Parlimen Filem

  • Home
  • Parlimen Filem

Parlimen Filem Digital creator
BDS Graduate
Reviews • Campaigns • Modelling • Talent/TVC

The Words (2012) – Bila Kejujuran Ada HargaPernah tak terfikir, kalau hangpa jumpa satu manuskrip lama yang genius gila,...
18/01/2025

The Words (2012) – Bila Kejujuran Ada Harga

Pernah tak terfikir, kalau hangpa jumpa satu manuskrip lama yang genius gila, tapi takdak nama penulis… dan hangpa terbitkan sebagai karya sendiri? Bunyi macam satu jalan pintas ke puncak kejayaan, kan? Tapi, dalam dunia realiti (dan filem ni), takdak benda free – semua ada harga dia.

The Words (2012) bawak kita masuk ke dunia Rory Jansen (Bradley Cooper), seorang penulis yang terdesak nak berjaya. Satu hari dia jumpa manuskrip yang luar biasa dan tanpa fikir panjang, dia terbitkan sebagai karya sendiri. Boom! Terus jadi bestseller, kaya, terkenal… tapi lepas tu muncul seorang lelaki tua misteri (Jeremy Irons) yang mengaku dialah penulis sebenar cerita tu. Masa tu la Rory mula sedar, kejayaan yang dia capai ni bukan miliknya—dan harga untuk menipu dalam seni lebih mahal daripada yang dia sangka.

Filem ni bukan jenis aksi meletup-letup atau drama air mata, tapi dia jenis yang buat kita terfikir—tentang kejujuran, kreativiti, dan harga yang kita sanggup bayar untuk berjaya. Plot dia berlapis-lapis, ada cerita dalam cerita, dalam cerita (meta gila!), tapi tak buat kita pening, malah makin menarik untuk dihayati.

Visual dia pun cantik, vibe dia penuh dengan aura sastera dan kesedihan yang mendalam. Lakonan Bradley Cooper memang padu, tapi yang betul-betul steal the show adalah Jeremy Irons—dengan suara serak-serak emas dia, setiap dialog rasa penuh jiwa dan penyesalan.

Nak tonton? Kalau hangpa s**a filem yang perlahan tapi penuh makna, yang buat kita termenung pasal kehidupan lepas habis tengok, The Words wajib masuk dalam watchlist. Tapi kalau jenis nak aksi atau thriller berat, mungkin filem ni bukan untuk hangpa.

Kesimp**an: Kadang-kadang, kata-kata boleh jadi senjata yang lebih tajam dari pedang. Tapi bila kita guna kata-kata orang lain tanpa hak… bersedialah untuk hadapi akibatnya.

Rating santai: ⭐⭐⭐⭐/5

Apa pendapat hangpa yang dah tengok? Setuju atau ada pandangan lain? Drop komen!

Cerita dia bermula macam biasa: satu keluarga kecil—pasangan Eric dan Andrew bersama anak angkat mereka, Wen—pergi bercu...
12/01/2025

Cerita dia bermula macam biasa: satu keluarga kecil—pasangan Eric dan Andrew bersama anak angkat mereka, Wen—pergi bercuti kat kabin tepi hutan untuk lari dari hiruk-pikuk dunia. Tapi tiba-tiba, empat orang stranger misteri muncul dengan senjata pelik, muka serius, dan satu permintaan yang gila: korang kena buat keputusan siapa dalam keluarga korang yang nak dikorbankan untuk selamatkan dunia daripada kiamat.

Peringatan Awal: Ada Elemen LGBTQ+

Filem ni memaparkan pasangan gay, Eric dan Andrew, sebagai watak utama. Hubungan mereka adalah tulang belakang cerita—emosi, konflik, dan keputusan besar dalam filem ni semua berpusing sekitar keluarga kecil mereka. Jadi, kalau kau kurang selesa dengan tema ini, lebih baik kau pertimbangkan dulu sebelum tengok. Tapi secara jujurnya, elemen LGBTQ+ dalam filem ni diolah dengan natural, fokus pada aspek kemanusiaan dan kekeluargaan tanpa terasa dipaksa.

Cerita Seram Psikologi dengan Moral Besar

Shyamalan bawak vibe thriller yang tegang dari awal sampai habis. Kau akan rasa macam terperangkap dalam situasi ni dengan keluarga Eric dan Andrew. Dialog dan konflik lebih kepada soal moral:

1. Patutkah kita percaya apa yang strangers ni cakap?
2. Kalau betul kiamat, adakah satu pengorbanan cukup untuk selamatkan dunia?
3. Adakah cinta keluarga kau lebih penting daripada seluruh umat manusia?

