CGTN Malay

CGTN Malay CGTN Malay Siaran bahasa Melayu CRI pertama kali dipancarkan pada 1 Mac tahun 1959 melalui gelombang pendek. Siarannya dua jam sehari.
(2)

Siaran ini boleh didengar di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, sebahagian Indonesia dan selatan Thailand. Laman web CRI versi bahasa Melayu menyediakan maklumat yang menyeluruh dan terkini tentang China termasuk seni budaya, pelancongan, umat Islam di China dan sebagainya. Anda juga boleh belajar bahasa Mandarin menerusi laman web kami. Diharap laman web ini dapat memudahkan anda untuk mengenali China yang sebenar.

Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Tajik Emomali RahmonPresiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Presiden ...
02/09/2025

Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Tajik Emomali Rahmon

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Presiden Tajik Emomali Rahmon di Dewan Besar Rakyat di Beijing malam Selasa.

Lawatan Rahmon ke China adalah bagi menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Presid...
02/09/2025

Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang Selasa.

Lawatan Pezeshkian ke China adalah bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 dan Majlis Memperingati Ulang Tahun Ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Turkmen Serdar Berdimuhamedov Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan...
02/09/2025

Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Turkmen Serdar Berdimuhamedov

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Presiden Turkmen Serdar Berdimuhamedov di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang Selasa.

Lawatan Berdimuhamedov ke China adalah bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 dan Majlis Memperingati Ulang Tahun Ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

Xi Adakan Pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar IbrahimPresiden China, Xi Jinping mengadakan perte...
02/09/2025

Xi Adakan Pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang tadi.

Lawatan Anwar ke China adalah bagi menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

Xi Pengerusikan Mesyuarat Pemimpin China-Rusia-Mongolia ke-7 di BeijingPresiden China Xi Jinping, Presiden Rusia Vladimi...
02/09/2025

Xi Pengerusikan Mesyuarat Pemimpin China-Rusia-Mongolia ke-7 di Beijing

Presiden China Xi Jinping, Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Mongolia Ukhnaa Khurelsukh telah mengadakan Mesyuarat Pemimpin China-Rusia-Mongolia ke-7 di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.

Lapan Pencapaian Utama Sidang Kemuncak SCO TianjinSidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 di Tianjin be...
02/09/2025

Lapan Pencapaian Utama Sidang Kemuncak SCO Tianjin

Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 di Tianjin berjaya mencatat lapan hasil penting bagi mengukuhkan kerjasama serantau dan membentuk hala tuju masa depan organisasi tersebut.

Hasil tersebut dibentangkan Menteri Luar China, Wang Yi yang juga merupakan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dalam sidang media bersama Setiausaha Agung SCO Nurlan Yermekbayev pada Isnin.
Berikut merupakan kelapan-lapan hasil yang dicapai pada sidang kemuncak tersebut:

Pertama: Menetapkan strategi pembangunan SCO dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Kedua: SCO menyuarakan pendirian tegas dalam mempertahankan sejarah dan kemenangan Perang Dunia ke-2 serta menyokong prinsip Piagam PBB.

Ketiga: Sokongan kepada sistem perdagangan pelbagai hala.

Keempat: Penubuhan Pusat Menangani Ancaman Keselamatan dan Cabaran Keselamatan Komprehensif, Pusat Keselamatan Siber, Pusat Memerangai Jenayah Terancang Rentas Sempadan dan Pusat Anti Dadah.

Kelima: Keputusan untuk menubuhkan Bank Pembangunan SCO.

Keenam: Membina enam platform kerjasama pragmatik.
Presiden Xi Jinping mengumumkan bahawa pihaknya akan membina tiga platform kerjasama SCO yang melibatkan sumber tenaga, industri hijau dan ekonomi digital serta tiga pusat kerjasama iaitu inovasi sains dan teknologi, pengajian tinggi dan pendidikan teknologi vokasional.

Ketujuh: Menetapkan enam pelan tindakan pembangunan bermutu tinggi.

Kelapan: Penerimaan ahli baharu dan pembaharuan organisasi.
Sidang kali ini memutuskan untuk menerima Laos sebagai anggota baharu SCO dan menjadikan jumlah anggota SCO kepada 27.

Majlis Peringatan Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun, Fasis Berlangsung EsokSempena Ulang Tahun ke-80 Kemena...
02/09/2025

Majlis Peringatan Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun, Fasis Berlangsung Esok

Sempena Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia, satu majlis peringatan akan diadakan di Dataran Tian'anmen di Beijing esok.

Mengikut jadual, pada pukul 9.00 pagi, Presiden China Xi Jinping akan menyampaikan ucapan dan memberi tabik hormat kepada perarakan tentera.

Manakala pada pukul 8.00 malam p**a, Xi yang juga merupakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, dan bersama dengan barisan pemimpin asing disajikan dengan persembahan bertemakan "Keadilan Akan Menang" di Dewan Besar Rakyat.

Kump**an Media China (CMG) akan membuat siaran langsung manakala Agensi Berita Xinhua akan menyediakan liputan grafik dan teks sempena acara tersebut.

Tinjauan CGTN: China, Medan Perang Utama Perang Dunia II di TimurRangkaian Televisyen Global China (CGTN) milik Kump**an...
02/09/2025

Tinjauan CGTN: China, Medan Perang Utama Perang Dunia II di Timur

Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) milik Kump**an Media China (CMG) melakukan satu tinjauan umum menjelang Majlis Memperingati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia yang bakal diadakan pada esok, melibatkan 11,613 warganet dari 39 negara.

