Karisambal

Karisambal Cerita dan fakta menarik Website : http://karisambal.blogspot.com
Follow our Twitter :

Tiga pembeli rumah raih percutian mewah XPLOSIVETiga pembeli rumah bertuah bakal menikmati percutian mewah ke London, Me...
09/09/2026

Tiga pembeli rumah raih percutian mewah XPLOSIVE

Tiga pembeli rumah bertuah bakal menikmati percutian mewah ke London, Melbourne dan Maldives selepas muncul pemenang kempen XPLOSIVE IJM Land, di sini, baru-baru ini.

UMNO hormati institusi raja, adat Negeri SembilanKUALA LUMPUR: UMNO menghormati institusi raja, undang serta adat Negeri...
09/09/2026

UMNO hormati institusi raja, adat Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: UMNO menghormati institusi raja, undang serta adat Negeri Sembilan dalam menangani isu membabitkan dakwaan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO tidak akan mencampuri perkara tersebut bagi menghormati situasi di negeri berkenaan.

Katanya, pendirian itu dibuat dengan mengambil kira institusi berkaitan dan adat yang diamalkan di Negeri Sembilan.

“Dalam perkara ini, UMNO menghormati institusi raja, institusi undang-undang serta adat di Negeri Sembilan.

“Seboleh mungkin kita tidak akan ‘mengotorkan tangan’ demi menyantuni situasi di Negeri Sembilan,” katanya kepada ketika ditemui selepas Perasmian Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, di sini hari ini.

Mengulas mengenai Ismail bahawa beliau dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi itu, Ahmad Zahid berkata, perkara tersebut sebaiknya disahkan oleh peguam yang berada ketika proses penandatanganan berkenaan.

“Saya rasa elok kalau kenyataan itu diabsahkan oleh peguam sendiri, jika peguam berkenaan berada ketika Surat Cara Proklamasi itu ditandatangani,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Pembesar Memerintah Negeri Sembilan, Undang Yang Empat mendedahkan surat yang ditandatangani Ismail bagi mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz pada 3 Ogos lalu.

Pendedahan itu dibuat pada sidang akhbar semalam yang dihadiri Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah dan Undang Luak Rembau, Abdul Rahim Yasin.-UTUSAN

Mangsa kes Sungai Kim Kim menang kes saman terhadap syarikat dan tiga lagiJOHOR BAHRU: Selepas tujuh tahun, sebanyak 171...
09/09/2026

Mangsa kes Sungai Kim Kim menang kes saman terhadap syarikat dan tiga lagi

JOHOR BAHRU: Selepas tujuh tahun, sebanyak 171 mangsa pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, menang kes saman mereka terhadap sebuah syarikat dan tiga yang lain yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini.

Pesuruhjaya Kehakiman Manira Mat Nor memutuskan sebuah syarikat, seorang pemandu lori dan dua pengarah syarikat bertanggungjawab secara bersama dan berasingan dalam kejadian pencemaran toksik Sungai Kim Kim pada 2019.

Empat defendan itu ialah P Tech Resources Sdn Bhd (syarikat yang mengendalikan loji pirolisis tayar di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat); N. Maridass (pemandu lori tangki yang mengangkut dan melepaskan sisa buangan ke dalam Sungai Kim Kim), dan dua pengarah syarikat itu Yap Yok Liang serta Wang Jing Chao.

Dalam penghakimannya, Manira berkata daripada aspek kacau ganggu awam, mahkamah mengambil kira skala insiden yang menjejaskan lebih 6,000 penduduk, dengan 2,775 mangsa menerima rawatan di hospital dan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup, antaranya mengalami sesak nafas, loya, muntah, pening, kekejangan otot dan pengsan.

“Gelombang pertama pada 7 Mac memberikan impak klinikal akut terhadap institusi pendidikan berhampiran. Gelombang kedua pada 12 Mac 2019 dan gelombang ketiga pada 13 Mac 2019, menyaksikan lonjakan mangsa yang memerlukan rawatan kecemasan sehingga Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan arahan penutupan sekolah-sekolah di Pasir Gudang.

“Kronologi insiden fizikal, mekanisme tindak balas kimia dan impak penyebaran gas toksik dianalisis secara tuntas di bawah analisis dan dapatan mahkamah bersama nota rekod dan keterangan saksi,” katanya.

Mahkamah memerintahkan keempat-empat defendan membayar kos berjumlah RM100,000 kepada semua 171 plaintif yang merupakan jumlah pukal bagi peringkat liabiliti, yang merangkumi kedua-dua kes yang didengar bersama, iaitu saman melibatkan 42 plaintif berkaitan kecederaan diri dan satu lagi tindakan oleh 129 nelayan yang menuntut kerugian akibat kemerosotan hasil tangkapan.

