Sabah untuk Sabahan

  • Home
  • Sabah untuk Sabahan

Sabah untuk Sabahan Republic of North Borneo of Sabah

Bahagian Sandakan, Sabah.▪️Bahagian Sandakan atau Sandakan Division adalah salah satu bahagian pentadbiran di Sabah. Bah...
14/04/2021

Bahagian Sandakan, Sabah.

▪️Bahagian Sandakan atau Sandakan Division adalah salah satu bahagian pentadbiran di Sabah. Bahagian Sandakan juga merupakan Bahagian yang terbesar di antara lima bahagian yang terdapat di Negeri Sabah. Bandar Sandakan adalah Pusat pentadbirannya.

▪️BENTUK MUKA BUMI
Bahagian Sandakan terletak disebelah Tengah, Timur dan Timur Laut negeri Sabah, Bahagian Sandakan terdiri daripada berbagai bentuk muka bumi, iaitu dari tanah tinggi, tanah pamah, lembangan, dan pinggir laut, Gunung tertinggi di Bahagian Sandakan ialah Gunung Lotung (1,776 meter) dan Sungai terpanjang adalah Sungai Kinabatangan (560 km) dan Pulau terbesar adalah Pulau Jambongan yang terletak di Utaranya.

▪️KELUASAN
Bahagian Sandakan adalah bahagian yang terluas di Sabah, Ia terbentang secara menyerong dari pantai timur laut Sabah ke kawasan tengah Sabah. Dengan keluasan 28,205 kilometer persegi, ia menguasai 38.3% Wilayah Sabah, Bahagian Sandakan Bersempadan dengan kesemua lima bahagian di Sabah seperti Bahagian Tawau di sebelah Selatan, Bahagian Pedalaman di Barat Daya, Bahagian Pantai Barat di Barat dan Bahagian Kudat di sebelah Utara, serta Laut Sulu di Timurnya.

▪️DAERAH
Bahagian Sandakan terbahagi kepada lima buah daerah dan sebuah daerah kecil seperti:

1. 🟡Daerah Beluran (dahulunya Labuk-Sugut)
2. 🟡Daerah Kinabatangan
3. 🟡Daerah Sandakan
4. 🟡Daerah Telupid
5. 🟡Daerah Tongod
6. 🟡Daerah Kecil Paitan (1999)

▪️PENDUDUK
Bahagian Sandakan memilki penduduk seramai 702,207 atau 19.4% daripada jumlah penduduk di Negeri Sabah, Daerah Sandakan sahaja dihuni seramai 479,121 ribu orang.

▪️SUKU KAUM
Banagian Sandakan dihuni beberapa kump**an etnik antaranya ialah Orang Sungai, Suluk, Cina, Bajau, Kadazandusun, Tidung, Ida'an, Bugis, Melayu Brunei, Kagayan, Arab, Jawa, Murut, Banjar dan juga Pendatang dari Negara Filipina, Indonesia dan Pakistan.

▪️BAHASA
Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi Negara Malaysia dan juga Negeri Sabah, Bahasa Melayu yang dituturi di Bahagian Sandakan adalah percampuran dari loghat Pantai Timur dan juga Pantai Barat.

▪️AGAMA
Agama Islam adalah agama dominant dianuti penduduk Bahagian Sandakan, dengan Daerah Kinabatangan, Daerah Sandakan dan Daerah Beluran merupakan kawasan Majoriti Muslim, manakala Daerah Telupid dan Daerah Tongod p**a majoritinya adalah Kristian, serta minoriti Buddha dan Kepercayaan lain terutamananya di Bandar Sandakan.

▪️EKONOMI
Ekonomi Banagian Sandakan bergantung dengan pengeluaran Kelapa Sawit dan juga Pembalakan, selain Perikanan. Pelabuhan Sandakan adalah satu-satunya pelabuhan yang terdapat di bahagian tersebut ia berfungsi sebagai pusat eksport utama produk pembalakan dan juga minyak sawit. Lapangan Terbang Sandakan juga adalah satu-satunya Lapangan Terbang Domestik di Bahagian Sandakan.

▪️TEMPAT MENARIK DAN PELANCONGAN
Tempat-tempat menarik yang terdapat di Bahagian Sandalan ialah seperti

🔸Maliau Basin, Taman Pulau Penyu, Sepilok Orangutan, Sungai Kinabatangan Sukau, Gua Gomantong, Pulau Lankayan, Batu Tulug, Imbak Canyon, Tawai Rainforest Camp, Pulau Berhala, Labuk Bay Sanctuary, Rainforest Discovery Centre, Air Terjun Bakong-Bakong dan banyak lagi.

