01/07/2025
[Karangan Panjang] First time untuk MLBB haha
Baru tengok video Fwydchickn dan explanation beliau. Ada beberapa point penting yang memang rasa diorang terlepas pandang atau ambil sambil lewa yang buat diorang DQ.
1. Anggap gap antara qualifiers ke MSC and MSC sebagai neutral period yang diorang boleh promote game competitor.
(a) Gap antara qualifiers MSC dan MSC adalah masa untuk ML post update roster team, buat content untuk team yang bermain MSC etc.
(b) Gap period nie masih within Season. Season hanya tamat once ada team dah angkat Piala MSC.
(c) Kalau promote lepas season tamat, lebih adil untuk Moontoon. Cuba bayangkan, dia nak promote “Mobazane road to EWC” tapi member kat sebelah tengah promote livestream game competitor. Memang Moontoon akan rasa pahit la.
(d) Contoh ah, ko dah tunang. Ko nak kahwin bulan depan. Tapi sebab belum kahwin, ko boleh lak gi dating ngan pompuan lain dengan alasan, aku ada lagi sebulan sebelum kahwin. Cammana bakal isteri ko rasa.
(2) Season belum tamat
(a) Season PUBGM, 3 Setahun. Season 1 tamat bila Piala PMGO diangkat. Season 2 bila Piala PMWC diangkat. Season 3 bila Piala PMGC diangkat. Dah kalau team ko lepas ke tournament yang still within the season, agak pelik yang mereka pergi promote game competitor in between.
(b) Contoh CDAL promote Freefire sekarang. Memang auto DQ walaupun sekarang ada gap. Benda tu ada dalam rule book tapi bukan rule book MSC yang player kena refer but Rulebook qualifiers ke EWC iaitu PMSL Summer Rulebook.
(c) Sebagai orang luar MLBB, benda nie agak mengejutkan. Aku agak terkejut tengok muka member kat poster HoK sebab tengok dia lepas MSC. Awak masih within the season. Season belum tamat.
(3) Email Moontoon.
(a) Dari video, lepas je muka player keluar kat page HoK, ML dah contact dan beri amaran dan dah cakap apa akan berlaku kalau proceed.
(b) Dia owner game tu kot. Mana boleh ambil sambil lewa benda tu. Waktu tu sepatutnya dah contact HoK dan explain dan tarik diri. Aku pasti diorang tak akan demand damages pun kalau nie sebab ko tarik diri. Jangan la buat assumptions yang HoK tu kejam dan akan demand damages sebab ko sign contract. Dua-dua Game Publishers dalam situation nie pasti akan try bantu. Aku kenal sangat ngan dua-dua publisher. Okay je dua-dua. Dua-dua cuba naikkan esports.
(c) Sini rasa macam agak sambil lewa. Dalam situation nie, Moontoon la juri, dialah peguam, dialah Hakim. Dia owner pro circuit tu. Kalau dia dah bagitau ko akan DQ kalau ko proceed, sepatunya ko dah patut fikir pasal Soul, pasal teammate ko yang lain dan most importantly, community NA yang support ko tu ah. Kenapa ambil risiko bang? Rasanya tak patut retaliate masa dapat email tu.
(d) Benda dari HQ bro. Jangan lawan HQ! Kalau email dari Moontoon peringkat daerah lain ah. Haha
(4) Confirmation
(a) Benda sensitive. Ko tahu Moontoon mungkin akan rasa marah. Asal tak check dulu sebelum ambil job dengan Hok?
(b) Contoh, OTG ngan J bebas cast apa-apa game. Freefire pun boleh, ML pun boleh, dota pun boleh. Tapi sebelum kami ambil job Freefire, kami check dulu dengan Tencent. Sebab kita kena paham sensitivity ah. Competitor kot. Kalau dia bagi, jalan ah. Kalau tak bagi, buat keputusan ah, quit PUBG join FF or stick to PUBG. Situasi diorang, pilihan diberi tapi again, rasa macam sambil lewa. 😕
(c) MSC besar. Confirmation nie penting. Bukan lepas sign contract dengan job, pastu baru nak fikir pasal damages la, tak adil la etc.
Last but not least, lain game lain cara. Lain game lain budaya. Adakah Moontoon salah, obviously not. Dia yang pump duit untuk esport pro circuit dia. Dia yang buat game tu. Dia ada kuasa mutlak. Dia dah bagi amaran. Retaliation was not an option there.
Benda boleh Ikut arahan. Tak ikut. Tak semua benda budi bicara. Diorang pun business yang nak cari makan gak. Ko dalam esport pro circuit diorang, ko ikut cara diorang. Dimana bumi dipijak, disitu langit di junjung.
Tapi sorry ah kena DQ. Harap comeback stronger next Season.
Sekadar pendapat. Good luck HB dan SRG.OG untuk MSC dan BSE dan NV untuk KWC! Buat yang terbaik!
PS Nak top up Diamond murah MLBB? Sorry, saya tak jual top up.