Esportsmy app

  • Home
  • Esportsmy app

Esportsmy app Akaun Rasmi esportsmy. Sebuah Aplikasi lengkap utk ekosistem Esukan di Malaysia & Berita terkini Esukan.

Maybe ada yang terkejut atau pura² terkejut 🫣Selepas King Empire setel umumkan pemain, pasti korang dah boleh agak moon ...
17/03/2024

Maybe ada yang terkejut atau pura² terkejut 🫣

Selepas King Empire setel umumkan pemain, pasti korang dah boleh agak moon akan main dekat pasukan mana.

Sebentar tadi JP NINERS Senior (MPL MY) mengumumkan barisan² pemain, coach, dan manager mereka bagi saingan musim ke 13 nanti.

Apa yang menarik kali ini NINERS mengabungkan pelbagai element di dalam pasukan mereka dan berani mencuba pemain dari luar Malaysia. Adakah percaturan KING MAGE Malaysia musim ini berbaloi? sama² kita saksikan nanti.

Barisan pemain NINERS terdiri daripada :

Barbosa - Roamer
Moon - Midlaner
Mali - Roamer
Malvisdr - Jungler
Xawsz - Goldlaner
Ye3 - Explaner
Pozan - Midlaner
Naniff - Assist Coach
Antagonistt - Head Coach
Heaven - Manager
Aul - Ambassador JP

Musim ni memang semua pasukan ada jiwa² racer ke? banyak team yang ada selit element kereta dan moto ni.. 🫣

12 peta dah setel, kini hanya berbaki 6 PETA terakhir yang bakal menjawab segala teka teki pasukan mana akan merembat ge...
17/03/2024

12 peta dah setel, kini hanya berbaki 6 PETA terakhir yang bakal menjawab segala teka teki pasukan mana akan merembat gelaran juara PMSL SEA Spring 2024 ❗❗

Perebutan title gelaran juara masih lagi terbuka luas, tiada pasukan yang akan mudah² boleh dinobatkan selaku juara jika BOOM & YALL melakukan kesilapan di 2 map awal petang ini. Ibaratnya 1 WWCD hari akhir ni boleh terbalik kan segala perancangan pasukan yang sedang mengejar gelaran tersebut.

Kalau nak dikirakan secara kasar, Top 8 ketika ini masih boleh kejar gelaran juara, korang rasa pasukan mana akan jadi juara?

Geek Fam & SEM9 dah macam terkeluar daripada perlumbaan tapi kalau mampu dapat 3 atau 4 WWCD harini mereka masih mampu bergelar juara (cinderella story lah sikit kan)

Bekas juara musim lepas, menanti kesilapan pasukan diatas mereka je tu 🫣

Tahniah SEM9 dah berjaya menawan puncak SuperSunday di minggu kedua ini 🤩Walaupun di peringkat liga minggu kedua ni maca...
03/03/2024

Tahniah SEM9 dah berjaya menawan puncak SuperSunday di minggu kedua ini 🤩

Walaupun di peringkat liga minggu kedua ni macam kurang padu🥴, malam ini di Super Sunday mereka kembali memberikan senyuman manis² kepada peminat setia dan haters setia 2 kutipan WWCD 🤩🔥

Selepas 2 minggu beraksi di Super Sunday, SEM9 berjaya mengumpul 90 mata keseluruhan. Mereka menduduki tempat kedua. Tempat pertama dimiliki oleh pasukan Boom Esports dengan 97 mata. Manakala 2 rakan sepasukan YALL dan Geek Fam menduduki tempat ke 9 & 15.

