Harian Sukan

Harian Sukan Kami hidangkan cerita dan berita sukan dari seluruh Bumi untuk anda.

23/07/2025

Bintang muda PSG, Desire Doue menikmati musim 24/25 dengan cukup cemerlang dalam karier pada usia 19 tahun.

⚽61 perlawanan
⚽16 gol
⚽16 'assist'

🏆Pemain muda terbaik CWC 2025
🏆Pemain muda terbaik UCL 24/25
🏆Pemain muda terbaik Ligue 1 24/25

Golden boy!

23/07/2025

18 tahun lalu, Sergio Aguero mengejutkan dunia bola sepak menerusi ketajamannya buat Argentina.

Pada saingan Piala Dunia B-20 2007, Aguero tampil dengan statistik dan kejayaan yang luar biasa.

⚽6 gol
⚽4 'assist'
🏆 Penjaring terbanyak
🏆Juara Piala Dunia B-20 (Argentina)

23/07/2025

30 Jun lalu, Fazly Mazlan diumumkan tidak lagi bersama Selangor untuk saingan musim 25/26.

22 Julai semalam, Selangor buat 'u-turn' untuk kembali tandatangani khidmat Fazly selaku pemain mereka.

Pada usia 31 tahun, mungkin Fazly telah merekodkan 73 penampilan sepanjang bersama Selangor di posisi pertahanan kiri.

23/07/2025

Sejak menjadi pengurus Arsenal, Mikel Arteta telah membelanjakan lebih €150 juta untuk mendapatkan pemain-pemain Chelsea.

⚪Noni Madueke = €58 juta
⚪Kai Havertz = €75 juta
⚪Jorginho = €11.5 juta
⚪Kepa = €5.8 juta
⚪Willian = percuma
⚪Sterling = pinjaman

Mana paling berbaloi?

23/07/2025

Kelab dari Austria, TSV Hartberg dilaporkan mempunyai 23 penaja untuk musim akan datang.

Menariknya, semua logo/nama 23 penaja ini diletakkan pada jersi baharu mereka dan salah 1 turut berada di stoking.

Bukan logo penaja di jersi. Tapi jersi berada di logo penaja.

22/07/2025

Sepanjang jelajah pramusim JDT di Sepanyol, pasukan tersebut telah mengharungi lawan yang berbeza dalam usaha menguji dan memperbaiki prestasi semasa mereka.

Berikut merupakan statistik ringkas direkodkan JDT sepanjang berada di Sepanyol:-

⚽7 perlawanan
⚽3 menang
⚽2 seri
⚽2 kalah
⚽8 gol
⚽4 bolos

22/07/2025

Musim 24/25 menyaksikan perseteruan baharu sedang berlaku dalam kalangan peminat dengan ia membabitkan Ousmane Dembele dan Lamine Yamal.

22/07/2025

Barcelona sebenarnya tak begitu konsisten dalam mendapatkan pemain terbaik untuk kelab, dengan sesetengah mereka hanya mampu bertahan semusim sahaja.

Berikut merupakan 10 pemain dengan status bintang, tetapi hanya mampu kekal selama 1 musim sahaja.

⚪ Juan Riquelme (2002)
⚪Mark Van Bommel (2005)
⚪Alexander Hleb (2008)
⚪Dmytro Chygrynskyi (2009)
⚪Zlatan Ibrahimovic (2009)
⚪Paulinho (2017)
⚪Malcom (2018)
⚪Yerry Mina (2018)
⚪Miralem Pjanic (2020)
⚪Pierre Aubameyang (2022)

22/07/2025

Marcelo Bielsa menyifatkan bintang seperti Luka Modric sukar untuk ditemui dalam lambakan pemain bola sepak.

"Pemain yang sukar untuk dicari dalam dunia bola sepak ni mereka yang bermain di nombor 8.

" Saya namakan Modric yang bertahan seperti nombor 6 dan menyerang seperti nombor 10. Dia ada keupayaan untuk bertahan dan skil untuk menyerang serta memahami permainan dalam kedua arah tersebut."

21/07/2025

Eintracht Frankfurt mendapatkan khidmat 3 pemain: Randal Kolo Muani, Omar Marmoush dan Hugo Ekitike sebelum ini dengan tanda harga €16 juta sahaja.

Kemudian, pasukan tersebut menjual ketiga pemain berkenaan dan memperoleh keuntungan sebanyak €225 juta selepas digabungkan.

Untung perniagaan kelab ini.

21/07/2025

Joao Figueiredo buka akaun jaringan sulung bersama.JDT.

Selepas 2 kali tewas, akhirnya Harimau Selatan kembali meraih kemenangan dengan merekodkan keputusan 1-0 ke atas Riyadh FC.

Makin banyak pilihan pemain serangan JDT untuk musim 25/26 nanti.

21/07/2025

Pengendali Persib Bandung, Bojan Hodak mahu kelab-kelab di Indonesia contohi fasiliti dimiliki pasukan di Thailand.

"Sepatutnya semua kelab di Indonesia dari divisyen pertama sampai tiga perlu untuk ada fasiliti seperti di Thailand."

Persib kini di Thailand menjalani kem latihan di sana serta bakal menghadapi beberapa perlawanan persahabatan.

Address

Bhulta

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Harian Sukan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share