MPP ILP sandakan - Official

  • Home
  • MPP ILP sandakan - Official

MPP ILP sandakan - Official INSTITUT PERINDUSTRIAN LATIHAN SANDAKAN

18/06/2024
22/04/2024
PERHIMPUNAN PELAJAR BERSAMA PENGARAH 4 April 2024Perhimpunan bersama Pengarah ini berlangsung di Dewan Kuliah Utama ILP ...
22/04/2024

PERHIMPUNAN PELAJAR BERSAMA PENGARAH

4 April 2024

Perhimpunan bersama Pengarah ini berlangsung di Dewan Kuliah Utama ILP Sandakan yang dihadiri oleh Pengarah , Barisan BPPL , Barisan Penasihat EXCO MPP Sesi 1 dan 2/2024 dan para pelajar ILP Sandakan.

Dalam perhimpunan ini telah berlangsung Sesi Pengenalan PENASIHAT MP dan EXCO MPP sesi 1 dan 2/2024, Penyampaian Sijil kepada pemenang-pemenang pertandingan.

Pengarah juga turut memberikan amanat kepada semua pelajar ILP Sandakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar ILP Sandakan.





Tahniah di atas pelantikan Barisan EXCO Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)  ILP Sandakan yang baru bagi sesi 1 dan 2/2024. ...
22/04/2024

Tahniah di atas pelantikan Barisan EXCO Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP Sandakan yang baru bagi sesi 1 dan 2/2024. Semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab.


20 March 2024 | Jumaat | Majlis Watikah Pelantikan & Upacara Lafaz Ikrar Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP Sandak...
22/04/2024

20 March 2024 | Jumaat | Majlis Watikah Pelantikan & Upacara Lafaz Ikrar Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP Sandakan Sesi 1 dan 2/2024

Sekalung penghargaan tahniah diucapkan kepada 11 orang pelajar yang telah terpilih menerajui Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 1 dan 2/2024 ILP Sandakan.

Saudara Ernell Bin Elton pelajar Kursus Teknologi Komputer Rangkaian Semester 2 Presiden Exco MPP Sesi 1 dan 2/2024.Dalam majlis ini, Ts. Azmi Rahman bin Mat zuini Pengarah ILP Sandakan, diiringi oleh Awang yusuf bin awang damit; Timb. Pengarah (Operasi), serta pegawai di Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) telah menyampaikan Watikah Pelantikan kepada 11 orang barisan Exco yg baharu dilantik.

Majlis ini juga menjemput En. Syafiq Fadhli mantan Ketua Penasihat Exco MPP 2022, bagi mengapresiasi jasa bakti sumbangan dan penyerahan portfolio tugas baharu kepada barisan Penasihat Exco MPP 2024 yang diketuai oleh En. Mohammad Nasir bin Awang

Majlis diakhiri dengan Upacara Lafaz Ikrar oleh barisan Exco MPP Sesi 1 dan 2/2024 yang telah disaksikan oleh pengurusan tertinggi institut. Dalam ucapan, Pengarah menekankan peranan MPP dalam menyuarakan dan menyampaikan pendapat siswa/siswi pelajar serta bertindak sebagai penghubung atau duta kecil institut bagi memastikan kebajikan pelajar terpelihara. Diharapkan agar MPP dengan bimbingan Penasihat dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan komited serta berintegriti.








"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

SUKAN NEGARA ILP SANDAKAN [21 hingga 22 Oktober 2023] MPP ILP Sandakan telah menganjurkan program sukan Negara. Bertempa...
28/11/2023

SUKAN NEGARA ILP SANDAKAN

[21 hingga 22 Oktober 2023] MPP ILP Sandakan telah menganjurkan program sukan Negara. Bertempat di ILP Sandakan. Program ini disertai oleh semua pelajar ILP Sandakan. Program ini untuk menimbulkan sikap berdaya saing dan mengetahui pentingnya bekerjasama dalam sebuah pasukan bukan itu sahaja tetapi juga untuk mencabar kreativiti dan inovasi para peserta untuk memberi pengalaman dalam menyertai program ini.

