Belacan Kini

Belacan Kini Media Belacan Berteknologi Nano

Penulis Malaysiakini Kaki Arak & Kaki Perempuan: Siapa P. Gunasegaran?Bila bercakap tentang dunia penulisan, perkara pal...
04/07/2026

Penulis Malaysiakini Kaki Arak & Kaki Perempuan: Siapa P. Gunasegaran?

Bila bercakap tentang dunia penulisan, perkara paling mahal adalah integriti penulis. Agak melucukan apabila seorang penulis yang saban hari berlagak seperti "hakim moral" dan menyalak tentang integriti orang lain, rupanya mempunyai reputasi peribadi yang jauh daripada bersih.

P. Gunasegaran bukanlah nama asing dalam mencetuskan kontroversi di platform seperti Malaysiakini atau BFM. Kalau diteliti, beliau ada satu taktik konsisten: menuduh menggunakan rantaian soalan.

Beliau sengaja timbulkan persepsi jahat melalui provokasi soalan, semata-mata sebagai "jalan selamat" untuk melarikan diri daripada disaman. Ini bukan kewartawanan profesional, ini adalah baling batu sembunyi tangan.

Hakikatnya, ramai dalam industri sudah masak dan jelik dengan "perangai sebenar" beliau di luar dunia penulisan. Kisah tabiat tegar kaki arak dan reputasinya sebagai seorang womanizer yang gemar memburu gadis-gadis yang jauh lebih muda daripada usianya bukanlah rahsia asing lagi.

Wang ringgitnya habis dihabiskan demi melayan tabiat mabuk di meja arak dan membiayai gaya hidup mewah bersama wanita-wanita muda.

Apabila seorang figura yang disiplin peribadi dan moralnya sendiri runtuh—hanyut dalam botol arak dan obsesi terhadap wanita muda—cuba acah-acah suci memperkatakan soal akauntabiliti negara di media, ia hanya melahirkan rasa menyampah yang amat sangat.

Bagaimana pembaca mahu menghormati penulisan tentang nilai integriti daripada individu yang hidupnya sendiri tidak berintegriti? Sebelum sibuk membedah dan menuding jari pada kepincangan orang lain, cermin dulu diri sendiri. Penulisan daripada pena yang kotor tidak akan pernah menghasilkan reformasi, melainkan sekadar sisa hipokrasi yang menjijikkan.

Wayang Pop**ariti KJ Tak Mampu Gugat Anwar IbrahimBaru-baru ni, kecoh sekejap dunia politik tanah air apabila Malaysiaki...
24/06/2026

Wayang Pop**ariti KJ Tak Mampu Gugat Anwar Ibrahim

Baru-baru ni, kecoh sekejap dunia politik tanah air apabila Malaysiakini mengeluarkan satu artikel pasal tinjauan persepsi pemimpin oleh Merdeka Center. Kononnya, Khairy Jamaluddin (KJ) ni jauh lebih pop**ar berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekaligus, naratif pun ditiup: KJ adalah calon PM masa depan.

Hebat sembang. Tapi jom kita sembang santai, tengok realiti, dan rungkai sikit "wayang" yang tengah berjalan ni.

Bagi sesiapa yang dah lama ikuti politik Malaysia, taktik macam ni tak mengejutkan pun. Ini sebenarnya cara klasik KJ nak test market. Tak payah lah nak acah-acah kononnya keputusan tinjauan ni "terbocor" atau keluar secara organik.

Ini memang "Black Ops" gaya KJ. Bukan benda baru pun, game macam ni dia dah biasa sangat buat sejak zaman dia mengetuai "Budak Tingkat 4" waktu zaman Pak Lah dulu. Strategi cipta persepsi bagi nampak gah di mata umum, padahal realiti di padang jauh panggang dari api.

Satu hakikat yang KJ dan penyokong dia kena telan: Kalau nak jadi Perdana Menteri, benda paling asas kena buat adalah jadi Ahli Parlimen (MP) dulu.

Untuk rekod, masa PRU lepas, KJ bertanding di Sungai Buloh dan kalah teruk di tangan Datuk R. Ramanan. Kalau setakat sembang kari, pung-pang dalam podcast Keluar Sekejap tu, memanglah nampak hebat, nampak terpaling bijak. Ramai yang tepuk tangan. Tapi realitinya, politik Malaysia bukan ditentukan oleh jumlah *views* atau *likes* dekat YouTube. Realitinya ditentukan oleh undi di peti undi.

