
13/09/2025
📌 CLAIR OBSCUR: EXPEDITION 33 ENDING
Sudah 5 bulan main game ni, masih lagi tak boleh move on. Maklumlah game dengan gameplay yang betul-betul mantap tambah lagi dengan story line yang memang menyentuh hati.
✅ VERSO ENDING - Rational Ending
Verso Ending yang aku dub sebagai rational ending, nampak macam lagi logik dan munasabah mengikut tema game ini iaitu 'grief' di mana sebuah keluarga sedang bersedih dengan kematian salah seorang ahli keluarga. Dalam ending ni, pengorbanan Verso untuk memadam semua kehidupan di dunia mereka supaya Maelle boleh pulang ke dunia nyata bersama ahli keluarganya dan melalui hidup dengan tabah serta menerima dengan seadanya kehilangan ahli keluarga instead of tinggal dalam dunia khayalan ibarat sebuah 'lukisan yang indah'.
✅ MAELLE ENDING - Fantasy Ending
Maelle Ending yang aku dub fantasy ending ni bagi aku walaupun x rational tapi nampak lagi menarik actually. Walaupun Maelle akan terus berada di dunia fantasy semata-mata tapi mereka tetap boleh hidup bahagia bersama kawan-kawan beserta ahli keluarga fantasy-nya. Kalau ikut logic video game pun, kita tetap boleh terus bermain game ni selepas tamat 'main story', jadi bagi aku logik jugak lah ending ni dikira lagi canon sebab mengikut ending Verso, the whole life and world dah musnah.
Personally, aku lagi prefer Ending Maelle sbb aku sendiri pon selalu mengangap video sbg escapism dan tempat untuk kita berfantasi walaupun ending Verso lagi rational. Macam mana dengan korang? Ending sapa yang korang lagi prefer?