
03/07/2025
Diskusi Bulanan Dan Persiapan Program Bubur Asyura
Jalan Kebun,
Telah di langsungkan satu pertemuan di kalanggan Pengurusan JPKK Kg Jalan pada hari Rabu 2hb Julai 2025,
Diskusi telah di ketuai oleh Ketua Kampung / Pengurusi JPKK Kg Jalan Ybhg Tok Ahmad Muhidin Hj Dasuki bersama sama barisan Ahli Jawatankuasa JPKK Kg Jalan Kebun.
Antara yang di perhalusi adalah persiapan memasak Bubur Asyura yang akan berlangsung pada 6hb Julai 2025 bertempat di Medan Parkir kereta Gate 2, Masjid An Naim Kg Jalan Kebun.
Aktiviti kemasyarakat memasak Bubur Asyura akan melibatkan Surau² di bawah Qariah Masjid An Naim yang berjumlah 11 buah Surau serta JPKK Kg Jalan Kebun.
Selain itu turut di bincangkan adalah berkenaan dengan perlaksaan Jalan sehala ketika waktu Puncak di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun yang mana akan di mulakan pada awal Ogos 2025. Notis dan maklumat akan mula di sebarkan kepada orang ramai dalam tempoh 1 bulan ini sebelum sistem Jalan sehala akan mula di pratikkan nanti.
Selain Hebahan melalui sosial media , masjid dan surau MBSA juga akan memasang papan tanda pemakluman berserta arah Jalan yg akan digunakan ketika operasi Jalan sehala beroperasi.
Pihak JPKK Kg Jalan Kebun akan berkongsikan maklumat terkini dari masa ke semasa sebarang infomasi di media media sosial.
JPKK Kg Jalan Kebun
MPKK Kg Jalan Kebun