09/07/2025
DATO ALIFF SYUKRI BERANG -RUMAH DICEROBOH PENDATANG ASING ( 1 PEREMPUAN DAN 5 LELAKI) JADIKAN PUSAT PELACURAN DAN SARANG DADAH
"Saya sungguh tak sangka apabila rumah saya dic£roboh oleh orang tak bertanggungjawab. Rumah saya itu dijadikan 'sarang' pelacuran dan dadah, Masya-Allah. Seorang wanita dan lima lelaki buat perkara terkutuk.
"Saya buntu dan kecewa sangat. Saya tak sihat, badan rasa seram sejuk macam nak demam tapi dapat tahu perkara sebegini pulak
Itulah ujar usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, 38, dimana dia terkejut selepas kediamannya yang terletak di Sungai Buloh, Selangor diceroboh seorang wanita dan lima lelaki.
Jelas Aliff atau nama penuhnya, Aliff Syukri Kamarzaman, kesemua individu tersebut dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran dan menagih dadah.
Perkara tersebut dikongsikan Aliff menerusi hantaran di media sosial miliknya, dimana usahawan sensasi itu dilihat menyerbu rumah berkenaan.
"Dia jual diri ni, 5 lelaki 1 wanita. Kenapa kamu datang rumah saya bawa lima lelaki? Kenapa masuk rumah orang. Pakai seksi macam ni. Jangan sampai aku lepuk muka kau," katanya yang menahan marah serta bertanyakan apa yang patut dia lakukan.
"Rumah Papa, dibuatnya 'sarang' pelacuran dan 'sarang' dadah. Masya-Allah, apa yang perlu papa buat. Papa buntu dan kecewa sangat sangat.. Patut ke papa lepaskan atau Papa call polis?" soalnya.
Dalam pada itu, menurut sumber, wanita yang ditangkap Aliff bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida berasal daripada Kemboja.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Aliff dan isterinya itu membuat laporan polis untuk menyelesaikan isu tersebut.
Selain itu, mereka juga pelik apabila wanita yang kelihatan sudah berusia sanggup melakukan perbuatan terkutvk tersebut di kediaman Aliff.
"Muka dah tua tak berselera tengoknya, tiada kerja lain dah ke? Buat sahaja laporan polis Aliff.
"Panggil polis dan imigresen hantar balik kampung dia. Buat semak di negara kita.
"Masuk rumah orang kemudian buat maksiat, macam tu pun boleh 'jual'," tulis netizen.
Kredit: artis malaysia