cuma PATTERN yang sangat terlatih.

Sebab itu kena berhati-hati dengan apa yang kita consume.

Lagu.

Video.

Podcast.

Content.

Conversation.

Dan paling penting...

SUARA SENDIRI dalam kepala.

Sebab sesuatu tak perlu benar...

untuk menjadi familiar.

Dan sesuatu yang cukup familiar...

boleh mula TERASA benar.

Tapi bahagian paling hopeful adalah ini.

Kalau sesuatu pattern boleh dibina melalui repetition...

pattern lain juga boleh dibina melalui repetition.

Perlahan-lahan.

Dengan pengalaman sebenar.

Dengan pilihan yang lebih sihat.

Dengan manusia yang lebih baik.

Dengan cara bercakap kepada diri sendiri yang lebih tepat.

Sampai satu hari...

kau berada dalam relationship yang tenang.

Tak ada drama.

Tak ada tarik tali.

Tak ada anxiety setiap malam.

Dan kau tersedar...

“Eh...

dulu benda macam ni rasa pelik.”

Sekarang...

TENANG p**a yang terasa normal.

Mungkin itu sebenarnya maksud healing yang ramai salah faham.

Bukan memadam semua perkara yang pernah berlaku.

Bukan bangun satu pagi dan tiba-tiba semua trauma hilang.

Tetapi melatih diri cukup lama...

sehingga masa lalu tak lagi menjadi satu-satunya skrip yang otak kau tahu bagaimana nak mainkan.

Sebab selama ini mungkin kau fikir:

“Kenapa aku macam ni?”

Sedangkan soalan yang lebih berguna mungkin...

“Apa yang aku dah berlatih menjadi...

setiap hari selama bertahun-tahun?”

Dan kalau jawapannya sesuatu yang kau tak mahu lagi...

mula rehearse sesuatu yang baru.

Pada mulanya memang rasa fake.

Memang rasa bukan diri kau.

Of course.

Kau baru belajar lagu baru.

Jangan expect tangan terus pandai.

Teruskan.

Satu hari nanti...

apa yang hari ini terasa asing...

mungkin menjadi perkara yang paling natural dalam diri kau.

-Abudi Alsagoff

Kalau kau masih fikir orang berjaya dapat peluang sebab mereka “lebih bertuah”...Aku baru baca buku The Third Door, mung...
08/28/2026

Kalau kau masih fikir orang berjaya dapat peluang sebab mereka “lebih bertuah”...

Aku baru baca buku The Third Door, mungkin akan buat kau rasa macam selama ni kau sebenarnya terlalu SOPAN dengan kehidupan.

Alex Banayan mula perjalanan ni masa umur 18 tahun.

Misi dia simple tapi gila:

Nak cari dan interview manusia paling berjaya di dunia...

dan faham satu benda.

MACAM MANA MEREKA SEBENARNYA BERMULA?

Bukan selepas dah famous.

Bukan selepas dah billionaire.

Tapi masa nobody kenal mereka.

Dan daripada perjalanan itulah lahir konsep:

THE THIRD DOOR.

1
Bayangkan kehidupan macam nightclub
- Semua orang nak masuk

2
FIRST DOOR
- Pintu utama

3
Semua orang beratur

4
Tunggu turn

5
Ikut prosedur

6
Isi application

7
Hantar resume

8
Tunggu orang approve

9
Harap satu hari nanti nama dipanggil

10
Ini jalan yang kebanyakan manusia gunakan
- Jalan rasmi

11
Kemudian ada SECOND DOOR

12
VIP entrance
- Orang kaya
- Orang famous
- Orang ada connection

13
Mereka tak perlu beratur macam orang lain

14
Dan bila kita tengok mereka...

15
Kita mula complain:

“Senanglah dia…”

“Family dia kaya…”

“Dia ada cable…”

16
Kadang-kadang memang BETUL

17
Tapi kita terlalu fokus kepada dua pintu itu...

sampai tak sedar ada satu lagi.

18
THE THIRD DOOR

19
Kalau pintu depan penuh...

20
Dan kau tak ada access pintu VIP...

21
Kau pergi belakang bangunan

22
Cari tingkap

23
Cari dapur

24
Cari siapa yang bekerja dalam tu

25
Cari jalan lain untuk MASUK

26
Bukan literally pecah masuk bangunan 😂

27
Point dia adalah:

Dalam kehidupan...

hampir setiap industri mempunyai jalan yang tak tertulis dalam manual.

28
Bill Gates

29
Steven Spielberg

30
Lady Gaga

31
Warren Buffett

32
Maya Angelou

33
Manusia berjaya mungkin datang daripada background berbeza...

34
Tetapi ramai mempunyai satu persamaan:

Mereka tak semestinya menunggu dunia memberikan mereka permission.

35
Ini yang ramai orang tak faham tentang SUCCESS

36
Kita terlalu sibuk bertanya:

“Apakah prosedurnya?”

37
Sedangkan orang tertentu bertanya:

“Siapa yang boleh bantu aku bypass bottleneck ni?”

38
Kita tanya:

“Dekat mana nak apply?”

39
Mereka tanya:

“Siapa decision maker?”

40
Kita tanya:

“Qualification cukup tak?”