Prosiding taksiran jumlah ganti rugi bagi semua plaintif akan ditetapkan kemudian.

Sementara itu, bagi kes saman 42 plaintif, mahkamah menolak tuntutan mereka terhadap defendan pertama hingga kelapan yang terdiri daripada agensi kerajaan, pegawai awam serta pihak berkuasa awam dan memerintahkan mereka membayar kos RM10,000 kepada setiap defendan terbabit, menjadikan jumlah keseluruhan RM80,000.

Bagi kes nelayan, tuntutan terhadap defendan pertama hingga kelapan telah dibatalkan lebih awal menerusi perintah mahkamah pada 13 Jan 2021.

Mahkamah membenarkan tuntutan ganti rugi kecederaan diri kesemua 42 plaintif terdiri daripada 32 kanak-kanak dan 10 individu dewasa terhadap keempat-empat defendan itu selepas mendapati kecederaan fizikal serta hubungan sebab musabab antara pencemaran Sungai Kim Kim dengan kecederaan berkenaan berjaya dibuktikan atas imbangan kebarangkalian.

Kes nelayan p**a melibatkan 129 nelayan tradisional termasuk komuniti Orang Asli dari tujuh perkampungan sekitar Sungai Kim Kim, yang mendakwa mengalami kemerosotan hasil jualan ikan antara 50 hingga 85 peratus bagi tempoh Mac hingga Jun 2019.

Prosiding taksiran jumlah ganti rugi bagi semua plaintif akan ditetapkan kemudian.

Dalam penghakimannya selama sejam, Manira berkata terdapat rantaian bukti keadaan yang secara kumulatif menghubungkan P Tech Resources dengan pencemaran berkenaan, antaranya pengeluaran bahan cecair seberat 46,330 kilogram dari premis syarikat pada 5 Mac 2019.

Dua hari kemudian, Maridass didapati telah melepaskan buangan terjadual berupa buangan minyak atau enap cemar berminyak ke Sungai Kim Kim menggunakan sebuah lori tangki antara 12.01 tengah malam hingga 1 pagi, dan dia selepas itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan berhubung pelepasan bahan itu dan didenda RM100,000 pada 30 Nov 2023.

Mahkamah memutuskan bahawa walaupun keputusan kes jenayah tidak dengan sendirinya menentukan liabiliti sivil, pengakuan bersalah Maridass boleh diterima sebagai satu bentuk pengakuan terhadap dirinya dalam prosiding berkenaan.

Mahkamah turut menolak pembelaan P Tech Resources bahawa bahan yang dibawa keluar dari kilangnya hanyalah air basuhan lantai biasa, malah seorang pengarah syarikat dalam pemeriksaan balas mengakui bahan berkenaan turut dijual kepada kilang simen sebagai bahan api gantian arang batu.

Manira menyifatkan pengakuan itu sebagai “senjata makan tuan” kerana cecair yang mempunyai nilai kalori dan mampu membantu proses pembakaran industri tidak konsisten dengan dakwaan bahawa ia sekadar air basuhan biasa yang selamat.

Mahkamah turut mendapati syarikat berkenaan tidak pernah mendapatkan pengesahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sama ada cecair 46,330 kilogram itu merupakan buangan terjadual serta tidak mengemukakan analisis bagi membuktikan sebaliknya.

Perbicaraan berlangsung selama 20 hari dengan keterangan sembilan saksi plaintif dan 12 saksi defendan. Plaintif diwakili peguam Datuk Kamaruddin Ahmad, Walter Pereira, Kem Kumar Lopez dan Radhiah Abdul Karim.

Kerajaan Negeri Johor selaku defendan pertama, Menteri Besar Johor ketika itu Datuk Osman Sapian sebagai defendan kedua, Dr Sahruddin Jamal yang ketika itu Exco Alam Sekitar sebagai defendan ketiga serta Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor sebagai defendan kelima diwakili Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Muhammad 'Azzam Zainal Abidin dan Arief Aiman Hamir Hamzah.

Pengarah JAS Johor selaku defendan keempat, Ketua Pengarah JAS sebagai defendan ketujuh dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kelapan p**a diwakili Peguam Kanan Persekutuan Zetty Zurina Kamarudin dan Nurul Farhana Khalid.

Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) selaku defendan keenam diwakili peguam Mohd Faizal Ahmad dan Ahmad Ibrahim Hane.