Elemen seram tak datang daripada makhluk aneh atau jumpscare murahan, tapi dari ketegangan situasi dan soalan-soalan moral yang buat kau rasa tak senang duduk.

Verdict

Knock at the Cabin adalah filem Shyamalan yang simple tapi tetap mencabar minda. Kalau kau s**a thriller psikologi yang bermain dengan emosi dan konflik dalaman, filem ni untuk kau. Tapi untuk yang tak selesa dengan elemen LGBTQ+, ini mungkin bukan filem terbaik untuk kau. Tetap, mesej utamanya lebih kepada nilai kemanusiaan dan kasih sayang sejagat.

(Dan serius, kalau ada orang ketuk pintu kat kabin masa bercuti, buat-buat tak ada kat rumah je.)

Werewolves (2024): Bila Filem Serigala Jadian Gagal Menyaingi Klasik IkonikFilem Werewolves (2024), arahan Steven C. Mil...
11/01/2025

Werewolves (2024): Bila Filem Serigala Jadian Gagal Menyaingi Klasik Ikonik

Filem Werewolves (2024), arahan Steven C. Miller, cuba membawa tema serigala jadian ke layar lebar dengan pendekatan moden. Namun, bagi peminat tegar genre ini, filem ini mungkin terasa seperti langkah mundur apabila dibandingkan dengan karya klasik seperti Bad Moon (1996), Underworld (2003), dan Van Helsing (2004).

Transformasi: Elemen Paling Penting Dalam Filem Serigala Jadian

Transformasi serigala jadian adalah antara elemen terpenting dalam filem sebegini. Malangnya, Werewolves (2024) gagal memberikan impak yang diharapkan. Transformasinya terasa hambar, kurang dramatik, dan seperti dibuat ala kadar.

Bandingkan ini dengan Bad Moon, di mana transformasi menggunakan kesan khas praktikal yang teliti, menghasilkan pengalaman visual yang benar-benar menyeramkan. Dalam Underworld, transformasi Lycanthrope sangat halus, dengan gabungan teknologi CGI dan praktikal yang seimbang. Sementara itu, Van Helsing memberikan kita adegan transformasi dramatik dengan kulit manusia terkoyak, mencipta suasana ngeri yang s**ar dilupakan.

Di sinilah Werewolves kelihatan ketinggalan. Reka bentuk serigala jadiannya p**a nampak terlalu generik, tanpa identiti unik yang mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

Penampilan Serigala Jadian: Ganas vs Generik

Reka bentuk serigala jadian dalam Werewolves juga menjadi isu. Penampilan mereka nampak kurang menakutkan, seperti hasil kerja separuh hati. Bandingkan dengan serigala jadian dalam Underworld yang kelihatan ganas, berotot, dan menakutkan, atau serigala dalam Van Helsing yang memiliki ciri-ciri fizikal unik yang memperkuatkan naratif.

Bad Moon juga patut diberi pujian kerana memberikan rupa serigala jadian yang menggabungkan keganasan dan realisme. Dalam Werewolves (2024), kehadiran serigala jadian tidak memberikan rasa “ancaman” yang sepatutnya.

Cerita dan Eksekusi: Biasa-Biasa Saja

Dari segi cerita, Werewolves juga tidak menawarkan sesuatu yang baru. Plotnya klise, perkembangan wataknya lemah, dan tempo filem tidak konsisten. Dalam filem-filem klasik seperti Underworld dan Van Helsing, jalan cerita mungkin fantasi, tetapi tetap mengekalkan daya tarikan melalui watak yang kuat dan pembangunan dunia yang mendalam.

Kesimp**an: Werewolves Tidak Memenuhi Ekspektasi

Jika dibandingkan dengan filem serigala jadian lain, Werewolves (2024) berada jauh di bawah standard. Walaupun ada usaha untuk menampilkan kesan khas praktikal, ia tidak cukup untuk bersaing dengan filem-filem lama yang telah menetapkan penanda aras tinggi.

Bagi peminat tegar serigala jadian, Bad Moon, Underworld, dan Van Helsing kekal sebagai karya unggul dalam genre ini. Namun, jika anda hanya mahu tontonan ringan tanpa terlalu memikirkan kualiti, Werewolves mungkin masih boleh mengisi waktu lapang anda.

