Brunei Dot Com 2.0

Brunei Dot Com 2.0 Fake accounts, particularly those impersonating individuals or engaging in malicious activities, are typically blocked or removed.

Ini Ada lah Gambar Arwah Anak Saya Semasa Saya Hantar Ke Asrama Penuh Masa Dia Tingkatan 4 Kisah Kematian Yang Sangat Se...
06/08/2025

Ini Ada lah Gambar Arwah Anak Saya Semasa Saya Hantar Ke Asrama Penuh Masa Dia Tingkatan 4

Kisah Kematian Yang Sangat Sedih Tentang Zara Qairina Amat Saya Terasa.

Kes Buli Di Asrama Memang Sering Berlaku, Arwah Anak Saya Mangsa Buli Juga.

Cuma Anak Saya Tidak Dipukul, Tapi Budak² Di Asrama, Masuk Bilik Dia Menggunakan Barang Peribadi tanpa izin, sembunyikan Barang² Dia, Tuduh Dia Mencuri.

Arwah Anak Mengadu Juga Pada Warden Dan Pengetua. Tapi Mereka Bercakap " Ala Tu Biasa lah kawan² Nak Bergurau Dengan Awak "

Ada 1 Masa Itu Arwah Anak Stress Dengan Sikap Budak² Di Asrama sehingga Arwah Anak Saya Pengsan, Semasa Arwah Anak Dibawa Ke Hospital, Pihak Sekolah Tak Maklumkan Pada Saya pun, Nasib Baik Ada Seorang Rakan Arwah Anak Telefon Saya Maklum kan Arwah Anak Saya Masuk Wad.

Bila Saya Tanya Cikgu Sekolah Kenapa Tak Telefon Saya, maklumkan Saya Yang Arwah Anak Saya Pengsan. Senang Sahaja Jawapan nya " Zetty Pengsan Aje lagipun kami Boleh Uruskan".
Sakit Hati Bila Dengar Jawapannya.

Arwah Anak Memang Selalu Mengadu Tentang budak² Di asrama. Saya awal nya ingat memang Anggap Perkara Biasa, Saya Minta Arwah Anak Bertahan Dan Bersabar.

Dan Suatu Hari Arwah Anak Video Call Saya Sambil Nangis² .."MAMA ...TOLONG ZETTY NAK BERHENTI SEKOLAH, TAK TAHAN SEKOLAH DEKAT SINI". Masa tu Hati Saya Tertanya Kenapa Arwah Anak Saya Menangis Macam Tu Sekali, Sehingga Sampai Nak Berhenti Sekolah.

Waktu Itu Juga Saya Terus Pergi Sekolah, Jumpa Terus Pengetua, Pengetua Tak Bagi Berhenti Tapi Diberikan Cuti Untuk Arwah Anak Saya Berehat.

Masa Bawa Balik Arwah Anak, Anak Saya Cerita Semua Apa Yang Berlaku Di Asrama.

Akhirnya Saya Ambik Keputusan Untuk Berhentikan Anak Saya Dan Bertukar Ke Sekolah Biasa.

# Pesanan Kepada Ibu Bapa Jika Nak Masukkan Anak Ke Asrama, Kerap Dan Sentiasa Bertanya Dengan Anak.

Arwah Anak Saya Zetty Anisa Mohammad Noor Meninggal Dunia Kerana Kemalangan Motor Pada Tahun 2023.

Mohon Semua Doakan Untuk Anak Saya.
Al Fatihah Syurga Bidadari Mama Zetty Anisa Mohammad Noor.

Credit: FB Norhafidzah Muridan

All the best!
06/08/2025

All the best!

First stop: Selayang. 🚍

We kick off our Liga Super Malaysia journey this Saturday against PDRM FC.

📍 Stadium Majlis Perbandaran Selayang
🕘 Kick-off: 9:00PM

06/08/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Rahsiakan identiti saya.

Bola sepak adalah sukan kegemaran dalam negara. Fenomena yang tercetus melaluinya membuat semua orang seakan-akan seperti berada dalam dunia fantasi.

Mutu bola sepak negara perlukan perubahan drastik. Perubahan drastik itu tidak akan mampu menjadi realiti jika kurangnya tindakan berani.Antara tindakan berani yang perlu ada ialah dengan menampilkan seberapa banyak tenaga pemain tempatan dalam mana-mana kejohanan serantau/antarabangsa.

Sebagai iktibar, kita tidak mahu lagi berterusan menjadi mangsa bahaman pasukan lain. Pada Piala Mandiri yang telah lalu saja,kita dapat menyaksikan betapa jauhnya jurang antara pasukan kita dengan negara-negara lain.

