Sebbuku

Sebbuku Kolektif, perpustakaan, kedai buku, art space dan ruang fleksibel di Super Kinta (Pasar Besar) Ipoh. ZSM boleh dihubungi melalui email; [email protected].

Zine Satu Malam (ZSM) merupakan sebuah kolektif pengkarya dan penggerak seni yang terdiri daripada penulis, pemuzik, penyajak, pelukis, pembikin filem, designer, fotografer, aktivis teater, traveler, komedian dan lain-lain. Nama ZSM diambil daripada sifat kolektif ini sewaktu diawal penubuhannya yang aktif menerbitkan zine dalam bentuk digital dalam masa satu malam. Zine (baca: zin) berasal daripa

da perkataan fanzine atau magazine yang membawa maksud buku/booklet/majalah yang dicetak atau diterbitkan sendiri, biasanya dalam skala yang kecil. Selain menerbitkan zine versi digital, ZSM juga menerbitkan zine & buku versi cetak selain daripada bergerak aktif di seluruh negara mengadakan sesi baca/deklamasi puisi secara santai. Pernah mengadakan beberapa acara seni seperti Puisi Satu Petang, TaraKuChaCha, Borak Sajak, dan berkolaborasi bersama Frinjan dalam banyak acara seperti Festival Belia Putrajaya, Big Bad Woof dan banyak lagi. "Yang indah memang bisa menghibur selama-lamanya, membubuhkan luka selama-lamanya, meskipun puisi dan benda seni bisa lenyap. Ia seakan-akan roh yang hadir dan pergi ketika kata dilupakan dan benda jadi haus. Tapi apa arti roh tanpa tubuh yang buncah dan terbelah? Keindahan tak bisa jadi total. Ketika ia merangkum total, ia abstrak, dan manusia dan dunia tak akan saling menyapa lagi."

- Geonawan Mohamad, Tuhan & Hal Hal Yang Tak Selesai.

GERAN RM20,000 AKADEMI RAKAN MUDASabtu depan Akademi Rakan Muda akan turun Ipoh dan buat hari terbuka khas untuk perkena...
05/04/2025

GERAN RM20,000 AKADEMI RAKAN MUDA

Sabtu depan Akademi Rakan Muda akan turun Ipoh dan buat hari terbuka khas untuk perkenalkan Geran Akademi Rakan Muda (hingga RM20,000) untuk anak muda (18-35 tahun) yang nak bikin projek impak sosial.

Projek impak sosial yang dimaksudkan ialah apa saja idea & aktiviti komuniti yang akan memberi kesan kepada sekurang kurangnya 100 orang. Tempoh projek p**a ialah 2 bulan sahaja.

Terbuka untuk semua orang dengan projek baru mahupun projek yang sedang berjalan. Kalau belum ada idea pun silalah join, sebab kita akan ada taklimat brainstorm idea sama-sama, tengok cara bikin kertas kerja dan sesi soal jawab sampai cerah kepala.

Lokasi: Ipoh Social Club
Masa: 10 pagi

Ruang terhad, sarapan & makan tengahari disediakan. DM kami untuk sebarang pertanyaan.
Daftarlah sekarang sebelum penuh, klik sini - https://bit.ly/PendaftaranHariTerbukaAkademiRakanMuda2025

Petikan puisi Helah oleh .Karya ini telah dipersembahkan di Pasar Puisi, Super Kinta. Puisi ini boleh dibaca dari zine y...
01/11/2024

Petikan puisi Helah oleh .

Karya ini telah dipersembahkan di Pasar Puisi, Super Kinta. Puisi ini boleh dibaca dari zine yang boleh anda dapatkan dari penulis sendiri.

Baris akhir tu tema Halloween.

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sebbuku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sebbuku:

Share