05/12/2025
READY EBOOK 💔
TRIO DEPRESI
➡️RM25 (JUALAN KOMBO SAHAJA)
www.wasap.my/601164662309/TrioDepresiRM25
KITA, SELEPAS LUKA - VIYMIY
Teaser 1
Hubungan kekeluargaan yang pada awalnya indah berubah seratus peratus sebaik sahaja Jasman mendapat kerja di perantauan. Nadine dan Jasman dikurniakan empat orang cahaya mata, termasuk yang masih dalam kandungan.
Anak pertama mereka, Chris Naufal, berusia sepuluh tahun, yang kedua, Afreel Lucas, enam tahun, dan yang ketiga, Jaden Celvin, tiga tahun. Ketiga-tiga anak lelaki itu sentiasa berharap agar adik yang bakal lahir nanti seorang perempuan. Begitu juga harapan Nadine dan Jasman selama ini.
Sudah tiga bulan Jasman berhenti bekerja di restoran. Dia tekad mengikut kawan-kawan ke perantauan untuk mencari rezeki kerana dikatakan gajinya di sana jauh lebih tinggi. Nadine sebenarnya berat hati untuk berpisah. Dia sedang mengandung dan anak-anak
masih kecil. Walaupun gaji di restoran tidak seberapa, sekurang-kurangnya mereka hidup bersama. Namun, Jasman berkeras.
“Kalau abang kerja di sana, gaji tinggi. Sayang dan anak-anak pun akan senang. Takkan sayang nak terus
hidup susah macam ni,” pujuk Jasman.
“Tapi, bang…” bantah Nadine perlahan.
“Sayang… tolong fikirkan tentang anak-anak kita,” sambung Jasman dengan nada lembut tapi tegas.
“Baiklah. Bila abang nak pergi?” soal Nadine akhirnya.
“Lusa,” jawab Jasman sepatah. Nadine hanya mengangguk.
Matanya sayu melihat anak-anak yang sedang makan di ruang tamu.
Pada awalnya, Jasman kerap menghubungi isteri dan anak-anaknya untuk bertanya khabar serta mengirim wang belanja. Namun, lama-kelamaan sikapnya mula berubah. Dia jarang menghubungi mereka, dan bila ditanya tentang gaji, dia mudah naik marah. Duit yang dikirim pun hanya RM50 sebulan.
“Mama, cikgu suruh beli buku nota Sains dan Bahasa Melayu. Dua puluh ringgit. Mama ada duit tak?” tanya Chris perlahan sambil mengunyah ubi rebus.
“Mama, Afreel pun kena beli buku nota, warna air dan kertas lukisan,” sahut Afreel p**a.
“Baiklah, nak. Nanti mama hubungi bapa, ya,” balas Nadine sambil mencapai telefon bimbitnya. Dia cuba menghubungi suaminya, tetapi tiada jawapan. Beberapa saat kemudian, telefon berbunyi mesej masuk.
My Husband_Jasman: Ada apa call? Kan abang dah
cakap, jangan call atau SMS. Bos tempat kerja abang
selalu cek telefon.
Nadine terkedu. Belum sempat dia berfikir panjang,
panggilan dari Jasman masuk.
“Hello, bang…”
“Kenapa kau call tadi?” nada Jasman dingin.
“Abang dah gaji ke? Anak-anak.....”
“Kan aku dah bagi RM50? Takkan tak cukup? Jangan boros duit tu. Ingat senang ke nak cari duit!” herdik Jasman.
Panggilan diputuskan. Air mata Nadine menitis. Itu bukan kali pertama dia dimarahi. Cepat-cepat dia mengesat air matanya agar anak-anak tidak nampak. Di bilik, dia melihat baki wang hanya RM10. Chris muncul di muka pintu.
“Tak apa, mama…” katanya lembut.
“Maafkan mama, sayang. Bapa belum gaji,” balas
Nadine sayu. Chris hanya mengangguk lalu memeluk ibunya erat.
***
Teaser 2
Lima bulan kemudian. Hujan rintik-rintik turut menangis atas pemergian Nadine. Afreel memegang tangan Jaden, begitu juga dengan Chris yang menggendong adik bongsunya, Cleara. Tangan kirinya memegang payung, melindungi adiknya daripada terkena hujan.
“Semoga mama tenang di sana. Jangan risau, Chris akan jaga adik-adik di sini,” nada Chris sayu. Dia menatap adik-adiknya yang menangis tanpa henti. “Chris, kenapa bapa langsung tak jenguk kita dekat sini? Sampai mama dah tiada pun, bapa tak pernah ada dengan kita,” soal Afreel perlahan.