Hasil tinjauan tersebut mendapati rata-rata responden bersetuju, kedudukan China sebagai medan perang utama di Timur pada Perang Dunia II, serta menyanjung tinggi sumbangan dan pengorbanan besar negara China bagi kemenangan perang tersebut.

Seramai 74.9 peratus responden tahu mengenai sejarah China menentang pencerobohan Jepun, manakala 66.5 peratus responden mengetahui sejarah China menyokong negara-negara Asia menentang pencerobohan Jepun dan Anti-Fasis.

Hasil tinjauan juga menunjukkan, 33 daripada 39 negara yang menyertai tinjauan umum tersebut, memuji sumbangan China terhadap negara-negara Asia lain, mewakili 84.6 peratus daripada jumlah responden.

Selain itu kadar persetujuan dari Malaysia, Indonesia dan India mencatat lebih 60 peratus.

Xi Ucap Takziah Gempa Kuat Gegar AfghanistanPresiden China, Xi Jinping mempengerusikan dan menyampaikan ucapan pada Mesy...
02/09/2025

Xi Ucap Takziah Gempa Kuat Gegar Afghanistan

Presiden China, Xi Jinping mempengerusikan dan menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-25 di Pusat Konvensyen dan Pameran Meijiang di Tianjin pada Isnin.

Ketika berucap Xi menyampaikan takziah susulan gempa bumi yang menggegar Afghanistan sehingga menyebabkan kehilangan ramai nyawa dan kerosakan harta benda besar.

"Afghanistan merupakan negara pemerhati SCO. Saya bersama semua anggota menyampaikan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban, semoga kerajaan dan rakyat Afghanistan mengatasi kesukaran dan membina semula kampung halaman, " kata beliau.

"Festival Filem Rusia 2025" Buka Tirai di Beijing"Festival Filem Rusia 2025" anjuran bersama Jabatan Pentadbiran Filem C...
02/09/2025

"Festival Filem Rusia 2025" Buka Tirai di Beijing

"Festival Filem Rusia 2025" anjuran bersama Jabatan Pentadbiran Filem China dan Kementerian Kebudayaan Persekutuan Rusia membuka tirai di Arkib Filem China pada Isnin.

Festival tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti "Tahun Kebudayaan China-Rusia 2024-2025".

Istimewanya majlis pembukaan festival tersebut berjaya menarik penyertaan lebih 600 tetamu termasuk dalam kalangan pemain industri dari kedua-dua negara.

Presiden Kump**an Media China (CMG), Shen Haixiong berkata penganjuran festival tersebut merupakan manisfestasi kepada perlaksanaan saranan pemimpin kedua-dua negara selain sebagai salah satu acara pertukaran budaya yang penting dalam rangka kerjasama budaya China-Rusia.

Kata Shen lagi, filem Red Silk yang bakal ditayangkan di China pada 6 September ini merupakan bukti kerjasama terbaharu China-Rusia dalam bidang perfileman.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerjasama kedua-dua negara dalam bidang perfileman akan diperkasakan demi memperkaya pertukaran antara rakyat dan pembinaan perkongsian rakan kordinasi strategik komprehensif zaman baharu.

Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir PutinPresiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Presiden...
02/09/2025

Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.

Lawatan Putin ke China adalah bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 dan Majlis Memperingati Ulang Tahun Ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

SCO Harus Jadi Model dalam Laksanakan GGI - XiPertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) harus berperanan sebagai peneraju dan ...
02/09/2025

SCO Harus Jadi Model dalam Laksanakan GGI - Xi

Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) harus berperanan sebagai peneraju dan model dalam melaksanakan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI).

Presiden China Xi Jinping membuat kenyatan itu ketika berucap pada Mesyuarat 'SCO Plus' yang dipengerusikan beliau di Pusat Pameran dan Konvensyen Meijiang sempena Sidang Kemuncak SCO 2025 di Tianjin, pada Isnin.

Xi berkata prinsip tidak bersekutu, tidak berkonfrontasi dan tidak menyasarkan pihak ketiga perlu terus dijunjung.

Katanya usaha harus dipergiat ke arah membina komuniti berkongsi keselamatan di rantau ini, sehingga menjadi pemantap kestabilan di dunia.

Beliau memaklumkan, China akan menubuhkan tiga platform utama untuk kerjasama China-SCO dalam bidang tenaga, perindustrian hijau dan ekonomi digital, selain mendirikan tiga pusat kolaborasi membabitkan inovasi teknologi, pendidikan tinggi serta pendidikan vokasional dan teknikal.

China sudi membangunkan pusat kerjasama pengaplikasian kecerdasan buatan (AI) bersama dengan semua pihak, dan berkongsi hasil kemajuan dijana oleh AI.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan semua untuk menggunakan Sistem Navigasi Satelit Beidou dan mengambil bahagian dalam projek Stesen Penyelidikan Bulan Antarabangsa.

Xi memaklumkan, dalam tempoh lima tahun mendatang, China akan merawat seramai 500 pesakit yang mengalami kecacatan jantung kongenital (CHD), melakukan sebanyak 5,000 pembedahan katarak mata, dan menjalankan 10,000 saringan kanser untuk negara anggota SCO yang lain.

Presiden Xi turut menyatakan bahawa China menyokong SCO memperluas kerjasama dengan mekanisme pelbagai hala, seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ASEAN dan Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA), serta bersama-sama menjaga orde dagangan antarabangsa dan membaiki tadbir urus global dan serantau.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CGTN Malay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CGTN Malay:

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share