Kelab Kebajikan Staf PMK - KKS

  • Home
  • Kelab Kebajikan Staf PMK - KKS

Kelab Kebajikan Staf PMK - KKS Menjadi Kelab Yang Prihatin Untuk Kebajikan Staf Politeknik Melaka

16/09/2026
๐—ญ๐—œ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—• ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—™ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—”MELAKA, 8 Sept 2026 โ€“ Kelab Kebajikan Staf Politeknik Melaka telah me...
08/09/2026

๐—ญ๐—œ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—• ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—™ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—”

MELAKA, 8 Sept 2026 โ€“ Kelab Kebajikan Staf Politeknik Melaka telah mengadakan Ziarah Kasih kepada En. Amirudin Bin Mohd Salim, Pensyarah di Jabatan Perdagangan yang kini sedang menghadapi ujian kesihatan.

Ziarah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kelab Kebajikan Staf Politeknik Melaka dalam menyantuni warga kerja yang sedang melalui cabaran, disamping menyampaikan sokongan moral serta tanda keprihatinan daripada seluruh warga Politeknik Melaka.

Dalam kunjungan tersebut, rombongan yang diketuai Exco Kebajikan KKSPMK Tn Hj Khairul Zamil Bin MD Nazimuddin turut mengambil kesempatan untuk bertanya khabar dan memberikan kata-kata semangat kepada En. Amirudin agar terus tabah dan kuat menghadapi ujian yang sedang dilalui dan juga menyampaikan sumbangan KKSPMK kepada beliau.

Kelab Kebajikan Staf Politeknik Melaka mendoakan agar En. Amirudin dikurniakan kesembuhan, kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan. Semoga kunjungan ini dapat memberi sedikit kekuatan dan semangat kepada beliau serta keluarga.

โ€œ๐—ญ๐—ถ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต, ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ป, ๐—˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—บ.โ€

๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜๐—ฎ๐—ณ
Politeknik Melaka

Allfollower
Politeknik Melaka - Rasmi

06/09/2026

๐€๐‹-๐…๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐‡

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Dr. Arshad bin Kassim, mantan Pengarah Kedua Politeknik Melaka.

โ€œSemoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang berimanโ€.

Ikhlas daripada :
Pengarah dan seluruh warga kerja Politeknik Melaka.

05/09/2026

โค๏ธ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก ,
๐—ฆ๐—˜๐—จ๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—กโค๏ธ

Teristimewa buat:

๐Ÿ’๐—ฃ๐—ป. ๐—›๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ผ๐—ป๐—ด๐ŸŽ‰

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

โœ…Masa berlalu begitu pantas, mengalir diam membawa pergi hari-hari kelmarin. Hari ini, dengan hati yang berat namun sarat dengan rasa syukur, kita bakal mengucapkan selamat bersara kepada sebutir permata yang telah banyak menyumbang bakti kepada nusa dan bangsa.

โœ…Pada tanggal ๐—”๐—›๐—”๐——, ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ bersamaan ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› ini, berakhirlah sebuah perjalanan kerjaya yang penuh dedikasi bagi Puan Hawa binti Bentong. Beliau akan melabuhkan tirai perkhidmatannya sebagai seorang penjawat awam setelah 33 tahun 6 bulan mencurahkan segala keringat dan bakti tanpa belah bahagi.

โœ…Sepanjang ๐Ÿญ๐Ÿด ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ป๐—ฎ, ๐—ฏ๐˜‚๐—บ๐—ถ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ต kerana menjadi destinasi terakhir persinggahan kerjaya beliau. Sebagai seorang Pensyarah di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) dan juga mantan Ketua Jabatan JMSK, jasa beliau tidak mungkin dapat diukur dengan kata-kata. Puan Hawa bukan sekadar seorang pemimpin, rakan sekerja, dan pendidik; beliau adalah tempat rujukan, sumber inspirasi, dan insan yang sentiasa ikhlas menyantuni setiap dari kita.

Puan Hawa,
โœ…Terima kasih atas segala bimbingan, ketegasan yang mendidik, dan senyuman yang sentiasa meredakan lelah kami. Tiga dekad lebih perkhidmatan puan adalah sebuah bukti cinta yang agung terhadap kerjaya ini. Walaupun fizikal puan tidak lagi bersama kami di pejabat selepas ini, namun legasi kepimpinan, ilmu yang dicurahkan, dan kebaikan budi puan akan terus hidup dan mekar dalam setiap jiwa yang pernah puan sentuh.

โœ…Kami mewakili seluruh warga kerja mendoakan agar fasa persaraan puan dipenuhi dengan kesihatan yang berpanjangan, ketenangan, dan kebahagiaan yang tidak terhingga di samping keluarga tercinta.

โœ…๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ, Puan Hawa. Segala kenangan bersama puan akan sentiasa tersemat kemas di lipatan hati kami yang terdalam.

๐ŸŒน๐ŸŒป๐Ÿชท๐ŸŒน๐ŸŒท๐Ÿชท๐ŸŒบ๐ŸŒน๐ŸŒท

๐—•๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐—ฐ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ,
๐—๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—บ ๐—ฑ๐—ถ ๐˜๐—ฒ๐—ฝ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ด๐—ถ;
๐—ง๐—ถ๐—ด๐—ฎ ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐˜‚๐—ต ๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฎ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ
๐—ก๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐—ฑ๐—ถ ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ถ.

