Dunia Viral My

Dunia Viral My Info Terkini, VideoViral, Review, Kata2 Nasihat
(1)

18/08/2025

Kes Zara Qairina: 'Kita baca catatan tangan dia, kita tahu momen-momen terakhir dia'

17/08/2025

Hari ini Genap Sebulan Pemergian Almarhumah Zara Qairina
(17 Julai - 17 Ogos 2025)

16/08/2025
13/08/2025

[TERKINI] Pegawai penyiasat kes kematian Zara Qairina tidak mengikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

13/08/2025

TERKINI: Peguam Negara arah inkues kematian Zara Qairina

13/08/2025

Kes Zara Qairina: KPM pindah sementara Pentadbir dan warden SMKA Tun Datu Mustapha

12/08/2025

STR Fasa 3. Katanya untuk pemegang akaun Maybank dah ada yg mengaum hari ini.. Alhamdulillah..

12/08/2025

“Mohon Doakan Anak Saya…” – Ibu Reda Anak Retak Tempurung Kepala Akibat Ditolak Rakan

Tiada yang lebih meruntun jiwa seorang ibu selain melihat anak yang selama ini ceria, kini terbaring kaku di katil hospital. Begitulah yang dilalui oleh Zalinda Lin, seorang ibu yang memohon doa orang ramai buat anak perempuannya, Aisyah Sofia Binti Rohaizan, yang kini bertarung nyawa akibat kecederaan serius di kepala.

Menurut perkongsian Zalinda di laman Facebook, insiden tersebut dipercayai berlaku selepas Aisyah ditolak oleh rakan sekelasnya ketika berada di sekolah. Tolakan itu menyebabkan si kecil terjatuh dan mengalami retakan pada tempurung kepala serta pendarahan dalaman. Lebih memilukan, Aisyah kini tidak sedarkan diri dan sedang dipantau rapi oleh pasukan perubatan.

“Dengan penuh rasa rendah hati, saya memohon semua kenalan, sahabat dan ahli keluarga agar sama-sama menitipkan doa buat anak saya…,” luahnya penuh sebak.

Walaupun sukar menerima kejadian yang menimpa, Zalinda cuba berlapang dada dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT. Dia hanya berharap agar anaknya kembali pulih, ceria dan tersenyum seperti sediakala.

Perkongsian itu pantas mendapat perhatian ramai. Warganet membanjiri ruangan komen dengan doa serta kata-kata semangat buat keluarga ini. Ramai yang turut bersimpati dan mendoakan agar Aisyah diberi kesembuhan segera.

Sumber: PA&MA, Zalinda

12/08/2025

Angkara 'phone scam', penuntut universiti awam kerugian lebih RM187,000

Kuala Terengganu: Penuntut perempuan sebuah universiti awam kerugian RM187,800 apabila terpedaya dengan sindiket 'phone scam'.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa membuat laporan berhubung penipuan itu di Balai Polis Kuala Terengganu pada 9.43 malam semalam.

Menurutnya, pada 4 Ogos lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada individu menyamar sebagai syarikat pembayaran elektronik dan memberitahu mangsa melakukan penyalahgunaan aplikasinya.

Katanya, kemudian mangsa kononnya disambung dengan beberapa individu yang menyamar sebagai polis dan juga individu bergelar datuk, menerusi empat nombor telefon berasingan sebagai taktik bagi menakutkan mangsa.

"Dalam perbualan itu, mangsa dikatakan kononnya terbabit dengan pengubahan wang haram dan dadah.

"Mangsa kemudian diarahkan untuk membuat pindahan wang bagi tujuan siasatan sehingga kerugian RM187,800," katanya.

Menurutnya, bermula 4 sehingga 9 Ogos lalu, mangsa membuat lapan kali transaksi secara berperingkat melalui mesin ATM kepada enam akaun.

Katanya, selain transaksi wang ke dalam akaun, mangsa juga menyerahkan barang kemas pada 9 Ogos lalu iaitu tiga gelang tangan, lima cincin dan satu loket kepada seorang perempuan di tepi Jalan Pantai Penarik Setiu, sebagaimana yang diarahkan oleh suspek

Beliau berkata, mangsa menyedari dirinya ditipu selepas diminta untuk menyerah semua barang kemas milik keluarganya ketika berjumpa dengan perempuan terbabit.

"Mangsa tidak dapat mengecam wanita yang ditemuinya di tepi jalan ketika menyerahkan barangan kemas berikutan suspek memakai pelitup muka ketika itu.

"Sumber kewangan adalah wang simpanan milik mangsa sendiri, wang dalam akaun ibu bapanya dan barang emas milik ibunya yang mana mangsa mengambil kad ATM milik ayah dan ibu tanpa pengetahuan mereka untuk membuat transaksi melalui mesin ATM," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Hmetro

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dunia Viral My posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dunia Viral My:

Share