41
Mereka tanya:

“Macam mana aku boleh PROVE aku boleh buat?”

42
Kita tanya:

“Boleh ke?”

43
Mereka tanya:

“Macam mana nak buat?”

44
Perbezaan kecil pada SOALAN...

45
Boleh menghasilkan kehidupan yang sangat berbeza

46
Contoh kau nak masuk company tertentu

47
First Door:
- Apply dekat website bersama 5,000 orang lain

48
Second Door:
- Ayah kau kenal CEO

49
Third Door:
- Cari siapa department head
- Study masalah company
- Buat sesuatu yang valuable
- Cari introduction
- Approach dengan sesuatu yang s**ar untuk diabaikan

50
Nak jumpa seseorang?

51
First Door:
- DM dia dan berharap dia reply

52
Second Door:
- Kawan kau memang kawan dia

53
Third Door:
- Cari manusia dalam circle dia
- Bina relationship
- Beri value
- Dapat warm introduction

54
Nak bina business?

55
First Door:
- Study 6 bulan
- Buat business plan
- Tunggu semuanya perfect

56
Second Door:
- Family bagi modal RM2 juta

57
Third Door:
- Cari customer dulu
- Validate demand
- Ambil deposit
- Baru bina solution

58
Ini sebenarnya mindset yang powerful

59
Bila sesuatu tak menjadi...

60
Jangan terus conclude:

“Tak boleh.”

61
Kadang-kadang...

BUKAN DESTINATION yang salah.

62
PINTU yang kau ketuk itu salah.

63
Ramai manusia habiskan 10 tahun...

mengetuk pintu yang sama.

64
Tak dibuka...

ketuk lagi.

65
Tak dibuka...

ambil sijil lagi.

66
Tak dibuka...

tunggu lagi.

67
Tak dibuka...

complain system unfair.

68
Sedangkan mungkin 20 meter dari situ...

ada THIRD DOOR yang tak ada orang beratur pun.

69
Tapi ada satu masalah

70
Third Door tak datang dengan signboard

71
Tak ada arrow

72
Tak ada tutorial lengkap

73
Tak ada jaminan

74
Kau kena BERFIKIR

75
Kau kena bertanya

76
Kau kena kena reject

77
Kau kena nampak bodoh sekali-sekala

78
Kau kena buat benda yang orang normal rasa:

“Segannya…”

79
Dan inilah sebab ramai tak jumpa Third Door

80
Bukan sebab pintu itu tak wujud

81
Tapi sebab mereka terlalu takut nampak macam sedang MENCARI PINTU

82
Orang terlalu takut kena reject

83
Padahal rejection cuma DATA

84
“No.”

Okay.

85
Next approach

86
“No.”

Okay.

87
Next person

88
“No.”

Okay.

89
Tukar angle

90
Sampai satu hari...

YES.

91
Dan satu YES kadang-kadang cukup...

untuk mengubah trajectory 10 tahun kehidupan kau

92
Satu introduction

93
Satu client

94
Satu mentor

95
Satu investor

96
Satu partnership

97
Satu peluang

98
Itulah sebab NETWORKING sangat mahal nilainya

99
Bukan sebab kau nak “guna orang”

100
Tetapi kerana manusia adalah PINTU

101
Dan hampir setiap peluang besar dalam kehidupan...

ada manusia yang memegang tombolnya

102
Sebab itu jangan sekadar kumpul duit

103
Kumpul reputation

104
Kumpul skills

105
Kumpul relationships

106
Kumpul goodwill

107
Kumpul manusia yang tahu:

“Kalau bagi benda dekat dia ni...

dia EXECUTE.”

108
Sebab bila reputation kau dah kuat...

109
Third Door yang dulu kau cari...

110
Kadang-kadang mula TERBUKA SENDIRI

111
Tapi aku rasa lesson paling penting daripada konsep ni adalah...

112
Jangan keliru antara RULE dengan HABIT

113
Ada benda memang tak boleh bypass

114
Undang-undang tetap undang-undang

115
Etika tetap etika

116
Amanah tetap amanah

117
Tapi banyak benda yang kita anggap:

“Memang kena macam ni…”

118
Sebenarnya cuma...

“Semua orang selalu buat macam ni.”

119
Itu dua benda berbeza

120
Penutup

Kalau pintu pertama tak buka...

jangan terus balik rumah.

Kalau kau tak dilahirkan dengan akses kepada pintu kedua...

jangan habiskan hidup dengki dengan orang yang memilikinya.

Cari THE THIRD DOOR.

Belajar.

Tanya.

Network.

Create value.

Cari decision maker.

Cari jalan yang orang lain tak nampak.

Dan jangan tunggu permission terlalu lama.

Sebab ramai manusia bukan gagal kerana mereka tak cukup berbakat.

Mereka gagal kerana sepanjang hidup...

mereka berdiri dengan sangat sopan dalam satu barisan...

menunggu seseorang membuka pintu.

Sedangkan orang yang akhirnya berjaya masuk...

dah lama pusing belakang bangunan...

dan jumpa pintu ketiga.

“Wa-dzakkir fa inna zikra tanfa’ul mukminin”
-Abudi Alsagoff

Address

San Jose, CA

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abudi Alsagoff posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Abudi Alsagoff:

Shortcuts

Share