“Bapa kerja…” hanya itu yang mampu Chris jawab.
Aunty Lina dan Angkol Wen mendekati mereka.
“Chris, mari ikut kami balik. Mulai hari ini kamu tinggal bersama
aunty dan juga angkol di Kuala Lumpur.”
Mendengar itu, ketiga-tiga mereka berpandangan.
“Tak… tak apa, angkol. Kami tinggal dekat rumah saja. Bapa sudah janji nak p**ang nanti,” bantah Chris. Afreel mengangguk perlahan.
“Kamu pasti?” soal Aunty Lina.
Mereka semua mengangguk lagi.
“Baiklah, jika begitu kami hantar kamu balik rumah, ya. Nanti ada apa-apa, jangan tak bagitahu aunty dan angkol,”
ucap Aunty Lina sambil mengambil Cleara daripada pelukan Chris.
“Baiklah, aunty,” balas Chris. Sesampainya di rumah,
keadaan sunyi tanpa gelak tawa mama. Mereka masih s**ar percaya yang mereka telah kehilangan sosok
seorang ibu terlalu awal.
Walaupun berat, Chris tetap bertekad menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak sulung untuk menjaga adik-adiknya sampai bapa mereka,
Jasman, p**ang.
Setiap malam, Cleara menangis tanpa henti, membuat ketiga-tiga abangnya panik. Mujur Chris sudah belajar
bagaimana menenangkan bayi jika
menangis. Chris
masuk ke dapur, kemudian keluar membawa botol susu yang sudah dibancuh. Dia menggendong Cleara dan
menyusui bayi itu. Tidak lama kemudian, Cleara pun terlelap.
“Bang, kalau ada mama ni, mesti kita tak panik macam ni,” ucap Afreel.
Chris memegang kepala Afreel,
menenangkannya.
“Semuanya pasti ada hikmahnya. Apa pun, kita jalani saja. Mungkin esok bapa akan p**ang.”
“Dahlah, pergilah tidur. Esok kena sekolah,” ucap Chris lagi.
“Abang pun tidurlah, esok sekolah,” balas Afreel sambil baring di sisi Jaden dan Cleara. Chris menggeleng.
“Abang tak masuk sekolah. Kalau
abang sekolah, siapa nak jaga adik-adik?” Afreel terdiam seketika.
“Jika begitu, Afreel pun tak nak sekolah.”
“Afreel kena sekolah juga. Dah lah, pergi tidur. Esok pagi abang hantar ke sekolah.” Afreel memandang ke arah
Chris dengan pandangan sayu. Chris hanya duduk di sebelah tilam Cleara, matanya memandang lembut ke
arah adik kecil mereka.
***
Teaser 3
Hari demi hari menunggu bapa mereka p**ang, genap sebulan sudah. Makanan di dapur semakin berkurangan,
terutama susu Cleara. Sejak mama tiada, hanya janji bapa yang mereka pegang. Tapi janji itu semakin hari semakin
kabur.
“Abang, Cleara dah tak ada susu. Habis dah,” ujar Afreel perlahan sambil menggoncang botol yang hampir
kosong. Chris menggigit bibir, menahan sebak.
“Tak apa… nanti abang pergi kedai cari. Kamu duduk sini jaga Cleara dulu, ya.”
Afreel menahan Chris. “Tapi abang, kita dah tak ada duit…”
Chris diam. Pandangannya jatuh pada dompet kecil arwah mama di atas meja tinggal beberapa helai duit
lusuh.
Dia menarik nafas panjang.
“Tak apa, abang cuba dulu. Kita tak boleh biar Cleara lapar.” Hujan di luar turun lagi, seolah-olah langit pun tahu
betapa beratnya hari itu untuk mereka bertiga.
“Afreel, tolong tengok-tengokkan Jaden dan Cleara, ya. Abang nak pergi kedai.”
Afreel mengangguk. “Hati-hati, bang.” Jaden hanya bermain dengan Cleara. Sepanjang perjalanan ke kedai,
Chris terkena hujan. Bajunya basah kuyup.
“Pakcik, cukup tak ni beli susu baby lima bulan?” tanya Chris, tangannya menggigil menghulur contoh kotak susu
Lactogen dan duit lusuh ke arah pakcik itu.
“Tak cukup, dik. Duit kamu cuma RM5 saja.” Chris terdiam di depan kaunter.