Kenapa kalah? Sbb dalam politik, sokongan akar umbi (grassroots) tu tersangat penting. KJ tak ada grassroots yang kuat. Yang ada di sekeliling dia sekarang hanyalah kelompok yang "syok sendiri" dan kaki mengampu "Chief" tak tentu pasal. Apa sahaja yang KJ buat lepas kalah pilihan raya—daripada jadi DJ radio sampailah buat podcast—semuanya hanyalah demi menjaga pop**ariti semata-mata. Bukannya untuk khidmat masyarakat

Satu perkara yang membuatkan ramai orang sangsi dengan KJ adalah prinsip politiknya yang berubah mengikut musim. Bak kata pepatah sinis orang politik: Kalau jumpa ular dengan KJ, ketuk KJ dulu.

Cuba kita imbas kembali trek rekod beliau di mana pada zaman Pak Lah dia jadi orang paling berkuasa di Tingkat 4, zaman Najib Razak dia jadi orang kanan yang sokong Najib bermati-matian sampai ke hujung nyawa, tapi bila Najib masuk dalam, dia pusing cerita lain p**a, malah dia juga tetap fleksibel boleh jadi menteri bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri.

Dia seolah-olah bertukar tuan ikut musim semata-mata nak kekal berada dalam koridor kuasa. Tiada pendirian yang tetap, tiada tulang belakang yang kukuh.

Masa kempen di Sungai Buloh dulu, bukan main lagi dia hentam Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Siap membebel panjang dekat podcast kononnya takkan kembali ke UMNO selagi Zahid jadi Presiden. Tapi akhirnya apa jadi? Hujung-hujung dengar cerita sembah Zahid juga, jadi "barua" dan jilat balik ludah sendiri. Adakah pemimpin yang tidak konsisten dan tidak berprinsip macam ni yang kita nak jadikan PM?

Ya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah seorang PM yang sempurna. Malah, jauh dari sempurna dan banyak benda yang rakyat masih kritik. Tetapi buat masa sekarang, dalam landskap politik semasa, Anwar adalah figura yang jauh lebih layak dan kompeten berbanding calon-calon alternatif yang ada.

Buktinya jelas dan bukan sekadar persepsi apabila ekonomi semakin kukuh dengan angka pelaburan luar yang baik, nilai mata wang Ringgit makin mengukuh, hubungan antarabangsa berada pada tahap sangat baik, dan negara kembali stabil tanpa ada lagi berita tebuk atap atau kerajaan belakang tabir yang memenatkan rakyat setiap minggu sejak Anwar mengambil alih.

Menjadi pop**ar sebagai "bintang media sosial" atau "ikon podcast" tidak sama dengan memikul tanggungjawab mengemudi sebuah negara. Pada penghujung hari, apa yang rakyat mahukan adalah hasil kerja yang nyata

Jadi, buat KJ, boleh teruskan berpodcast dan bersembang. Tapi kalau pasang niat nak jadi Perdana Menteri dalam masa terdekat, maaf cakap... itu mungkin sekadar mainan dalam mimpi sahaja.

Menunggang Isu Kuil Demi Poket Sendiri - Arun Doraisamy Kantoi SCAM Dalam landskap media sosial hari ini, nama Arun Dora...
17/06/2026

Menunggang Isu Kuil Demi Poket Sendiri - Arun Doraisamy Kantoi SCAM

Dalam landskap media sosial hari ini, nama Arun Doraisamy—atau nama sebenarnya Arumugam Doraisamy—pernah melonjak naik kononnya sebagai seorang "hero" masyarakat. Beliau mula meraih perhatian umum ketika isu penempatan sebuah kuil mencetuskan kontroversi hangat tidak lama dahulu. Namun, di sebalik retorik perjuangan yang dilaungkan, realitinya ia hanyalah sebuah sandiwara yang direka demi kepentingan peribadi.

