Malaysia Bangkit

Malaysia Bangkit SEMUANYA DI HUJUNG JARI ANDA
www.malaysiabangkit.com

07/12/2025

Orang ramai mula memenuhi perkarangan Dataran Putrajaya bagi menyaksikan persembahan dan aktiviti menarik yang terdapat di reruai yang disediakan.

Majlis Kabinet juga kelihatan mula tiba di Majlis Perasmian Penutupan yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

07/12/2025

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir memeriahkan suasana dengan Persembahan Pembukaan Ukhuwah Rakyat MADANI KPN sempena Program Rancakkan MADANI di Dataran Putrajaya pada Ahad.

Seramai 843 disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 35 wanita ditahan hasil pemeriksaan 1,116 individu dalam ...
07/12/2025

Seramai 843 disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 35 wanita ditahan hasil pemeriksaan 1,116 individu dalam satu operasi besar-besaran dekat sini malam tadi.

Bertempat di Selayang Baru iaitu lokasi panas, operasi bermula jam 8 malam itu diketuai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan diselaraskan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor.

Artikel Penuh : https://malaysiabangkit.com/operasi-gempur-pati-besar-besaran-di-selayang/

SKUAD Bawah 23 Tahun (B-23) negara memulakan kempen Kumpulan B bola sepak Sukan SEA 2025 dengan langkah kanan selepas me...
07/12/2025

SKUAD Bawah 23 Tahun (B-23) negara memulakan kempen Kumpulan B bola sepak Sukan SEA 2025 dengan langkah kanan selepas menewaskan Laos 4-1 dalam aksi pembukaan di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok.

Malaysia dikejutkan pada minit ke-4 apabila Xaysombath Bounphaeng meletakkan Laos di depan, namun anak buah Nafuzi Zain kembali bangkit untuk menguasai permainan. Haykal Danish menyamakan kedudukan pada minit ke-33, sekali gus menghidupkan semula tempo skuad Harimau Muda.

Artikel Penuh : https://malaysiabangkit.com/skuad-b-23-malaysia-buka-kempen-sukan-sea-bergaya/

Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan pemantauan bulanan terhadap semua projek asas melibatkan bekalan air, elektrik da...
06/12/2025

Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan pemantauan bulanan terhadap semua projek asas melibatkan bekalan air, elektrik dan jalan raya di Sabah bermula Januari 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil bagi memastikan pelaksanaan dipercepatkan serta mengelak kelewatan yang sering membelenggu projek pembangunan di negeri itu.

Artikel Penuh : https://malaysiabangkit.com/projek-air-elektrik-dan-jalan-sabah-akan-dipantau-setiap-bulan-elak-kelewatan-anwar/

Suruhanjaya Tenaga (ST) melangkah setapak ke hadapan dalam agenda peralihan tenaga negara dengan melancarkan inisiatif S...
06/12/2025

Suruhanjaya Tenaga (ST) melangkah setapak ke hadapan dalam agenda peralihan tenaga negara dengan melancarkan inisiatif Suruhanjaya Tenaga Energy Competency Excellence (ST-ECE), sebuah platform pembelajaran berterusan bagi memperkasa kemahiran tenaga kerja dalam industri elektrik dan gas berpaip.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Bangunan Berlian ST bersempena Minggu Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi ST, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Artikel Penuh : https://malaysiabangkit.com/suruhanjaya-tenaga-lancar-st-ece-sasar-62000-tenaga-kompeten-menjelang-2050/

Agenda reformasi perkhidmatan awam kini berada pada landasan kukuh dan sudah menampakkan hasil ketara dalam meningkatkan...
06/12/2025

Agenda reformasi perkhidmatan awam kini berada pada landasan kukuh dan sudah menampakkan hasil ketara dalam meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata, pembaharuan yang digerakkan ketika ini bukan lagi sekadar dasar di atas kertas, sebaliknya diterjemahkan melalui tindakan nyata yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Artikel Penuh : https://malaysiabangkit.com/reformasi-awam-berjalan-lancar-rakyat-nikmati-hasil-ksn/

Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku memasuki hari kedua dengan suasana semakin rancak di Dataran Putrajaya, mena...
06/12/2025

Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku memasuki hari kedua dengan suasana semakin rancak di Dataran Putrajaya, menarik perhatian ribuan pengunjung yang hadir untuk merasai sendiri pelbagai pengisian yang disediakan.

Program anjuran Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbadanan Produktiviti Malaysia ini bertujuan menonjolkan pencapaian dasar serta keberhasilan pelbagai inisiatif kerajaan secara telus, sekali gus memperkukuh pemahaman rakyat terhadap hala tuju Malaysia MADANI.

Sepanjang berlangsung dari 5 hingga 7 Disember, program ini menghimpunkan pelbagai dasar serta inisiatif utama kerajaan di bawah satu bumbung, menjadikannya platform sehenti bagi rakyat mendapatkan maklumat, berinteraksi dengan agensi kerajaan serta merasai sendiri manfaat program yang dilaksanakan.

Dengan pelbagai aktiviti melibatkan seni, budaya, perkhidmatan awam dan interaksi komuniti, Program Rancakkan MADANI bukan sahaja menjadi wadah penerangan dasar tetapi juga simbol keterangkuman dan kebersamaan yang menjadi teras gagasan Malaysia MADANI.

Foto: Media sosial

Petarung muaythai sensasi Malaysia-Thailand, Aliff Raqib sekali lagi membuktikan kehebatannya di pentas antarabangsa apa...
06/12/2025

Petarung muaythai sensasi Malaysia-Thailand, Aliff Raqib sekali lagi membuktikan kehebatannya di pentas antarabangsa apabila menundukkan lawan dari Lubnan, Ramadan Ondash dalam aksi kategori Strawweight ONE Fight Night 38 yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok.

Kemenangan penuh bergaya itu menambah rekod cemerlang Aliff yang kini semakin hampir ke arah perebutan tali pinggang kejuaraan dunia ONE Championship.

Artikel Penuh : https://malaysiabangkit.com/aliff-raqib-tewaskan-ramadan-ondash/

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) pada Sabtu mengeluarkan amaran awal kemungkinan berlakunya banjir di bebe...
06/12/2025

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) pada Sabtu mengeluarkan amaran awal kemungkinan berlakunya banjir di beberapa bahagian di Sarawak susulan hujan berterusan yang dijangka melanda negeri itu mulai 7 hingga 9 Disember.

Dalam kenyataannya, PRABN berkata, amaran tersebut dibuat selepas mengambil kira notifikasi Hujan Berterusan (Waspada) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 3 Disember lalu.

Artikel Penuh : https://malaysiabangkit.com/sarawak-berdepan-risiko-banjir-prabn-keluar-amaran-awal/

Address

Bhulta

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Bangkit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share