CGTN Malay

CGTN Malay CGTN Malay Siaran bahasa Melayu CRI pertama kali dipancarkan pada 1 Mac tahun 1959 melalui gelombang pendek. Siarannya dua jam sehari.
(7)

Siaran ini boleh didengar di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, sebahagian Indonesia dan selatan Thailand. Laman web CRI versi bahasa Melayu menyediakan maklumat yang menyeluruh dan terkini tentang China termasuk seni budaya, pelancongan, umat Islam di China dan sebagainya. Anda juga boleh belajar bahasa Mandarin menerusi laman web kami. Diharap laman web ini dapat memudahkan anda untuk mengenali China yang sebenar.

09/08/2026

Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun ke-61 Republik Singapura

Presiden China Xi Jinping mengucap tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura Tharman Shanmugaratnam sempena ulang tahun ke-61 republik itu.

Xi berkata sejak penubuhan republik pada 61 tahun lalu, Singapura melakar pencapaian memberangsangkan dalam pembangunan sosioekonomi.

China dan Singapura merupakan jiran bersahabat, kata Xi sambil menambah bahawa beliau amat mementingkan perkembangan hubungan dengan Singapura, dan sedia bersama-sama Presiden Tharman untuk mengukuhkan komunikasi strategik serta membimbing perkongsian berorientasikan masa depan yang menyeluruh dan berkualiti tinggi melonjak ke tahap baharu demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Kematian Kes Tembakan di Sekolah Thailand Meningkat kepada 9 OrangAngka kematian akibat kejadian tembakan yang berlaku d...
09/08/2026

Kematian Kes Tembakan di Sekolah Thailand Meningkat kepada 9 Orang

Angka kematian akibat kejadian tembakan yang berlaku di sekolah menengah Thailand meningkat kepada sembilan orang.

Kejadian itu berlaku di Sekolah Debsirin Nonthaburi yang terletak di wilayah Nonthaburi, pinggir barat laut Bangkok pada kira-kira pukul 10 pagi Jumaat waktu tempatan.

Menurut polis, suspek yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah, terlebih dahulu menembak mati datuk dan neneknya di rumah sebelum melepaskan tembakan di sekolah berkenaan.

Suspek itu membunuh diri setelah melepaskan 26 das tembakan.

Kongres Sains Asas Antarabangsa 2026 Buka TiraiKongres Sains Asas Antarabangsa 2026 membuka tirai di Beijing pada Ahad, ...
09/08/2026

Kongres Sains Asas Antarabangsa 2026 Buka Tirai

Kongres Sains Asas Antarabangsa 2026 membuka tirai di Beijing pada Ahad, disertai lebih seribu wakil antaranya saintis, penyelidik dan pelajar dari dalam dan luar negara.

Lebih 500 mesyuarat akademik akan berlangsung sempena kongres selama dua minggu itu.

Selain sains asas, kongres itu juga memberi tumpuan kepada bidang-bidang canggih seperti model besar, interaksi manusia-komputer dan maklumat kuantum.

Sukan Robot Humanoid Dunia ke-2 Dijadual Bermula 22 OgosSukan Robot Humanoid Dunia (WHRG) edisi kedua akan berlangsung d...
09/08/2026

Sukan Robot Humanoid Dunia ke-2 Dijadual Bermula 22 Ogos

Sukan Robot Humanoid Dunia (WHRG) edisi kedua akan berlangsung di Stadium Luncur Laju Kebangsaan yang juga dikenali sebagai 'Reben Ais' di Beijing pada 22 hingga 26 Ogos.

Acara itu dianjurkan bersama oleh kerajaan bandar Beijing, Kump**an Media China (CMG), Pertubuhan Kerjasama Robot Dunia (WRCO) dan Majlis Antarabangsa Piala Robot Asia Pasifik (RCAP).

09/08/2026

Presiden NA Laos Meninggal Dunia

Presiden Perhimpunan Kebangsaan (NA) Laos, Xaysomphone Phomvihane meninggal dunia akibat penyakit vaskulitis pada Sabtu, menurut pengumuman rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP).

Penduduk Jepun Protes Kerajaan Kembangkan KetenteraanPenduduk Tokyo berhimpun di Stesen Shinjuku pada Sabtu sebagai memp...
09/08/2026

Penduduk Jepun Protes Kerajaan Kembangkan Ketenteraan

Penduduk Tokyo berhimpun di Stesen Shinjuku pada Sabtu sebagai memprotes langkah pentadbiran Sanae Takaichi untuk mengembangkan ketenteraan serta menyemak 'Tiga Prinsip Bukan Nuklear'.

Mereka menyeru masyarakat Jepun supaya menghadapi isu sejarah dan merenung kembali sejarah pencerobohan.

Rata-rata penunjuk perasaan menyatakan perlunya mematuhi 'Tiga Prinsip Bukan Nuklear' sambil menolak kemasukan senjata nuklear ke Jepun.

Parti Demokratik Liberal (LDP) Jepun semakin condong ke arah perang, justeru ramai penduduk serata negara tampil bersuara menentangnya.