“Pakcik… boleh tak hutang?” soal Chris perlahan.
“Aih, bapa kau kan kerja. Takkan nak hutang p**a? Hutang lama kamu pun belum bayar lagi. Pakcik tak nak
bagi pinjam lagi. Dah serik.” Chris hanya diam tanpa balasan. Dia terus keluar dari kedai dan menuju ke rumah
Makcik Batrisya.
“Makcik… Makcik…” suara Chris bergetar kesejukan.
“Ha, ada apa, Chris? Kenapa jalan hujan-hujan ni?” soal Makcik Batrisya.
“Makcik, ada tak susu macam ni?” tanya Chris sambil menunjukkan kotak contoh itu.
“Makcik ni mana ada bayi kecil, Chris. Buat apa makcik simpan susu bayi p**a,” jawab Makcik Batrisya. Chris
hanya mengangguk dan berlalu pergi.
Sesampainya di hadapan rumah, dia memandang lama rumah mereka itu. Kemudian dia melangkah lagi ke rumah
jiran sebelah. Dia mengetuk-ngetuk pintu, dan pintu dibuka
dari dalam.
“Eh, Chris, kenapa basah-basah ni?” soal Makcik Liana.
“Makcik, ada tak susu macam ni?” tanya Chris lagi.
Makcik Liana memandang lama kotak itu, kemudian mengangguk perlahan.
“Ada, tapi tinggal sikit. Pakcik kamu belum beli lagi. Tapi tak apa, makcik boleh bagi kamu sikit,” ucapnya.
Mata Chris bersinar. Hujan pun mula berhenti, seolah-olah tahu masalah mereka. Setelah dapat susu itu, Chris terus berlari menuju ke rumah. Hujan berhenti, tapi hati Chris masih
mendung. Dia menatap Cleara yang lena di pangkuannya.
“Mama… Chris dah dapatkan susu untuk adik. Tapi bila bapa nak balik?”
***
Teaser 4
“Goo... gooo...” Suara kecil Cleara kedengaran.
“Bang, adik pandai bercakap sudah!” jerit Jaden gembira. Afreel menutup
muka, kemudian tiba-tiba membuka sambil bersuara, “Baa!” Cleara ketawa kecil matanya layu. Chris cepat-cepat
mengambil telefon dan merakam video
itu, lalu menghantar kepada bapa mereka. Namun mesej itu langsung
tidak berbalas. Kali terakhir bapa
mereka memberi pesanan ialah semasa mama meninggal dunia.
“Bang, bapa ada balas?” soal Afreel.
Chris menggeleng. “Tiada lagi, Afreel.”
“Bapa mungkin dah tak sayang kita,” ujar Afreel perlahan. “Bapa tak sayang kita dah ke, bang?” celah Jaden yang
sudah mula pandai bercakap.
“Tak. Bapa kerja. Mustahil bapa tak sayang kita. Nanti bapa balik juga,” jawab Chris, menahan sebak.
“Sampai bila, bang? Macam kita dah dibuang…” Afreel mengesat air mata yang jatuh di pipinya. “Kita tak ada
tempat bergantung. Mama dah tiada. Kita cuma ada bapa, tapi bapa pun tak ada dengan kita. Kita tinggal dalam
rumah ni berempat, tanpa orang tua…” Suaranya bergetar. “Afreel rindu mama…” Chris terdiam. Dia menatap telefon bimbit arwah mamanya. Mesej untuk bapa mereka masih tiada balasan
padahal status terakhir baru lima minit yang lalu.
Tiba-tiba elektrik terputus. Jaden mula meragam, menangis mencari mama.
“Mama... mama... mama di mana?” tangis Jaden, membuat Cleara turut terjaga. Malam itu, mereka hanya
bergantung pada cahaya telefon.
Chris mengendong
Cleara, sementara Jaden dipeluk oleh Afreel.
Bang, kenapa mama tak balik? Lama dah tak nampak
mama... Jaden rindu…” suara kecil Jaden kedengaran serak.
“Jaden nak ikut mama dekat sana…” Kata-kata itu membuat Chris dan Afreel berpandangan.
“Adik, tidur ya…” hanya itu yang mampu Chris ucapkan. Afreel memeluk Jaden erat. Tangisan kecil itu akhirnya
reda. Syukur Cleara tertidur semula di pangkuan Chris.
Keesokan harinya, Chris membuka aplikasi WhatsApp. Bapanya sedang online. Hatinya berdebar. Dia segera
menekan butang panggilan.
