21/08/2025
BREAKING🇲🇾: Sebuah pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat satu kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan) pada 9.05 malam ini.
TUDM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan tersebut.
“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih,” menurutnya.
🎥: Video Awam