Isu yang cuba diperjuangkan oleh Arun bukanlah soal sentimen agama, diskriminasi, atau hak kaum. Hakikatnya, ia adalah isu undang-undang yang jelas: sebuah struktur yang dibina di atas tanah milik pihak lain secara tidak sah. Apabila pemilik tanah yang sah menuntut hak mereka mengikut saluran undang-undang, bermulalah siri tuntutan tidak munasabah dan drama yang sengaja dicetuskan untuk meraih simpati publisiti.

Perlu ditegaskan bahawa undang-undang tidak memilih bulu. Ini bukan soal kuil, masjid, atau tokong. Sesiapa sahaja yang menceroboh tanah orang lain telah melanggar undang-undang negara. Malah, dalam konteks agama Islam sekalipun, mana-mana surau atau masjid yang dibina di atas tanah haram tanpa kebenaran wajib dirobohkan kerana agama melarang keras kezaliman merampas hak orang lain. Majoriti rumah ibadat dibina di atas tanah wakaf atau tapak yang sah, bukan dengan cara mendakwa tanah milik orang lain sebagai hak sendiri.

Modus operandi utama Arun adalah memanip**asi kredibiliti profesional demi memperdaya orang ramai. Pada peringkat awal, beliau mendakwa dirinya sebagai seorang pengamal undang-undang (peguam) yang kononnya mampu mempertahankan status kuil tersebut. Helah ini akhirnya terbongkar apabila semakan mendapati beliau langsung tidak mempunyai kelayakan sah untuk beramal.

Selepas penyamaran pertama kantoi, beliau menukar taktik dengan mendakwa dirinya sebagai seorang jurutera (engineer). Walau bagaimanapun, penipuan ini sekali lagi memakan diri apabila semakan rasmi dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) membuktikan namanya langsung tidak wujud dalam daftar rasmi.

Segala gelaran palsu dan lakonan sebagai hero ini hanyalah bertujuan untuk meraih pengaruh (clout) dan mengaut keuntungan mudah. Dengan menggunakan nama sebagai aktivis dan peguam palsu, beliau menjanjikan penyelesaian luar biasa—termasuk kononnya mampu "menghalalkan" apa yang haram di sisi undang-undang—semata-mata untuk mengumpan dana atau bayaran daripada pihak yang terdesak.

Tindakan licik ini bukan sahaja menganiaya mangsa yang terpedaya, malah memberi imej buruk kepada komuniti India dan menjejaskan reputasi aktivis masyarakat lain yang benar-benar ikhlas berjuang demi keadilan.

Segala naratif yang dibawa oleh individu ini dipenuhi dengan manip**asi fakta dan tohmahan tanpa asas. Tindakan tegas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akaun media sosial beliau adalah satu langkah yang tepat pada masanya bagi membendung penyebaran dakyah palsu ini daripada terus berleluasa.

Masyarakat perlu dididik supaya lebih matang dan berwaspada dengan watak-watak oportunis seperti ini. Jangan sesekali membiarkan sentimen emosi atau agama diputarbelitkan oleh individu yang berselindung di sebalik nama "aktivis", walhal realitinya mereka hanyalah seorang scammer yang mencari jalan mudah untuk menipu masyarakat demi poket sendiri. Sudah tiba masanya manip**asi sebegini ditolak sepenuhnya demi keharmonian dan kedaulatan undang-undang negara.

Najib dan Hadi Awang punca Rohingya besar kepala di Malaysia!Isu kebanjiran pelarian Rohingya di Malaysia kembali hangat...
12/06/2026

Najib dan Hadi Awang punca Rohingya besar kepala di Malaysia!

Isu kebanjiran pelarian Rohingya di Malaysia kembali hangat diperkatakan di media sosial. Pelbagai pihak mula menuding jari kepada kerajaan hari ini, seolah-olah masalah ini muncul secara tiba-tiba di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Namun, bagi mereka yang tidak buta sejarah, hakikatnya krisis lambakan pelarian ini mempunyai titik mula yang jelas, iaitu ketika era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2016.

Jika kita mengimbas kembali naratif politik sedekad lalu, kemas**an besar-besaran etnik Rohingya ke Malaysia dipandu oleh sentimen simpati agama dan politik yang ditiupkan oleh kepimpinan negara waktu itu.