🔹Cadangan Saya untuk masa hadapan Bahagian Sandakan patut dibahagi kepada tiga Bahagian iaitu Bahagian Sandakan, Bahagian Beluran dan Bahagian Tongod.

Bahagian Tawau, Sabah.▪️Bahagian Tawau atau Tawau Division adalah salah satu daripada lima bahagian pentadbiran di Sabah...
12/04/2021

Bahagian Tawau, Sabah.

▪️Bahagian Tawau atau Tawau Division adalah salah satu daripada lima bahagian pentadbiran di Sabah. Bandar Tawau merupakan Pusat pentadbirannya.

▪️BENTUK MUKA BUMI
Bahagian Tawau terletak disebelah Tenggara negeri Sabah, bentuk muka bumi Bahagian ini adalah berbukit bukau di kawasan pedalamannya dan juga tanah pamah di persisirannya, Gunung atau Puncak tertinggi di Bahagian Tawau ialah Gunung Magdalena (1,331 meter), dan Sungai terpanjang adalah Sungai Segama (350 km) dan Pulau terbesar adalah Pulau Sebatik.

▪️KELUASAN
Keluasan Bahagian Tawau, seluas 14,905 kilometer persegi atau 20% daripada wilayah Negeri Sabah. Yang bersempadan dengan Bahagian Sandakan di Utara, Bahagian Pedalaman di Barat dan Kalimantan Utara di Selatan serta Laut Sulu dan Laut Sulawesi di Timurnya.

▪️DAERAH
Bahagian Tawau terbahagi kepada lima buah daerah dan sebuah daerah kecil seperti:

1. 🟡Daerah Kalabakan
2. 🟡Daerah Kunak
3. 🟡Daerah Lahad Datu
4. 🟡Daerah Semporna
5. 🟡Daerah Tawau
6. 🟡Daerah Kecil Tungku (2007)

▪️PENDUDUK
Bahagian Tawau memilki 26% daripada jumlah penduduk di Negeri Sabah atau bersemaan dengan 819,955 ribu orang merupakan Bahagian kedua paling ramai penduduk di Sabah.

▪️SUKU KAUM
Banagian Tawau juga dihuni oleh pelbagai suku kaum antaranya ialah terdiri Pribumi Bajau, Suluk, Ida'an, Tidung, Orang Sungai, Melayu, Bulungan, Cocos, Bugis, Jawa, Murut, Banjar, Brunei, Iban, Butun, Kadazandusun, Dumpas serta Orang Cina dan juga Pendatang dari Negara Indonesia, Filipina dan Pakistan.

▪️BAHASA
Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi Negara Malaysia dan juga Negeri Sabah, Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama di Bahagian Tawau namun ia mempunyai Loghat atau dialeknya tersendiri yang di panggil Loghat Melayu Pantai Timur Sabah atau Loghat Tawau ia agak berbeza dari Loghat Melayu lain di Nusantara.

▪️AGAMA
Islam adalah agama utama dan terbesar di anuti oleh dominant Penduduk Bahagian Tawau, Sabah dengan kira-kira 80% lebih penduduk di lima buah daerah di Bahagian Tawau adalah beragama Islam, dan juga terdapat minoriti kecil penganut Kristian, Buddha, Sikh dan lain-lain.

▪️EKONOMI
Banagian Tawau merupakan kawasan utama pengeluar Kelapa Sawit terbesar di Malaysia dan juga kawasan Perikanan utama di Malaysia. Pelabuhan Tawau adalah pelabuhan yang ketiga terbesar di Sabah selepas Pelabuhan Kota Kinabalu dan Sandakan. Pelabuhan tersebut berfungsi sebagai pusat eksport utama produk pembalakan dan agrikultur. Terdapat dua lapangan terbang domestik di Bahagian Tawau iaitu di Tawau dan satu lagi berada di Lahad Datu.

▪️TEMPAT MENARIK DAN PELANCONGAN
Bahagian Tawau juga terkenal dengan beberapa tempat yang menarik seperti

🔸Taman Sipadan, Taman Tun Sakaran, Lembah Danum, Tabin, Taman Bukit Tawau, Gua Madai, Air Terjun Madai, Batu Tersusun Sungai Balung, Menara Kayangan Gunung Silam, Bukit Tengkorak, Kawasan Konservasi Persisir Pantai Silam, Pulau Mataking, Pulau Kapalai, Borneo Paradise, Pulau Buta dan banyak lagi.