“Bapa… bila bapa balik? Chris kesian tengok adik-adik. Makanan kami pun dah makin kurang…”
“Hei, budak. Siapa bapa kau?” suara seorang wanita menyahut dari hujung talian. Chris terdiam. Suara itu
bukan suara bapanya.
“Mana bapa saya?” soalnya tergesa. Namun panggilan itu segera dimatikan.
Afreel menghampiri. “Bang, dapat telefon bapa?” Chris menggeleng perlahan. Air matanya bertakung.
“Abang nak pergi kerja dekat rumah Makcik Batrisya.
Adik jaga Jaden dan Cleara, ya. Kunci pintu, jangan bagi orang asing masuk,” pesan Chris lembut. Sebaik Chris
keluar, Afreel terus mengunci pintu. Mereka duduk di ruang tamu. Mujur Cleara jenis bayi yang tidak banyak
meragam dia hanya menangis bila lapar. Tapi Jaden, terkadang menangis tiba-tiba dan cerewet. Afreel ke dapur, melihat periuk nasi sudah kosong.
Baru hendak menanak nasi, dia perasan beras pun telah
habis.
“Semoga abang ada rezeki hari ni,” bisiknya perlahan.
Dia kembali ke ruang tamu, berbaring di sisi Jaden dan
Cleara sambil merenung siling rumah.
*
Di tempat lain p**a, Chris membantu Pakcik Fred, suami Makcik Batrisya, membaiki dapur.
“Bang, bawalah Chris naik
dulu makan,” panggil
Makcik Batrisya dari atas. Chris menurut. Di atas meja, banyak makanan terhidang. Namun Chris hanya mengambil nasi lauk-pauk dibiarkan di pinggan. Selesai
makan, dia memasukkan lauk ke dalam plastik kecil.
“Eh, Chris. Makcik nampak tadi kamu tak makan lauk.
Kenapa masukkan dalam plastik?” soal Makcik Batrisya.
“Saya… nak bawa balik. Adik-adik saya belum makan
lagi,” jawab Chris perlahan.
***
Teaser 5
“Adik, kenapa termenung dekat luar ni?” tanya Chris lembut.
“Bang… bapa tak nak balik ke? Jaden rindu. Tapi… Jaden lagi rindu mama. Mungkin Jaden nak ikut mama,”
jawab Jaden tanpa memandang abangnya.
“Bapa akan balik nanti, adik. Bapa kerja untuk kita,” pujuk Chris, menahan sebak. Jaden hanya mengeluh perlahan. Malam itu, dia tidak mahu makan. Dia baring jauh dari Cleara tidak seperti biasa. Tiada lagi gurauan, tiada lagi senyuman. Chris menyentuh bahu adiknya, terkejut apabila terasa
panas pada kulit itu.
“Adik demam?” Afreel mendekati, menyentuh dahi Jaden berulang kali.
“Bang, Jaden demam,” katanya risau.
“Jaden, bangun…” panggil Chris, namun Jaden hanya menggeleng lemah. Chris bergegas mencari ubat, tapi tiada. Dia
ke dapur, membasahkan kain dan
meletakkannya di dahi Jaden, berharap suhu adiknya turun.
“Esok abang cari ubat dekat kedai ya,” katanya lembut. Mereka tidur awal malam itu. Namun menjelang subuh,
Jaden mula mengigau.
“Mama… mama… mama…” Chris terjaga, panik melihat suhu Jaden tidak surut. Nafasnya pendek-pendek. Dia lihat jam pukul 5 pagi.
“Afreel, tolong jaga adik-adik. Abang nak pergi cari ubat. Jaden semakin panas.” Afreel hanya mengangguk
patuh. Chris segera keluar dengan duit simpanan yang ada, berjalan kaki ke kedai.
Namun ubat demam sudah habis.
Dia ke rumah Makcik Batrisya mujurlah di sana masih ada ubat. Chris segera p**ang, memberi Jaden makan ubat itu.
Tapi panas badan adiknya semakin membahang.
“Mama… Jaden rindu mama…” Jaden mengigau lagi,
suaranya lemah. Chris duduk di sisi, menggenggam tangan kecil itu erat-erat.
“Tahan ya, adik… abang ada di sini,” bisiknya, menahan tangis.
Malam itu terasa panjang, dan pagi belum tentu membawa harapan.
***
READY EBOOK 💔
TRIO DEPRESI
➡️RM25 (JUALAN KOMBO SAHAJA)
www.wasap.my/601164662309/TrioDepresiRM25