Pada Disember 2016, satu perhimpunan besar yang dikenali sebagai Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya telah diadakan di Stadium Titiwangsa. Perhimpunan ini bukan calang-calang; ia dihadiri secara bersama oleh dua musuh politik tradisi ketika itu—Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah, tokoh muda UMNO ketika itu, Khairy Jamaluddin, turut menggunakan platform media sosial Twitter (kini X) secara aktif untuk mengajak rakyat Malaysia turun beramai-ramai menyertai himpunan tersebut atas dasar solidariti kemanusiaan dan keagamaan.

Retorik politik dan "pintu terbuka" yang dipamerkan oleh kerajaan pimpinan UMNO-PAS pada tahun 2016 secara tidak langsung telah menghantar isyarat clear kepada komuniti Rohingya bahawa Malaysia ialah "syurga selamat" buat mereka. Kesannya? Saban tahun, berpuluh-puluh ribu pelarian meloloskan diri ke sempadan kita, meninggalkan beban domestik yang kini terpaksa dipikul oleh generasi hari ini.

Berbeza dengan pendekatan masa lalu yang lebih bermotifkan publisiti politik, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendekatan yang jauh lebih pragmatik, tegas, dan berpijak di bumi nyata.
Dalam kenyataan terbaru beliau, PMX dengan lantang mengingatkan komuniti Rohingya di Malaysia bahawa tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang.

PMX menegaskan pelarian Rohingya wajib mematuhi segala peraturan tempatan, terutamanya melibatkan penyalahgunaan premis bangunan dan pengendalian perniagaan tanpa lesen sah.

Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka melanggar kedaulatan negara. Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri juga telah diarahkan untuk bertindak lebih keras dalam memantau salah laku ini.

PMX juga bersikap jujur dengan rakyat mengenai realiti geopolitik. Isu menghantar p**ang pelarian ini bukan semudah bercakap di media sosial. Kerajaan Myanmar di bawah junta tentera enggan menerima mereka kembali, manakala proses penempatan ke negara ketiga oleh UNHCR p**a semakin perlahan.

Walaupun Malaysia mengekalkan dasar berperikemanusiaan, PMX tidak sesekali menggadaikan hak dan keselamatan rakyat tempatan demi menjaga hati komuniti luar. Isu penguatkuasaan kini diteliti secara konsisten dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Rakyat Malaysia perlu rasional. Kebanjiran Rohingya yang kita lihat memenuhi kawasan borong dan perniagaan hari ini bukanlah produk dasar PMX, melainkan "warisan" daripada impak politik Himpunan 2016 yang digerakkan oleh Najib, Hadi, dan sekutu mereka dahulu.

Daripada terus menuding jari kepada kerajaan Madani yang sedang sibuk membersihkan "sampah" lama, adalah lebih adil untuk kita menyokong ketegasan PMX dalam memastikan undang-undang negara ditegakkan tanpa kompromi, sambil memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.

APA YUSOFF RAWTHER TAKUTKAN SANGAT? Apa relevannya Muhammed Yusoff Rawther diberi suaka?Soalan ini bukan sekadar retorik...
11/06/2026

APA YUSOFF RAWTHER TAKUTKAN SANGAT?

Apa relevannya Muhammed Yusoff Rawther diberi suaka?

Soalan ini bukan sekadar retorik sebaliknya persoalan asas yang langsung tak terjawab. Seorang individu yang sudah melalui proses mahkamah di Malaysia, direman berbulan-bulan, dibicarakan, dan akhirnya dilepas serta dibebaskan, tiba-tiba “bertukar watak” menjadi mangsa yang kononnya tidak selamat. Seriuslah?

Kalau sistem negara ini begitu zalim seperti didakwa, macam mana Yusoff boleh dibebaskan? Mahkamah itu apa? hanya sekadar prop? dan Hakim itu apa? Hanya pelakon tambahan dalam skrip konspirasi?

Inilah masalah bila naratif dibina ikut selera politik, bukan fakta. Hari ini cakap diperangkap. Esok cakap takut dibunuh. Lusa mohon suaka di luar negara.

Semua ini kedengaran dramatik, tapi kosong dari segi bukti. Lebih nampak seperti cubaan mencipta “persepsi antarabangsa” daripada menegakkan kebenaran.

