28/03/2025
Anakku...
Bila aku tua
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit
Mataku semakin kabur. Kamu harus memahami dan bersabar denganku.
Anakku...
Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit memarahi ku,
Aku minta maaf anakku
Aku semakin Tua dan lemah
Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses tua
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua
Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau mensisihkan ku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.
Anakku...
Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.
Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba,
Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.Jangan menangis.Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu, Bila aku bertemu Allah
Aku akan memohon padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.
Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku...
Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri...
😭😭😭😭😭😭😭😭
😢 Semoga Menjadi ikhtibar pada kita yang masih ada ibubapa
RENUNG-RENUNG KAN LAH..