Apa pendapat anda? Adakah anda bersetuju filem ini tidak mencapai tahap filem klasik? Atau mungkin anda melihat potensi dalam filem ini? Kongsikan di ruang komen!

3 bintang sahaja

“Terminator: Dark Fate” ni kalau nak ulaih, dia lebih macam satu ‘reset’ untuk franchise Terminator. Kalau hang pikiaq c...
18/12/2024

“Terminator: Dark Fate” ni kalau nak ulaih, dia lebih macam satu ‘reset’ untuk franchise Terminator. Kalau hang pikiaq cerita ni sambung terus dari Terminator 2: Judgment Day (1991), dia buang la plot dari filem lain lepas tu. James Cameron mai balik sebagai penerbit, so hang boleh rasa sikit vibe lama, tapi tak sepenuhnya la.

Cerita dia fokus kat Sarah Connor (Linda Hamilton) dan T-800 (Arnold Schwarzenegger) yang mai tolong seorang gadis baru, Dani Ramos. Ada terminator baru, Rev-9, yang lebih advanced, dan seorang pejuang masa depan, Grace, mai nak lindung Dani. Jalan cerita dia macam ‘copy-paste’ T2 tapi tambah sikit modifikasi moden.

Aksi dia memang best, terutama babak kejar-mengejar, tapi dari segi emosi dan impak, dia tak berapa kena macam filem asal. Kalau hang memang peminat lama, hang mungkin rasa seronok tengok Linda Hamilton balik dengan watak badass dia, tapi kalau hang harap sesuatu yang fresh, hang mungkin rasa macam, “Ni dah pernah tengok ka?”

Kesimp**an, kalau hang jenis layan nostalgia, OK la nak tengok, ada kt Netflix skang ni. Tapi kalau nak cerita solid, dia kira ‘boleh la’, tak sampai tahap wajib tengok. Dah la, franchise ni macam dok ulang plot lama, tak tau bila depa nak habehkan cerita ni.

Filem ni kira lain macam sikit, jenis psikologi thriller yang tak sesuai kalau hang dok cari aksi atau cerita straight-f...
15/12/2024

Filem ni kira lain macam sikit, jenis psikologi thriller yang tak sesuai kalau hang dok cari aksi atau cerita straight-forward. Denis Villeneuve jadi pengarah, dengan Jake Gyllenhaal bawak dua watak yang memang penuh teka-teki.

Cerita dia pasai Adam Bell, seorang pensyarah sejarah yang macam bosan dengan hidup dia. Satu hari, dia ternampak pelakon yang muka serupa dia dalam filem. Dari situ, Adam mula obses nak cari siapa si “kembar” ni. Tapi bila dia jumpa, hidup dia makin pelik, penuh konflik dan simbolik—terutama dengan kehadiran tema pasai identiti, kawalan, dan hubungan manusia.

Lakonan Jake memang mantap, sebab dia boleh buat hang rasa dua watak ni totally berbeza walaupun rupa sama. Adam nampak serabut, insecure, tapi Anthony (pelakon tu) confident dan manip**atif. Cara dia beza emosi dan perangai dua watak ni memang halus.

Paling mind-blowing, ending dia. Kalau hang tak biasa dengan filem simbolik, ending dia boleh buat hang rasa “Apa benda aku baru tengok ni?” Tapi kalau hang s**a fikir deep, cerita ni macam puzzle. Elemen labah-labah yang muncul dalam filem ni banyak maksud tersembunyi—ada yang kata pasai takut komitmen, ada yang kaitkan dengan kuasa wanita dalam hidup lelaki.

Enemy ni bukan untuk semua orang, tapi kalau hang jenis s**a filem yang buat hang dok fikir sampai seminggu lepas tengok, ni filem yang hang tak patut lepaih. Lakonan Jake top-notch, dengan Denis Villeneuve punya sentuhan yang buat cerita ni rasa haunting dan mysterious.

8/10 popcorn thriller

Ulasan Filem: Twilight Saga - Cinta Tiga Segi Zaman Vampire WerewolfHangpa BBNU ni tau dak zaman dulu kala ada satu feno...
05/12/2024

Ulasan Filem: Twilight Saga - Cinta Tiga Segi Zaman Vampire Werewolf

Hangpa BBNU ni tau dak zaman dulu kala ada satu fenomena nama dia Twilight Saga? Pi mana pun dok dengaq orang sembang pasai Team Edward ka Team Jacob. Ni filem romantik bercampur fantasi, penuh drama sampai boleh buat hang rasa macam hang p**ak jadi Bella Swan – he**in depa.

