Bundu gulu inside

  • Home
  • Bundu gulu inside

Bundu gulu inside Metroborneo

17/09/2021
16/09/2021

Bandar Pelabuhan Melayu Yang 'Tersedut Ke Alam Bunian'

Di manakah istana batu Melayu zaman purbakala sebagaimana yang tercatat megah dalam catatan-catatan luar? Soalan ini kurang syok, sepatut ditanya, di manakah bandar Melayu lengkap dengan pelabuhan di akhir abad ke-19?

Srikandi nak tunjuk satu contoh epik, sebuah bandar yang dibina oleh orang Melayu, lengkap dengan laluan kenderaan, lorong-lorong, ada lampu jalan, segala bangunan, masjid dan istana. Malah ada pelabuhan! Tetapi kini telah ghaib umpama disedut ke alam bunian.

Bangunan-bangunan di dalam foto sebelah atas ini, di manakah semuanya sekarang?

Menariknya, di dalam buku 'Lembah Sungai Merbok-Muda: Dari Era Kemerosotan Kedah Tua Hingga Pascakemerdekaan' terbitan Penerbit USM ada disebutkan:

"Kedudukan Lubuk Pusing terletak di tebing kiri Sungai Merbok, berada tidak berapa jauh dari tanjung Dawai. Nama lain bagi Lubuk Pusing ialah Teluk Bayu atau Lubuk Bayu. Kawasan inilah yang menyaksikan munculnya sebuah bandar baharu yang terletak di lereng bukit kecil di persimpangan dua batang anak sungai. Bandar ini dilengkapi dengan lorong, laluan kereta kuda yang dihiasi dengan lampu minyak tanah, pecan pesara, istana, masjid, rumah rehat dan pelabuhan. Kemunculan bandar ini yang serba lengkap berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Kedah ke-26, Sultan Abdul Hamid Halim Shah."

Dalam perenggan lain dicatatkan:

"Namun bandar Lubuk Pusing yang sebegitu lengkap ditinggalkan begitu sahaja. Setelah beberapa ketika dan puluhan tahun kemudiannya kawasan ini kembali menjadi semak samun. Tiada lagi catatan tentang bandar tersebut yang tertulis dalam rekod kerajaan negeri Kedah dan ia lebih dilihat sebagai suatu lokasi dan kisah yang dilupakan..."

Tapi masih ada kesan-kesannya, perhatikan catatan selanjutnya:

"Masyarakat tempatan pada semua peringkat usia hanya mengetahui bahawa terdapat sebuah 'istana raja' pernah wujud di kawasan ini pada suatu masa dahulu. Jauh sekali daripada minda mereka tentang 'bandar'yang begitu lengkap pernah dibina pada zaman tersebut. Namun mereka masih dapat menunjukkan tentang adanya kolam mandi, tapak masjid dan bercerita tentang besi tiang lampu yang dijumpai dalam aliran sungai di hadapannya. Mereka menceritakan terdapatnya besi-besi lampu yang tersangkut di jaring dan dijual ketika harga besi buruk agak tinggi pada ketika itu. Namun, aktiviti ini dikatakan telah berakhir pada penghujung 1980-an apabila tiada jumpaan baharu yang ditemui".

Bandar secantik ini, selengkap ini, siap ada pelabuhan sekali kini ghaib laksana mimpi yang hilang di pagi hari bukanlah sezaman Langkasuka bagai tetapi wujud di akhir abad ke-19. Pun boleh ghaib macam tu je. Apatah lagi nak sembang pasal kota batu Melayu zaman purbakala purbawara bagai. Tapi seperti yang Srikandi katakan sebelum ini, kesan-kesannya tetap ada cuma ia masih terbenam di bawah tanah atau tersembunyi, mungkin di dalam semak samun atau hutan belantara. Menanti sama ada pengkaji arkeologi atau pemaju yang sampai dahulu membuat 'ekskavasi'....

Nampak cantik dan megah bandar pelabuhan ini dalam gambar poskad di sebelah atas itu - seperti bandar peranginan di belah-belah Mediterranean atau luar negara. Lokasinya sangat strategik dengan pemandangan Gunung Jerai yang mengasyikkan. Katakan ia masih wujud sampai sekarang, mungkin ia menjadi bandar peranginan paling tersohor dan paling bersejarah di Malaysia malah di Asia Tenggara.

Dalam buku terbaru Srikandi, "Darah Baur Bisa Saktimuna", telah diperturunkan beberapa rahsia penting mengapa majoriti kota-kota Melayu yang selengkap ini malah lebih hebat dari ini boleh hilang lenyap atau ghaib ke 'alam bunian'. 'Mr. Brown' telah memberitahu petunjuknya dan bagaimana orang sepertinya mampu menjejak kembali kota-kota ini dan merompak banyak artifak purba (bahasa sedapnya: harta karun) zaman empayar Melayu lalu dikirim ke England.

Kalian boleh mendapatkannya di sini: https://bit.ly/3zWTgIR

Cetakan pertama sudah semakin menyusut. Masa untuk mendapatkannya dengan harga diskaun pra tempah sudah semakin hampir ke penghujung.

Jadi, soalannya...ke manakah menghilangnya bandar pelabuhan yang hebat ini? Dan mengapa, ia 'dihilangkan'??

*foto-foto dikirimkan pembaca dari Kedah.

~Srikandi
history is mystery

14/09/2021
14/09/2021
14/09/2021
11/09/2021
11/09/2021
10/09/2021
10/09/2021
10/09/2021
10/09/2021
10/09/2021
09/09/2021
09/09/2021
09/09/2021
Hari malaysia tak lama lagi
09/09/2021

Hari malaysia tak lama lagi

Hari Malaysia 2021

Jom ambil tahu mengenai sejarah Hari Malaysia.

Sama-sama kita semarakkan Sambutan Hari Malaysia 2021 🇲🇾❤️

Sumber: Berita RTM


09/09/2021

Ikuti sidang media YB Menteri Kesihatan pada 9 Sept 2021 bermula jam 5.15 petang.

09/09/2021
08/09/2021
08/09/2021
08/09/2021
07/09/2021
07/09/2021
07/09/2021

JASA MU DIKENANG

Pasukan Polis Yang menjaga keselamatan Sabah daripada serangan Lanun. Dinamakan Gergas . Pasukan ini sebenarnya juga pasukan Komando PDRM. Mungkin mereka sekarang semua sudah pencen. Gambar ni diambil sekitar tahun 1990an dan dikongsikan oleh Datok Clement Jaikul. Menurut Datuk Clement Jaikul pasukan Gergas juga banyak menumpaskan kumpulan lanun.

Sumber : SNBS

Admin : J. Wong

07/09/2021
06/09/2021

VIRAL Alhamdulilah Boleh Rentas Negeri Tapi Ada Syaratnya 06/09/202106/09/2021 by admin Kelonggaran pergerakan wajar diberi memandangkan negara sudah mencapai liputan imunisasi yang tinggi iaitu mencecah 60 peratus populasi dewasa. Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr...

06/09/2021
06/09/2021
06/09/2021
06/09/2021
06/09/2021

Kota Kinabalu: Gerakan mencari dan menyelamat hari ketiga tamat pada jam 5.26 petang, hari ini, selepas pencarian dijalankan meliputi Sungai Kionsom, Inanam, sejauh kira-kira 6.4 kilometer. Operasi yang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (P...

06/09/2021
06/09/2021
06/09/2021
06/09/2021

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bundu gulu inside posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share