08/10/2023
GAME REVIEW:
We Were Here Expeditions: The Friendship
Modus operandi ialah pemain kena lalui tiga ujian di sebuah taman tema yang whimsical untuk hasilkan sebuah bot yang akan dihakimi di penghujung permainan. Sebelum ujian bermula, pemain kena figure out macam mana nak masuk dalam theme park. Bila dah berjaya masuk, pemain akan diberikan sebuah bot kosong untuk memulakan ujian. Selepas tamat setiap ujian, pemain akan diberikan tiket untuk upgrade bot bersesuaian dengan prestasi sewaktu ujian tersebut kemudian teruskan perjalanan ke ujian seterusnya.
Macam games lain dalam siri We Were Here, The Friendship pun kena main berdua. Sebab tu lah nama dia "friend-ship" - pemain dan co-player kena bekerjasama untuk bina the ship, iaitu bot yang Oked cakap tadi. Game ni agak di luar comfort zone Oked, but having an experienced co-player really helps. Selain daripada grafik yang cantik, jalan cerita yang menarik, dan gameplay yang kreatif, game ni menguji kekuatan hubungan di antara co-players. Time ni lah baru kita sedar tahap komunikasi, kerjasama & kepercayaan di antara kita.
Oked main game ni dengan adik Oked. Awal-awal ingat nak cakap BM pasar biasa je tapi once dah masuk dalam game, automatik switch code Kelantan terus sebab itulah bahasa yang kami guna kat rumah. Tolak tepi dah orang lain faham ke tak, asal kami faham satu sama lain 🤣. Tak boleh imagine macam mana kalau main dengan random player.
Gameplay singkat je, 2 jam dah boleh habis. Kalau nak penuhkan achievements, boleh replay sampai puas hati. Kali pertama main, bagi Oked penat jugak nak figure out kena buat apa (kalau tak cheat). Tapi once dah tahu kaedahnya, inshaaAllah smooth je. Seronok!
Game ni percuma je. Boleh download daripada Epic Games (sampai 13 Oktober sahaja), also available on Play Station Store. Adakah game ni buat Oked berminat untuk main semua game dalam We Were Here series*? Jawapannya YA. Tapi memandangkan yang lain semua kena beli (melalui Epic Games, Steam, Play station Store, Xbox), Oked masukkan dalam wishlist je dulu ðŸ¤.
*Games lain dalam siri We Were Here:
- We Were Here
- We Were Here Too
- We Were Here Together
- We Were Here Forever
Boleh tengok stream (uncut) kami kat sini:
https://fb.gg/v/nypvH8tmEm/?mibextid=Nif5oz
Follow page kami untuk tonton video game streaming (PC and mobile) dan baca game review ringkas.