Bella ni budak pompuan biasa-biasa ja, mai pindah ke pekan kecik nama Forks. Sekali terserempak dengan Edward Cullen, vampire muka jambu yang macam tak makan nasi seminggu. Si Edward ni ada aura misteri, tak boleh kena matahari sebab badan dia bercahaya macam glitter. Depa dua jatuh cinta, tapi masalah dia bukan cinta biasa. Vampire ni kalau tak kuat iman, silap-silap Bella kena sedut darah.

Tengah hang rasa depa ni bahagia, mai p**ak Jacob Black – geng werewolf yang badan sado, s**a jalan tak berbaju. Jacob ni memang kawan rapat Bella, tapi lama-lama dia pun ada hati kat Bella. Habaq hang, bermula la cinta tiga segi yang buat perempuan zaman tu keliru nak sokong sapa. Team Edward sebab romantik ala-ala jiwang ke, atau Team Jacob sebab dia setia dan hensem berketul?

Cerita dia tak habih kat situ. Ada geng vampire jahat, ada drama keluarga Cullen, dan ada puak werewolf nak pi berlaga. Siri ni ada 5 filem semua – Twilight, New Moon, Eclipse, Breaking Dawn Part 1, dengan Breaking Dawn Part 2. Lagi lama hang tengok, lagi banyak plot twist yang boleh buat hang rasa macam dok dalam novel cinta campur mitos.

Zaman dulu, tiap kali ada wayang baru Twilight, panggung penuh dengan budak perempuan jerit-jerit bila Edward senyum ka Jacob buka baju. Hangpa BBNU ni kalau nak rasa nostalgia mak-mak hangpa, pi tengok balik. Tapi standby la, ada part cerita ni cringy sikit kalau tengok zaman lani. Tapi serius, ini la guilty pleasure orang dulu.

Alien: Romulus sebenarnya prequel-sequel hybrid yang mengisi ruang kosong antara filem Alien (1979) dan Aliens (1986). I...
01/12/2024

Alien: Romulus sebenarnya prequel-sequel hybrid yang mengisi ruang kosong antara filem Alien (1979) dan Aliens (1986). Ini memang twist menarik untuk fans lama yang nak tahu apa jadi selepas Alien pertama. Meh kita bedah cerita ni, min, sebab sekarang makin jelas apa peranan Romulus dalam lore besar franchise ni:

Kisah Xenomorph ‘Big Chap’ yang Selamat

Jadi, Romulus dedahkan bahawa Big Chap Xenomorph – makhluk asal yang Ripley hantar keluar dari shuttle Narcissus – sebenarnya tak mati lepas dibuang ke angkasa lepas.

Weyland-Yutani ni memang power bab hantar misi rahsia; depa jumpa mayat Xenomorph terapung di angkasa lepas, bawak balik ke stesen kajian Romulus, dan mula buat eksperimen.

Stesen Kajian Romulus: Plot Twist Besar

Romulus rupanya jadi pusat kajian Weyland-Yutani untuk memahami Xenomorph secara mendalam – macam precursor kepada usaha depa jadikan Alien sebagai senjata bio dalam Aliens (1986).

Eksperimen depa mungkin melibatkan cloning, hybrid, atau cuba kawal makhluk ni, tapi seperti biasa, benda ni tak pernah jadi elok. Alien tu escape, membunuh penghuni stesen, dan menjadikan stesen tu sarang.

Connection Dengan Timeline Alien

Filem ni berlaku 20 tahun selepas Alien (2122), jadi sekitar tahun 2142. Ia berlaku 37 tahun sebelum Aliens (2179), di mana Weyland-Yutani dah mula buat koloni di LV-426. Jadi, filem ni macam cerita transisi, menunjukkan obsesinya Weyland terhadap Xenomorph sebelum depa exploit LV-426 sepenuhnya. Dengan Big Chap ni survive, dia jadi nenek moyang kepada Xenomorph yang kita nampak dalam Aliens dan seterusnya.