-- BERNAMA

Geng pecah kereta di Desaru tumpas, saki baki ahli dikesanJOHOR BAHRU – Polis Johor menahan tiga lelaki yang disyaki mel...
09/09/2026

Geng pecah kereta di Desaru tumpas, saki baki ahli dikesan

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan tiga lelaki yang disyaki melakukan jenayah pecah kenderaan termasuk kenderaan bernombor pendaftaran Singapura di pusat peranginan di Desaru, Kota Tinggi yang tular pada Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, tiga lelaki tempatan berusia 26 hingga 36 tahun ditahan dalam ‘Ops Kesan’ di kawasan Masai dan Majidee, di sini, pada kelmarin dan semalam.

“Ketiga-tiga suspek ini dipercayai terlibat dalam tujuh kes pecah kenderaan dan curi barangan dalaman kenderaan tersebut di Kota Tinggi pada Ahad lalu.

“Daripada tujuh kes itu, empat membabitkan empat kenderaan bernombor pendaftaran Singapura di tiga pusat peranginan dan rekreasi di Desaru,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan tiga kenderaan bernombor pendaftaran Singapura didakwa dipecah masuk di kawasan parkir sebuah taman tema air di Desaru, Ahad lalu.

Menurut seorang pengunjung, Syafiq Maselan yang berkongsi kejadian itu dalam Facebook MY SG Road Trip,mangsa dipercayai menjadi sasaran kerana meninggalkan beg di dalam kenderaan.

Sementara itu, Adventure Waterpark Desaru Coast dalam satu kenyataan berkata pihak pengurusan sudah mengambil langkah segera untuk memperkukuh keselamatan susulan insiden berkenaan.

Ab Rahaman berkata, susulan penahanan itu, polis turut merampas sebuah kereta, tiga unit telefon bimbit, tiga unit tablet, sebuah beg galas, dua unit kunci alat Kawalan jauh, sebatang pemutar skru dan spanar.

Menurutnya, kesemua suspek ini dipercayai menyasarkan kenderaan yang diletakkan di kawasan terpencil dan jauh dari pandangan orang awam.

Katanya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga lelaki tersebut mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan ujian saringan urin mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Kita masih memburu saki-baki kump**an tersebut termasuk dalang yang masih bebas.

“Polis Johor memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di negeri ini masih terkawal dan selamat untuk dikunjungi para pelancong dan jamin perkara ini tidak akan berulang,” katanya.

Kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat. – KOSMO! ONLINE

PERKESO ubah pendekatan, cari penerima manfaat bukan tunggu permohonanKUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKE...
09/09/2026

PERKESO ubah pendekatan, cari penerima manfaat bukan tunggu permohonan

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini mengambil pendekatan meluluskan tuntutan manfaat oleh pencarum sejurus sesuatu kes didaftarkan di hospital.

Timbalan Ketua Eksekutif (Strategi dan Korporat) PERKESO, Edmund Cheong Peck Huang berkata pendekatan itu memudahkan pencarum tanpa dibebankan dengan prosedur permohonan.

“Sebenarnya tanggungjawab PERKESO bukannya tunggu permohonan. Apabila berlaku kemalangan atau kematian, keluarga akan berada dalam keadaan panik. Itu bukan masa untuk mereka fikir tentang perkara-perkara (permohonan insentif dan bantuan) ini.

“Kami telah ubah pendekatan. Apabila berlaku kemalangan, titik sentuh pertama PERKESO, bukan di pejabat, sebaliknya di hospital kerajaan. Apabila pihak hospital semak (nombor MyKad), kita ada pasukan bersedia 24 jam yang bersedia untuk luluskan Surat Pengesahan (GL) jika kes itu layak ditanggung PERKESO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.

PERKESO ubah pendekatan, cari penerima manfaat bukan tunggu permohonan

Selain itu, Edmund juga memaklumkan, PERKESO juga menubuhkan Skuad PERKESO Prihatin yang memantau laporan berita dan media sosial khususnya mengenai insiden melibatkan pencarum memerlukan bantuan.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan mengenai kekeliruan orang awam mengenai kaedah penilaian yang digunakan oleh PERKESO untuk meluluskan tuntutan manfaat hilang upaya kekal dan keilatan.

Ujarnya, sebarang keputusan diputuskan oleh panel doktor pakar daripada hospital kerajaan.

Katanya, diagnosis yang dibuat oleh panel doktor adalah berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4].

“Dalam Akta ini, untuk tentukan keilatan, pekerja tersebut mesti ada satu penyakit yang berkekalan dan tidak mampu bekerja. Contohnya, ada dua individu yang menghidap strok tetapi hanya seorang sahaja yang disahkan sebagai kes ilat.