Dan seperti biasa, bayang Anwar Ibrahim cuba diseret masuk sekali lagi. Ini skrip lama, ulang tuduhan, ulang emosi, ulang watak mangsa. Bezanya, rakyat hari ini bukan lagi mudah diperbodohkan dengan naratif recycle.
Kalau benar ada keberanian, balik dan hadap mahkamah. Itu medan sebenar. Bukan duduk di luar negara, lontar dakwaan dari jauh, kemudian berlindung di sebalik label “suaka”.

Itu bukan perjuangan tetapi lari dari realiti.

Lebih kelakar bila alasan “takut keselamatan” dijadikan tiket. Takut apa sebenarnya? Takut pada ancaman, atau takut pada kebenaran yang mungkin terdedah jika proses mahkamah diteruskan?

Realitinya mudah. Siapa yang yakin dengan kebenaran, dia tidak akan lari. Dia akan lawan habis-habisan dalam sistem. Tapi bila pilih untuk keluar, bina naratif luar, dan elak proses, rakyat ada hak untuk persoal: ini tentang keadilan, atau sekadar satu lagi episod drama politik yang cuba dipentaskan di pentas global?

Cukup-cukuplah. Rakyat bukan penonton bodoh.

Serang Anwar, Tapi Sebenarnya Gagal Faham Asas NegaraKalau nak kritik, kritiklah dengan otak. Jangan nampak DAP saja ter...
09/06/2026

Serang Anwar, Tapi Sebenarnya Gagal Faham Asas Negara

Kalau nak kritik, kritiklah dengan otak. Jangan nampak DAP saja terus hilang rasional. Inilah masalahnya bila wujudnya pentaksub-pentaksub yang benak ni.

Itu yang jelas berlaku bila Anwar Ibrahim diserang hanya kerana berseloroh tentang Teo Nie Ching. Ramai yang terus melatah, petik ayat sekerat, dan buat naratif seolah-olah ada agenda besar padahal mesej sebenar langsung tak disentuh.

Apa yang Anwar tekankan mudah. Malaysia ini negara berbilang kaum dan Kerajaan mesti mencerminkan realiti itu.
FULL STOP.

Bukan soal s**a atau tidak, tapi soal prinsip dan hakikat negara. Nak nafikan perkara ini, sama macam menafikan asas Perlembagaan sendiri.

Masalahnya, masih ada yang selesa main politik lama, takut-takutkan kaum, sempitkan pemikiran. Lagi dekat PRN, lagi kuat skrip ini dimainkan. Kononnya tak boleh bekerjasama, tak boleh duduk sekali. Tapi bila tengok realiti di peringkat Persekutuan semua duduk satu meja juga.

Bila Onn Hafiz Ghazi kata tak nak bekerjasama dengan DAP, bunyi memang keras. Tapi keras tak semestinya bijak.

Macam yang disindir Anthony Loke Siew F**k — dalam Kabinet, pemimpin dari parti berbeza duduk sebelah-menyebelah setiap minggu. Jadi retorik ini sebenarnya untuk siapa?

Anwar bukan sekadar bercakap politik. Dia bawa prinsip lebih tinggi iaitu konsep lita’arafu, bukan sekadar toleransi, tapi saling memahami dan menghormati.

Itu asas sebenar masyarakat majmuk. Tapi sayangnya, ada yang lebih selesa kekal di tahap sentimen cetek.

Akhirnya, ini bukan isu siapa duduk sebelah siapa. Ini soal sama ada kita nak jadi negara matang atau terus terperangkap dalam politik lapuk yang asyik ulang skrip sama.

Kalau setiap kali nampak DAP terus emosi, bukan Anwar yang bermasalah tapi cara fikir itu yang perlu diperbetulkan.

Siapa Takut Dengan Azam Baki? Kenapa Kartel & Tauke Rasuah Mengelupur Mahu Beliau DisingkirkanSejak kebelakangan ini, Su...
03/04/2026

Siapa Takut Dengan Azam Baki? Kenapa Kartel & Tauke Rasuah Mengelupur Mahu Beliau Disingkirkan

Sejak kebelakangan ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat semakin agresif dan berani. Di bawah kepimpinan Tan Sri Azam Baki, agensi ini tidak lagi sekadar menjadi pemerhati, sebaliknya bertindak sebagai pembanteras yang tidak mengenal kasta atau warna kulit. Namun, ketegasan ini nampaknya menimbulkan kegelisahan luar biasa bagi pihak-pihak tertentu.

Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah SPRM kini bertindak tanpa pilih kasih. Slogan "tidak kira pangkat, bangsa, atau kedudukan" benar-benar diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Sesiapa sahaja yang mempunyai bukti salah laku akan ditahan dan didakwa.

Ketegasan inilah yang menjadi punca mengapa ramai pihak merasa panas dan kurang senang dengan kehadiran Azam Baki. Apabila sistem tidak lagi boleh 'dibeli' dan kebal daripada lobi politik, maka satu-satunya jalan bagi perasuah adalah dengan menyerang kredibiliti ketuanya.

Jika kita meneliti naratif yang mendesak pemecatan beliau, kita akan nampak satu corak yang jelas. Kebanyakan serangan datang daripada individu yang mempunyai kepentingan peribadi atau rekod hitam yang sedang diperhatikan.

Pemimpin politik yang pernah atau sedang berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah. Golongan korporat dan individu yang selama ini menggunakan kekayaan untuk melangkaui undang-undang. Mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam ekosistem rasuah yang mahukan sistem kembali kepada cara lama yang lebih longgar.

Persoalannya, adakah kita mahu tunduk kepada desakan golongan yang sedang ketakutan ini? Adakah suara perasuah lebih besar nilainya daripada kedaulatan undang-undang?

Kita tidak boleh terus membiarkan negara ini dicatur oleh segelintir tauke atau kartel yang merasakan mereka boleh menentukan siapa yang patut menerajui agensi penguatkuasa.

You cannot please everyone, terutamanya apabila mereka yang tidak berpuas hati itu adalah golongan yang merosakkan negara dengan rasuah.

Jika kita membenarkan tekanan luar menentukan kedudukan Azam Baki, kita sebenarnya sedang menyerahkan kunci kedaulatan negara kepada tangan-tangan yang kotor. Kita tidak boleh menjadi hamba di tanah air sendiri hanya kerana takut dengan tekanan ekonomi atau politik daripada pihak yang korup.

Penyambungan kontrak Azam Baki adalah satu keperluan demi kelangsungan integriti negara. Ia menghantar mesej yang jelas kepada semua perasuah bahawa tiada siapa mengatasi undang-undang, Perasuah tidak akan pernah aman dan kartel tidak akan lagi besar kepala.

Rakyat Malaysia harus berdiri teguh di belakang SPRM. Biarlah mereka yang bersalah terus ketakutan, dan biarlah mereka yang belum tertangkap terus diburu. Jangan biarkan suara-suara sumbang yang mempunyai agenda peribadi meruntuhkan usaha murni untuk membersihkan Malaysia daripada najis rasuah.

Demi Malaysia, jangan beri muka kepada perasuah!

Empayar Sunway: Rahsia Kekayaan Luar Biasa Sunway Yang Rakyat Malaysia Perlu TahuNama Tan Sri Jeffrey Cheah dan kump**an...
28/03/2026

Empayar Sunway: Rahsia Kekayaan Luar Biasa Sunway Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Nama Tan Sri Jeffrey Cheah dan kump**an Sunway kembali menjadi bualan hangat dalam kalangan pemerhati korporat. Desas-desus mengenai pengambilalihan IJM Corporation kini meletakkan beliau di bawah mikroskop awam. Persoalannya, adakah ini sekadar langkah perniagaan bijak, atau satu lagi siri penguasaan aset strategik negara melalui "talian hayat" politik?

Sejarah tidak pernah menipu. Hubungan antara Jeffrey Cheah dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (digelar Mike Tyson Malaya), dilihat sebagai pemangkin utama ledakan kekayaan Sunway.

Di bawah pentadbiran Mike Tyson, Sunway menerima pelbagai kemudahan pemilikan tanah dengan harga yang sangat rendah, malah ada yang dianggap "percuma" dalam bentuk kerjasama pembangunan.

Sebagai imbalan kepada akses tanah yang luas di Selangor, sokongan terhadap kelangsungan politik pentadbiran ketika itu dikatakan menjadi "balasan" yang tidak tertulis.

