28/07/2024
ISU KADAR Pemberian Khas Perkara 112D Perjanjian Malaysia (MA63) kembali hangat diperkatakan apabila sepucuk surat dari Kementerian Kewangan Sabah (M*F Sabah) tersebar di mana Kerajaan Sabah yang diterajui Warisan pada tahun 2019 didakwa telah bersetuju dengan formula cadangan kadar pemberian khas yang jauh lebih rendah berbanding yang dipersetujui oleh kerajaan GRS pada ketika ini.
๐ท Surat tersebut menyatakan Jemaah Menteri Sabah memutuskan untuk menerima cadangan amaun pemberian khas bagi tempoh lima tahun (2020-2024) daripada Kerajaan Persekutuan.
๐ถ "Saya ingin menyampaikan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri Sabah yang telah diadakan pada 16 Oktober 2019 bahawa tanpa prejudis, Kerajaan Negeri Sabah bersetuju untuk menerima cadangan amaun Pemberian Khas baharu kepada Negeri Sabah bagi tempoh lima tahun mulai tahun 2020 hingga 2024 seperti berikut: ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฌ: ๐ฅ๐ ๐ฑ๐ฏ.๐ฐ๐ท๐๐๐ฎ, ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ญ: ๐ฅ๐ ๐ฑ๐ฏ.๐ฐ๐ท๐๐๐ฎ, ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฎ: ๐ฅ๐ ๐ด๐ฌ.๐ญ๐ท๐๐๐ฎ, ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ: ๐ฅ๐ ๐ด๐ฌ.๐ญ๐ท๐๐๐ฎ, ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ: ๐ฅ๐ ๐ญ๐ฌ๐ฒ.๐ด๐ท๐๐๐ฎ." tulis surat yang tersebar didakwa ditujukan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia.
๐ท Terdahulu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali pada awal tahun lepas pernah 'memulang paku buah keras' ketika mengulas isu pemberian khas yang dipersetujui oleh Kerajaan Warisan.
๐ถ โKadar ini jauh rendah berbanding penyelesaian interim di bawah Kerajaan GRS iaitu bermula dengan kadar RM125 juta setahun pada 2022.
๐ถ โSekiranya Warisan menyifatkan GRS sebagai โpengkhianatโ kerana bersetuju dengan kadar interim bermula RM125 juta, hakikatnya Kerajaan Warisan adalah โbapa pengkhianatโ kerana bersetuju dengan jumlah lebih rendah." katanya.
๐ท Pada pembentangan belanjawan bagi tahun 2024, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan peningkatan kadar Pemberian Khas interim untuk Sabah (dan Sarawak) kepada RM300 juta, tiga kali ganda peningkatan berbanding persetujuan yang dinyatakan dalam surat yang tular tersebut.