“Apabila kita dalami kes tersebut. Individu yang disahkan ilat itu menghidap strok untuk tempoh setahun, tidak ada sebarang penambahbaikan daripada segi kesihatan dan tidak mampu bekerja.

“Manakala, individu kedua yang tidak dikategorikan sebagai ilat didapati hanya menghidap strok untuk tempoh sebulan. Maka ada kemungkinan, individu tersebut boleh pulih jika dia mengikuti rawatan dan rehabilitasi,” jelasnya.

Agenda AWANI: Cabaran Memahami Keselamatan Sosial

CEO Alam Maritim didakwa di Mahkamah Sesyen KL esokBerdasarkan semakan sistem mahkamah, Azmi akan dituduh di Mahkamah Se...
09/09/2026

CEO Alam Maritim didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, Azmi akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 14 di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.

Pada 17 Ogos lepas, Alam Maritim Resources Bhd menerusi makluman kepada Bursa Malaysia mengumumkan Azmi direman bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 15 Ogos, SPRM dilaporkan menahan tujuh individu, terdiri daripada seorang CEO, seorang pengarah syarikat, seorang bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi membantu siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Menurut sumber, seorang CEO syarikat perkapalan bergelar ‘Datuk’, berusia dalam lingkungan 60an, ditahan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran matan palsu ketika membuat bayaran kepada TH, membabitkan pemalsuan dokumen kontrak sebuah syarikat petroleum untuk kepentingan syarikat miliknya.

Polis tahan tiga lelaki, bantu siasatan kes curi excavatorGERIK – Tiga lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes...
09/09/2026

Polis tahan tiga lelaki, bantu siasatan kes curi excavator

GERIK – Tiga lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian sebuah jentera pengorek (excavator) yang dilaporkan hilang di Kampung Sumpitan, Lenggong, di sini.

Ketiga-tiga suspek berusia 29 hingga 66 tahun itu ditahan dalam tangkapan berasingan di Gerik dan Ipoh semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, dalam operasi itu, polis merampas sebua excavator jenis Mitsubishi ES110 dan telefon bimbit Samsung Galaxy A07 yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek pertama dipercayai terlibat dalam kegiatan itu, manakala suspek kedua adalah pengusaha alat ganti jentera berat.

“Suspek ketiga p**a dipercayai diminta membawa jentera berkenaan ke Ipoh menggunakan sebuah lori jenis loader.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan kesemua suspek diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya.

Abdul Samad berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan mencuri atau melupuskan harta benda tanpa kebenaran.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu polis bagi melengkapkan siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Abdul Azeez pakai baju lokap, gari atas kehendak sendiri - SPRMKUALA LUMPUR: Kehadiran bekas Pengerusi Lembaga Tabung Ha...
09/09/2026

Abdul Azeez pakai baju lokap, gari atas kehendak sendiri - SPRM

KUALA LUMPUR: Kehadiran bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini dengan memakai baju lokap ungu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tangan bergari adalah atas kehendak beliau sendiri.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Abdul Azeez telah dinasihatkan oleh pegawai SPRM dan polis pengiring serta peguam bela beliau sendiri supaya menukar kepada pakaian biasa selain tidak perlu digari.

"Bagaimanapun, beliau berkeras untuk kekal memakai pakaian lokap dan juga gari berkenaan sehingga proses pertuduhan selesai dibacakan.

"Justeru, SPRM ingin menegaskan bahawa pemakaian baju lokap dan gari terhadap beliau bukan atas arahan atau kehendak mana-mana pihak, khususnya SPRM," menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, SPRM meminta orang ramai mengelak membuat sebarang spekulasi tidak berasas atau menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung perkara berkenaan.

Terdahulu, Abdul Azeez didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi TH bagi mendapatkan suapan jawatan pengerusi di sebuah syarikat dan meyakinkan Ahli Lembaga TH supaya bersetuju meluluskan cadangan pelaburan RM193.5 juta dalam syarikat berkenaan, 12 tahun lepas.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, dan dibenarkan diikat jamin RM450,000 dengan dua penjamin warga tempatan berserta syarat tambahan melapor diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur setiap tiga bulan sekali sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 11 Nov depan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

-- BERNAMA

New York dedah rekod kesihatan, kualiti udara selepas serangan 11 SeptemberNEW YORK: Pentadbiran Datuk Bandar New York, ...
09/09/2026

New York dedah rekod kesihatan, kualiti udara selepas serangan 11 September

NEW YORK: Pentadbiran Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, mendedahkan lebih 170,000 halaman rekod perbandaran berkaitan kesan serangan 11 September terhadap kualiti udara dan kesihatan, termasuk tindakan yang diambil bandar itu susulan tragedi berkenaan.