Umum mengetahui bahawa Jeffrey Cheah mempunyai hubungan akrab dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dalam naratif korporat Malaysia, beliau sering dilihat sebagai salah satu proksi utama yang mendapat manfaat daripada dasar penswastaan era 80-an dan 90-an.

Namun, ketika krisis kewangan 1997/98 melanda, "tangan ghaib" dari Singapura telah menyelamatkan empayarnya. Ini menimbulkan persoalan mengenai kesetiaan dan status beliau sebagai ejen kepentingan luar dalam menguasai ekonomi domestik.

Kekayaan luar biasa Sunway hari ini s**ar dijelaskan hanya melalui pertumbuhan organik. Kritikan utama yang dilemparkan adalah penggunaan geran pembangunan dan infrastruktur yang dibiayai kerajaan untuk menaikkan nilai hartanah miliknya.

Dalam cubaan terbaru menguasai IJM, Jeffrey menggunakan rangkaian pengaruhnya untuk melobi ketua-ketua dalam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC & GLIC). Tujuannya jelas, Menguasai aset strategik negara yang dipegang oleh IJM.

Hari ini, Jeffrey Cheah tampil dengan imej tokoh filantropi dan pencinta alam sekitar menerusi Sunway Foundation. Namun, bagi mereka yang mengikuti sejarah korporat sejak zaman Mike Tyson, imej ini dianggap sebagai "topeng" untuk menutup sejarah panjang penguasaan kekayaan melalui kabel politik.

Beliau mungkin boleh mengaburi mata generasi baru dengan gelaran 'philanthropist', tetapi rekod lama mengenai tanah percuma dan bantuan kerajaan tidak boleh dipadamkan begitu sahaja

Pengambilalihan IJM bukan sekadar soal saham, tetapi soal siapa yang bakal mengawal nadi infrastruktur Malaysia. Adakah sejarah pemberian tanah percuma dan bantuan "kawan-kawan" akan berulang sekali lagi dalam skala yang lebih besar?

Rakyat harus menilai sendiri adakah ini kejayaan usahawan tulen, atau hasil manip**asi sistem selama berdekad-dekad.

Kekayaan Luar Biasa Rafizi Ramli: Benarkah Lebih 'Kaya' Daripada Aliff Syukri?Dalam kancah politik Malaysia, nama Rafizi...
15/03/2026

Kekayaan Luar Biasa Rafizi Ramli: Benarkah Lebih 'Kaya' Daripada Aliff Syukri?

Dalam kancah politik Malaysia, nama Rafizi Ramli sering kali dikaitkan dengan imej "jaguh ketelusan." Beliau sangat gemar mempersoalkan sumber kewangan pihak lawan, namun kini rakyat mula bertanya: Bagaimana p**a dengan harta beliau sendiri?

Dengan aset yang dilaporkan mencecah RM18.9 juta, kekayaan Rafizi dilihat tidak logik bagi seorang individu yang sering mempamerkan imej sederhana. Malah, hartawan kosmetik seperti Aliff Syukri pun terpaksa bekerja siang malam untuk membina empayar, sedangkan Rafizi nampak begitu "selesa" dalam dunianya sendiri.

Dalam satu sesi podcast sebelum ini, Rafizi sendiri mengakui bahawa mengumpul wang sebanyak RM1 juta adalah sesuatu yang sangat s**ar dan hampir mustahil bagi rakyat biasa. Namun, entah bagaimana, beliau berjaya melangkaui angka itu berkali-kali ganda sehingga memiliki lebih RM18 juta. Persoalannya, jika RM1 juta itu s**ar, bagaimana beliau mendapat RM18 juta dalam masa yang singkat?

Rafizi sering mempertahankan kekayaannya dengan alasan pernah bekerja di Petronas dengan gaji yang besar. Namun, hujah ini dianggap lemah oleh pemerhati ekonomi. Malah, seorang CEO di GLC pun mungkin akan "angkat kening" melihat simpanan sebanyak itu. Adakah gaji seorang eksekutif (walaupun senior) cukup untuk membina kekayaan puluhan juta dalam tempoh beberapa tahun sahaja?

