
19/08/2024
Day trip to Sekinchan! Ya kt Selangor je!
Cadangan aktiviti dan port makan best ;
📍 Sewa basikal di AMG Bicycle Rental (boleh waze AMG Bicycle Rental)
Basikal boleh naik solo/duo RM 10 sejam
Basikal boleh naik 4 orang RM 50 sejam
Kayuh keluar ke jalan besar dan akan terus nampak bendang terbentang luas. Cari port ngam untuk berhenti dan boleh terus photoshoot.
Kena budget masa ya, ingatkan sejam tu cukup, campur termengah-mengah kayuh basikal dan gambar tak nampak kurus lagi lah, it take longer time sebenarnya.
Naik yang solo/duo better sebab tak penat sangat, tapi if naik basikal berempat dia ada joy tersendiri sebab ko boleh bergaduh sape tak kayuh or sape kayuh paling laju bla bla.
📍 Laman Tebu Aidil
Selain bendang, ladang tebu ni dah macam port wajib kalau orang datang Sekinchan kot. Jadi haruslah ambil gambar. Cuma masa kami datang hari Rabu, kedai ni tutup.
🍽 Cadangan makanan :
1. Breakfast : Warung Kasuni (kena waze Pasar Awam Pekan Pasir Panjang Sekinchan, kedai dia kat sebelah pasar ni)
Sini port favourite orang kampung makan roti sarang burung cicah kari kambing. Ada banyak pilihan menu sarapan lain seperti nasik lemak, lontong, mee goreng bodo.
2. Lunch : AZR Mentarang Fresh Sekinchan
Port ni dah dua kali sis datang. Memang onz. Kalau nak try menu rare belangkas dan mentarang pun ada. Paling favourite mentarang celup tepung dan pepahat masak lemak cili api. Ada option untuk yang alergik takleh makan seafood, boleh opt for ikan.
3. Dinner : Nasi Goreng Melimpah (NGM)
Nasi goreng dia sedap. Portion besar dan recommended for sharing. Kalau ramai boleh je terus ambil set yang RM 79.90, ada semua jenis haiwan atas tu. Tapi personal recommendation adalah ayam dan kambing. Kopi ais dia padu.
Mohon banyak-banyak bersabar ya kalau p sini time peak hour especially waktu weekend atau public holiday.
Kalau nak menginap, blh try vila ni, best gila, lawa sgt.
Villa tepi sawah ni dekat Sekinchan je. Siap ada private pool lagi. Jadi kita dah takyah susah-susah nak travel jauh-jauh, kita bercuti di destinasi desa yang tenang, simple tapi view cantik.
Nanti boleh bawa keluarga ke sini.
📍 Anjung pool Villa , Jalan Tali air 11 Ban, sekinchan,Selangor
📸Jalan-jalan cuti santai
Diyana Mukhayadi
&Tgk gambar last tu, rasa mcm nk pergi skrg je!