Mamdani mengumumkan pendedahan dokumen berkenaan serta pelancaran portal dalam talian untuk mengaksesnya pada Selasa.

Pendedahan itu dibuat selepas penyelesaian dua saman yang dikemukakan 9/11 Health Watch, sebuah organisasi yang sekian lama berusaha mendapatkan akses kepada dokumen berkenaan.

“Sudah terlalu lama, penduduk New York terpaksa berjuang untuk mendapatkan rekod yang sepatutnya tersedia untuk mereka sejak awal,” kata Mamdani dalam satu kenyataan.

Ketika sidang media, Mamdani berkata penderitaan akibat serangan 11 September tidak berakhir selepas asap hilang dan debu mendap.

“Orang ramai jatuh sakit kerana pemimpin yang mereka percayai berbohong dan memberitahu mereka bahawa udara beracun itu selamat untuk disedut,” katanya.

Dokumen yang didedahkan itu hanya merangkumi sebahagian kecil daripada laporan kualiti udara di Ground Zero.

Bagaimanapun, ia turut mengandungi memorandum dalaman yang menunjukkan New York City pernah mempertimbangkan kemungkinan berdepan liabiliti berkaitan isu kualiti udara.

Pendedahan rekod berkenaan dibuat tiga hari sebelum ulang tahun ke-25 serangan 11 September yang mengorbankan hampir 3,000 orang di New York City, Washington dan Pennsylvania.

Menurut pegawai, dokumen itu memberikan bukti lanjut pihak berkuasa bandar mengetahui udara di sekitar Menara Berkembar tercemar dan berbahaya, namun mengelirukan orang ramai dengan memberitahu keadaan itu selamat.

“Ketika itu, saya dan rakan-rakan yang mewakili Ground Zero serta komuniti sekitar segera memberi amaran kepada pegawai tempatan dan persekutuan mengenai risiko kesihatan yang berpunca daripada toksin di udara.

“Amaran kami tidak diendahkan dan kini kami serta orang ramai mengetahui bahawa Dewan Bandar Raya, yang ketika itu diketuai bekas Datuk Bandar, Rudy Giuliani, menjangkakan ribuan anggota pasukan penyelamat dan penduduk setempat akan berdepan kesan kesihatan jangka panjang yang serius akibat toksin berkenaan,” kata anggota Kongres, Jerry Nadler, dalam satu kenyataan.

Ahli Majlis Bandar Raya New York, Gale Brewer, turut menyuarakan pandangan yang sama.

“Selama 25 tahun, anggota pasukan penyelamat, mangsa yang terselamat, keluarga serta mereka yang tinggal, bekerja dan bersekolah di Manhattan Selatan terpaksa menanggung kesan kesihatan akibat 11 September, sedangkan maklumat penting dalam rekod bandar itu sendiri, termasuk bagaimana mereka jatuh sakit terus tidak dapat diakses,” katanya dalam satu kenyataan.- AGENSI

Mangsa culik RM7 juta ada kaitan ketua sindiket ditembak matiKUALA SELANGOR – Misteri penculikan lelaki berusia 44 tahun...
09/09/2026

Mangsa culik RM7 juta ada kaitan ketua sindiket ditembak mati

KUALA SELANGOR – Misteri penculikan lelaki berusia 44 tahun dengan tuntutan wang tebusan RM7 juta pada Julai lalu terbongkar apabila mangsa dipercayai mempunyai kaitan dengan dalang sindiket makmal dadah bernilai RM2.4 bilion.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati lelaki itu mempunyai kaitan dengan individu yang ditembak mati polis dalam operasi di Seremban baru-baru ini.

“Kita telah mengenal pasti lelaki ini mempunyai kaitan dengan individu yang ditembak mati di Seremban serta sindiket yang ditumpaskan susulan serbuan makmal dadah di kawasan perindustrian Bandar Puncak Alam,”katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, lelaki itu kini ditahan selama 60 hari mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Siasatan berhubung penglibatan lelaki ini dalam sindiket masih dijalankan,” katanya.

Perkembangan terbaharu itu membuka satu lagi sisi dalam kes penculikan berkenaan yang pada awalnya disiasat sebagai mangsa diculik.

Mangsa diselamatkan polis dari sebuah unit kediaman di i-City, Shah Alam kira-kira pukul 1 pagi iaitu kurang 48 jam selepas isterinya membuat laporan berhubung kejadian itu.

Lapan lelaki termasuk seorang bekas anggota polis yang sudah dipecat serta seorang wanita

berusia 30 hingga 46 tahun ditahan berhubung kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Karisambal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Karisambal:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share