Dirgantara

Dirgantara Perisik Sejarah

11/08/2023

Dua rukun falsafah Emperisisme adalah
1) ilmu bersumber deria
2) Fakta adalah pemerhatian yang boleh diuji..
Bagaimana dengan konsep sejarah, adakah pseudo-sains jika sukar kita memperoleh bukti empirik?
Sekalung tahniah kepada kementerian negeri Melaka berani memberikan peruntukan kepada pakar dalam menyelusuri artifak Melayu yang jauh sesat melepasi serantau..

06/08/2023

Jangan datang kepadaku dengan darah leluhurmu; berhadapan denganku dengan langkah jiwamu..

06/08/2023

Pantun



06/08/2023

TANJAK GUBAHAN BARU (KERASI)
Kain Japanese Cotton Printed corak songket.

Selesa dipakai ketika panas terik.

30/06/2023

Kito tak hebat.

Tapi tumpang oghe-oghe hebat jah.

Jumpa kami di Kotak Seni bersempena Hari Terbuka Kotak Seni yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 Jun nanti.

Banyak aktiviti seni bakal berlangsung sepanjang hari terbuka nanti.

Jemput datang semua.

03/06/2023
04/04/2023

Bunga Ramadhan

Tercekup reriak air
dan terangkat seghaibnya
sebagai kapas yang cair
dan dibiarkannya sasa,
sara, berat dan kelabu
sebelum direnjiskannya
semula ke bumi syahdu.

Di antara sisik air
dan kabus kapas yang putih
berdenyut udara cair,
rintik, bintik-bintik bersih
terangkat lalu terapung --
kuyup basah tak terbendung.
Berkejarlah wap yang sejuk
ke ruang yang paling panas
meragami alam khusyuk,
meranumi insan ikhlas.

Selalu benar kuasa
menggamamkan kita.
Ada rahsia yang santun
membimbing sesenyap tekun,
menyegari alam maya,
menghemahi manusia
sejernih kudus luhurnya.

Bumi - anugerah indah -
membahagiakan manusia.
Malangnya, selalu kita
galak menggelorakannya
menjadi lebih neraka
seolah itulah syurga.
Kita memang belum pandai
berterima kasih, mungkin,
hidup resah tak terlerai
tanpa sedar tak terpimpin.

Dan kini wajarlah kita
meniup nafiri baru,
selembut dan sesayunya --
irama lebih ke kalbu.
Dengan dada penuh rindu
kita tafsir syair syahdu
imbas tamsil tabir ungu.

Awal airnya tercekup
dan awan selembut kapas
luruh sebelum tergugup
berderai seluas bebas.
Sewajarnya kita tahu
meniup nafiri baru.
Dan kita sambut tibanya
Ramadhan manis mulia;
ditaman subur isyarat
kita petik bunga berkat.

A. Samad Said

15/11/2022
Huruf Pa dalam pembuatan keris.Dalam proses pembuatan senjata warisan melayu terdapat satu kaedah pembuatan unik yang me...
06/10/2022

Huruf Pa dalam pembuatan keris.

Dalam proses pembuatan senjata warisan melayu terdapat satu kaedah pembuatan unik yang menggunakan besi-besi (alatan) yang bermula dengan sebutan huruf jawi ‘pa’. Antaranya ialah parang, pahat, pasak, pagar , paku, pahar dan lain-lain lagi. senjata di alam melayu ini, selain dijadikan sebagai senjata sulit, penggunaanya juga lebih ke arah hikmat maka tentulah proses pembuatannya diambil berat supaya hikmatnya betul-betul sesuai mengikut kehendak si pemakainya. Dengan itu juga besi-besi yang baik dan hebat yang penuh dengan rahsia dipilih untuk membuat senjata seperti keris dan badik.
Besi-besi tersebut diramun dalam tempaan mengikut kaedah-kaedah tertentu supaya mendapat kelebihan untuk pakaian. Nilai senjata yang dihasilkan dari besi 7 ‘pa’ ini amat tinggi.