Syarikat milik beliau, Invoke, sering dilaporkan mengalami kerugian berjuta-juta ringgit sejak ditubuhkan. Di sinilah letaknya keajaiban ekonomi versi Rafizi: Syarikat rugi, tetapi pemiliknya tetap memiliki aset bernilai RM18 juta. * Bagaimana sebuah perniagaan yang tidak menguntungkan boleh menyumbang kepada kekayaan peribadi yang luar biasa? Adakah terdapat sumber dana lain yang tidak didedahkan kepada umum?

Baru-baru ini, timbul dakwaan mengenai pemegang saham Invoke yang juga rakan baik Rafizi mendapat projek secara rundingan terus (direct nego) daripada kerajaan. Apabila isu ini dihidu, Rafizi dilihat mula menyerang kredibiliti Tan Sri Azam Baki dan SPRM dengan naratif "pendakwaan terpilih." Adakah ini taktik membebel siang malam untuk menutup pekung sendiri?

Langkah Rafizi membuka rangkaian kedai seperti Fleximart dan Kesum turut mengundang curiga. Sebagai seorang akauntan bertauliah, beliau pastinya sangat mahir dengan selok-belok aliran tunai.

Duit dari mana? Membuka perniagaan runcit memerlukan modal yang besar. Ramai yang mula mempersoalkan adakah entiti ini digunakan sebagai instrumen "cuci duit."

Dakwaan bahawa beliau tidak menggunakan akaun peribadi sebaliknya menggunakan proksi atau "tauke-tauke" besar untuk urusan sulit semakin kencang bertiup.

Rafizi Ramli mungkin hebat dalam membina formula matematik di atas kertas, tetapi formula kekayaan beliau nampaknya tidak masuk akal dalam realiti kehidupan rakyat Malaysia. Di sebalik imej "clean" yang cuba dibawa, terdapat ribuan tanda tanya yang belum terjawab.

Adakah beliau benar-benar bersih, atau beliau sebenarnya seorang akauntan yang terlalu bijak menyembunyikan jejak dalam mengumpul kekayaan luar biasa?

IJM Di Ambang Kehancuran, RM2.5 Bilion Hancurkan SyarikatPengerusi IJM Corporation Bhd, Tan Sri Krishnan Tan kini diliha...
08/03/2026

IJM Di Ambang Kehancuran, RM2.5 Bilion Hancurkan Syarikat

Pengerusi IJM Corporation Bhd, Tan Sri Krishnan Tan kini dilihat sebagai punca utama syarikat gergasi itu terjerumus ke paras terendah dalam tempoh 4 tahun.

Walaupun prestasi kewangan IJM menjunam 86.1% kepada hanya RM15.76 juta, kemelut integriti melibatkan pengerusinya menjadi liabiliti terbesar syarikat.

Beliau kini dalam radar SPRM dan Serious Fraud Office (UK) berhubung dakwaan pengubahan wang haram bernilai RM2.5 bilion.

Biarpun berdepan tekanan hebat dan siasatan berskala besar, beliau tetap mempertahankan jawatannya, sekali gus mencetuskan persepsi negatif di kalangan pelabur.

Tindakan beliau kekal di kerusi pengerusi bukan sahaja merosakkan imej korporat, malah mengheret kakitangan pengurusan ke kancah masalah.

Pegawai-pegawai eksekutif IJM yang tidak bersalah kini menerima tekanan apabila akaun bank peribadi mereka dibekukan oleh pihak berkuasa akibat siasatan tersebut.

Siasatan mendapati perbelanjaan mewah beliau dan proksinya, Seow Lun Hoo, langsung tidak sepadan dengan pengisytiharan pendapatan cukai, menimbulkan tanda tanya besar tentang sumber dana tersebut.

Dengan kerugian hartanah sebanyak RM42 juta dan liabiliti forex mencecah RM61 juta, ketidakstabilan kepimpinan ini menjadikan IJM sasaran mudah untuk pengambilalihan oleh pihak luar seperti Sunway Bhd.

Pasaran kini mempersoalkan sampai bila lembaga pengarah IJM akan membiarkan "masalah peribadi" pengerusi terus merosakkan nilai syarikat dan menganiaya pegawai-pegawai bawahannya.

Address

Bhulta

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Belacan Kini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Belacan Kini:

Shortcuts

Share