Prestasi Perdagangan Papar ‘Peluang China 2.0’Data rasmi menunjukkan prestasi perdagangan luar China kekal kukuh dengan ...
08/08/2026

Prestasi Perdagangan Papar ‘Peluang China 2.0’

Data rasmi menunjukkan prestasi perdagangan luar China kekal kukuh dengan jumlah import dan eksport barangan pada tujuh bulan pertama tahun ini meningkat 17.3 peratus kepada 30.13 trilion yuan (RM18.27 trilion).

Dalam pada itu, nilai eksport meningkat sebanyak 14 peratus tahun ke tahun, manakala import p**a menokok 22 peratus.

Media asing termasuk Reuters berpendapat prestasi perdagangan China memperlihatkan daya tahannya tatkala berdepan fahaman perlindungan yang meningkat dan pertumbuhan perdagangan global yang menjadi perlahan.

Pada tujuh bulan pertama, jumlah eksport kenderaan elektrik (EV), bateri litium dan penjana kuasa angin masing-masing menyaksikan peningkatan pada kadar 71.2 peratus, 35.8 peratus dan 34.8 peratus. Manakala, jumlah eksport produk seperti mesin pencetak 3D dan robot perindustrian p**a menigkat 1.1 kali ganda dan 13.2 peratus.

Produk pembuatan berteknologi tinggi muncul sebagai pemacu baharu pertumbuhan eksport negara Tembok Besar.

Selain menjadi ‘kilang dunia’, China juga komited menyediakan pasaran buat dunia. Pertumbuhan import China mencatat lapan mata peratusan lebih tinggi berbanding eskport pada tujuh bulan pertama.

Setakat ini, China telah melaksanakan dasar tarif sifar ke atas 63 buah negara dan skala importnya kekal pada tempat kedua di dunia selama 17 tahun berturut-turut.

Yang lebih penting adalah di tengah-tengah pelbagai cabaran seperti kekurangan tenaga dan gangguan rantaian perindustrian dan bekalan, China menyuntik kepastian kepada dunia melalui kapasiti pengeluaran yang stabil.

Jumlah import dan eksport antara China dengan lebih 180 buah negara dan wilayah terus berkembang pada tujuh bulan pertama tahun ini, antaranya kadar peningkatan dengan ASEAN dan Afrika mencapai hampir 20 peratus.

Perdagangan luar dianggap indikator kepada kedinamikan ekonomi. Prestasi perdagangan China memperlihatkan momentum ekonomi China berlandaskan pacuan inovasi dengan struktur yang makin dioptimumkan, sekali gus mengekalkan trend perkembangan ke arah lebih baik dalam jangka panjang.

‘Peluang China 2.0’ terus membawa manfaat, sekali gus membuktikan bahawa bersama-sama China bererti meraih peluang.

Lapan Maut dalam Kes Tembakan di Sekolah ThailandSeramai lapan orang maut manakala lebih 30 lagi cedera, termasuk sembil...
08/08/2026

Lapan Maut dalam Kes Tembakan di Sekolah Thailand

Seramai lapan orang maut manakala lebih 30 lagi cedera, termasuk sembilan yang parah dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di Thailand pada Jumaat.

Kejadian berlaku di Sekolah Debsirin Nonthaburi yang terletak di daerah Bang Kruai, wilayah Nonthaburi, pinggir barat laut Bangkok pada kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan.

Menurut polis, suspek yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah, terlebih dahulu menembak mati datuk dan neneknya di rumah sebelum melepaskan tembakan di sekolah berkenaan.

Suspek dipercayai membunuh diri setelah melepaskan 26 das tembakan.

Dilaporkan, Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul meninjau lokasi kejadian pada petang Jumaat dan diberi taklimat mengenai situasi berkenaan.

Pelancong Domestik Naik 5.4 Peratus Separuh Pertama 2026Satu tinjauan sampel yang dijalankan Kementerian Kebudayaan dan ...
08/08/2026

Pelancong Domestik Naik 5.4 Peratus Separuh Pertama 2026

Satu tinjauan sampel yang dijalankan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China menunjukkan aliran pelancong domestik di seluruh negara mencatat lebih 3.46 bilion pada separuh pertama tahun ini, meningkat 5.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Sementara itu, jumlah perbelanjaan pelancongan direkod sebanyak 3.21 trilion yuan (RM1.94 bilion), bertambah dua peratus dari tahun ke tahun.

Jepun Patut Dengar Seruan Rakyat, Jangan Main Api dalam Isu Nuklear: MFAPihak berkuasa Jepun perlu mendengar seruan raky...
08/08/2026

Jepun Patut Dengar Seruan Rakyat, Jangan Main Api dalam Isu Nuklear: MFA

Pihak berkuasa Jepun perlu mendengar seruan rakyat, menunaikan tanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa iaitu tidak menerima, menghasilkan, memiliki atau menyebarkan senjata nuklear, serta tidak bermain api dalam isu senjata nuklear.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) China Lin Jian membuat kenyataan itu susulan hakikat bahawa hampir 80 peratus rakyat Jepun menyokong kerajaan mengekalkan Tiga Prinsip Bukan Nuklear dan tidak meneruskan 'perkongsian nuklear'.

Lin berkata perkara itu menampakkan penolakan masyarakat Jepun terhadap pemilikan senjata nuklear, sekali gus mencerminkan betapa pentingnya keamanan dan kemakmuran bagi rakyat negara itu.

Address

16A Shijingshan Road
Beijing

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CGTN Malay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CGTN Malay:

Shortcuts

Share