Selamat menonton video sekitar Majlis Lambaian Kasih untuk Pn Hawa semalam.

Ikhlas daripada kami,

๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜๐—ฎ๐—ณ ๐—ฃ๐— ๐—ž
๐—ฃ๐— ๐—ž ๐—™๐—œ๐—š๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ฆ
5 September 2026

Allfollower
Politeknik Melaka - Rasmi

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”Seluruh warga PMK FIGHTERS, dan juga Kelab Kebajikan Staf Politeknik Melaka ing...
28/08/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”

Seluruh warga PMK FIGHTERS, dan juga Kelab Kebajikan Staf Politeknik Melaka ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ป ๐—ก๐—ผ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐˜‡๐—น๐˜†๐—ป ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—”๐—น๐˜„๐—ถ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—š๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ ๐——๐—›๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ท๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—บ, Politeknik Melaka yang akan bersara pada 1 September 2026 nanti.

Terima kasih atas segala jasa, dedikasi, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam khususnya di Politeknik Melaka. Segala bakti dan ilmu yang dicurahkan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Kelab Kebajikan Staf telah mengadakan ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ป ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐˜‡๐—น๐˜†๐—ป pada petang tadi.

Semoga Puan dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta dipermudahkan segala urusan dalam menjalani fasa baharu kehidupan selepas persaraan.

"๐—๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐—ฏ๐˜‚๐—ฑ๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด."

Ikhlas daripada kami,

๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜๐—ฎ๐—ณ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ
28 Ogos 2026

Allfollower
Politeknik Melaka - Rasmi

โœจ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H โœจ"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"Mari kita sama-sama menghayati iktibar daripada perjuang...
25/08/2026

โœจ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H โœจ

"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"

Mari kita sama-sama menghayati iktibar daripada perjuangan Baginda Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian serta memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Baginda. Semoga segala usaha dan tugasan kita sentiasa berada dalam keberkatan-Nya.

Kelab Kebajikan Staf Politeknik Melaka (KKSPMK) ๐Ÿ’š

24/08/2026

Seluruh warga Politeknik Melaka merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada

Tuan Yang Terutama
Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam,
Yang di-Pertua Negeri Melaka

sempena Sambutan Hari Jadi Ke-77 pada 24 Ogos 2026 bersamaan 11 Rabiulawal 1448H.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan Tuan Yang Terutama kesihatan yang baik, kesejahteraan, usia yang diberkati serta kebijaksanaan dan hikmah dalam menerajui Negeri Melaka yang tercinta.


Petang tadi merupakan hari terakhir ๐—˜๐—ป ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—”๐—บ๐—ถ๐˜‡๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ถ๐—ป ๐—Ÿ๐—ผ๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ berkhidmat ...
14/08/2026

Petang tadi merupakan hari terakhir ๐—˜๐—ป ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—”๐—บ๐—ถ๐˜‡๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ถ๐—ป ๐—Ÿ๐—ผ๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ berkhidmat di Politeknik Melaka. Beliau akan meneruskan khidmatnya di Jabatan Penerangan Negeri Perak dan telah melapor diri di tempat baru pada 3 Ogos 2026 yang lalu, namun menangguhkan tugasnya di sana selama 2 minggu.

Kelab Kebajikan Staf Politeknik Melaka telah mengadakan majlis ringkas ๐—Ÿ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต buat beliau pada petang tadi. KKSPMK juga ingin merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat bakti yang telah dicurahkan di PMK. Beliau seorang yang disenangi oleh rakan sekerja dan sangat komited dengan tugasnya khususnya dalam menyampaikan maklumat melalui pelbagai platform media sosial.

Semoga En Amizan akan terus cemerlang dan Selamat Maju Jaya buat beliau.

Kelab Kebajikan Staf
14 Ogos 2026

Allfollower
Politeknik Melaka - Rasmi

Majlis Bacaan Yasin dan Doa SelamatMalim 31 Julai 2026 โ€“ Kelab Kebajikan Staf Politeknik Melaka telah menganjurkan Majli...
31/07/2026

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat

Malim 31 Julai 2026 โ€“ Kelab Kebajikan Staf Politeknik Melaka telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang berlangsung di Surau Ar-Raudhah, Politeknik Melaka.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Faizal Bin Mat Pesa, diikuti dengan bacaan doa selamat bagi memohon keberkatan, kesejahteraan, kesihatan serta dipermudahkan segala urusan seluruh warga Politeknik Melaka.

Selepas selesai majlis bacaan yasin dan doa selamat, ahli jawatankuasa Kelab Kebajikan Staf Politeknik Melaka telah mengagihkan makanan dan minuman kepada para pelajar serta staf. Juadah yang disediakan merupakan hasil sumbangan infak daripada staf-staf sebagai tanda kebersamaan dan semangat berkongsi rezeki.

Kelab Kebajikan Staf PMK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua staf yang telah menyumbang melalui infak makanan dan minuman bagi program ini.

Allfollower
Politeknik Melaka - Rasmi

Address

No. 2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim

75250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Kebajikan Staf PMK - KKS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kelab Kebajikan Staf PMK - KKS:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share