Intan zahra tv

  • Home
  • Intan zahra tv

Intan zahra tv Assalammualaikum Hai

Saya Intan Zahra ❤️

" Visual Ai, Emosi Sebenar "

🌼AI visual | Stories | Daily reels🌼

Teringat waktu pergi ke pantai timur, duduk disalah satu rumah yang berdekatan dengan surau.Lepas ibadah malam, menanti ...
04/04/2026

Teringat waktu pergi ke pantai timur, duduk disalah satu rumah yang berdekatan dengan surau.

Lepas ibadah malam, menanti masuknya waktu subuh. Dan terdengar azan berkumandang.

Alhamdulillah Allah pilih untuk melakukan ibadah. Segala pujian milik Allah. Tiada daya tanpa bantuan Allah.

Dan lepas selesai azan. Ada ceramah dari salah seorang ustaz disana.

Jujur masa tu airmata saya menitis. Sebab sangat rindukan suasana tu.

Saya pernah mengaji pondok. Memang pondok tu sebelah surau. Sangat rindu.

Semoga Allah pilih untuk saya ada rumah sebelah surau atau masjid.

Supaya saya boleh ibadah dari rumah. Sambil mendengar ceramah dari masjid.

Rindu tak terkata ❤️ Dapat rumah kecil pun dah sangat bersyukur.

Ketenangan tu. Susah untuk cerita.

Tak sangka bumi para wali itu rupanya banyak majlis ilmu.

MasyaAllah beruntung penduduk disana ❤️

Lepas balik kl. Rasa rindu dekat sana. InsyaAllah semoga Allah pilih saya lagi .

Alhamdulillah Ya Allah 🤲🏻

Diwaktu semua orang sibuk dengan urusan duniawi hingga lupa akan ilahi.Tetapi lelaki itu tetap membahagikan masa nya ant...
25/02/2026

Diwaktu semua orang sibuk dengan urusan duniawi hingga lupa akan ilahi.

Tetapi lelaki itu tetap membahagikan masa nya antara dunia dan akhirat.

Solat. Hanya ambil masa 5-10 minit.

Tetapi tak semua mampu menunaikannya.

Tetapi yang mampu menunaikannya tahniah. Sebab berjaya lawan hasutan hawa nafsu dan syaitan.

Solat. Bukan tanda " dah baik "

Tapi sebab tanggungjawab dan taat perintah Allah.

Orang kata.

"Alah dia solat tapi tak baik pun"

Tapi orang lupa sebenarnya solat bukan penentu baik atau tidak . Solat sebab kita tunaikan tanggungjawab dan Amanah Allah.

Siapa yang tak lakukan dosa?

Semua orang buat dosa. Tiap hari, tiap saat dan tiap masa.

Yang mengugurkan dosanya adalah ketika dia solat dan memohon ampun pada Allah.

Jadi. Tepuk dada tanya iman kita.

Masih sihat atau sakit?

Nasihat untuk saya terutamanya yang memberi kata kata . Semoga Allah menjaga iman kita.

Salam Ramadan Hari Ke 7. Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

- Nukilan Intan Zahra -

Alhamdulillah setel tukar bateri kereta semalam. Disebabkan berpuas hati kita repeat order untuk kali yang kedua.Terbaik...
16/02/2026

Alhamdulillah setel tukar bateri kereta semalam. Disebabkan berpuas hati kita repeat order untuk kali yang kedua.

Terbaik 👍 support melayu kita.

Buatan Malaysia dan Produk Melayu kita.

Sebenarnya bateri kereta tak habis lagi. Tapi dah capai lebih masa 2 tahun lebih.

Jadi tukar ajala sebab risau pulak haha 😂

Nanti balik kampung tiba2 jem. Risau jugak. Next nak renew roadtax pulak. Renew awal sikit walau tamat bulan 3.

Prepare sebelum raya.

InsyaAllah 👍

Alhamdulillah dipermudah urusan.

" Selamat hujung minggu dan beriadah serta menjalankan persediaan ramadhan "Untuk harini Semoga dipermudah urusan kita d...
14/02/2026

" Selamat hujung minggu dan beriadah serta menjalankan persediaan ramadhan "

Untuk harini Semoga dipermudah urusan kita dan dilimpahi rezeki ya 🥰

Salam subuh dan selamat beribadah ❤️

Assalamualaikum selamat pagi dan Sobahanur ❤️

Alhamdulillah kita masih diberi nikmat bernafas harini oleh Allah ❤️

" Hadapi dengan tenang dan bahagia sebab itulah tips awet muda " Haha . Saja gurau nohh .Selamat pagi semua. Assalamuala...
13/02/2026

" Hadapi dengan tenang dan bahagia sebab itulah tips awet muda "

Haha . Saja gurau nohh .

Selamat pagi semua. Assalamualaikum 🥰

Salam subuh dan selamat beribadah ya ❤️

Assalamualaikum selamat pagi dan Sobahanur ❤️ Alhamdulillah kita masih diberi nikmat bernafas oleh Allah.Kata nasihat ha...
03/02/2026

Assalamualaikum selamat pagi dan Sobahanur ❤️

Alhamdulillah kita masih diberi nikmat bernafas oleh Allah.

Kata nasihat harini.

" Jagalah tulisan kita di laman sosial, kerana ianya akan menjadi sumber sama ada menyumbang pahala atau dosa "

Sebab disini kita sedang berinteraksi dengan insan bernama manusia. Yang apabila kita melakukan dosa fitnah atau sebagainya. Tidak semudah itu kita dapat kemaafan darinya.

Dosa dengan Allah, Allah mudah ampunkan dengan solat taubat. Tapi dosa dengan manusia. Allahu. Jaga2lah.

Tambah kt laman sosial ni berjuta manusia. Allahu. Semoga Allah jaga kita.

Nasihat untuk saya juga terutamanya. Baiklah positif selalu. 🥰

Jangan lupa Al Mathurat ya. Nasihat untuk saya juga. Sahabat kita yang berpuasa selamat menjalani ibadah puasa ya.

Salam subuh dan selamat beribadah ❤️

Selamat malam ya korang. Semoga mimpi indah.Maaf ya kalau ada salah silap. Jangan lupa Al Mulk ya. Nasihat untuk saya te...
03/02/2026

Selamat malam ya korang. Semoga mimpi indah.

Maaf ya kalau ada salah silap. Jangan lupa Al Mulk ya. Nasihat untuk saya terutamanya.

Jaga diri korang. Tapi Kdg sy dh post selamat malam..tapi masih main fb..sbb nak pusing sana sini lgi bgi lena haha.

Okey dh. Assalamualaikum 🥰

03/02/2026

Wartawan dan content sotong

Assalamualaikum Selamat Petang korang.Alhamdulillah siap dah task. Sebelum ni sampai 15 reels haha. Sekarang ni okey sik...
03/02/2026

Assalamualaikum Selamat Petang korang.

Alhamdulillah siap dah task. Sebelum ni sampai 15 reels haha. Sekarang ni okey sikit haha.

Energy dh mula low dah nak mula balik dari awal. Aduyai.

Wahai semangatku kembalilah semula. 🤣

Nak rest boleh? Rest nanti risau lain jadinya haha.

Jomla kita. Slow slow aja.

Ada sesapa yg boleh bgi kata semangat ? 😂

Bertabah ajala miow haha 😂
03/02/2026

Bertabah ajala miow haha 😂

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Intan zahra tv posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share