Apa yang lebih merisaukan adalah apabila fenomena pengambilan tenaga asing dijadikan suatu keutamaan. Jika hal ini gagal ditangani dengan baik,bakat serta kualiti pemain tempatan akan sirna begitu saja.

Disamping itu, kita perlu belajar daripada pengalaman negara lain.Misalnya, Arab Saudi.Negara berkenaan (Arab Saudi) telah mengalami kemerosotan prestasi beberapa tahun sejak falsafah bola sepak di negara minyak itu bertukar dari sukan menampilkan bakat kepada sukan komersial. Prestij mereka (Arab Saudi) bukan lagi selayaknya dianggap gergasi Asia seperti beberapa dekad lampau.

Nah,itu baru mengenai Arab Saudi, bagaimana p**a dengan kita? Dari segi kedudukan,pasukan kita berada jauh di belakang negara di atas (Arab Saudi).

Liga tempatan p**a wajar dinaik taraf. Setiap pasukan harus menjalani saringan kecergasan seperti apa yang dipraktikkan dalam liga luar negara. Jika tahap kecergasan kurang diambil perhatian serius,pemain yang akan tampil kelihatan kurang bertenaga/longlai.

Akhir kata, kita perlu berani jika mahu maju. Sampai bila kita harus berada pada kedudukan semasa?Negara belasahan serantau pun telah menunjukkan peningkatan prestasi berbanding kita. Para pemain serta mereka yang terlibat dengannya wajib meletakkan lencana negara pada sanubari masing-masing.

Pertimbangan perusahaan kecil di kawasan perumahan masih dalam penelitian.BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 Ogos. - Kebenar...
06/08/2025

Pertimbangan perusahaan kecil di kawasan perumahan masih dalam penelitian.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 Ogos. - Kebenaran kepada penduduk yang tinggal di kawasan Perumahan Negara dan Perumahan Rakyat Jati untuk menjalankan perusahaan kecil, 'cottage industry' adalah antara agenda yang masih dalam penelitian kementerian dan agensi-agensi berkaitan melalui Majlis Perancangan Guna Tanah Kebangsaan yang mana mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

Untuk berita penuh, sila layari

https://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita%202018/NewDisplayForm.aspx?ID=60998

Repost from

06/08/2025

Ceramah Bagi Program Motivasi Murid-Murid Darjah ٧١ Tahun 1447H / 2025M
Sekolah Ugama Tumpuan Telisai,Tutong. Brunei.

Disampaikan oleh :
Yang Mulia Ustazah Pengiran Norhayati Binti Pengiran Haji Kasharan

Repost from .bpd

06/08/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sila rahsiakan identiti saya.

Isu anjing liar masih lagi menghantui kehidupan sebilangan penduduk yang tinggal di beberapa buah kawasan perumahan.Tindakan daripada pihak berkaitan masih tetap dinanti walau ada ketikanya terpaksa menunggu jangka waktu terlalu lama.

Persoalan yang timbul di sini adalah sejauh mana tindakan susulan dalam menghadapi isu ini?Adakah para ketua kampung atau penghulu wajar melepaskan peranan/tanggung jawab diri masing-masing dengan membiarkan isu berkenaan diselesaikan secara persendirian?

Menurut hemat saya,isu kehadiran anjing liar ini perlu diatasi secara bersama-sama.Jangan ada istilah 'lepas tangan' atau 'melepas batuk di tangga'.

Saya tidak mengatakan semua ketua kampung atau penghulu bersikap sedemikian.Namun realitinya memang ada faktanya tersendiri.

Contoh misalan,ada sebuah kampung,kehadiran anjing liar umpama 'cendawan tumbuh'.Dari semasa ke semasa,para anjing berkenaan semakin bertambah banyak.Kesejahteraan para penduduk agak terjejas.

Aduan memang sering dibuat sebanyak beberapa kali.Tindakan seakan-akan tiada yang boleh dikatakan positif 100%.Alasan yang diberikan p**a kebanyakkannya mendukacitakan.

𝗧𝗶𝗸𝗧𝗼𝗸 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝗕𝗲𝗸𝗮𝘀 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗧𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗲𝗹 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀 𝗗𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗨𝗰𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻TikTok telah mengumumkan pel...
06/08/2025

𝗧𝗶𝗸𝗧𝗼𝗸 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝗕𝗲𝗸𝗮𝘀 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗧𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗲𝗹 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀 𝗗𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗨𝗰𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻

TikTok telah mengumumkan pelantikan Erica Mindel, mantan pegawai Jabatan Dalam Negeri AS sebagai Pengurus Dasar Awam dan Ucapan Kebencian. Ketika memegang jawatan secara kontrak jabatan tersebut, beliau membantu duta Deborah Lipstadt, utusan khas pentadbiran Presiden Biden bagi memantau dan membanteras antisemitisme.