🔹Cadangan Saya untuk masa hadapan Bahagian Tawau patut dibahagi kepada dua Bahagian iaitu Bahagian Tawau dan Bahagian Lahad Datu.

18/03/2021

2021??

03/12/2019

Sabah pada asalnya adalah terbahagi kepada 3 kawasan yang berasingan iaitu Pantai Timur dikuasai oleh Sulu, Pantai Barat dimiliki oleh Brunei dan Pedalaman adalah kawasan yang bebas.

Tetapi Britishlah yang telah bertanggungjawab menyatuhkan ketiga Kawasan ini menjadi satu Wilayah yang kemudian dipanggil Borneo Utara :)

Selepas Merdeka nama Borneo Utara digantikan kepada Sabah 😊

27/08/2019

2019?

31/12/2018

2018.......... Bye

31/12/2017

2017.......... Bye

04/09/2016

Sabah negeri berbilang kaum dan etnik. kamu etnik apa??? :)

Bendera Tambunan mana pilihan anda? No.1?No.2?
23/02/2016

Bendera Tambunan mana pilihan anda?

No.1?
No.2?

Bendera Papar mana pilihan anda?No.1?No.2?
20/02/2016

Bendera Papar mana pilihan anda?

No.1?
No.2?

27/12/2015

Hai Orang Sabah :)

Bendera Nabawan yang mana Pilihan anda?No. 1? No. 2?
17/11/2015

Bendera Nabawan yang mana Pilihan anda?

No. 1?
No. 2?

Bendera Kuala Penyu yang mana Pilihan anda?No 1? or no 2?
07/11/2015

Bendera Kuala Penyu yang mana Pilihan anda?

No 1? or no 2?

Bendera Beaufort yang mana Pilihan anda?No. 1? No. 2?
08/10/2015

Bendera Beaufort yang mana Pilihan anda?

No. 1?
No. 2?

Bendera Sipitang yang mana Pilihan anda?No. 1? No. 2?
07/10/2015

Bendera Sipitang yang mana Pilihan anda?

No. 1?
No. 2?

Bendera Tenom yang mana Pilihan anda?No 1? or no 2?Bendera ini hanya ciptaan saya semata2 :)
06/10/2015

Bendera Tenom yang mana Pilihan anda?

No 1? or no 2?

Bendera ini hanya ciptaan saya semata2 :)

Bendera2 Negeri2 Sabah ciptaanku pada tahu 2006 ketika zaman kanak2 riang ..... boleh masuk Muzium ni hahaha....
16/09/2015

Bendera2 Negeri2 Sabah ciptaanku pada tahu 2006 ketika zaman kanak2 riang ..... boleh masuk Muzium ni hahaha....

Diantara bendera tahun 1963 dan 1988 (bendera versi terkini), terdapat juga versi bendera lain yang turut diguna, diambi...
13/08/2015

Diantara bendera tahun 1963 dan 1988 (bendera versi terkini), terdapat juga versi bendera lain yang turut diguna, diambil bermula tanggal 1 Januari 1982. Ia mempunyai seni reka yang jelas berbeza: warna biru bendera diatas wara putih dengan bentuk segi tiga berwarna merah yang terangkat. Bentuknya seakan-akan bendera Sarawak yang digunakan sehingga tanggal 31 Ogos 1988, dimana warna merah diatas warna putih dengan segi tiga berwarna biru yang terangkat.

Bendera negeri Sabah (1982–1988) telah dicipta pada tahun 1981 dibawah pentadbiran Parti Bersatu Rakyat Sabah (BERJAYA) dari tahun 1976 hingga 1985.

Bendera tersebut hampir sama dengan Bendera Filipina dan Bendera Republik Czech.

Pada tanggal 31 Ogos 1963, Sabah telah memilih benderanya dengan reka bentuk 4 jalur berwarna merah diatasnya warna puti...
12/08/2015

Pada tanggal 31 Ogos 1963, Sabah telah memilih benderanya dengan reka bentuk 4 jalur berwarna merah diatasnya warna putih, diatas warna kuning dan diatas warna biru, dan warna hijau canton dengan gambar gunung berwarna coklat.