Majlis penutupan Sukan Negara ini telah diadakan pada 5 November 2023 , majlis di akhiri dengan persembahan live band oleh pelajar ILP Sandakan.

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang telah memenangi program ini serta ribuan Terima kasih diucapkan kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.



22 Rabiulawal 1445H, Ahad - Skuad Komuniti Teknikal Islam Malaysia - Komtech di ILP Sandakan dengan kerjasama MPP menjal...
10/10/2023

22 Rabiulawal 1445H, Ahad - Skuad Komuniti Teknikal Islam Malaysia - Komtech di ILP Sandakan dengan kerjasama MPP menjalankan program BBQ ukhuwwah yang julung-julung kali diadakan bersama.

Program ini diisi dengan aktiviti permainan ukhuwwah yang tujuannya untuk mengeratkan lagi persaudaraan di kalangan pelajar seperti angkat mayat, Anak raja dan tok tik war game.

Selain itu juga, tazkirah berkenaan pentingnya ukhuwwah telah dikongsikan oleh En. Madhajan Mohd Esa, SU ISMA Sandakan kepada para pelajar. Persaudaraan dikalangan belia zaman ini perlu dikuatkan dengan sentiasa mengajak kebaikan kepada kawan yang lain.

Presiden MPP ILP Sandakan, Muhammad Firdaus bin Amdan juga berharap program sebegini dapat disuburkan dengan lebih banyak lagi seperti hiking dan camping terutamanya belia lelaki yang minat dengan aksi lasak.

Program diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama peserta.







PERHIMPUNAN PELAJAR BERSAMA TIMBALAN PENGARAH 4 Oktober 2023Perhimpunan ini berlangsung di Dewan Kuliah Utama ILP Sandak...
08/10/2023

PERHIMPUNAN PELAJAR BERSAMA TIMBALAN PENGARAH

4 Oktober 2023

Perhimpunan ini berlangsung di Dewan Kuliah Utama ILP Sandakan yang dihadiri oleh Pengarah , Barisan BPPL , Barisan Penasihat EXCO MPP Sesi 2/2023 dan para pelajar ILP Sandakan.

Dalam perhimpunan ini telah berlangsung Sesi Pengenalan EXCO MPP sesi 2/2023 , Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada pemenang - pemenang pertandingan.

Timbalan Pengarah juga turut memberikan amanat kepada semua pelajar ILP Sandakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar ILP Sandakan.





3 Oktober 2023 l Court Tennis Ilp Sandakan.Tennis Coaching bersama Coach Baharuddin Laddoding, dgn Coach Johanes Belili....
04/10/2023

3 Oktober 2023 l Court Tennis Ilp Sandakan.

Tennis Coaching bersama Coach Baharuddin Laddoding, dgn Coach Johanes Belili. Bertempat d gelanggang Tennis ILP Sandakan..Aktiviti bertujuan untuk menerapkan asas permainan tenis kepada pelajar ILP Sandakan.

16 September 2023 | Sabtu | Program larian 1000 Langkah Sempena Hari Malaysia yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pel...
26/09/2023

16 September 2023 | Sabtu | Program larian 1000 Langkah Sempena Hari Malaysia yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP Sandakan.

Dalam Program ini Terdapat Pemenang bagi kategori lelaki dan wanita. Pemenang bagi kategori lelaki, tempat ketiga saudara Azmie, dari bengkel Kimpalan. Manakala, tempat kedua saudara pallie, dari bengel Elektrik. Tempat pertama telah dimenangi oleh saudara ilhan dari bengel Elektrik.

Bagi kategori wanita, Tempat ketiga saudari Norhayati, dari bengkel Teknologi Komputer Rangkaian. Manakala tempat kedua saudari, Tini dari bengkel Teknologi Komputer Rangkaian. Tempat pertama dimenangi oleh saudari Mash*ta dari bengkel Teknologi Komputer Rangkaian.

Majlis diakhiri dengan Ucapan Ribuan Terima Kasih kepada semua warga Ilp Sandakan kerana telah menjayakan Program larian 1000 Langkah.



"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

24/09/2023

Institut Latihan Perindustrian Sandakan

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPP ILP sandakan - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share