Ramalan korang untuk grouping minggu terakhir macam mana? dapat tak sem9 satu group dengan geek fam 🤭

Amboiiii nakal ya King Shah, tak pasal² Daddyhood dah cari port nak main salji dekat i-City 🤣Mungkin MPL Malaysia boleh ...
28/02/2024

Amboiiii nakal ya King Shah, tak pasal² Daddyhood dah cari port nak main salji dekat i-City 🤣

Mungkin MPL Malaysia boleh buat tema salji musim ke 13 kali ni sebab Malaysia pun tengah musim panas kan. Baru boleh sama² dua pemilik pasukan ni buat snowman sama² 🫣

Malam ini boleh dianggap siaran ulangan bagi pertembungan kedua² pasukan ini. Sebelum ini mereka pernah bertemu di peringkat kumpulan kejohanan dunia MLBB M5 Filipina (HB kalah time ni).

Namun kali ini berbeza selepas kedua² pasukan kehilangan beberapa individu penting. Deus Vult kehilangan Coach mereka Flysolo yang menyertai Todak Gaming dan Homebois merombak pemain serta jurulatih. Jadi segalanya akan menjadi sangat menarik malam ini.

Berdepan ribuan peminat tuan rumah, mampukah jari jemari pemain Homebois yang beku ketika main salji beraksi dengan baik? Homebois hampir dihantar pulang dan pernah dihantar pulang awal ketika M5, adakah Malam ini segalanya akan berubah?

Malam ini semua pasukan akan beraksi di atas pentas dan bukan lagi bermain di bilik hotel. Kali ini mereka akan berhadapan dengan peminat² MLBB dan Esukan di Russia.

Contoh kalau menang, Daddyhood nak belanja main salji dekat i-city tak? 🤭

Comeback stronger is real 🔥Homebois tak jadi pulang awal seperti yang diramalkan haters pasukan ini 🤩 Homebois menghanta...
27/02/2024

Comeback stronger is real 🔥

Homebois tak jadi pulang awal seperti yang diramalkan haters pasukan ini 🤩 Homebois menghantar S2G Esports daripada Turki pulang awal sebentar tadi.

Tahniah Homebois kerana menceriakan peminat MLBB Malaysia🇲🇾 dengan kemenangan 2-0 sebentar tadi 🥰

Walaupun draft S2G padu, timing serangan balas Homebois sangat baik harini. Kalau teruskan gaya permainan dan disiplin begini, tak salahlah Udil berkata mereka bakal Champion M6 🫣

What NEXT?

Its ok bois, kasi reset untuk minggu kedua.Jadikan minggu pertama pengajaran terbaik.Ingat, kekalahan sahaja mampu bagi ...
25/02/2024

Its ok bois, kasi reset untuk minggu kedua.
Jadikan minggu pertama pengajaran terbaik.
Ingat, kekalahan sahaja mampu bagi motivasi terbaik untuk lakukan yang lagi baik.

🔥🔥🔥🔥

Perlawanan yang agak sengit dan agresif pada malam ini, namun SEM9 berjaya mengumpulkan 27 jumlah mata! Perbaiki lagi apa yang perlu dan come back stronger!💪🏻🔥🇲🇾

Selesai sudah pertempuran di Land Of Dawn bagi saingan kelayakan terbuka untuk menyertai Malaysia MLBB Academy League mu...
25/02/2024

Selesai sudah pertempuran di Land Of Dawn bagi saingan kelayakan terbuka untuk menyertai Malaysia MLBB Academy League musim pertama.

4 pasukan terakhir yang akan diletakkan di kerusi panas Challenger Conference sudah didedahkan pihak penganjur sebentar tadi.

Pasukan yang layak ialah :
Pokemon Kuning
Miracle Gaming
Team Originz
Vampire × Reaperz

Tahniah dan selamat berjuang untuk merebut slot khas ke MPL Malaysia musim ke 14 nanti🔥🔥

Selesai sudah semua pertempuran liga untuk minggu pertama dan juga selesai perhitungan last chance.Sambungan perebutan d...
25/02/2024

Selesai sudah semua pertempuran liga untuk minggu pertama dan juga selesai perhitungan last chance.