Homage kepada Alien Pertama

Big Chap kembali: Ini tribute terus kepada makhluk yang ikonik dalam Alien (1979). Kembalinya makhluk ini menambahkan nostalgia untuk fans hardcore.

Cara Ripley “hancurkan” Alien dalam Alien pertama kini terasa lebih tragik – dia tak tahu benda tu sebenarnya akan jadi permulaan kepada lebih banyak malapetaka.

Kenapa Filem Ni Penting?

Menghubungkan lore: Romulus jadi jambatan penting untuk tunjukkan apa Weyland-Yutani buat dengan Xenomorph sebelum depa sampai ke tahap Aliens.

Big Chap’s legacy: Xenomorph yang Ripley lawan tu bukan sekadar makhluk biasa – dia adalah blueprint untuk semua Alien yang kita tengok dalam filem seterusnya.

Eksperimen awal: Filem ni mungkin tunjukkan awal mula obsesinya Weyland terhadap bio-weapon program, yang akhirnya membawa kepada koloni LV-426.

Ulasan Filem Ambulance (2022): Michael Bay Punya Gaya, Tapi Boleh Gelak Kalau Pikir LebihFilem Ambulance arahan Michael ...
30/11/2024

Ulasan Filem Ambulance (2022): Michael Bay Punya Gaya, Tapi Boleh Gelak Kalau Pikir Lebih

Filem Ambulance arahan Michael Bay ini memang satu lagi contoh “Bayhem” (gaya filem Michael Bay) yang penuh aksi, letupan, dan drama. Cerita ini mengisahkan dua beradik, Will (Yahya Abdul-Mateen II) dan Danny (Jake Gyllenhaal), yang terjebak dalam situasi tegang selepas rompakan bank mereka gagal. Dalam usaha melarikan diri, mereka ‘kidnap’ sebuah ambulans yang membawa seorang anggota polis cedera dan seorang paramedik bernama Cam (Eiza González).

Plot & Aksi

Will, seorang bekas askar, terpaksa meminta tolong abangnya, Danny, yang merupakan seorang penjenayah besar, untuk mendapatkan wang bagi membayar rawatan isteri yang sakit. Tapi, permintaan itu membawa dia ke jalan yang lebih gelap. Rancangan rompakan bank mereka huru-hara, dan akhirnya mereka lari menaiki ambulans sambil cuba menyelamatkan diri dari polis dan menjaga nyawa anggota polis yang cedera dalam kenderaan itu.

Filem ini penuh aksi pantas, dengan babak kejar-mengejar yang mendebarkan, ditambah p**a dengan sentuhan drama manusia yang cuba bertahan dalam situasi yang mustahil.

Apa Yang Menarik?

1. Michael Bay Punya Sentuhan
Kalau anda peminat filem Michael Bay macam Transformers atau Bad Boys, anda akan perasan semua elemen klasiknya ada di sini: shot drone yang berpusing-pusing, letupan besar, dan aksi non-stop. Tapi kali ini, Bay kurangkan sedikit CGI untuk memberi rasa lebih “real” kepada aksi dan kejar-mengejar dalam filem ini.

2. Jake Gyllenhaal yang Over-The-Top
Jake Gyllenhaal membawa watak Danny dengan gaya yang sangat dramatik, sampai kadang-kadang rasa macam dia terlebih tenaga. Tapi lakonannya memang menyerlah dan menambahkan rasa tegang dalam cerita ini.

3. Paramedik Sebagai Hero Sebenar
Eiza González sebagai Cam adalah watak yang sangat penting. Dia yang cuba menyelamatkan nyawa anggota polis itu sambil menghadapi tekanan daripada dua penjenayah ini.
Lakonannya seimbang – tegas dan berani.

Kelemahan
• Filem ini agak meleret. Kejar-mengejar dalam ambulans yang berterusan boleh jadi sedikit meletihkan.
• Logik cerita? Hmm… jangan tanya sangat. Banyak babak yang tak masuk akal kalau difikir secara serius. Tapi kalau anda letak otak tepi sekejap, ia masih menyeronokkan untuk ditonton.

Kesimp**an

Ambulance ialah filem aksi yang memang direka untuk hiburan semata-mata. Jangan terlalu fikirkan logik; nikmati saja letupan, babak aksi gila-gila, dan lakonan dramatik. Kalau anda nak filem santai untuk duduk depan skrin sambil makan popcorn, filem ini memang sesuai.

Rating: 3.5/5

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parlimen Filem posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share