Maksud bendera yang direka pada tahun 1963 hampir sama dengan bendera terkini yang diguna pakai pada tahun 1988.

Crown Colony of Labuan (1912-1946)
09/08/2015

Crown Colony of Labuan (1912-1946)

Crown Colony of North Borneo (1948-1963)
07/08/2015

Crown Colony of North Borneo (1948-1963)

Flag of British North Borneo (1882-1941)
06/08/2015

Flag of British North Borneo (1882-1941)

Civil Ensign of British North Borneo
05/08/2015

Civil Ensign of British North Borneo

Sabah terbahagi kepada lima bahagianNamakan Bahagian2 ini mengikut Warna :)1. Warna Hijau 2. Warna Brass3. Warna Merah J...
04/08/2015

Sabah terbahagi kepada lima bahagian

Namakan Bahagian2 ini mengikut Warna :)

1. Warna Hijau
2. Warna Brass
3. Warna Merah Jambu
4. Warna Kuning
5. Warna Merah

Semoga Berjaya

02/08/2015

26 April 2012 bermulanya Page Ini dengan nama UNITED REPUBLIC OF NORTH BORNEO OF SABAH kemudiannya bertukar menjadi REPUBLIC NORTH BORNEO OF SABAH sekali lagi saya tukar pada tahun 2013 REPUBLIC OF SABAH dan kini SABAH UNTUK SABAHAN 2014 ;)

23/07/2015

Saya memang mahu Sabah Merdeka sejak saya kecil lagi tapi saya tidak berminat untuk menyokong Doris Jones kenapa? Bila saya tengok post2 dia banyak berunsur kebencian maki hamun dan sebagainya setahu saya itu bukan Budaya Sabahan saya tidak s**a macam itu memburuk-burukkan orang lain untuk mendapat sokongan.. Maaf ya... Tapi Saya mahu Sabah Merdeka secara Aman dan Damai tanpa ada permusuhan dengan mana2 Negara pun :)

21/07/2015

Tak sangka sudah ramai p**a yang Like Page ni hahaha Terimakasih semua

Antarabangsa di Bumi Sabah merupakan Negeri yang paling berbilang Kaum di Negara ini.Antara Kaum-kaum yang Utama di Daer...
13/07/2015

Antarabangsa di Bumi Sabah merupakan Negeri yang paling berbilang Kaum di Negara ini.

Antara Kaum-kaum yang Utama di Daerah-daerah seluruh Sabah

1. Tawau - Bugis, Tidung, Cina & Suluk
2. Semporna - Bajau & Suluk
3. Kunak - Bajau, Bugis, Ida'an, Cocos
4. Lahad Datu - Ida'an, Suluk, Bajau & Bugis
5. Kinabatangan - Orang Sungai, Ida'an, Bugis & Suluk
6. Tongod - Orang Sungai, Dusun & Murut
7. Sandakan - Suluk, Cina & Orang Sungai
8. Beluran - Orang Sungai, Dusun, Tidung & Suluk
9. Pitas - Tombonuo, Orang Sungai, Suluk & Rungus
10. Kudat - Rungus, Bajau & Bonggi/Molbog
11. Kota Marudu - Dusun, Sungai & Rungus
12. Kota Belud - Bajau Samah, Dusun & Illanun
13. Tuaran - Dusun, Cina, Bajau & Illanun
14. Ranau - Dusun & Orang Sungai
15. Kota Kinabalu - Cina, Brunei, Bajau & Dusun
16. Penampang - Kadazan, Sino & Cina
17. Putatan - Brunei, Bajau, Kadazan & Cina
18. Papar - Brunei & Kadazan
19. Tambunan - Dusun
20. Keningau - Dusun & Murut
21. Nabawan - Murut & Lundayeh
22. Tenom - Murut, Cina & Lundayeh
23. Sipitang - Kedayan & Lundayeh
24. Beaufort - Bisaya, Brunei & Dusun
25. Kuala Penyu - Tatana, Brunei & Kedayan
26. Labuan - Kedayan & Brunei

Disini perlu kita ketahui bahawa Sabah bukanlah milik satu-satu kaum sahaja tetapi banyak lagi kaum hidup di bumi yang sama. Pendek kata "Lain Daerah, Lain Bangsa, Lain Sejarah!"

Itulah dia Negeri di bawah bayu :)

*>/*

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah untuk Sabahan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share