Sambungan perebutan drop spot akan bersambung semula petang ini diantara SEM9 & Geek Fam PUBG Mobile Malaysia selepas Yoodo Alliance & Geek fam juga layak ke SuperSunday.

Malang buat Todak Gaming apabila mereka gagal mara ke Super Sunday disebabkan perbezaan kutipan WWCD dengan pasukan BOOM dari Indonesia. Manakala CRIT VIP, Yoodo O-TWO dan PEA BARUZ perlu reset kembali corak permainan mereka untuk kembali memberikan saingan yang padu terhadap pasukan lawan pada minggu kedua nanti.

Markah Super Sunday sangat penting untuk final nanti, jadi nak tak nak semua pasukan harus berusaha lebih keras untuk mara ke Super Sunday terutama pasukan yang tidak layak minggu ini.

Good Luck untuk minggu kedua dan SuperSunday 🔥🔥

Rex dan Smallboy bakal digandingkan bersama di kejohanan Point Blank International Championship awal bulan Mac 2024 ini....
24/02/2024

Rex dan Smallboy bakal digandingkan bersama di kejohanan Point Blank International Championship awal bulan Mac 2024 ini.

Kejohanan ini menawarkan ganjaran terkumpul berjumlah $100,000 USD untuk direbut 8 buah pasukan yang layak bertanding. Kejohanan ini akan berlangsung secara luar talian di Indonesia.

Tarikh kejohanan :
2 Mac - 3 Mac 2024.
Lokasi Kejohanan :
Mal Taman Anggrek, Indonesia.

Barisan pemain Team Path :
* REXX
* IMBA
* SMALLBOY
* MIKA
* SAVIOURZ

"ini baru 70%, balance lagi 30% kita tunjuk dekat Malaysia Academy League musim pertama nanti." - Aria the spicy Girl 🔥T...
19/02/2024

"ini baru 70%, balance lagi 30% kita tunjuk dekat Malaysia Academy League musim pertama nanti." - Aria the spicy Girl 🔥

Tahniah dan tahniah diucapkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi selepas berjaya menumbangkan pencabar² mereka di playoffs Moonton Student Leader Championship University Edition malam tadi.

Selepas terikat 2-2 sama di babar akhir, kedua² pasukan nampaknya sangat teliti pada perlawanan penentuan. Tetapi setiap kejohanan pastinya hanya memerlukan 1 juara sahaja, tuah nampaknya memihak kepada UKM selepas UITM Dynegy melakukan kesilapan yang sangat dinantikan pihak lawan.

MSL Championship ini bukan sahaja menawarkan ganjaran wang tunai tetapi juara akan terus di hantar untuk membantai pasukan² lain di Malaysia Academy League MLBB Musim pertama yang akan bermula tak lama lagi.

Apa yang menariknya, Aria adalah wanita tunggal di dalam kejohanan ini kalau tak silap min dan dia juga adalah IGL wanita pertama MSL. So wanita² lain, get ready lads 🔥🔥

Bak kata Aria, wanita pun sama hebat dengan lelaki. Buat apa nak takut bersaing 🤩 Abang ipar dah turun ilmu, mestilah padu kan 🔥🔥

16/02/2024

Macam trailer film dah ni..
Tak kan stock jersey sangkut roadblock kan..
Lepastu budak² toretto datang hijack jersey..
Fuhhh...
Harga mesti lah padu untuk design dan kualiti padu.
Esok tau, esok 🔥🔥🔥🔥

15/02/2024

Sabar guys, sabar ❗
17.2.24 korang boleh tahu harga dan cara nak membeli jersey untuk aksi PMSL 2024 ni.
Dengar cerita, jersey ni dicipta khas oleh Man Parang untuk adik² nya yang bakal berjuang bermula 21 Feb 2024 ni 🤭
Marah sangat ehh dep dengan manpa, selalu kena ks kill ke? 🤣

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Esportsmy app posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share