Baneventure Patrick John

  • Home
  • Baneventure Patrick John

Baneventure Patrick John Radiate positivity

23/11/2025

Ceramah di Taman Suria Shoplot.

23/11/2025

Kempen di Kampung Bahang, kediaman Encik Andrew Mijin

23/11/2025

Ceramah di Kampung Koidupan, kediaman Andrew Mijin.

23/11/2025

Kampung Bahang

22/11/2025

Jelajah Sabah First bukan lagi sekadar program, tetapi DEKLARASI HAK KITA!

21/11/2025

Bersama-sama, kita akan mendengar secara mendalam agenda rakyat yang dibawa oleh UPKO, termasuk isu seperti 40% hak Sabah, perancangan pembangunan komuniti yang berkesan, dan hala tuju masa depan Kapayan dan seluruh Sabah.

15/11/2025

Selepas penamaan Calon, Billy Joe Dominic terus menyantuni dan bersama rakyat di sekitar kawasan Penampang.

Sabah First
14/11/2025

Sabah First

Tadi, kita sudah mendapat satu Kenyataan Media Jabatan Peguam Negara, dokumen Notis Rayuan (Notice of Appeal).Kalau dili...
14/11/2025

Tadi, kita sudah mendapat satu Kenyataan Media Jabatan Peguam Negara, dokumen Notis Rayuan (Notice of Appeal).

Kalau dilihatkan daripada kenyataan Media yang dikeluarkan sebelum ini, saya boleh katakan bahawa rayuan ini adalah jauh lebih meluas dan substantif berbanding apa yang digambarkan.

Walaupun Kenyataan Media memberi tumpuan kepada "kecacatan" dalam Alasan Penghakiman (seperti "penyalahgunaan kuasa"), Notis Rayuan yang difailkan di mahkamah mendedahkan bahawa Kerajaan Persekutuan secara konkrit mencabar teras utama keputusan Mahkamah Tinggi.

Notis tersebut mengesahkan Kerajaan Persekutuan merayu terhadap empat isu dan carian utama:

1. Tafsiran Perkara 112D dan Arahan Kajian Semula dimana Kerajaan merayu atas “findings” Mahkamah Tinggi mengenai tafsiran dan pemakaian Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan serta arahan mahkamah untuk mengadakan satu lagi kajian semula dengan Kerajaan Negeri Sabah. Secara kasar, melalui pendapat peribadi saya, ini adalah cabaran terus kepada mekanisme dan kuasa mahkamah untuk mengarahkan proses semakan, bukan sekadar rayuan.

2. Penyalahgunaan Kuasa & Pelanggaran Kewajipan. (Seperti yang diakui dalam KM AGC) Kerajaan merayu “findings” bahawa penggunaan kuasa mereka menjurus kepada "penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran kewajipan perlembagaan."

3. Kerajaan merayu “findings” Hakim bahawa "tiada bukti" wujudnya kajian semula yang sedang berjalan, menjurus kepada persepsi cabaran terhadap dapatan fakta oleh Hakim, bertujuan untuk mengesahkan tindakan mereka sebelum ini.

4. Kerajaan merayu dapatan berkenaan penerbitan Warta P.U. (A) 119/2022 dan P.U. (A) 364/2023. Ini adalah pembelaan terhadap kesahihan tindakan pentadbiran mereka yang lalu, yang telah dicabar oleh Sabah Law Society.

Notis Rayuan ini mengesahkan bahawa situasi undang-undang ini adalah komprehensif dan fundamental. Kerajaan Persekutuan bukan sekadar merayu "bahasa" yang digunakan oleh Hakim; mereka secara aktif mencabar tafsiran perlembagaan teras (Perkara 112D), arahan Mahkamah Tinggi, fact findings, dan kesahihan tindakan pentadbiran mereka.

Melihat daripada ini, ianya seperti menunjukkan percanggahan antara naratif politik dan strategi perundangan sebenar yang sedang diambil di mahkamah.

Sesuatu yang Sabahan harus lihat secara terperinci.

13/11/2025

Syiok ni lagu

Saya tertarik dengan Kenyataan Media daripada Jabatan Peguam Negara bertarikh 11 November 2025, yang mengumumkan Kerajaa...
11/11/2025

Saya tertarik dengan Kenyataan Media daripada Jabatan Peguam Negara bertarikh 11 November 2025, yang mengumumkan Kerajaan Persekutuan tidak akan merayu terhadap intipati keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai Pemberian Khas 40% Sabah, merupakan satu langkah strategik yang bernuansa dan perlu dianalisis secara teliti. Tindakan ini menunjukkan percanggahan antara komitmen politik jangka pendek dan pertimbangan risiko perundangan jangka panjang.
Secara luaran, Kenyataan Media ini nampak HEBAT. “Kerajaan Persekutuan TIDAK AKAN merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan hak 40% Sabah dan akan memulakan rundingan segera”.
Pandangan peribadi saya, melalui daripada Kenyataan Media tersebut, ianya menampakkan Kerajaan Persekutuan secara strategik mengasingkan Keputusan Mahkamah Tinggi daripada Alasan Penghakiman (Grounds of Judgment) untuk mencapai dua objektif yang berbeza iaitu Kemenangan Politik segera dan Perlindungan Undang-Undang Jangka Panjang.
Kenyataan Media tersebut secara eksplisit menyatakan Kerajaan Persekutuan TIDAK AKAN MERAYU terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan hak Sabah terhadap isu 40% dan akan memulakan rundingan segera. Namun, saya melihat kenyataan ini adalah langkah politik pantas (political expediency) yang mengesahkan komitmen kerajaan di hadapan rakyat, memandangkan kita sekarang berada di suasana pilihan-raya.
Namun, pada masa yang sama, terdapat tanda tanya saya terhadap kenyataan ini ialah, Peguam Negara menasihati Jemaah Menteri berhubung "kecacatan dalam alasan penghakiman" dan Kerajaan Persekutuan AKAN MEMBUAT RAYUAN berhubung kecacatan tersebut. Adakah ini adalah Langkah rayuan dimana ianya bukan lagi mengenai membayar 40%, tetapi mengenai menghalang pengisytiharan rasmi (legal precedent) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi? Ini saya lihat seperti langkah perlindungan untuk menolak liabiliti sejarah dan mencegah risiko tuntutan undang-undang. Namun, saya mungkin salah.
Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara ini sepertinya adalah pengakuan bersyarat. Kerajaan Persekutuan bersedia melalui rundingan, tetapi secara serentak melawan dan mungkin mengelak di peringkat undang-undang untuk menolak pengisytiharan isu lalu.
Walaupun ini menggerakkan rundingan, fokus berterusan pada rayuan Alasan Penghakiman secara konkrit mengesahkan bahawa proses undang-undang mengenai rekod pentadbiran Kerajaan Persekutuan masih berterusan. Kita hanya akan bergerak menuju proses perundingan, namun, apakah kesudahannya, kita masih belum tahu.

Sumber foto
Jabatan Peguam Negara

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Baneventure Patrick John posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share