Kelab Melayu Pulau Pinang

  • Home
  • Kelab Melayu Pulau Pinang

Kelab Melayu Pulau Pinang Hidup Melayu Pulau Pinang

Kelab Melayu Utara ditubuhkan pada tahun 2008 ,Motif penubuhan adalah untuk Menperkukuhkan martabat bangsa melayu di bumi sendiri ,selain merapatkan ukhwah dan juga dapat menbina jati diri Bangsa,Agama dan Negara

Apabila jutawan India, Ratan Tata, ditanya oleh seorang penyampai radio dalam satu temu ramah melalui telefon:"Tuan, apa...
30/07/2025

Apabila jutawan India, Ratan Tata, ditanya oleh seorang penyampai radio dalam satu temu ramah melalui telefon:

"Tuan, apakah yang tuan ingat sebagai saat paling membahagiakan dalam hidup?"

Ratan Tata menjawab:

"Saya telah melalui empat tahap kebahagiaan dalam hidup, dan akhirnya saya faham maksud sebenar kebahagiaan.

Tahap pertama ialah apabila saya mula mengumpul kekayaan dan sumber. Tetapi pada tahap ini, saya tidak mendapat kebahagiaan yang saya inginkan.

Kemudian datang tahap kedua, iaitu mengumpul barang-barang berharga dan mewah. Namun saya sedar kesan kebahagiaan dari benda-benda ini hanyalah sementara dan kilauannya tidak kekal lama.

Selepas itu datang tahap ketiga, apabila saya berjaya mendapatkan projek-projek besar. Ketika itu saya menguasai 95% bekalan diesel di India dan Afrika. Saya juga memiliki kilang besi terbesar di India dan Asia. Tetapi walaupun begitu, saya masih tidak merasai kebahagiaan seperti yang saya bayangkan.

Tahap keempat ialah apabila seorang sahabat saya meminta saya membeli kerusi roda untuk kanak-kanak kurang upaya – kira-kira 200 orang. Atas permintaan sahabat itu, saya segera membeli kerusi roda tersebut.

Namun sahabat saya mendesak agar saya turut serta untuk menyerahkan sendiri kerusi roda itu kepada anak-anak tersebut. Saya bersetuju dan pergi bersamanya. Di sana, saya serahkan kerusi roda itu dengan tangan saya sendiri.

Saya melihat satu sinar kebahagiaan yang luar biasa pada wajah anak-anak itu. Saya lihat mereka duduk di atas kerusi roda, bergerak ke sana sini dan berseronok. Seolah-olah mereka berada di tempat perkelahan, dan masing-masing berkongsi kegembiraan menerima hadiah kemenangan.

Ketika saya ingin beredar, seorang kanak-kanak memeluk kaki saya. Saya cuba untuk perlahan-lahan melepaskan kaki saya, tetapi kanak-kanak itu memandang muka saya dan memegang kaki saya dengan erat. Saya tunduk dan bertanya kepada kanak-kanak itu: ‘Adakah kamu mahu apa-apa lagi?’

Jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak itu bukan sahaja mengejutkan saya, malah mengubah sepenuhnya pandangan hidup saya.”

Kanak-kanak itu berkata:

“Saya mahu ingat wajah pakcik, supaya bila saya jumpa pakcik di syurga nanti, saya boleh cam muka pakcik dan ucap terima kasih sekali lagi.”

28/07/2025

Berlaku kebakaran di Juru Sentral sebentar tadi. Pihak bomba kini sedang berusaha memadamkan kebakaran tersebut. Setakat ini, maklumat lanjut mengenai punca dan tahap kebakaran masih belum diketahui.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Rugby Cougars MRSM Balik Pulau atas kejayaan bergaya menjuarai Super Sc...
27/07/2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Rugby Cougars MRSM Balik Pulau atas kejayaan bergaya menjuarai Super Schools Rugby 2025!

Lebih manis lagi, kemenangan ini hadir selepas menewaskan pasukan hebat Victoria Institution dalam perlawanan akhir yang cukup dramatik iaitu menang 14-13. Sesuatu yang cukup bermakna pabila MRSM berjaya mengungguli saingan berprestij yang telah memasuki penganjuran tahun ke-10 pada tahun ini.

Terbaik MRSM Balik Pulau..💪Bukan saja cemerlang akademik iaitu ranking kedua sekolah terbaik di Penang, tetapi juga cemerlang bidang sukan.
Terus harumkan nama sekolah dan institusi MARA!

Paling bestnya, Semua MRSM di seluruh negara diisytiharkan cuti esok..✨

🌾🐮 MAI MAI MAI! Hari Peladang, Penternak & Nelayan Penang 2025 mai dahhh! 🐣🐢Hangpa semua jangan dok tunggu last minit na...
24/07/2025

🌾🐮 MAI MAI MAI! Hari Peladang, Penternak & Nelayan Penang 2025 mai dahhh! 🐣🐢

Hangpa semua jangan dok tunggu last minit naa! Program HPPNPP 2025 ni akan berlangsung 3 hari berturut-turut, penuh aktiviti best untuk semua lapisan.

📅 Tarikh: 25 – 27 Julai 2025 (Jumaat – Ahad)
🕙 Masa: 10 pagi sampai 10 malam
📍 Tempat: MARDI Seberang Perai, Pulau Pinang

🎉 Antara yang menarik kat sana:

🐄 Lembu sado power!
🦙 Alpaca comel gilaaa
🐥 Anak ayam berwarna-warni
🐢 Penyu pun ada weh
🦆 Petting zoo – budak-budak mesti teruja!
🍗 42 gerai usahawan – makanan viral, lauk kampung, air pelik-pelik semua ada!

💥 Majlis penutup akan dirasmikan oleh:
YAB Ketua Menteri Penang – Chow Kon Yeow
🗓️ Ahad, 27 Julai 2025 jam 3 petang

🌟 Jadi jangan dok tunggu lama…
📸 Bawa mak, ayah, tok wan, anak-anak – mai rasa kemeriahan agro kampung kita.
Makan ada, haiwan comel ada, aktiviti pun banyak. Satgi menyesai tak pi 😆


22/07/2025
19/07/2025
19/07/2025
18/07/2025

BERMINAT IKLAN PERNIAGAAN PRODUK ANDA SILA INBOX KAMI

HANYA RM 50 SAHAJA UNTUK POSTING SEKARANG📢UNTUK HARI INI SAHAJA 📢

17/07/2025

Dunia Akhir Zaman

Address

Tanah Melayu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Melayu Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share