Gabungan 7 pa ini dipercayai mempunyai kelebihan dan rahsia yang tersendiri dari segi mistik. Walaubagaimana pun, apa yang tersirat di sebalik semua ini ialah betapa semua perkakas asas dalam kehidupan seharian kita terkumpul dalam sebilah senjata tempahan khas milik kita yang melambangkan kegigihan, kerajinan, semangat dan usaha ikhtiar seseorang. Wallahu a’lam.
Dalam memperkatakan tentang besi 7 pa, 7 pa yang paling baik ialah 7 pa yang telah patah. Misalnya parang patah, pahat patah, pasak patah dan lain-lain lagi yang patah. Prinsipnya ialah parang itu telah digunakan betul-betul sehingga patah putingnya. Amat jarang sekali untuk menemui parang patah puting pada masa kini kerana ia sekali-sekala sahaja digunakan. Apatah lagi jika 7 ‘pa’ ini diambil dari 7 pengkalan atau 7 kuala sungai, tujuh daerah atau tujuh negeri maka akan bertambah tinggilah nilai dan rahsianya.
Sesiapa sahaja patut berbangga dan rasa bertuah jika dapat memiliki atau mewarisi sesebilah keris atau senjata yang dibuat dengan besi 7 ‘pa’ ini. Kerana bukan senang untuk mengumpul dan mendapatkan besi 7 pa, apatah lagi 7 pa dari 7 daerah. Tetapi jika ada usaha insyaAllah kita akan dapat.

Kalau kita yang berbangsa melayu ini sudah tidak kenal apa itu keris, maka kepada siapa lagi untuk diharapkan. Hindarilah semua pandangan negatif terhadap senjata warisan ini. Kita patut belajar menjaganya sebagai menghargai warisan nenek moyang kita yang begitu tinggi nilai seni budayanya.

Sumber : Tok Uban blog

Mana Pergi harta Karun Pulau Nangka?Pulau Nangka adalah sebuah Pulau yang menyimpan pelbagai misteri dan telah menjadi s...
03/10/2022

Mana Pergi harta Karun Pulau Nangka?

Pulau Nangka adalah sebuah Pulau yang menyimpan pelbagai misteri dan telah menjadi saksi akan jatuh bangun sebuah kerajaan di tanah melayu ini. Ia terletak Lebih kurang 12 km dari jeti Balai Nelayan Umbai menuju kearah selatan.

Salah satu misteri yang begitu mesra dengan Pulau Nangka adalah harta peninggalan Sultan Melaka di situ. Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin menyatakan bahawa sebuah Kerajaan akan menyimpan aset seperti emas untuk digunakan pada masa terdesak dalam sebuah pemerintahan. Justeru itu, adalah amat penting bagi menyimpan di tempat yang tersembunyi dari zahir dan dalam konteks masa dahulukala adalah secara batin.

Dipercayai bertan-tan harta emas yang tersimpan di Pulau Nangka. Pada tahun 2021, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Drs Mohd Nasruddin Rahman p**a menyatakan ratusan tan harta karun di Pulau Nangka dipercayai tersimpan di dalam 84 peti di gua p**au.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sendiri mendedahkan usaha mencari harta karun itu sebenarnya sudah bermula secara senyap sejak kira-kira 30 tahun lalu

Pada sekitar tahun 2015, kerajaan telah bersetuju untuk menghentikan projek ekskavasi pencarian harta karun dengan syarikat swasta serta atas tajaan dari pihak luar selepas dipercayai Tidak banyak syiling yang berjaya sampai pada muzium negeri selepas dijumpai. Sehingga Hari ini hanya Dua keping syiling sahaja yang berjaya dikumpulkan. Ditambah dengan aktiviti ekskavasi yang telah merosakkan alam sekitar menjadi faktor penguat menghentikan projek tersebut.

Sama ada benar kata pengkaji amanah harta adalah kepada waris Sultan Melaka, harta yang tersimpan berpenunggu atau ketirisan dalam aktiviti ekskavasi. Hanya Allah s.w.t yang mengetahui. Kepada mereka yang bertanggungjawab atas pemuliharaan harta ini harusnya melaksanakan secara amanah tanpa melibatkan kepentingan peribadi.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dirgantara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share