Sebelum itu beliau merupakan tenaga pengajar di Kor Perisai di dalam Unit Jurucakap tentera Israel (IDF Spokesperson’s Unit). Maklumat ini pernah beliau kongsikan ketika sesi wawancara podsiar dengan Jawatankuasa Yahudi Amerika (American Jewish Committee).

Pelantikan baharu ini telah disahkan oleh TikTok kepada media Jewish Insider pada Isnin lalu. Mindel akan bertanggungjawab untuk membangun dan membentuk pendirian syarikat dalam ucapan kebencian, memperhalusi rangka dasar perundangan dan kawal selia, serta menganalisis trend ucapan kebencian.

Menurut deskripsi tugas rasmi yang dikongsikan oleh TikTok, jawatan beliau ini akan memberikan tumpuan khusus terhadap kandungan antisemitik.

Source: https://www.newarab.com/news/tiktok-hires-former-israeli-soldier-lead-hate-speech-policy

06/08/2025

Assalamualaikum, macam mana kan redeem google play card untuk android atu a. Ditukar sudah region masih jua inda mau. Tq

06/08/2025

Carwash di Jangsak. Gaji probation $400.
Habis probation baru ku naik kan $450. Seminggu 6 kali kaja, 1 hari off. Jam kerja 8am-5pm shift 12pm-9pm, yang berminat sila hubungi.
Tuan Hafiz
+673 819 2388

06/08/2025

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 Ogos. - Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan enam bulan ke atas bekas Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali yang didapati bersalah atas beberapa kesalahan salah laku dalam jawatan awam.

Untuk berita penuh, sila layari

https://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita%202018/NewDisplayForm.aspx?ID=61041

Atau layari e-Paper Pelita Brunei,

www.epaper.pelitabrunei.gov.bn

Nota: Berita asal dalam Bahasa Melayu

Berita dan e-Paper Pelita Brunei ini juga terdapat dalam aplikasi InfoDeptBN

Kenyataan media mengenai video tular di media sosial yang memaparkan seorang warganegara asing yang memohon untuk dihant...
06/08/2025

Kenyataan media mengenai video tular di media sosial yang memaparkan seorang warganegara asing yang memohon untuk dihantar p**ang dan mendakwa dirinya ditipu oleh agensi Brunei.

Repost from

PASUKAN BOLA SEPAK MIRI DAN LIMBANG SERTAI LIGA LELA CHETERIA BRUNEI DARUSSALAMLIMBANG, 2 Ogos -  Pasukan bola sepak di ...
05/08/2025

PASUKAN BOLA SEPAK MIRI DAN LIMBANG SERTAI LIGA LELA CHETERIA BRUNEI DARUSSALAM

LIMBANG, 2 Ogos - Pasukan bola sepak di Miri dan Limbang bersedia merancakkan Liga Lela Cheteria Brunei Darussalam Bawah 18 Tahun yang diadakan buat julung kalinya di negara itu bermula tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yakin Football League, Brunei Darussalam Hernah Nur Imani Muhd Jeffrey berkata penyertaan dua pasukan dari Sarawak itu bakal memeriahkan lagi saingan Liga Lela Cheteria di negara tersebut.

"...dengan hadirnya pemain yang hebat daripada Sarawak dan Miri ini ia menaikkan lagi seri Liga Lela Cheteria yang kami adakan ini kerana sememangnya kedua-dua pasukan memberikan saingan yang hebat dan sengit dan dengan adanya pasukan Miri dan Limbang ini ianya juga menarik penonton dari Limbang dan Miri untuk memeriahkan lagi Piala Lela Cheteria di Brunei", katanya.

Beliau ditemui media pada Perlawanan Kejohanan Liga Lela Cheteria Brunei Darussalam Bawah 18 Tahun Anjuran Yakin League Brunei antara Pasukan Miri dan Limbang di Kompleks Sukan Limbang.

Pihaknya turut bercadang untuk membuka penyertaan kepada pasukan dari Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Indonesia untuk memeriahkan liga di Brunei itu pada masa depan.

Katanya sebanyak lapan pasukan cabaran termasuk dua pasukan dari Sarawak dalam liga tersebut yang bermula Mei lepas dan berakhir pada 24 Ogos tahun ini.

Juara bakal membawa p**ang piala kemenangan dan wang tunai $5,000, kedua membawa p**ang piala dan wang tunai $3,000 dan ketiga menerima $2,000.

- DALI -

Source: Berita RTM Sarawak

Address

Bandar Seri Begawan
BDC2019

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Brunei Dot Com 2.0 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share